Affiliate Model KISS

KISS: Keep It Simple Smart

Tidak sukar untuk menjana pendapatan di Internet, tetapi dengan syarat tidak terlalu membebankan diri menemui ‘secret formula’. Ia tidak wujud.

Apa yang perlu kita lakukan hanyalah simple formula sahaja yang sehingga kini digunakan sendiri oleh kebanyakan affiliate marketer senior.

Model KISS adalah:

1. Ada squeeze page – tawarkan sesuatu secara percuma

2. Produk percuma – ebook dan lain-lain

3. Autoresponder – setkan ‘at least’ 7 siri emel berkaitan dengan niche untuk LIST yang dibina.

Itu sahaja yang diperlukan. Tidak perlu fikir yang lain-lain.

Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang?

1. Sudah tentu perlu beli autoresponder dan tahu menggunakannya. Aweber dan Getresponse adalah dua yang terbaik. Yang lain boleh juga.

2. Tentukan niche (topik) bagi setiap list kempen dalam autoresponder. Contoh: Kerjaya, kesihatan, kekeluargaan, internet marketing, bisnes dan sebagainya. Setiap niche perlu buat satu group kempen tersendiri.

3. Buat produk percuma seperti ebook, audio dan video.

4. Siapkan Squeeze Page untuk subscriber daftarkan nama dan emel. Satu squeeze page untuk satu niche kempen promosi (list). Pastikan ebook atau produk percuma diberikan terus selepas mereka mengesahkan pendaftaran. Tip: Dalam ebook itu boleh promosi satu atau dua produk affiliate yang terbaik.

5. Cari produk affiliate yang mendapat sambutan.

6. Setkan emel bersiri dan setiap emel selitkan juga info produk affiliate selepas tip-tip yang diberikan dalam emel tersebut. Setiap emel perlu dijarakkan masanya seperti 2 atau 3 hari bagi satu emel. Setiap emel tidak perlu terlalu panjang. Padatkan tetapi ia mempunyai nilai.

7. Promosikan squeeze page dengan pelbagai cara seperti forum, Facebook, advertorial, iklan, review, Youtube, viral marketing dan sebagainya. Lakukan promosi ini secara konsisten pada setiap hari. Ia hanya memerlukan tidak sampai 10 minit untuk setiap teknik promosi. Yang penting fokus.

8. Broadcast (hantar emel) kepada list (subscriber) jika ada produk lain terutama produk yang baru dilancarkan. Selain itu, hantar juga emel tip-tip lain dan berkongsi informasi tanpa sebarang promosi. Teruskan berhubungan dengan mereka, tetapi jangan terlalu kerap. Jarakkan masa di antara setiap emel.

Lain-lain:

1. Belajar cara penulisan yang baik iaitu ilmu copywriting. Ilmu ini boleh digunakan untuk penulisan emel, artikel, dan ayat iklan/tawaran (offer).

2. Belajar trik-trik affiliate marketing seperti tawaran bonus terhad.

3. Disebabkan autoresponder datang dengan fungsi unlimited (tanpa had), maka buat lebih daripada satu niche produk. Di pasaran Malaysia sekarang sudah begitu banyak produk dalam pelbagai niche.

4. Perhatikan cara affiliate marketer berjaya terutama emel yang mereka gunakan. Tetapi, sebaik-baiknya adalah perlu masukkan gaya kita tersendiri. Perlu ada keunikan.

5. Keep track. Lihat perkembangan dari masa ke semasa. Perbaiki mana yang dirasakan kurang sama ada pada squeeze page dan cara emel ditulis.

6. Tetapkan matlamat pendapatan affiliate. Contoh: RM1000 sebulan. Untuk dapat jumlah itu, berapa produk yang perlu dijual dan apakah cara promosinya. Selain bergantung pada emel berisiri automatik, kita juga mungkin perlu hantar emel broadcast.

Emel bersiri (follow up) akan dihantar secara automatik berdasarkan sela masa yang ditetapkan.

Emel broadcast kita hantar pada bila-bila masa secara manual, seperti mana kita send emel apabila perlu.

7. Wujudkan blog sama ada blog pasang sendiri ataupun blog percuma. Tulis artikel-artikel dan setiap artikel letakkan link ke squeeze page. Digalakkan setiap blog adalah khas mengenai satu niche topik sahaja. Boleh buat blog dengan menggunakan subfolder atau subdomain sahaja.

Kesimpulan:

1. Hanya perlukan tiga perkara sahaja iaitu Squeeze Page, produk percuma dan autoresponder.

2. Siapkan sahaja dahulu. Tidak perlu terlalu sempurna pada peringkat awal sebab kita boleh perbaiki dari masa ke semasa.

Bacaan lain wajib baca: Rahsia Perniagaan Internet Automatik

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “Affiliate Model KISS

  1. Saya suka ayat pembuka zul..”Tidak sukar untuk menjana pendapatan di Internet, tetapi dengan syarat tidak terlalu membebankan diri menemui ‘secret formula’. Ia tidak wujud.”

    Memang betul tu, saya sendiri sebelum ini pun terpengaruh dengan ‘secret formula’ yg diwar-warkan dlm mana2 sales letter. Tetapi sebenarnya takdek rahsia pun..! Hakikatnya strategi & usaha yg konsisten itu ler yg dikatakan rahsia kejayaan affiliate marketer.

    Apa yg dikongsikan zul dlm artikel di atas pun dah memadai utk dijadikan asas utk suksess dlm usaha utk merasai pendapatan dlm affiliate. Namun untuk lebih details memang perlu gak beli beberapa panduan yg dikongsikan oleh affiliate marketer senior di luar sana. Pengalaman kejayaan mereka yg dah dibukukan/divideokan/diaudiokan memang tidak rugi utk kita memilikinya & mempelajarinya..

    Terima kasih zul kerana tidak pernah jemu berkongsi ilmu di blog ini 🙂

    1. Saya setuju dengan abg zul,

      Artikel dari saudara zul ini pun dah cukup sebagai panduan permulaan untuk menjana pendapatan melalui internet khususnya affiliate.

      Terima kasih zul.Saya bookmark page ini.

  2. banyak yang mengira membuat uang dari blog itu mudah… jika di lihat dari buku2 paduan yg di baca, tapi kalau sudah di jalani sendiri tiada usaha yang mudah semua perlu kesabaran dan ketekunan.

    membaca smartusaha sungguh2 menambah wawasan. 🙂
    terima kasih bung Zul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *