Adakah Anda Mempunyai Prinsip Sendiri?

Dulu, di awal pembabitan saya dalam bisnes internet, saya cepat mengalah, mudah berputus-asa, takut, tak yakin, mudah lemah semangat dengan kata-kata negatif orang dan tak kurang juga mudah terikut kata-kata orang. Tapi insyaAllah, kini tidak lagi.

Saudara,

Untuk berjaya dalam hidup, hati kita perlu kuat. Lihatlah mereka yang berjaya, pasti ada musuh atau yang tidak sehaluan dengan mereka. Persoalannya, mengapa walau bertubi-tubi datangnya kata negatif kepada mereka, kejayaan tetap diraih dan kekal sampai mereka mati? Boleh anda jawab? Jawapannya adalah:

MEREKA ADA PRINSIP YANG KUAT

Baca sekali lagi, bukan “ada prinsip”, tapi “ada prinsip yang kuat“.

Untuk memiliki prinsip dan pegangan yang utuh, kuat dan tidak mudah goyah, anda perlu jelas apakah matlamat anda. Jika hanya sekadar mengatakan “aku ada pegangan!”, tapi tidak jelas apa yang nak dicapai dan masih keliru apa yang dilakukan, biasanya anda mudah goyah.

Untuk memiliki prinsip yang kuat, ia bukan satu perkara mudah sebenarnya. Ia memerlukan masa dan pengalaman. Anda perlu melalui apa sahaja keadaan dan belajar daripada kesilapan di dalam usaha anda. Anda perlu menghadapi orang yang tidak sukakan anda dengan sebaik mungkin dan biasanya anda akan cepat kecewa, tetapi ia hanya di peringkat awal. Pengalaman yang dilalui akan menjadikan kita (manusia) lebih matang, ada “data simpanan” yang akan membuatkan kita lebih berani dan yakin untuk menghadapi sesuatu keadaan yang sama.

Dulu, saya cepat melatah. Tapi dengan komen membina orang lain, saya tidak begitu lagi. Dulu saya takut untuk menulis, kini tidak lagi kerana prinsip penulisan saya adalah menunjuk jalan, bukan paksa pembaca ikut jalan tersebut, bukan buat keputusan untuk mereka. Itu adalah konsep kaunseling sebenarnya (memberi panduan, bukan buat keputusan). Dulu saya cepat putus asa, tapi pengalaman demi pengalaman, saya sudah ada “knowledgebase” untuk elak kekecewaan dan rasa gundah gulana.

Dulu juga saya takut untuk menghadapi kata-kata negatif orang, tapi kini tidak lagi. Saya sudah jelas matlamat saya dan apa yang saya mahukan. Pendapat orang lain mungkin sesuai untuk mereka, mungkin tidak untuk saya. Selagi apa yang dilakukan adalah betul, saya tidak akan mengalah. Dulu, saya takut untuk membuka emel-emel “kutukan” dan kata negatif orang, tapi kita saya senyum sahaja + delete sahaja emel tersebut dan ia tidak ada apa-apa kesan kepada saya. Saya sudah set minda saya, kata buruk orang kepada kita “is nothing!”. Yang saya tahu, “just do it what you want”. Selagi ia betul, maka tidak ada sebab untuk tidak melakukannya.

Ada orang kata menulis ebook adalah menjual ilmu, tapi itu kata mereka. Tapi saya mempunyai pendirian sendiri dan saya kaji dahulu sebelum menjadikan ia prinsip saya. Ada orang kata tak perlu menulis dan menjual ebook, tapi maaf, itu bukan prinsip saya. Juga, ada orang kata, buat seminar, bengkel berbayar, iatu “makan” duit orang, tapi itu kata mereka. Mereka tak tahu apa yang sebenarnya…

Semalam saya ada menerima emel yang menyuruh saya hentikan apa yang saya buat (jual ebook, buat seminar, dan lain-lain) daripada seorang yang dayus (tak bagi emel dan nama sebenar – tapi saya tahu no ip dia, jeng jeng jeng, siap kamu ;)), dengan ‘ugutan’ apa yang saya buat tak berkat dan makan duit orang. Daripada emel tersebut, saya lihat dia tak faham konsep bisnes sebenar dan tak tahu apa yang saya buat sebenarnya. Semuanya bertitik-tolak daripada salah sangka yang buruk.. Kepada beliau, minta maaf, saya dah delete emel anda. πŸ˜‰ “It’s nothing to me!”.

Anda pula bagaimana? Keyakinan diri lemah? Mudah kecewa? Gundah gulana? Nak tak nak, anda perlu menghadapi apa sahaja ujian dan rintangan termasuk menghadapi mereka yang tidak sependapat dengan anda. Tangani dengan hikmah dan bijaksana. Ini adalah adat orang yang ingin berjaya dan yang dah berjaya. Anda perlu tahu akan hal ini.

Ramai ‘kutuk’ Bill gates, tapi kenapa orang yang kutuk tu terus guna produk Microsoft? Sebab, “it’s nothing!”. Bill Gates jelas apa yang dia mahu, dan tahu apa yang dia buat. Mungkin silap dia hanya 1%, tapi 99% yang lain adalah perkara baik orang lain tak nampak. Begitu juga orang yang tak sukakan kita, mereka nampak satu perkara kecil, tapi tak nampak bahagian besar kebaikan kita yang lain. Maka tidak ada sebab untuk kita berputus-asa akibat daripada perkara yang kecil-kecil. Bila difikir balik, melayan perkara yang remeh dan tak penting adalah satu perbuatan yang ‘bodoh’ dan membuang masa.

Contoh lain adalah Dr. Irfan, walaupun ramai yang tidak sukakan beliau, kini hari demi hari ada sahaja peningkatan diri dan semakin bertambah-tambah kejayaan dalam hidupnya. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang menghalang dirinya atau datang mengganggu diri beliau. Tenang, relaks dan biasa sahaja. Berjumpa dengan beliau baru-baru ini, wajahnya begitu ceria dan bersemangat sepanjang masa. Mengapa begitu? Kerana dia tahu apa yang dia mahu + ada prinsip yang kuat. Kata-kata negatif orang termasuk kutukan yang membunuh hanyalah kosong dan tak ada apa-apa nilai!

Jika anda belum ada prinsip, mulalah mempunyai prinsip dan wawasan yang kuat. Jika tidak, “lalat-lalat hijau” di luar sana begitu mudah mempermainkan anda. Dalam mudah kata, “buat tak kisah” sahaja dengan mereka dan pastikan kita berjaya. Biar mereka bertambah sakit hati dan terpalik ke diri mereka sendiri dengan kutukan-kutukan negatif mereka itu. Dan berdoalah kepada Allah, agar kita mempunyai hati yang kuat dan menunjukkan kita jalan yang benar dalam apa sahaja yang dilakukan.

Sekian dahulu kali ini. Kepada mereka yang tak sukakan saya, pergi main jauh-jauh, nanti tak pasal-pasal anda sakit hati. 8)

Jumpa lagi.

Ikhlas,

SmartZuL

PS. Kalau ada sesiapa nak bagi komen atau emel negatif, tak perlu bazirkan masa anda. Sebab saya akan delete emel tersebut. πŸ™‚ Ia tak layak berada dalam inbox emel saya. Sorry yer.. πŸ˜‰

PPS. Untuk berjaya, kita mesti “ghairah” yang kuat dalam melakukan sesuatu usaha dan mempunyai sifat keinginan tanpa batasan!

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

12 thoughts on “Adakah Anda Mempunyai Prinsip Sendiri?

  1. zul,
    tq for the tips.

    betul apa yg zul tulis hari ni, saya pun pernah mengalaminya.
    alhamdulillah, setelah mendapat manfaat drpd satu kuliah agama semasa belajar di utm dahulu, IAITU
    “manusia akan terus berkata (negatif/positif) segala tindakan/keputusan kita, so, buatlah apa yg kita putuskan ia adalah terbaik utk kita dan masyarakat lain”
    sejak membaca/menghayati dan mengamalkan apa yg zul tulis di blog ini, pengalaman hidup selama 27 thn berlalu, pembacaan drpd pelbagai ilmu2 motivasi,
    hari dgn rasa bersyukur kehadrat Ilahi, matlamat saya semakin kuat utk berjaya dan bergelar jutawan muslim yg dermawan kelak. setiap hari, saya berdoa agar menjadi spt tan sri syed mokhtar albukhary, sudahlah beliau jutawan, dermawan pula dan sering menolong anak2 yatim/org tua/miskin, mem”upgrade” banyak masjid di kedah ini.ya bestnya, beliau berasal drpd kedah.

  2. Hmmm … tq zul atas tulisan kali nie, ia betul2 membantu saya dalam menghadapi dunia pekerjaan yang baru. Dan juga cabaran dalam perniagaan internet. Mempunya 2 komitmen dalam 1 masa, betul2 membuatkan saya kadang kala berputus asa. Tp lps baca artikel2 kat blog zul nie … semangat tu naik balik .. πŸ˜€ .. Tq zul …

  3. bagi saya bab2 lemah semangat ni mmg perkara biasa utk org yg buat biz… ade juga yg biz besar pun still ada sikap lemah semangat….

    tapi YG PENTING…

    WHAT I WANT I MUST GET!!!
    ni yg selalu saya follow.. susah ke senang ke, nak jugak… nak usaha gak sampai dpt… x kira dr ape aspek pun… org kata ke, hina ke, fitnah ke saya x kira…
    saya dah biasa hadapi selama saya buat offline biz.. yg penting kita tunjukkan perubahan pd org yg dok kutuk kite…

  4. Seseorang tak boleh claim dirinya berjaya selagi tak tempuh mehnah dan ujian…jadinya, kalau Zul dah tempuh benda-benda macam tu, InsyaALLAH, saya yakin memnag Zul berada di landasan yang betul πŸ™‚ Jangan toleh belakang lagi Zul, terus berjalan…kalau toleh belakang pun hanya untuk kutip benda-benda yang tertinggal πŸ˜‰

  5. Hehehe…Biasala zul, kita bukan leh puaskan hari semua orang..Saya penah tulis pasal benda ni kat blog saya..sebab saya sendiri penah mengalaminya..Masa mula² muncul dulu ada beberapa cubaan nak menjatuhkan saya.Alhamdulillah semua dah berlalu.Ramai orang mendapat manfaat dari ebook adsense tu.Katakanla saya berhenti setelah diuji dengan dugaan tu..Rasanya ramai lagi yang masih terkapai kapai nak tahu pasal adsense.

    Kita kene yakin,apa yang kita perjuangkan adalah satu kewajiban untuk membangunkan umat islam dan bangsa melayu.Apa yang penting sekarang ialah memajukan diri dan bangsa kita. Semasa saya ke seminar baru ni,ada seorang mak cik yang menyatakan perniagaan beliau telah dikhianati oleh pesaing beliau.Orang didepan kedai,tapi tak nampak.Rumahnya terbakar.

    Apa yang saya hormati,beliau cuba bangkit kembali.Nak tahu cerita beliau,saya akan tulis kat blog saya nanti.

  6. Tulisan yang menghairahkan untuk saya membaca penuh nafsu yang membuak2 …untuk delete sahaja email2 sampah dan email yang tidak membina minda.

    Teruskan dengan sesuatu yang positif dgn membina masyarakat internet yang berwawasan dan berilmu.

  7. Assalamualaikum Zul,
    Semangat betul cerita2 Zul kebelakangan ni… Ingatkan dah “merajuk” masa awal bulan dulu, sebab ada ayat2 macam “frust”. Alhamdulillah Zul dah “bangkit” semula, masih ada juga anak bangsaku yg mempunyai jati diri yg kental, tidak cepat putus asa. InsyaAllah jika nawaitu kita baik & betul, segala usaha akan diberkati. Saya sendiri sedang melalui situasi spt cerita Zul tu, biasak le…kalau org tengok kita “cool” saja dengan cabaran yang dilemparkan, bertambah bengang jadinya depa ni. Silap2 haribulan, perbuatan buruk tu akan makan diri. Sejak berjinak2 dgn blog & ebiz ni dalam 2 bulan lepas, macam2 perkara baru saya pelajari. Mudah2an semua kita dapat saling bantu membantu meningkatkan jati diri kearah kecemerlangan dan jauhilah sifat serta sikap negatif.

  8. Betul seperti yang diperkatakan. Prinsip yang kuat dan berani. Apa yang zul ceritakan ini sama juga seperti saya. Jika tidak kuat, memang akan timbul rasa malas, takut, malu dan keliru disertakan juga dengan rasa menyampah. Kuatkan prinsip!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *