Aku Tuding Kau, Kau Tuding Aku… Blogger Vs IM

Blogger – Pemilik Sesebuah Blog

IM (Internet Marketer) – Usahawan Internet

*Ada sedikit kekeliruan istilah Internet Marketer dan Internet Entrepreneur. Tapi tak apalah, kita guna pemahaman biasa iaitu IM adalah usahawan Internet yang menjual produk seperti Ebook. Blogger pula yang ada blog, letak iklan, buat review dan seumpamanya untuk mendapatkan income… Kalau anda kata Blogger tu juga adalah IM, izinkan saya membezakan kedua-duanya untuk memudahkan penulisan saya.

Jika anda memerhati, terdapat banyak golongan manusia di dunia ini. Begitu juga di dalam dunia Internet. Di Internet, anda boleh menjana pendapatan dengan menjadi usahawan Internet atau menjadi seorang blogger sebagai contohnya. Anda perlu faham beza di antara dua kerjaya tersebut. Walaupun ia nak sama, tapi tidak serupa.

Apa yang saya perhatikan, di dunia menjana pendapatan di Internet ini banyak mazhab atau golongan seperti:

1. Blogger yang amat membenci usahawan Internet yang menjual panduan How To Make Money, bahkan mereka melakukan perang habis-habisan terhadap penulis Ebook sebegitu. Mereka bertindak sebegitu kerana menganggap, mengapa perlu bayar kalau ada yang percuma? Itu bagi mereka, BUKAN bagi orang lain…

2. Blogger lawan blogger. Macam mana tu? Blogger terbahagi kepada dua golongan terbesar. Satu yang buat duit dengan blog dan satu lagi hanya ber-blogging sahaja (menulis, for fun, bina rangkaian).

Alahai Blogger

Biar saya panggil blogger yang hanya sekadar menulis itu sebagai ‘standard blogger’ iaitu mereka hanya menulis dan tiada kepentingan menjana duit. Dalam erti kata lain, mereka bencikan iklan.

Golongan blogger yang standard ini pula terbahagi kepada dua jenis iaitu benci pada blogger yang buat duit dengan blog dan satu lagi open minded. Yang benci tu sebab kata mereka, “aku berserabutlah nak baca blog si anu tu, PENUH dengan iklan!”. Yang open-minded pula anda faham maksud saya, iaitu mereka tidak kisah.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan blogger (bukan semua) yang terlibat dalam ‘make money with blog’ sebagai kerjaya full time begitu benci dengan produk berbentuk Ebook, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan How To Make Money atau Internet Marketing. Bahkan ada mereka yang bersumpah tak akan menulis dan menjual Ebook. Mengapa ya? Ada sesiapa boleh kongsi pendapat?

Jika anda tanya saya, banyak jawapan yang saya boleh tulis mengenai pegangan mereka itu, tetapi salah satunya adalah, mereka TIDAK FAHAM model Perniagaan berbentuk Digital Products, sebaliknya HANYA mahu orang lain memahami model ‘perniagaan’ mereka.

Mereka hanya mahu dan tahu menjadi juri atau hakim kepada orang lain sahaja. Apabila mereka kata TIDAK, maka tidaklah… Pendek kata, mereka hanya tahu menghakimi, tetapi tidak sangat memahami. Apapun, saya sudah lama memerhatikan pegangan (mazhab) mereka sebegitu.

Namun, tidak semua blogger berperangai begitu. Ada juga yang open minded dan menghormati usaha orang lain. Blogger jenis ini yang saya suka dan respect. Saya TIDAK suka seorang blogger yang EGO.

Satu tip motivasi untuk anda. Andaikata datang seorang blogger atau sesiapa sahaja yang bencikan usaha anda seperti menjual Ebook, anda tidak perlu sedih dan bimbang. Kalau mereka benci anda, hakikatnya mereka juga dibenci oleh blogger standard yang saya katakan di atas. Inilah saya maksudkan dengan tuding menuding… ‘Kau tuding aku, dia tuding kau dan aku tak mahu tuding-tuding’. πŸ˜‰

Kesimpulan mengenai Blogger, mereka juga banyak pecahan, tak ada satu yang terbaik, sebaliknya sama seperti usahawan Internet yang banyak kategori.

Hmm, Usahawan Internet?

Ok, bagaimana dengan usahawan Internet pula? Mereka juga terbahagi kepada banyak golongan. Ada yang asyik mahu mengajar orang lain buat duit, tapi dia sendiri tidak mengamalkannya. Buat duit dengan hanya menjual cara buat duit. IM sebegini biasanya mereka yang baru bermula.

Ada juga mereka yang suka meletakkan screenshot pendapatan. Ia boleh, tetapi untuk diri saya, insyaAllah saya tidak akan melakukan cara atau trik sebegitu. Saya ada tulis mengenai hal ini dahulu, mungkin anda boleh Search.

Apabila anda meletak bukti pendapatan walaupun niat mahu membuktikan keberkesanan sesuatu teknik, namun bagi saya anda telah memberikan harapan yang menggunung kepada mereka yang membeli panduan anda walhal mereka mungkin perlu mengambil masa yang lama berbanding anda untuk mencapai keputusan seperti anda.

Keadaan bertambah buruk dan teruk apabila apa yang dinyatakan hanya hype semata-mata, padahal isi kandungan adalah ‘rubbish’. Saya ada terima aduan daripada para newbie setelah mereka kecewa dengan beberapa produk (tempatan) yang indah khabar dari rupa. Saya hanya menumpang kekecewaan. Golongan yang IM sebegini amat bijak, “ala, mudah jer, letaklah Earning Disclaimer!”. Wah wah wah, mudahnya yer.

Seterusnya adalah golongan usahawan Internet yang tidak mencipta kejayaan yang sebenar adalah golongan yang hanya mahu buat duit semata-mata. Buat duit ribu-ribu, ribu-ribu dan ribu-ribu. Janji buat duit, tapi support untuk customer malas nak bagi dan produk tak update dari semasa ke semasa serta malas untuk menambah ilmu, fasiliti, tools dan sebagainya untuk bisnes. Janji buat duit, kaya dan boleh pergi melancong ke sana sini……

Golongan usahawan Internet yang lain pula adalah yang betul-betul faham konsep Niche Marketing. Mereka terokai dan kuasai sesuatu bidang yang tidak ramai pesaing. Golongan jenis ini biasanya amat berjaya di dalam perniagaan Internet.

Namun, satu golongan usahawan Internet yang sebenar adalah mereka memahami erti kata USAHAWAN yang sebenar. Mentaliti mereka bukan hanya membuat duit di Internet, tetapi LEBIH daripada itu. Mereka tahu, faham, jelas dan mengerti mengenai KEUSAHAWANAN… Adakah anda mengerti sepertimana mereka memahami?

Apa yang saya mahu sampaikan di tulisan kali adalah, di dunia ini banyak jenis, kategori atau kelompok manusia, banyak ragamnya, sifatnya dan lain-lain. Maka, jika ada mereka yang tidak suka akan usaha anda, mengapa perlu mengiyakan kata-kata mereka walhal mereka tidak tahu menahu apa yang anda lakukan? Dan mengapa perlu mengaku kalah dengan mereka?

Kalau anda seorang tauke Ebook (apa saja topik), jadilah tauke Ebook. Orang mahu benci, orang nak boikot, orang tak suka, anda peduli apa? Janji anda menjual produk yang berkualiti, support yang memuaskan dan bukan indah khabar dari rupa. Kalau apa yang anda buat tidak salah di sisi Agama, halal, tak berdosa, tidak menipu, maka siapakah yang berhak mengatakan ia tidak boleh kalau Agama dah kata ia Ok?

Bukan IM, Bukan Blogger, Tapi…

Ada satu golongan manusia yang tak termasuk dalam tulisan saya ni, nak
tahu tak? Mereka adalah golongan yang tak suka perniagaan Internet dan tak suka Blogging. Saya tidak berjenaka, golongan sebegini juga wujud. πŸ˜‰

Inilah manusia, macam-macam. Maka?? Jadilah diri anda sendiri. Jangan terpengaruh
dengan kata-kata manusia yang boleh merosakkan impian dan prinsip anda. Ingat baik-baik pesanan saya ini. Saya amat serius mengenai hal ini kerana begitu ramai yang
mahu menjadi hakim bagi hidup kita.

Ingat, BE YOURSELF! Catat besar-besar atas kertas dan tampal di tepi komputer anda atau di tempat yang mudah nampak. Anda perlu serius mengenai hal ini jika anda tidak mahu hidup dan impian anda dihancur-leburkan oleh manusia yang hipokrit.

Mengapa Perlu Jadi Diri Sendiri?

1. Hati tenang dan damai sebab orang lain tak campur tangan (busy body) dalam hidup anda.

2. Dunia ni penuh dengan hipokrit dan bersibuk-sibuk dalam kehipokritan membuat hati sengsara, kecewa, sibuk dan membuang masa.

3. Bisnes maju, laju dan laku. Why? Sebab dengan jadi diri sendiri, anda mudah fokus. Anda bebas daripada kehipokritan dan kesibukan yang saya nyatakan tadi.

Maka dari itu, anda perlu menjadi diri sendiri. Anda nak buat duit dengan blog ke, nak buat duit dengan Ebook ke, tak nak buat duit ke, orang lain apa kes nak menyibuk? Diaorang tak berhak nak halang kita! Kita juga kalau tak nak orang menyibuk dengan usaha kita, janganlah nak menyibuk dengan usaha orang lain. πŸ™‚

Buatlah kerja sendiri, jangan sibuk nak kacau bisnes orang lain. Jangan nak berlagak tahu semua, jangan anggap diri amat hebat sehingga mahu menghakimi hidup orang lain dan jangan suka cari salah orang.

Fikirkan hal ini. Kalau orang lain buat kerja halal, tapi sebab anda mereka menjadi susah, jangan salahkan orang lain kalau anda menanggung dosa yang menggunung.

Sekian, terima kasih.

PS. Bagaimana pula dengan IM yang memiliki blog? Adakah mereka juga blogger? Mereka ini dipanggil golongan Hibrid. πŸ˜€ Saya biarkan anda menjawab persoalan ini.

PPS. Sebenarnya saya ada hujah untuk mematahkan golongan yang membenci pengusaha Ebook YANG BAIK. Tapi, tak apalah. Saya simpan dulu, nak guna waktu darurat nanti. πŸ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

15 thoughts on “Aku Tuding Kau, Kau Tuding Aku… Blogger Vs IM

  1. huhu, sebab itulah saya masih lagi belajar..pada saya bukan senang nak jadi IM nih..lihat Stephan Pierce, Mike Filsame, Joel Comm..cara2 mereka mengendalikan business sangat profesional..

    kalau boleh nak jadi seperti mereka, but i know, i have to work hard and most important is being PATIENT. πŸ˜€

  2. hibrid?..hohohoho..Zul pun start guna istilah² baru..Tapi ia jalan terbaik untuk perkenalkan konsep baru..guna istilah bombastik & orang tak biasa guna..

  3. ye tu zul,,
    jadilah diri sendiri…knp nak jadi diri orang bahkan kita adalah kita,,,orang adalah orang…

    untuk blogger yang benci iklan tu,, janganlah pergi ke blog yang ada iklan…takde lah nampak iklan yang mereka benci tu…

    untuk blogger yang benci ebook,, janganlah beli atau pergi ke web yang ade ebook…habislah masalah ni…

    untuk penjual ebook atau blogger yang buat duit dengan blog,, jangan lah bersedih sebab blogger yang benci ebook atau iklan tu…tu dia punya masalah bukan kita….

    btl zul? hehe.. senangkan! semua gembira kalau macam ni…

    han

  4. betul tu zul.
    sangat-sangat bersetuju dengan pandangan zul..
    kalau nak jadi orang lain pun janganlah kita memaksa orang mengikut apa yang kita jadi…
    tak kiralah samada IM, blogger, atau apa2 sekalipun…
    selagi kita tak melanggar syariat dan undang-undang so kenapa perlu dipersalahkan..
    So bior zul jadi cam diri dia sendiri dan begitu juga zool…

  5. “Kau tau, manusia ni berbagai ragam. Kalau nak puaskan mereka sampai akhir hayat pun belum tentu boleh…” ( Kata cruzertech kepada dirinya sendiri )

    1. yeaa… dah tentunya pelbagai ragam dan kerenah. tengok aje la kalo di kedai makan. pelbagi pesanan minuman yang boleh anda dengar dan juga makanan yang diorder setiap hari…

  6. Saya tak setuju dengan kenyataan Zul tentang wujudnya golongan yang membenci ebook. Mereka bukannya bencikan ebook tapi kebanyakan mereka bencikan ebook mengenai ‘How To Make Money’.

    Belum pernah lagi saya jumpa orang yang bencikan ebook melainkan ebook2 how to make money.

    Kalau ebook tu tajuk yang dia suka takkan dia benci kot. Ataupun saya salah tafsir kenyataan Zul..hehehe

  7. mata-it, ya, awak tersalah tafsir. Saya BUKAN refer pada semua Ebook dalam artikel ni, tapi pada Ebook IM, dan inilah yg saya selalu tekankan dalam penulisan saya. πŸ™‚

    Amat sukar utk saya tulis panjang lebar A-Z mengenai isu benci Ebook ni, so maaflah kalau ia membuatkan mata-it tersalah rafsir. πŸ™‚ Tapi jangan diinafikan ada golongan yg benci Ebook 100% sebab saya tahu geng dan group diaorang. Diaorang beli Ebook dan letak kat satu site utk orang download free. Ini merupakan satu KEBATILAN. Niat tak halalkan cara. Nak tahu URL site tu? Hehe, sorry tak dapat bagitahu. πŸ˜‰

    Mengenai Ebook how to make money (HTMM), bagi saya tidak salah utk dijual dan tidak patut dibenci melainkan Ebook2 yg hype dan menipu. Sy sendiri pun benci dgn Ebook2 penipu ni, sangat anti. Tapi mengapa perlu dibenci Ebook HTMM yg baik2?

    Kalau blogger mendapat income daripada iklan advertisers dan sokongan daripada pembaca setia, model perniagaan Ebook pula ada cara, trik dan teknik tersendiri utk mendapatkan income. So, respect each others lah. Jangan merosakkan model perniagaan orang lain.

    Kalau kita mahu orang menghormati kita, kita mesti belajar menghormati orang lain juga. Tapi saya perhatikan, ramai yg tidak begitu. Hal ini saya perhatikan, ramai blogger2 full time (kebanyakan orang luar) tidak memahami model perniagaan Ebook dan itulah membuatkan mereka anti dgn Ebook terutama Ebook HTMM.

    Kalau nak listkan pro dan cons IM vs Blogger ni, memang banyaklah. Tapi bagi saya, pilih satu atau kedua-duanya dan buat kerja masing2. Jangan tuding menuding aku betul kau salah selagi tidak jelas ianya salah… πŸ™‚

    – zul

  8. Bagi saya tunding menuding memang perkara biasa,Im mahupun Blogger tentunya mempunyai kelebihan tersendiri,mereka sebenarnya saling perlu memerlukan antara satu sama lain.Tidak dinafikan bahawa ramai yang telah berjaya dari hasil usaha yang dilakukan oleh kedua-dua golongan ini.Tahniah pada kedua duanya.

  9. Betul tu Raduan, itulah yg setepatnya! πŸ™‚

    Actually, saya sendiri pun seorang blogger, tapi bukan for making moneylah. Saya lebih menggunakan blog utk bisnes.

    Namun, saya juga ada beberapa buah blog utk ‘buat duit’ dan dalam masa yg sama seorang pengusaha produk digital.

    Ingin saya tekankan bahawa, tak semua blogger mempunyai pemikiran -ve begitu, hanya segelintir sahaja. Tapi mereka ni suka mempengaruhi orang lain, itu yg tak patut.

    Pendek kata di sini, perkara yg baik, kita sama2 bantu membantu, dan perkara yg jahat, sama2 juga kita perbetulkan/perangi.

    – zul

  10. kalo semuanya pakai tuding menuding sana sini, banyak kerja yang takkan selesai. asyik tuding sana sini aje… lebih baik buat kerja yang berfaedah dari membuat tuding itu ini… buang karan aje…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *