Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?

Saya amat YAKIN 100%, begitu ramai orang hatta usahawan internet yang otai sekali pun, amat jarang bahkan tidak sesekali melakukan ‘tracking’ kepada usaha pengiklanan mereka. Walhasilnya, mereka tiada fakta atau paling kurang tiada data yang boleh menentukan:

1. Keberkesanan iklan banner mereka
2. Keuntungan mengiklan di ruang iklan tertentu
3. Berapa modal yang perlu dikeluarkan
4. Kadar ROI kempen pengiklanan
5. Apa aspek yang sesuai untuk produk tertentu.

Dengan melakukan ‘tracking’, anda akan dapat meningkatkan prestasi iklan banner anda. Atau dalam bahasa yang lain, meningkatkan kadar klik pada iklan tersebut. Tetapi, bagaimana anda boleh tahu banyak mana klik yang anda dapat jika anda tidak track sendiri?

Boleh dikatakan, kebanyakan penyedia ruang iklan seperti di forum-forum dan juga blog persendirian tidak menyediakan sistem untuk track prestasi iklan anda. Anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana yang perlu melakukannya adalah anda sendiri. Mereka hanya menyediakan ruang untuk anda dan selebihnya adalah tanggungjawab anda.

Cuba lihat data contoh berikut:

Minggu 1-Banner 1: 50 klik
Minggu 2-Banner 2: 170 klik
Minggu 3-Banner 3: 97 klik
Minggu 4-Banner 4: 235 klik

Daripada analisis data asas di atas, didapati banner 4 lebih bagus kadar CTRnya (lebih banyak dapat klik). Dengan itu, saya akan terus menggunakan banner 4 secara berkekalan di mana-mana ruang pengiklanan. Malah daripada banner itu juga, saya akan tambah lagi apa-apa unsur yang boleh meningkatkan kadar CTRnya.

*Apa itu CTR? Download Ebook Panduan Iklan banner di sini.

Orang lain tidak tahu data-data saya dan dengan senyum gembiranya saya tahu apa yang menjadi untuk saya. Iklan banner saya terus menerus mendapat klik ‘tanpa henti’ gara-gara saya tahu apa yang sesuai untuk iklan tersebut. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sesuatu yang hanya kita sahaja yang tahu.

Data-data sebegini anda boleh gunakan untuk melihat sejauh mana hasil bagi sesebuah banner yang berbeza. Anda boleh tahu iklan banner mana yang paling berkesan untuk anda gunakan secara tetap dan berterusan kelak. Soalnya, bagaimana untuk mendapatkan data-data asas sebegitu? Tidak lain lagi ialah melakukan tracking.

Topik mengenai tracking ini amat menarik untuk diperbincangkan, tetapi biarlah dahulu saya menyatakan kepentingannya sahaja pada kali ini. Jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai ‘testing & tracking’ dan bagaimana melakukannya, kunjungilah blog ini selalu.

Kata pakar, “kalau anda tidak melakukan tracking, maka anda tidak akan tahu apa yang terbaik untuk usaha pengiklanan anda, kos akan dikeluarkan begitu sahaja dan hakikatnya, anda telah dan akan melakukan kesilapan yang sama berulang-kali, lagi, lagi dan lagi..

Hakikatnya juga, anda sebenarnya lebih mengharap kepada nasib agar iklan banner anda diklik tanpa ada apa-apa usaha untuk mengetahui apa yang patut anda lakukan agar banner itu diklik oleh ramai orang. Tiada cara lain melainkan anda melakukan ‘testing & tracking’”.

Persoalannya di sini, adakah anda melakukan tracking untuk apa-apa usaha pengiklanan anda?

Facebook comments:

16 Responses to “Adakah Anda ‘Track’ Pengiklanan Banner Anda?”

  1. Raymond says:

    Tracking memang penting.

    Saya menggunakan 4 jenis tracker untuk blog saya.

  2. En Dlie says:

    Wah raymond, 4 jenis ek.. tak nak bagi tau ker? :grin:

    Saya akui memang saya tidak pernah melakukan tracking, tetapi data yang ada pada saya hanya kadar per klik untuk banner tersebut. Saya juga tahu berapa jualan yang saya telah dapat buat melalui banner tersebut.

    Tetapi itu hanyalah satu banner… saya masih belum mempelbagaikan banner untuk mencari kadar klik yang tinggi untuk banner tersebut.. Setakat ini kadar klik banner saya lebih dari 150 klik untuk tempoh 2 minggu.. – jualan? rahsia.. hehehe..

    p.s : Nape di ruangan top komentor, jumlah komen saya tak bertambah ek..? :cry:

  3. Hamid says:

    Zul tracking tu apa?
    ana masih tak tahu :mrgreen:

  4. mazlie says:

    Salam…1st time sy hantar komen kt cni…tp dh lama follow blog ni…psl tracking ni sy nk kongsi satu web yg mybe leh jwb persoalan zul kot…agaknyela…kt web ni leh beli software untuk track bp klik iklan kita tu…just US7 je…okla..salam…

    http://malaysianentrepreneurship.blogspot.com/

  5. wanwma says:

    Tip yang bagus..kena salin ni!! Huhuhuh…

  6. kuasadua says:

    Akum..Maaf bertanya..Apa software yg boleh kita guna utk tracking iklan banner kita tu yer? Saya kurang arif sketlah. Kalo nak tracking website/blog tu taulah jugak.. :?:

    • Raymond says:

      Kalau nak track iklan banner, saya boleh cadangkan anda pakai Power Link Generator iaitu salah satu produk Mike Filsaime. (berbayar)

      Kalau nak percuma punya, boleh pakai StatCounter. (berbayar dan percuma)

      Kalau letak satu iklan sahaja pada satu domain, mungkin pakai Awstats sahaja pun sudah mencukupi (percuma)

    • Raymond says:

      cara lain ialah arahkan banner yang berbeza ke landing page yang berbeza. Lepas tu gunakan kod robot.txt untuk mengelakkan landing page anda daripada diindeks oleh google agar data anda tepat dan jitu (sebab mungkin ada pelawat yang datang dari enjin carian dan bukan melalui banner anda)

      Lepas tu, track sahaja lah traffik yang anda dapat melalui Awstats anda.

      Impression = hits banner anda

      Bilangan klik = Traffic yang anda dapat daripada landing page tersebut.

      Dengan itu bolehlah dapat CTR anda.

      Mudah kan? :grin:

  7. mazlie says:

    salam..

    kuasadua….try tgk link ni…http://www.scripts4webmasters.com/clicktracking/index.shtml
    ..tp mybe zul ade software yg dia akan kongsi nti..tggu je update dr zul nnti….setia menunggu ni..hehehehe..

  8. paklong says:

    mungkin zul akan keluarkan siri ke 2 pengiklanan berkesan yang fokus kepada tracking pada pengiklanan . :wink:

  9. wanwma says:

    em..nampaknya perbincangan semakin kencang, saya pun dah tak sabar nak tunggu post terbaru Zul dalam hal ni…pening saya di buatnya ni!

  10. starline says:

    Kalau nak iklankan banner saya cadangkan di website yang mempunyai traffic yang tinggi dan bersesuaian dengan produk/service kita.Jangan iklankan di website yang khas untuk iklan sahaja,murah memang murah tapi kurang berkesan.

    hanya pandangan.

  11. Han says:

    ramai yang tak sabar nak tahu ni zul…
    saya pun nak tahu juga ni…hehe

    han

Trackbacks/Pingbacks

  1. Sambungan: 101 Idea dan Tip Perniagaan Internet 2010 | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)