Apa Itu Newsletter + Amaran Kepada Yang Tidak Berminat!

Semalam (bahkan sebelum ini), saya ada menerima satu emel daripada seorang subscriber saya yang mana katanya:”Saya minta maaf, saya tidak berminat dengan perniagaan Internet ini. Saya tidak mahu memberikan kamu karenah itu dan ini. Jangan emel saya lagi…”.

Begitulah lebih kurang bunyinya. Saya tidak tahu apa masalah dia, kerana apa yang saya berikan melalui emel terakhir saya adalah produk percuma yang terus boleh didownload tanpa perlu daftar apa-apa. Tak apa, saya bersangka baik kepadanya:

1. Dia menyatakan yang dia tidak berminat. [Tetapi persoalannya, kalau tidak berminat, kenapa pergi subscribe newsletter SmartUsaha.com?] Jadi, saya menghormati alasan tersebut dan saya memang tidak mahu berurusan dengan mereka yang tidak berminat.

2. Mungkin beliau tidak tahu menahu mengenai Email Marketing yang dihantar dalam bentuk personal seperti ini:

Apa khabar [[firstname]]?

Bahagian [[firstname]] itu akan menjadi nama sebenar subscriber. Contohnya saya ada 3 orang subsciber yang bernama berikut:

Ali, Ahmad dan Abu. Sistem newsletter saya akan menghantar emel kepada mereka dengan memaparkan nama mereka masing-masing di dalam emel tersebut.

Jadi, saya menganggap emel terakhir yang saya hantar semalam telah dianggap terlalu peribadi oleh individu tersebut. 🙂 Dia ingat (mungkin) saya hanya hantar emel itu kepada beliau sahaja. Sebab itulah beliau menghantar emel ‘luahan’ tersebut kepada saya.

Apa Itu Newsletter?

Sebagai seorang usahawan Internet, anda WAJIB ada list prospek atau pun pelanggan sedia-ada. Wajib.

Tetapi soal di sini adalah, tidak semua orang faham apa itu newsletter. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah usahawan Internet itu sendiri akibat ketidakfahaman mereka.

Namun, sebagai seorang yang profesional, jika subsciber anda tidak mahu lagi berada di dalam mailing list anda, maka hormati kehendaknya. Kalau dia kata tak nak terima lagi emel, delete sahaja emelnya daripada sistem autoresponder anda. Anda hanya perlu fokus kepada mereka yang mahu dan minat sahaja.

Seperkara lagi, mereka yang mendaftar ke dalam mailing list anda tidak tahu bagaimana untuk un-subscribe daripada mailing list anda. Mereka mungkin tidak perasan bahawa ada satu link di bawah emel (bawah sekali) seperti berikut:

pemasaran internet

Mereka hanya perlu klik sekali sahaja untuk keluar daripada mailing list yang mereka sertai. Bukankah ia begitu mudah? Maka jika mereka tahu, tidak perlulah menghantar emel memarahi orang lain. Kalau memandai subscribe, pandai-pandailah unsubscribe. Tiada sesiapa yang akan menghalang.

InsyaAllah, saya akan bincangkan lebih lanjut mengenai Email Marketing ini di lain waktu dan ketika.

Cabaran

Nah wahai usahawan Internet! Tak cukup dengan mereka yang dengki dan jahat, tak cukup dengan pelanggan yang tidak memahami prosedur pembelian, tak cukup dengan individu yang tidak memahami, ada juga mereka yang tidak berminat bersibuk-sibuk dalam usaha anda. 🙂 Inilah ujian dan cabaran di dalam bidang perniagaan maya ini. Manusia mudah memarahi anda kerana mereka ‘menyorok’ di balik komputer dan Internet.

Sanggupkah anda melalui cabaran-cabaran ini? Jika tidak sanggup, ikhlas saya katakan, LUPAKAN BIDANG PERNIAGAAN. Ia tidak sesuai bagi mereka yang mudah lemah semangat, manja atau sekadar minat tetapi tidak serius. Saya kuatkan lagi pesanan ikhlas saya itu melalui tulisan saya yang lepas. Klik di sini.

Amaran

Jika anda tidak minat perniagaan Internet, buat apa datang ke blog ini?

Jika anda tidak mahu menerima emel daripada saya, buat apa daftar ke neswletter SmartUsaha.com?

Jika anda tidak suka membaca tulisan saya, untuk apa anda datang ke blog ini?

Begitu juga dengan produk yang saya jual. Anda beli JIKA anda minat dan serius sahaja. Bukan sebab terpaksa, bukan setakat nak cuba-cuba, bukan setakat nak tahu. Jangan sesekali jadi pelanggan saya jika anda tidak berminat. Mungkin anda perlu membaca poin-poin penting di http://malaysiasoho.com/usahawaninternet mengenai membeli apa-apa produk di Internet.

Anda perlu beli sesuatu produk jika:

1. Anda memerlukannya

2. Anda serius

3. Anda memang sudah bersedia untuk bertindak

Saya hanya mahu berkongsi ilmu dan cerita dengan mereka yang berminat dan serius sahaja. Saya tidak mahu membazirkan masa saya dengan mereka yang minat sikit-sikit, atau hanya untuk mencuba atau tidak serius. Tidak sesekali.

Di dalam bidang perniagaan, tidak ada istilah cuba-cuba atau sekadar minat. Anda wajib serius dan ada sebab untuk anda melakukannya. Kalau anda hanya ada separuh minat, anda bukan hanya menyusahkan diri sendiri, bahkan anda juga melibatkan orang lain. Maka, pergilah ‘main jauh-jauh’ jika anda tidak berminat dengan perniagaan Internet. Jangan susahkan dan libatkan orang lain…

Akhir kata, jika anda tidak minat perniagaan Internet, usahlah menyibukkan diri dan kemudian memarahi orang lain. Cukuplah anda melakukan apa yang anda suka dan anda bahagia dengannya. Saya pun gembira dan anda pun gembira.

Saya rasa, masalah ini bukan sahaja saya yang menghadapinya, anggaplah ‘luahan’ saya ini mewakili mereka yang lain.

“Jangan menyibuk, jika tidak berminat”.

Wassalam.

*Ruang komen ditutup untuk Post ini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments