Akhirnya…

Setelah lama saya tidak update blog ini, akhirnya baru hari ini saya dengan selesa menaip post dan melakukan kemaskini terhadap blog ini.

Hampir berminggu lamanya, Broadband Celcom bermasalah untuk saya lakukan beberapa task seperti menulis post di blog dan upload file ke server. Line broaband Celcom Ok sahaja, cuma beberapa perkara seperti ada something wrong.

Lantas akibat ketidaksabaran saya, semalam saya terus mendaftarkan diri untuk mencuba rangkaian broadband terbaru yang kini hangat diperkatakan iaitu Wimax.

Saya tidak akan mengulas detail mengenai Wimax ini kerana saya akan melakukannya di post yang lain nanti. Cuma yang dapat saya katakan, buat masa ini rangkaian (coverage) Wimax di Malaysia ini masih terhad. Sekarang coverage lebih menumpu di sekitar bandar-bandar besar seperti KL dan Johor Bahru.

Jika berminat untuk tahu tanpa tunggu review saya, sila ke laman web berikut:

http://www.p1.com.my

Dan berikut adalah pakej-pakej yang disediakan:

plan_home

plan_office

Saya ambil pakej Plus (RM99 sebulan). So far takat guna sejak semalam, amat Ok. Teramat puas hati. Tapi perlu diingatkan sekali lagi, coverage wimax di Malaysia ni belum lagi meluas. Macam saya berada kat JB, jadi tak ada masalah. Semak coverage anda di sini:

http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx

Kalau tak percaya yang saya kata Wimax ni Ok, sila lihat speed test yang saya buat berikut di speedtest.net:

Speed test kat atas saya baru ambil masa saya taip baris ini.

Ini pula result yang semalam punya:

speed wimax

Jika anda nak cuba produk Wimax ni, boleh sahaja. Pergi daftar dengan reseller terdekat dan tak perlu bayar apa-apa. Bayaran perlu dibayar apabila bil pertama dihantar kepada anda. Ada lah caj-cajnya. Ini standard seperti mana Streamyx. Tapi, jika anda daftar dan bila cuba coverage tak ada, anda boleh pulangkan balik dalam masa 15 hari.

Jika ada coverage dan anda dah guna, tapi tak nak teruskan, anda boleh pulangkan dalam masa 15 hari dan anda akan dikenakan sedikit caj mengikut kadar yang telah anda guna.

Seperkara lagi, alat produk ini memang besar (bukan besar sangat). Ini alat dia:

wimax_modem

Alat ni BUKAN USB, dia pakai Ethernet Cable dan perlu tenaga elektrik (guna power adapter). So saya rasa ini satu kekurangan lah sebab sedikit sukar nak dibawa travel sebab perlu pakai power. Berbeza dengan alat broadband lain, cuma USB atau kad tanpa perlu power yang khas untuk berfungsi.

Tapi yang best adalah, kalau anda nak guna untuk banyak komputer, anda perlu pakai hub. Wimax ni dia macam Streamyx dan bukan macam 3G yang amat susah nak kongsi ramai-ramai walau pun ada alatnya (tapi mahal).

Ok lah. Saya akan buat review ringkas nanti. Biar saya guna dan merasai dulu. ‘Malam pertama’ saya dengan broadband Wimax ni dah pun dilalui malam tadi. Memang syok.. Sampai lewat tidur dibuatnya.. ๐Ÿ˜€

Apa pun, terjawab sudah mengapa saya tidak selalu update blog ini. Saya sentiasa ada dan begitu banyak sebenarnya post yang saya nak publish di blog ini. Cuma keadaan sahaja yang tidak mengizinkan.

Kepada rakan-rakan JV pula, saya mohon maaf jika saya tidak begitu agresif membantu promosi produk anda atau melakukan respon sepanjang JV berlangsung. Saya tidak dapat melawan keadaan yang di luar kawalan saya.

