Please Vote For Him!
4 06 2007Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Akhirnya, ada juga rakyat Malaysia yang berani menyertai satu pertandingan yang agak heboh juga ketika ini di dunia perniagaan Internet global iatu program realiti The Next Internet Millionaire yang dianjurkan oleh Joel Comm. Anda boleh baca tulisan saya yang lepas jika belum tahu mengenai program tersebut. Klik di sini untuk membacanya.
Siapakah satu-satunya rakyat Malaysia yang menyertai program tersebut? Ya, hanya beliau seorang dan kiranya beliau mewakili Malaysia!
Mungkin anda sudah kenal atau mungkin tidak. Dia adalah Mohd Faisal atau dikenali sebagai Fai dari IMMalaysia.com. Biar saya ceritakan sedikit mengenai dia dan setelah mengetahui sedikit cerita yang berkaitan, saya rasa anda akan memberikan undi kepadanya walaupun satu mata.
Saya mula kenal Fai tidak silap sejak awal tahun 2006 lagi. Pada masa itu beliau masih amat baru dalam bidang perniagaan Internet ini. Banyak juga ujian dan rintangan yang telah dilaluinya dan jika anda ahli aktif forum wangcyber, anda pasti tahu salah satu kejadian yang menimpanya baru-baru ini. Dia begitu banyak melalui keadaan yang turun naik, jatuh dan bangun. Paling menyedihkan, beliau mendapat tentangan daripada orang yang paling dekat bahkan dikecewakan sendiri oleh orang yang beliau amat percayai.
Tapi kini, Fai sudah mula mengorak langkah dan saya begitu bangga beliau berani melangkahkan usahanya untuk menyertai pertandingan ini. Kata beliau dalam video yang boleh anda tonton di page yang akan saya bagi nanti, misi dan matlamatnya untuk menjadi the next Internet millionaire adalah untuk membuktikan dengan kerjaya usahawan Internet juga boleh hidup dengan bahagia dan berjaya! Lebih kurang begitulah maksudnya.
Bagi saya, usahanya ini bukan sahaja memberikan kebaikan untuknya malah kepada semua usahawan Internet. Tidak kisahlah beliau terpilih menjadi 12 orang peserta yang layak ke peringkat akhir atau tidak, yang penting adalah langkah pertamanya menyertai sudah cukup membuktikan yang dia akan lakukan apa sahaja untuk berjaya.
Namun, jika anda mahu dia berjaya ke peringkat kedua yang mana hanya 50 orang mata terbanyak yang akan terpilih, maka sila undi beliau di page ini:
http://www.nextinternetmillionaire.com/show.php?id=1289
Pilih mata (markah) yang anda mahu dan klik button Vote!
Tonton video beliau tersebut dan pilih mata yang anda rasa sesuai untuknya. Jangan lihat kepada kualiti video sebab penilaian itu akan dibuat oleh pihak penganjur. Anda dengar dan faham visi dan matlamat dia dan berikan mata yang anda rasa patut. Itu yang lebih utama iaitu visinya.
Jika Fai berada Top 50, maksudnya dia akan berjaya ke peringkat ke-2 untuk pemilihan seterusnya. 50 orang itu akan dinilai lagi dan kita boleh vote sekali lagi yang mana 30% markah di peringkat kedua adalah daripada undian penonton, manakala 70% lagi diberi oleh pihak penganjur.
Untuk melihat peserta yang Top 50 sekarang, sila ke page ini:
http://www.nextinternetmillionaire.com/top50.php
Terkini: Fai sekarang berada di senarai Top 50!!
Vote, vote!
Sekurang-kurangnya, penglibatan rakyat Malaysia di arena global akan membuka mata orang luar bahawa, kita juga ada potensi yang baik untuk dijadikan rakan perniagaan dan seterusnya meyakinkan mereka untuk berurusan dengan kita. Akhirnya, akan banyak peluang yang akan terbuka luas.
Sama-samalah kita berikan motivasi, kata perangsang dan bantuan apa yang patut agar Fai berjaya dalam pertandingan ini! Apa yang saya perhatikan, Fai ‘memerlukan’ bantuan pakar video untuk menghasilkan video yang lebih kreatif dan pakar english agar Fai dapat berbahasa Inggeris dengan lebih baik. Cuma saya harap, kita semua jangan meletak beban berat pada bahunya, lagipun pertandingan ini lebih kepada ‘entertainment’.
Akhir kata, VOTE FAI!
Klik di sini untuk mengundi beliau. Kalau boleh, bagilah 10 mata.
Terima kasih.
PS. Kepada Fai, ingat kata-kata saya, “orang yang hanya tahu komen negatif terhadap usaha kita adalah NOTHING!“.
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!
Vote Artikel Ini:
Artikel Berkaitan:


















Wah…bangganya hati ni bila tau ada orang Malaysia yang sertai program ni…dan dah dah tersenaai Top 50 pun. Mari kita sama-sama beri sokongan untuk Fai. Moga semangatnya terus berkembang dan motivasi dirinya terus meningkat…
Bagi saya dia memang berani bila masuk program ni…dan yang paling penting dia dapat buktikan kepada orang2 yang tertentu…perniagaan internet bukanlah satu omongan kosong…VOTE FOR FAI
Wow…tak tahu nak cakap macamana..memang satu langkah yang berani buat Fai..saya amat berabangga! Vote 10 for Fai!
Dah vote. Sorang berapa kali boleh vote yer..
suaranya slowlah.. tensen betul.. anyway, I’ve voted!
Saya tak pasti berapa kali boleh vote, nampak gaya mcm dia tak bagi apa2 syarat atau hadkan sesuatu.
Cikgu, yup, video tu tak begitu baik, tapi yang penting Top 50!
Nanti harapnya for 2nd round Fai improve that video.
fai mesti ada orang coaching secara intensive…pada otai2 semua berilah sumbangan ilmu yg ada….saya hanya boleh vote & sokongan moral sajalah…anyway…..GO FAI GO…..!!!!
Yer satu langkah yg berani, Saya berbangga, 10 vote untuk Fai..
Betul tu KC, tapi saya yakin kalau kita semua bagi sokongan, tak ada masalah.
Untuk makluman, pertandingan tersebut tak memerlukan peserta pandai mengenai Internet marketing. Yg newbie pun boleh masuk.
Pihak juri akan melihat kepada visi dan matlamat peserta, BUKAN pada kepakaran ebiz. Di Colarado, 12 orang yg terpilih akan dilatih secara intensif sehingga faham dan jelas mengenai ebiz. Lagipun this is entertainment reality show.
tak sangka ye… sungguh berani si Fai ni walaupun masih baru lg dlm bidang ni ek… satu motivasi yg paling berharga utk para newbie… jangan sangka newbie tidak berani atau mampu utk bersaing dengan otai2 im..
bangga gak sy dgn si Fai ni… sokonglah si Fai ni… harap2 dia mampu melakukan yang terbaik utk dirinya… tahniah!!
Terima kasih banyak zul sebab sudi memberikan sokongan yang tak terhingga kepada saya..:) Insya-Allah.. Kalau masuk top 50, saya akan submit video yang lagi special.. (tgh study pasal video lagi ni).. Dan saya akan memperbaiki English saya..
Saya takkan hampakan harapan Zul dan semua yang menyokong saya..
Terima kasih zul..
Ps: Terima kasih juga kepada semua yg mengundi.. Jasa anda semua akan saya kenang sampai ke akhir hayat.. Terima kasih banyak2..
Tahniah, kami bangga dengan anda…fai.
“Malaysia Boleh” “Fai Boleh ”
Moga “Golden Dream” anda akan menjadi kenyataan..
Seribu idea, seribu harapan tak bermakna tanpa tindakan..Anda telah memulakannya,..kami akan beri sokong padu pada anda ..
Bagaimana harapan anda begitu juga harapan kami…Vote 10 to fai…
Tumpang bangga walaupun Fai mungkin tak mengenali saya.Good luck semoga harum nama negara kita di mata dunia.
Selamat maju jaya buat FAI ! Dan saya sudah mengundi anda !
Good luck bro fai
Vote 10 for him dan dia sememangnya layak untuk berada TOP 50
Lihat sahajalah segala cabaran yang sudah ditempuhi oleh beliau
p/s: FlareBiz Boleh!! erk hehehe
Teruskan usaha mu anak Malaysia
huhu… jom kita bagi vote untuk beliau. sokongan padu sepenuhnya…
sekian terima kasih. selamat maju jya…
Syabas!!! saya ucapkan kpd Fai dan saya akan mengundinya 5 kali (InsyaAllah) sehari setiap hari … moga berjaya dlm cita2 mengharumkan nama Malaysia di mata dunia
Saya baru je VOTE 10 untuk Fai
Syabas dan semoga berjaya.. Malaysia Boleh!
Aku pun dah vote markah penuh lagi tu.
dah vote..dan nak vote banyak kali kalau boleh..
bangga dgn fai ..anak malaysia..semoga berjaya fai..
Good Luck Fai,
Sy dh vote. 10 out of 10.
asmkm semua, shueqry here..
sungguh kagum saya dengan Fai, berani!
Saya dah vote tadi.
Good luck
Diharapkan sesiapa yg belum Vote, bolehlah melakukan hari ini juga. Untuk pengetahuan, hari ini adalah hari terakhir untuk pusingan pertama.
Thanks all.
vote banyak kali boleh ker…?takut kena banned pulak orang malaysia nanti ….
Wah…bagus betul la apa yang fai lakukan ini … fai seorang yang berjiwa besar dan berani…TETAPI apa yang saya paling suka disini adalah kawan-kawan sekeliling yang sentiasa menyokongnya …Pasti anda akan tetap berjaya walaupun bukan hari ini … Jangan cepat putus asa ..
Ummi berbangga dgn kewibawaan Faisal ,semuga menjadi idola kepada anak2 muda yg lain.
Kalau ada 50 ,ummi vote kau 50 Faisal ………semuga berjaya .
kc, untuk mengelakkan hal tersebut berlaku, undi satu dah cukup.
Kita mahu kalau Fai berjaya, biar daripada undi yg asli iaitu satu undi setiap orang. Hanya pandangan saya sahaja.
Saya cuba lihat syarat2 kat web dia, tapi nampaknya mcm tak ada dinyatakan syarat boleh undi sekali jer. Wallahu ‘alam.
Tahniah kerana terpilih Fai!! Hopefully Fai boleh improvekan video Fai supaya nampak lebih spontan & more confident. Don’t be yourself but be your best self !!! Tahniah Fai… You have my prayers (and votes) with you…
terima kasih kepada smartzul kerana menghubungi saya. mengenai kawan kita Fai, sudah tentunya saya sangat2 menyokong usaha beliau. walau pun saya tidak kenal dia tapi sebagai rakyat Malaysia dan warga Internet, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. itulah saja kata kata yang saya dapat beri sokongan kepada beliau. semoga berjaya, tahniah smartzul,- dah undi.
tanakwagu
saya sokong fai……….dia memang berani tampil ke hadapan……….saya harap saya pun berani macam dia….bukan semua orang boleh lakukan apa yang dia lakukan…..
Syabas anak Melayu!
Tak kan Melayu Hilang Di Dunia!
Satu nasihat “Melayu Mudah Lupa”.
Harap Fai dpt ke peringkat akhir.
10 vote utk Fai.
Amin….
sorry..tetap nak komen..
1. suara tak clear sebab terpakse pasang speaker pc dan speaker kat luar dgn penggunaan maksimum..
2. Sorry to said..English tak bape clear and he need some teacher..Even my english is really low, i know the different between.. Just forget it. Just hope Fai will improve his skills in speaking and his grammar.
3. nih tambahan..apsal asik pandang bawah aje?
TAPI.. TAHNIAH sebab..
1. orang pertama yg berani sahut cabaran. tak semua orang beranih..aku pun tak tau FAi masuk bende nih kalau aku tak usha blog nih hari ini..
2. Berani mencuba.
3. Sebab lelaki pertama kt Malaysia yg masuk competition nih..taktaula kot-kot ada gak orang malaysia lain tapi kita tak kenal..
4. congratulation sebab dah tercalon dlm top 50 dan harap2 lepas ke 2nd stage..
5. Tahniah gak sebab lelaki jugak yg masuk. Bukan perempuan. Kalau pempuan memang semua marketing kt Malaysia nih malu punya..
Ok Fai and zul. JUst keep blogging everyday..:)
Saya terima komen tu Titan, dan semua komen2 tu orang lain dah tahu dah, kat forum WC pun kita dah bincang. So, itu bukan the big issue here. Tapi bab perempuan tu, hmm, mcm kata Kak G, tak patut cakap mcm tu.
Kalau kita sokong dan suka tengok perempuan menyanyi memekik-mekik mcm AF tu padahal ia tak digalakkan dalam Islam, why not pertandingan yg baik mcm ni.
Just my 2 cent.
Terjumpa….satu lagi rakyat malaysia menyertai The Next Internet Millionaire…klik link ni http://www.nextinternetmillionaire.com/show.php?id=1400
Thanks
orang Malaysia? tentulah saya akan mengundi dia! sampaikan kiriman salam semoga berjaya pada dia. (hehe.. boleh je wish kat blog die ek..).
Ya, ada lagi sorang rakyat Malaysia yang masuk!! Nama dia Zul Afia. Fai tidak keseorangan!! sesapa yang dah undi Fai tu undilah jugak dia, okay? My prayers go with the both of you!! Viva Faisal & Zul Afia !!! MALAYSIA boleh!!! klik link nih utk mengundi Zul Afia!!
http://www.nextinternetmillionaire.com/show.php?id=1400