Akan Terbit! Teknik Mudah Affiliate.
Seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini, ebook ini akan diterbitkan pada bila-bila masa sahaja. Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan sebelum ebook ini dibuka jualannya.
Konsep Asas Ebook:
1. Lebih berbentuk Case Study dan Manual. Ebook ini bukanlah berpuluh mukasurat, tetapi ia lebih kepada manual apa yang perlu dilakukan. Pembaca terus dapat mempraktikkan teknik mudah kerana “tools” juga disediakan untuk mereka dan mereka juga akan diberitahu produk apa yang sesuai dengan teknik ini.
2. Bukan ebook berbentuk suruh buat, tapi ebook ini akan menunjukkan produk apa yang saya promosikan. Kiranya tiada rahsia. Saya akan kongsikan kesemuanya.
3. Konsep Teknik Mudah ini adalah bagaimana mempromosikan produk affiliate dengan cara tidak mempromosikannya. Bunyinya sedikit pelik, tapi ia adalah benar. Kalau tidak benar, masakan saya begitu mudah dapat komisen untuk satu jenis produk yang susah orang nak beli, tapi orang lain berhempas pulas mempromosi.
4. Teknik ini bukanlah satu rahsia, tapi saya telah menemui cara bagaimana untuk mengoptimumkan hasilnya. Daripada sekitar 2300 pelawat yang klik link affiliate saya, saya memperolehi komisen sejumlah RM1570.00++. Kiranya kadar conversion rate adalah sekitar 68%!! (1570 / 2300). Anda akan ditunjukkan statistik sebenar jika membeli panduan Teknik Mudah Affiliate ini.
5. Duplikasi. Kaedah ini amat mudah untuk diduplikasikan. Syarat asasnya mesti ada “tool”. Apakah tool itu, saya akan dedahkan dalam ebook.
6. Teknik ini bukan teknik blackhat.
Berikut adalah kesemua cek yang saya perolehi sejak tahun lepas lagi:
Jumlah keseluruhan komisen: RM1571.08
Cek ke-6 dalam proses yang mana komisen terkumpul terkini adalah dalam RM170.00++. Saya boleh request cek pada bila-bila masa sahaja.
Mungkin anda kata komisen yang saya perolehi adalah sedikit dan terkumpul beberapa bulan. Memang betul. Mengapa? Kerana saya promosikan produk yang komisennya hanya 10% sahaja. Paling minima komisen RM6.00 satu jualan. Paling maksima tidak silap saya dalam RM20.00.
Jika anda mahukan jumlah komisen yang besar, saya akan tunjukkan caranya. Ada pelbagai jenis produk yang boleh dipromosikan dengan kaedah saya ini sama ada untuk pasaran Malaysia atau pasaran Internet global.
Terhad. Jangan Lepaskan Peluang.
Jangan lepaskan peluang ini kerana buat masa ini saya hanya membuka peluang kepada 150 orang sahaja untuk mempraktikkan Teknik Mudah ini. Teknik ini sama sekali tidak akan tepu sebab pasaran adalah terlalu luas. Cuma buat masa ini saya mahu terhadkan penjualan kerana ‘tool’ yang saya sediakan adalah untuk market Malaysia. Jadi saya tidak mahu ia terlalu tinggi persaingannya.
Itu sahaja info ringkas yang saya dapat kongsikan di sini. Selebihnya dapatkanlah ebook Teknik Mudah Affiliate. Bayaran anda untuk ebook ini adalah modal untuk mendapatkan komisen yang berterusan selagi anda mahu.
Anda boleh melihat draf surat jualan di sini:
http://smartusaha.com/teknikmudah
Page pembelian belum ready lagi. Saya akan umumkan di blog ini dan melalui emel (jika anda subscriber newsletter saya) setelah ebook ini dibuka jualannya.
Terima kasih.
Makluman Penting: Kepada anda yang akan mendapat ebook ini secara percuma kerana janji bonus saya terhadap beberapa produk usahawan lain, jangan beli ebook ini. Sila tunggu emel makluman daripada saya. HARAP MAKLUM.
ps. Ini adalah ebook pertama saya mengenai “cara buat duit”. Selama ini hanya mengenai IT & Marketing sahaja. Mohon maaf jika ada kekurangan. Tapi saya telah cuba yang terbaik untuk para pembeli. Prinsip saya, “quality first!”.















menarik tu…
saya booking satu.
Saya pun nak juga Tempah satu….saya yakin dengan produk brother zul..Saya dah berjaya siapkan blog saya dgn panduan pakej kit blogger..Terima kasih brother zul.
Rasanya kena dapatkan satu ni…
harus dapatkannya..bukan senang nak dapatkan RAHSIA saudara Zul ni..
Nampak macam menarik. walaupun terdapat banyak panduan affiliate yang dikeluarkan oleh IM lain sebelum ini, saya rasa Zul punya ada kelainan. Harapnya begitulah.
Saya tempah satu Zul!
—————-
smartzul: InsyaAllah Olie. Secara ikhlas, saya “takut” sebenarnya nak berkongsi kaedah ini kot-kot teknik ni tak jadi untuk orang lain. Tapi tak salah untuk mencuba. Panduan lain tu Ok saja, cuma mereka lebih kepada panduan, umum, menyeluruh dan banyak teknik. Tapi yang saya punya ni hanya menghuraikan satu teknik, kongsi apa yang sebenarnya tanpa sebarang rahsia dan saya sediakan “alat” lagi agar pembeli terus dapat mempraktikkan teknik ni.
okay, Zul.
Saya tempah 1. Tolong inform bila dah ready.
Lain IM, lain teknik dan strategi masing-masing. Itu semua adalah ilmu. Juga, IM ni punya aura yang tersendiri.
salam bro zul, insyaAllah simpan saya 1.
ketulusan zul dalam kualitinya tak disangkal lagi… saya tunggu.
wah…bleh pomot ni
Kalau produk daripada SmartZul, tak perlu rasa dan tak perlu was-was lagi, saya mesti dapatkan satu nie..Saya TEMPAH satu!
Zul,
Agaknya bila nak launch ? Takut terlepas…
—————-
smartzul: Bagi yang dah confirm nak beli, saya akan rerservekan satu. Kalau ikut plan dalam masa terdekat ni. Tapi bergantung kepada keadaan. Apapun tunggu saya inform di blog dan juga melalui emel.
Pl let me know when launching….i want
wah, dah ada ebook baru dah.
nampaknya macam menarik je ni. hehe
saya pon booking gak satu. selalu dapat RM10 je sebulan .
wah-wah.. tak sabar rasenya nak tunggu ebook ni keluar..zul, cepat skit..!heheh.;-)
Salam,
Selama ni saya tak beri tumpuan terhadap program2 affiliate ni. Tapi niat nak belajar tu memang ada.. Elok jugak ada ebook yang cuma mendedahkan satu teknik sahaja tapi terbukti berkesan.
Jadi saudara Zul, tolong reservekan utk saya satu..
Terima kasih.
—————–
Smartzul: Ok saudara Lanchini. Saya reservekan satu.
Semoga teknik ini berkesan juga untuk orang lain. Tapi dengan bersyarat, kena ada usaha sikitlah terutama promosi. Sehebat mana teknik tapi kalau mahu hasil terus jatuh dari langit, itu yang padahnya.
Saya tengah tunggu produk ni dari awal Zul ceritakan…moga saya jadi orang yang pertama dapatkan ebook ni.
Terima kasih bro Zul sbb sudi kongsi teknik affiliate bersama kami semua
Zul…saya nak satu..
Saya banyak belajar dari produk-produk keluaran Zul..
Saya tempah satu Zul. Memang tanak terlepas ebook-ebook keluaran bro. Kalau boleh bayar skang pon saya sanggup. Takut terlepas….
saya rasa , saya di janjikan produk ini ketika saya membeli ebook panduan clickbank melalui affiliate link saudara bukan? so, saya tak payah belilah kalau macam ni.Sila betulkan saya jika tersilap.
———-
smartzul: Ya, betul. Saya akan hubungi nanti secara berperingkat.
tahniah, tak sabor tunggu ni. nak try jadi ke tak
boleh saya tau bile akan dilancarkan? Atau dah terjual semuanya?
Belum dikeluarkan lagi. Saya akan umumkan di blog ini sebaik sahaja ia dikeluarkan.