Itu sahaja sedikit info daripada saya sekarang. Sehingga berjumpa lagi.

ps. Oh ya, sebelum anda keliru, Wimax bukan pakai line telefon, tapi Wireless seperti 3G Celcom Broadband. Cuma ia lebih hebat lagi berbanding 3G. ๐Ÿ˜‰

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

39 thoughts on “Akhirnya…

  1. Tingginya speed download tu Zul. Saya setakat cecah 800+ guna streamyx. Memang puas hati kalau dapat macam tu. Sayang kat tempat saya belum ada lagi. Kalau dah ada nanti boleh juga mencuba. ๐Ÿ™‚

  2. lor. kene pakai adapter ke? tak best nya. saya baru je nak jadikan sume keje tu mobile. nnt bila wimax dah jadi kecik mcm broadband, saya akan fikirkan. hehehe.

  3. Huhuuu…Zul, mesti ‘Malam Pertama’ yang penuh mendebarkan, tu yg buat tak tido malam tuu ๐Ÿ™‚ Sebelum ni masa PC Fair bulan Dis dulu memang nak try tgk… tapi masa tu kat Penang tak cover lagi.

    Pertengahan Mac ni baru nak start sepenuhnya kat Penang ni. Akhirnya pilih Streamix Juga.

  4. Biasalah benda masih baru, banyak yang ok. Bila dah ramai pelanggan nanti tak tau la cemane pulak. Macam Streamyx dulu la masa baru keluar. Punyalah ramai yang puji, almaklumlah baru keluar dari kepompong dial-up connection.. Sekarang bukan main ramai yang kutuk.. Hmm

    1. Betul. Sebab tak ramai yg guna lagi, tu yg Wimax laju lagi. Tapi satu yg perlu kita tahu, teknologi Wimax ni lain sikit berbanding 3G.

      Apa yg kita kesalkan adalah, ISP sedia ada skrg seperti Celcom Broadband seperti tiada improvement yg dilakukan. Sebaliknya aduan terus2 menerus meningkat. Apa yg kita mahukan adalah kalau tak ada perubahan besar pun tak apa. At least ada peningkatan.

      Kelak saya harap di Malaysia ni semakin banyak penyedia talian internet selain TMNet dan Celcom. Barulah wujud persaingan sihat dan tak berlakunya monopoli. Then masing2 pun akan sibuk improve teknologi masing2. Tapi tidak skrg, akibat tak berlaku mcm ni, maka masalah terus bermasalah.

  5. Tahniah zul, barulah boleh online selalu ni ๐Ÿ™‚

    Tak tahu area kajang ada lagi ke tak wimax ni, tapi member pun cakap, memang okla connection dia..

    Kalau ada, mau juga try ni

  6. Saya sangat menyokong kewujudan banyak lagi syarikat penyedia perkhidmatan broad band nie.. at least kita sbg pengguna mempunyai byk pilihan dan boleh menggunakan kuasa sebagai pengguna semaksima mungkin! ๐Ÿ™‚

    At least, para penyedia khidmat broadband ni akan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan mereka untuk menarik ramai pelanggan. Ini satu persaingan yang sihat di Malaysia dan begitu menguntungkan kepada kita semua.. ๐Ÿ™‚

    1. Betul. Ada lagi teknologi yg amat laju. Dengar cerita, teknologi ni ada pada TNB, cuma mereka tak ‘dibenarkan’ jadi ISP. Kalau tak bankrap lah TMNet. Tapi tak mustahil kelak Telekom boleh bekerjasama dgn TNB.

      Semoga kat Malaysia ni tak mempolitikkan benda2 mcm ni. Kesian rakyat Malaysia.

  7. Saya pun nak test Wimax nih kat UM. Dekat sini asyik putus jer line dier. Leceh betul. Actually streamyx kat malaysia still slow lg. Dekat Uk streamyx dier 10 ganda lagi laju. Mungkin pakai teknolgi macam TNB yang macam smartzul ckap kot.

  8. Celcom ni memang mcm ‘tut’! Aku rasa dah dekat 2 bulan dia wat perangai. Problem bila aku nak buka yahoo mail, friendster dan advertlets. Apa hal tah! Benda camni la yg wat aku malas nak bayar bil. hohoho

  9. best jg ni….harap- harap cepat berkembang ke sabah. Boleh orang sabah pula mencuba teknologi wumax ni…..gana celcom memang bermasalah sikit….itu yg sabah pun tutup akaun celcom.

  10. Salam,

    wimax mmg teknologi baru(di malaysia), saya pernah habiskan rm3k untuk jadi dealer dia..malangnya setahun berlalu, dengan saya kena bayar lagi yuran sebagai dealer tiap2 bulan,tetapi environment tk up..baru sekarang up..

    saya terpaksa mengambil keputusan untuk stp jadi dealer…sedih gak..tapi better than always loose money each month.dlm 4 bulan sy stop jadi dealer, baru greenpacket start iklankan wimax dan up kt lembah kelang,jb dan dgr citer penang.

    last dec,sy berkesempatan buat kerja bersama guy dari huawei, pembekal untuk wimax bagi greenpacket di kuantan..ada rahsia berkenaan wimax yang beliau dedahkan kepada saya..tp..tk leh citer la..biarlah rahsia

    sy juga sempat berbual dengan engineer dr TM, dan katanya TM akan kuarkan produk baru yg setanding dgn wimax…eheheh..sy ni kije sun system engineer, tu knl ramai org..

    apa-apa2 pon, sy harap teknolgi wimax dan semua teknolgi berkaitan di malaysia akan berkembang lebih maju..senang la rkyt malaysia

    1. Terima kasih atas perkongsian.

      Baguslah TM nak keluarkan produk baru. Kiranya ia memberikan manfaat keseluruhan dan ada keseimbangan pasaran serta persaingan yang sihat.

    1. Kemungkinan. Tapi kalau fasiliti mereka ditambah dan teknologinya sentiasa dipertingkatkan, rasanya tidak akan terlalu slow.

      Terjadinya slow ni sebab umpama satu jalan, jika sebelum ini satu dua kereta saja yang melaluinya, tapi bila beratus-ratus kereta yang lalu, maka jalan akan jadi sibuk. Begitu jugalah line internet. Bila ramai yang guna, talian akan jadi “busy”. So akses ke internet pun akan jadi slow.

  11. Brother Zul..

    Nak tanya..Kalau nak daftar P1Wimax kena beli dia punye modem jugak ke? kena bayar rm200 untuk beli modem?..Boleh bgtau sikit bagaimana nk register menda nie?TQ

    1. Yup, kena bayar. Kalau nak free, kena sign kontrak untuk dua tahun. So dapatlah modem secara percuma.

      Pergi sahaja ke mana-mana cawangan berdekatan (boleh lihat di laman web Wimax). Biasanya di mana-mana shopping complex ada agen mereka.

      Isi borang dan terus bawa balik modem. Dalam beberapa jam sudah boleh guna. Bayaran perlu dilakukan setelah sampai bil pertama nanti. Boleh cuba dulu dalam masa 7 hari (saya tak pasti yang terkini, perlu tanya mereka). Kalau tak berpuas hati, boleh batalkan akaun dalam tempoh tersebut.

        1. Saya tidak pasti. Saudara masuk ke http://www.p1.com.my/wimax/coverage_ref.aspx untuk check coverage. Masukkan nama tempat tinggal saudara. Cara kedua, hubungi pihak P1 atau agen berdekatan dan tanya mereka. Sebab takut status di website tu tak betul. Biasanya agen akan check dulu kawasan kita. Kalau tak termasuk, biasanya mereka berat hati nak ambil kita sebagai klien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *