Adakah Facebook Ads Berbaloi untuk Perniagaan Anda?

Jawapan ringkasnya adalah, “Ya dan Tidak.”

Ya, jika anda mempunyai perancangan rapi, bajet yang khusus dan persediaan yang secukupnya.

Tidak, jika anda hanya menganggap Facebook Ads sebagai pil ajaib yang boleh menjadikan perniagaan anda berjaya tanpa perlu bersusah payah.

Facebook Ads yang memberi manfaat adalah:

  • Dilakukan dengan pengetahuan (ilmu) yang betul.
  • Perancangan dan persediaan yang rapi sebelum dicaj 1 sen yang pertama.
  • Melakukan kajian pasaran terlebih dahulu seperti mengenalpasti keyword yang sesuai untuk sasaran iklan.
  • Dan ini yang paling penting… Iklan dilakukan secara konsisten. Bukan sehari dibuat, kemudian terus ‘stop’ (melainkan terpaksa).

Saya bukanlah pakar Facebook Ads, tetapi suka saya nyatakan, setiap usahawan dan peniaga perlu mempunyai asas bisnes yang betul terlebih dahulu. Tanpa memahami bisnes dengan baik, maka pengiklanan (bukan sahaja Facebook Ads) hanya akan mendatangkan kerugian.

Antara asas bisnes yang penting adalah:

  • Tetapkan sejelas-jelasnya apakah visi & misi perniagaan. Ia umpama destinasi pelayaran kapal anda. Jangan kerap berubah!
  • Tentukan siapa sasaran pelanggan produk/perniagaan anda. Kita tidak boleh menyasarkan semua orang di dunia ini untuk setiap produk. Produk yang anda jual memang sesuai untuk mereka.
  • Anda sudah memahami sepenuhnya mengenai produk anda dari A – Z.
  • Business funnel. Dari pembelian awal pelanggan, apakah pengalaman / perjalanan mereka dalam bisnes kita dan sampai bila?
  • Sudah mempunyai operasi bisnes yang asas (boleh bergerak lancar walaupun tidak sempurna).

Apakah Rahsia Kejayaan Facebook Ads?

Tiada rahsia!

Bagi saya, kejayaan sesebuah iklan berbayar di Facebook adalah:

  • Sejauh mana anda konsisten dalam pengiklanan di Facebook.
  • Targeting yang betul dan tepat.
  • Mempunyai MATLAMAT yang jelas. “Anda buat iklan untuk apa?” (Objektif)
  • Jumlah bajet iklan yang sesuai. Tidak boleh terlalu kedekut dan tidak boleh terlalu membazir. Anda juga perlu bersedia untuk membelanjakan jumlah yang ‘besar’. Di sini pentingnya ilmu pengiklanan FB.
  • Imej / gambar yang digunakan pada iklan perlu menarik dan relevan.
  • Copywriting yang menarik.
  • Pantauan secara konsisten terhadap data (laporan perkembangan ads). Dengan data semasa, kita boleh tahu iklan itu bagus ataupun tidak, dan merancang perubahan yang perlu.
  • Jika iklan itu mempromosikan website jualan, maka copywriting pada website itu juga wajib bagus.
  • Melalui satu tempoh eksperimen yang terkawal untuk mendapatkan iklan yang ‘terbaik’. Eksperimen tidak boleh secara sesuka hati. Eksperimen iklan harus dengan ilmu, teknik dan perancangan yang rapi.

Namun… Segalanya bergantung kepada tujuan anda menggunakan Facebook Ads. Ada orang memang sedia hanguskan duit untuk exposure jenama bisnes semata-mata. Ada orang buat iklan di Facebook untuk menjual produk, maka untuk tujuan ini, kefahaman mengenai ROI adalah perlu. Ada orang buat iklan untuk dapatkan Likes Page, maka mereka faham jualan bukanlah tujuan utama. Ada pula orang yang buat iklan di FB untuk mengumpul senarai prospek..

Kesimpulan untuk artikel ini adalah, apa jua kaedah pengiklanan yang dilakukan, ilmu dan perancangan yang rapi adalah dua perkara yang amat penting. Relevan ataupun tidak, itu soal kedua. Tetapi soalan pertama yang perlu kita jawab adalah, adakah kita lakukan ia dengan ilmu di dada? Jika ya, maka insyaAllah pengiklanan berbayar di Facebook akan berbaloi.

[ Sebelum sertai mana-mana seminar, beli ebook dan sebagainya, belajar dahulu melalui sumber yang disediakan oleh pihak Facebook sendiri. Klik di sini untuk belajar Facebook Marketing. ]

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Adakah Facebook Ads Berbaloi untuk Perniagaan Anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *