Aktiviti Terkini SmartZul

Hehe, saya kadang-kadang terkeliru diri sendiri, nak guna nickname mana satu, smartzul ke atau smartusaha? Huhuhu, keliru.. hehehe, relaks…. Saya akan gunakan kedua-duanya. Sebab? Sebab orang dah tahu siapa itu smartzul atau smartusaha. πŸ˜† Tutup cerita.

Ok, sedikit informasi terkini dari saya. Sekarang saya agak sibuk sikit, tapi saya tak mahu menjadikan ia satu alasan bagi saya. Saya perhatikan, dah ada nak tiru konsep Dr Irfan tulis blog. Satu hari satu post, 1 minit. Hehe, silakan. Tapi jangan tiru mentah-mentah jer.. Dr tu tak apalah, orang kuat membaca dan banyak ilmu.. πŸ˜‰ Bukan apa, walau kita guna formula yang hebat pun, tapi kalau tak dirancang dan difahami dengan baik, tak ada maknernya.. πŸ˜† Ishh, lari topik lakss..

Ok, selain daripada mendapat tempahan servis yang saya tawarkan kepada orang ramai, saya juga kini menggunakan sebahagian masa saya untuk membuat kajian bagi menentukan produk atau servis untuk melebarkan bisnes ke peringkat luar. Rata-rata peserta seminar saifulsham tempoh hari sedang sibuk mencari idea dan topik masing-masing yang mana akan di-review sendiri oleh saifulsham. Ehem, kami semua sedang dilatih dan dibimbing secara terus di ruang support yang SECRET. Nak masuk ke situ, kenalah beli kunci dia dulu. hehe.. Apa? Oh, tak faham yer. Sertailah seminar diaorang, baru dapat masuk ke ruangan bimbingan tu.

Di ruangan itu, anda bukan sahaja boleh tanya apa sahaja, malah boleh minta apa-apa yang tak dapat anda cari sendiri SELAGI saifulsham mampu lah. Tapi, apa yang mereka janjikan di laman web mereka, semuanya dikotakan. Macam-macam diberi, tapi kejayaan itu yang menentukan adalah para peserta sendiri. Saifulsham hanya memberikan support, ilmu, panduan, tips, petua dan dorongan sahaja. Selebihnya adalah usaha kita.

Jadi minggu ini saya berharap akan dapat menentukan topik yang niche bagi perniagaan internet yang sedang diusahakan ini. Oh ya, lupa nak beritahu. Para peserta seminar tersebut dapat manuskrip pelan 30 hari membina perniagaan internet. Dalam pelan tersebut, diberikan langkah demi langkah bagi setiap hari. Very practical steps!

InsyaAllah, kejayaan idea perniagaan yang dicari ini kelak, akan membuktikan pelan perniagaan serta ilmu yang mereka curahkan terbukti BERKESAN!

Anda bagaimana? Jangan jadikan bisnes internet anda seperti sebiji bola yang terlantung ke sana sini. Hidup segan mati tak nak. Anda perlu serius! 8) hehe.. Saya? Ya, perniagaan internet adalah periuk nasi cerek air saya.. haha..

Semoga anda berjaya!!


Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “Aktiviti Terkini SmartZul

  1. Salam…

    Wah…. terbakar juga rasanya bila baca cerita sedara kita ni dapat macam2 lps gi seminar tu. Tak boleh jadi ni… nanti nak kena cari masa & duit utk gi seminar tu… hehe…

    P/s: Zul… kalau dapat tiket free tu nak bagi kat sape? πŸ™‚

  2. haa… pasnih boleh la buat seminar sendiri pulak… mana lah tahu jadi penceramah jemputan dr irfan khairi pulak… saya pun punya hasrat nak pi seminar… nanti boleh jugak jumpa otai-otai internet nih… berkobar2 dah nih… target tak dapat2 lagi sejak dua menjak nih… asyik down aje laaa… huuuuuhaaaahuuuuuu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *