RHB-Paypal – Tambah Duit Terus Ke Akaun Paypal

Terkini (Oktober 2011): Didapati daripada sebuah forum, ramai yang mengatakan servis ini menghadapi banyak masalah yang berkaitan. Oleh itu, baca artikel ini untuk pengetahuan sahaja. Jika mahu cuba, guna ia atas risiko sendiri.

Nampaknya, industri perniagaan internet dan jual beli melalui Internet bagi rakyat Malaysia akan semakin meningkat setelah satu demi satu pihak bekerjasama dengan online payment gergasi di dunia iaitu Paypal.

RHB Paypal

Jika sebelum ini EON Bank dan MOL bekerjasama dengan Paypal melalui projek kad prepaid MOL-Paypal, kini giliran bank RHB pula. Apa yang RHB lakukan adalah bukan mewujudkan kad debit atau kad prepaid khas, tetapi fungsi menambah dana (duit) dari akaun bank terus ke akaun Paypal!

Satu persoalan yang terus muncul di benak fikiran pengguna Paypal tegar atau sedia ada adalah, adakah duit yang dipindah masuk itu akan terus masuk ke akaun Paypal? Jawapannya adalah YA.

Jika selama ini kita add funds dengan membeli dana daripada pengguna Paypal lain atau ‘ditarik’ dari akaun kad debit/kredit, kini sudah boleh TERUS ‘top up’ duit ke akaun Paypal melalui akaun bank. Duit akan masuk dengan segera (instant) ke akaun Paypal. Namun perlu ada akaun simpanan + Online Banking RHB.

— How fast would I receive the top up amount in my PayPal Account? The top up is instant. Once you have top up via RHB Internet Banking, you can immediately login to your PayPal Account to check your PayPal Balance and shop online. —

Keperluan kemudahan ini:

1. Perlu ada akaun simpanan atau semasa di bank RHB. Dan akaun itu ada akaun Internet Banking.

2. Perlu ada akaun Paypal. Seeloknya akaun yang didaftarkan dengan alamat Malaysia. Bagi anda yang belum ada akaun Paypal, boleh dapatkan Panduan Paypal di sini.

3. Seterusnya, ikut langkah yang disediakan oleh pihak RHB Bank di sini.

Buat masa ini saya masih ‘mengkaji’ dan belum memiliki sebarang akaun di bank RHB. Bagi yang sudah ada akaun di sana, boleh cuba kemudahan ‘Top Up PayPal Account’ yang disediakan ini.

Selamat mencuba.

Bacaan lanjut: http://www.rhb.com.my/internet_banking/paypal/

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

16 thoughts on “RHB-Paypal – Tambah Duit Terus Ke Akaun Paypal

  1. Salam, terima kasih Bro SmartZul atas info ini. pada pandangan peribadi Bro SmartZul, mana lebih baik antara kat Paypal-MOL atau Paypal-RHB?

    1. Salam FR. Sukar untuk beritahu mana yang terbaik sebab ia bergantung kepada keperluan dan keselesaan masing-masing (kita). Masing-masing ada pro dan kontra. Kalau RHB, terus dari akaun bank ke Paypal. Kalau MOL, perlu isi duit ke dalam kad dahulu.

      Kad Paypal-MOL boleh digunakan untuk Verify akaun Paypal. Manakala Paypal-RHB hanyalah untuk ‘top up’ akaun Paypal sahaja, tetapi tidak boleh verify akaun Paypal. Jadi kedua-duanya ada kelebihan.

  2. Hello Bro Smartzul,
    Nampaknya Paypal akan berkembang pesat di Malaysia. Bank lain pasti akan mengikut jejak. Tidak mustahil, 2020 semua bank akan mempunyai kerjasama dengan Paypal. Ini sekaligus akan memesatkan lagi perkembangan perniagaan internet di Malaysia.

  3. Pingback: PLR Panduan Paypal Dibuka Lagi…? | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet
  4. tk untuk informasi yang ada.. cuma ada kemuskilan jer.. 1. Berapa lama tempoh masa kalu top up dr akaun RHB ke akaun PAYpal?? 2. Berapa lama tempoh masa kalu top up dari akaun bank Maybank ke PAYPAL pula.. sbb pada sabtu lepas saya ada top up mggunakan MAYBANK dan melalaui FPX.. dan transacsion aprroved.. cuma sehingga Selasa akaup PAYPAL belum update.. so ada sesiapa yg dapat membantu saya…

    1. 1. Saya tidak pasti sebab saya belum cuba melakukannya lagi buat masa ini. Tapi mengikut bacaan, ia adalah segera (instant). Maksudnya terus masuk ke akaun Paypal kita.

      2. Untuk kes kedua, saya tidak pasti. Saya cadangkan saudara menghubungi pihak Maybank ataupun RHB.

      Mungkin ia mengambil masa dalam 3 hari BEKEJERJA. Sabtu dan Ahad di Malaysia bukan hari bekerja. Jadi cuba tunggu sehari lagi.

  5. Bagaimana sekira kita menerima pembayaran dari customer ke akaun paypal, boleh kah duit itu di transfer ke akaun bank di RHB????

  6. boleh bantu saya, saya sudah ada akaun paypal dan dah topup pun dalam MYR, akan tetapi barang yang saya ingin beli tu dalam GBP pound sterling, perlukah saya membuat tukaran wang RM ke Pound sterling dulu untuk membuat pembayaran?

    1. Nilai RM dalam Paypal hanya boleh digunakan untuk beli barang dalam nilai RM sahaja. Jadi perlu wujudkan nilai USD dalam akaun Paypal. Dan setahu saya, tidak boleh convert RM kepada USD.

      Nanti bila beli dengan nilai USD, Paypal akan automatik detect bayaran dalam Pound.

      Jika ada kad debit/kredit, selain topup ke akaun dahulu, boleh juga beli terus barang itu melalui paypal, tetapi paypal ambil duit dari kad debit.

    1. Salam,

      Maaf tuan, saya tidak pasti jumlah deposit untuk buka akaun di RHB sebab tidak pernah buka akaun di RHB. Tuan boleh hubungi pihak bank untuk pengesahan, atau terus ke cawangan berdekatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *