Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Anak Muda 26 Tahun Kini Mendedahkan ‘Rahsia’nya..

Ingin mendengar pesanan ringkas saya secara audio mengenai topik ini? Sila ke sini: http://smartusaha.com/audiopesanan.html

Anda ingin berjaya di dalam perniagaan internet. Anda ingin menjana pendapatan. Anda ingin hidup ‘bebas’, bebas kewangan, bebas hutang, bebas segalanya. Ingin jadi bos sendiri. Ingin segalanya. Begitulah rata-rata impian indah kebanyakan orang termasuk di dalam bidang perniagaan internet.

Baik, tidak salah untuk anda berimpian seperti itu sebab ia tidak salah pun, ia hak setiap individu untuk merasai nikmat di dunia ini dan hidup dengan baik. Persoalannya, bagaimana? Adakah jalan pintas? Tiada! (katakan juga tidak pada skim pelaburan seperti HYIP, autosurf dan juga skim piramid!!) :) Tetapi ada jalan pendek untuk mencapai apa yang anda inginkan itu terutama berjaya di dalam perniagaan internet.

Tidak mudah, tidak susah, mungkin perjalanan panjang, mungkin pendek. Namun kini, ada sesuatu yang istimewa dari seorang anak mudah berusia 26 tahun, iaitu Gobala Krishnan. Beliau telah mengambil keputusan untuk berkongsi ‘kunci’ atau teknik yang beliau gunakan selama ini untuk menjana pendapatan sekitar RM28,000 dalam masa 4 bulan.

Bukan itu sahaja, beliau menceritakan sejarah awal bagaimana beliau berkecimpung di dalam bidang ebiz ini. Dari dunia korporat, kemudian berhenti kerja. Kemudian menyertai skim HYIP, MLM dan juga autosurf (ya, dulu saya tahu dia ‘orang kuat’ autosurf! hehe). Tetapi, ‘kesilapan’ itu telah mendidik beliau untuk mendapat hasil yang tidak disangka kini. Impiannya sudah boleh dikatakan sudah tercapai. Yang lepas akan jadi pelajaran, dan pengalaman yang bermakna adalah kunci kejayaan.

Tak perlu lagi saya menulis panjang, cuma apa yang saya ingin katakan adalah, anda tidak perlu berjalan jauh lagi untuk mencapai kejayaan seperti usahawan internet yang lain seperti saifulsham, kidino, gobala, shuth, Alang dan ramai lagi. Mereka ada blog dan di situ mereka berkongsi pengalaman mereka, termasuklah saya! :) Saya dulu banyak terdedah dengan skim cepat kaya dan piramid, namun saya hanya lakukan satu, tapi lepas tu ‘bertaubat’. Saya ada kongsi kisah ini di forum wangcyber. Hati saya kata tidak, maka saya tidak mahu lakukannya. Skim sebegitu adalah ‘zalim’. Itu bahasa kesat saya. :) I’m sorry.

Baiklah, dapatkan laporan percuma Gobala dalam bentuk PDF dan audio mp3. Audio mp3 ada beberapa sesi secara berturutan. Dari awal kisahnya sehinggalah beliau mendedahkan teknik yang digunakan untuk membuat duit dengan ‘begitu mudah’.

Sila ke laman web beliau melalui link ini:

http://smartusaha.com/rc/gobala.html

Bagi saya, report khas Gobala tersebut adalah pelengkap bagi report “the death of internet marketing”. Gabungan kedua report ini amat-amat lengkap jika anda hayati kandungannya. Nak lengkap lagi, download Rich Schefren punya report. Lagi cerah pandangan anda, percayalah. Download di sini: http://www.strategicprofits.com/manifesto dan yang di sini: http://www.strategicprofits.com/finalchapter. Ada tiga ‘chapter’ penting yang perlu anda baca. Rujuk di sini untuk mengetahui 3 chapter Rich Schefren itu.

PS. Gobala hanya membuka peluang kepada 500 orang terawal sahaja untuk mendownload secara percuma. Bila cukup kuota, beliau akan caj sebanyak $147 untuk akses ke membership web tersebut. :)

Jumpa lagi! Wassalam.

Facebook comments:

13 Responses to “Anak Muda 26 Tahun Kini Mendedahkan ‘Rahsia’nya..”

  1. hapisol says:

    zul

    “http://smartusaha.com/rc/gobala.html”

    tq for info,
    alhamdulillah, saya dah download.

  2. anas says:

    tenkiu.. must learn more frm otai nih

  3. pusak82 says:

    Mula2 bukak website Gobala igtkann org luar esp dr India, rupa2nya org Malaysia jgak …

  4. Robotys says:

    Saya pon recommend gak ebook Rich Schefren tuh. Amat2 membuka minda!

  5. SmartZul says:

    Gobala pun orang Malaysia gak. Walau tak sama bangsa dan agama, kita kongsi apa yang bermanfaat. :)

    Ya, ketiga2 report tu kalau dikhatam dengan baik, insyaAllah anda tahu apa itu hakikat sebenar perniagaan dan keusahawanan internet.

  6. smartzul says:

    Mulai petang ni, saya dah ‘tak’ online secara kerap. Dah ke rumah baru. :)

    Jumpa lagi semua!

  7. wah zull.. teknik penulisan yang penuh “trik”.. ;) tahniah … hehehhehe

  8. fai says:

    Wah zul.. pesanan suara zul ni mmg menarik.. ;)

    Sesiapa yg nak dgr pesanan suara zul yg lengkap dan “Langkah Demi Langkah” jom join bengkel kat UKM Bangi..

    http://www.ebizmalaysia.com/bengkel

    Pasti Berbaloi..

    PS: Oh… saya xpromoto besar2 bengkel ni.. xbest guna affiliate link tu yg saya guna link betul tu.. semoga berjaya..;)

  9. SmartZul says:

    Rich Schefren pesan, dia suruh baca semua 3 chapter yg dia bagi tu. Sebab lepas ni dia akan bagi pula satu lagi laporan tambahan. :)

    Wassalam.

  10. sham says:

    Jangan download pastu biar berdebu dalam pc dah la…manfaatkan ilmu yang orang bagii..

  11. Termin says:

    Ye betul tu. :)

  12. kimi says:

    download dan baca..tapi kalau gobaba buat dwi bahasa lagi bagus kot…

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)