Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Adab Menuntut Ilmu

Kini, sudah ramai yang ingin memiliki perniagaan internet sendiri atau membuat duit di internet yang caranya ber-aneka bentuk atau kaedah. Nak kata senang, tak juga, nak kata susah, tak juga. Banyak faktor berkait yang akan menentukan susah senang itu..

Di kali ini, sebelum di tulisan-tulisan yang seterusnya saya membincangkan mengenai teknik atau perkara yang berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran internet, saya suka ‘membasuh’ minda pembaca terlebih dahulu. Saya teramat takut membayangkan, seorang usahawan yang kaya raya, tetapi tidak mengenal diri sendiri dan tiada unsur dalaman yang kuat, termasuk ilmu-ilmu asas yang penting. Sebab itulah jika anda membaca blog saya, saya banyak menulis mengenai benda-benda simple dan tidak begitu teknikal. Saya tidak mahu ‘menakutkan’ anda dengan perkara-perkara yang nampak ‘susah’ bagi anda.

Maka, saya akan menulis fasa demi fasa dengan cara yang mudah difahami dan boleh dilakukan oleh anda. InsyaAllah. Harap anda tidak lari dan jemu dengan penulisan saya ini dan satu perkara lagi, blog ini 80% kandungannya adalah untuk newbie. Bagi mereka yang dah expert, mungkin blog ini hanyalah sekadar tempat persinggahan anda, kandungannya hanya biasa-biasa sahaja dan lebih sesuai untuk newbie.. :)

Baik, berbalik kepada topik iaitu “adab menuntut ilmu”. Hmm, kebanyakan orang sekarang menuntut ilmu ibarat mendapatkan sebiji burger, ‘rakus’ dan kurang kesabaran. Berbeza dengan orang dulu-dulu dalam usaha mendapatkan ilmu, mereka rela bersusah payah, berjalan beribu batu, tapi kini tak perlu berjalan, macam-macam cara ada seperti emel, telefon, kenderaan dan lain-lain lagi. Seperti ulama hadits di zaman awal dulu, mereka mengembara jauh, hanya semata-mata untuk mendapatkan satu hadits. Tapi, jika kita bandingkan dengan manusia di dewasa ini, mereka membayar ratusan ringgit kepada seseorang pengajar, maka mereka mengharapkan sesuatu yang banyak dalam masa yang singkat, tapi tiada kesedaran yang tinggi. Itulah yang saya kata macam burger, dalam burger tu macam-macam ada. ;)

Ketahuilah, walaupun anda membayar seseorang untuk mendapatkan ilmu, memanglah dari dasar ke-pengguna-an, anda ada hak untuk mendapatkan sesuatu, nak komen itu dan ini, namun dari segi NILAI ILMU dan ADAB, anda juga perlu tahu dan amalkan. Adab bagaimana? Mudah sahaja:

1. Jika pengajar atau mereka yang anda minta bantuan lambat memberikan jawapan atau sesuatu ‘ilmu’, anda perlu bersabar. Jangan berkata belakang, mengumpat atau mengeluh, jika tidak, mungkin ilmu yang mereka berikan tak berguna untuk anda. ;)

2. Ikhlas di dalam menuntut ilmu

3. Tidak menghebahkan cacat-cela dan kekurangan guru/pengajar tadi. Simpan elok-elok keburukan mereka, dan berdoalah kepada Allah agar kekurangan mereka itu diganti dengan kebaikan. Ketahuilah, mereka pun manusia biasa!

4. Hormatilah ilmu walaupun ia secebis ayat yang mudah. Hmm, tapi jika anda perhatikan sekarang, begitu banyak ilmu yang mudah kita dapat, tapi satu pun tak memberi hasil kepada kita, kenapa? Itulah jawapannya, tidak ‘menghormati’ ilmu..

5. Manfaatkan ilmu yang ada sebaik-baiknya. Jangan disalahgunakan.

6. Semasa menuntut ilmu seperti di seminar, berikan perhatian kepada pengajar. Ini adalah satu adab.

7. Jika anda menuntut ilmu dan kemudian anda merasakan anda lebih tahu, lantas anda merendah-rendahkan orang itu, ketahuilah, secara tidak langsung anda merendah-rendahkan ilmu yang dimilikinya. Anda telah menghina ilmu. Tahukah anda? Ilmu yang manusia ketahui adalah milik dan dari Allah? Tidakkah berat kesalahannya jika kita menghina ilmu yang bernilai itu??

8. Balik dari seminar, jangan campak nota-nota, modul dan pemberian ‘si guru’. Letaklah di tempat-tempat yang tinggi, atau sekurangnya di tempat yang sesuai. Simpan dan guna elok-elok. Hormatilah imu, hormatilah ilmu..

9. Bersabar di dalam mempraktikkan ilmu dan di dalam tempoh untuk mendapatkan hasil

10. Bersabar dengan ‘guru’ anda atau dengan mereka yang anda minta bantuan. Jika cara atau ‘tindakan’ mereka tidak bagus atau kurang disukai oleh diri anda, bersabarlah..

Walaupun apa yang saya katakan di atas amat mudah pada akal manusia, tetapi itulah, yang mudah inilah yang manusia tak peduli. Ya lah, ego, aku punya sukalah.. Tetapi, ketahuilah, ilmu yang baik akan memberikan kesan buruk dan tidak memberikan manfaat pun kepada anda jika anda tidak menjaga baik-baik dan tidak menghormatinya.

* Masa saya belajar dulu di universiti, saya tengok selepas final exam, ramai student membuang nota-nota dan buku ke dalam tong sampah. Ya lah, exam dah habis kan. Buang je lah, buat apa nak simpan-simpan. Aduhai, malangnya nasib ilmu. Hmm, adakah itu salah satu sebab mereka terus menganggur, susah mendapat kerja?? ;) Satu balasan? Wallahu ‘alam, hanya Allah Yang Lebih Tahu.

Apakah kesan jika tiada ADAB?

Satu soalan yang baik. ;)

Apa yang saya perhatikan, mereka yang ‘melaburkan’ ratusan ringgit untuk ke seminar perniagaan internet, susah atau ‘tidak dapat’ memulakan perniagaan mereka, atau tidak berjaya ( gagal? ) malah ada yang semakin kabur (blank)!! Mengapa ini terjadi?? Mudah sahaja tuan puan, mereka tidak ada adab di dalam menuntut ilmu. Mereka pergi ke seminar hanya semata-mata inginkan ilmu untuk hasil yang cepat, rakus, di dalam seminar tidak memberikan tumpuan, mencari cacat-cela pengajar dan menghebohkan kepada orang lain kekurangan ‘guru’ itu, tidak menghormati ilmu yang asas / mudah (kononnya dah expert lah) dan…. mengeluh, seminar tu “hype” jer lebih.

Akhirnya… Kerana tiada penghormatan kepada ilmu dan kepada ‘guru’ tadi, impian untuk menjadi usahawan internet terbengkalai, fikiran semakin kabur, tidak nampak jalan dan akhirnya terpengaruh dengan mereka yang dengki kepada si guru tadi untuk menyebarkan kekurangan si guru tersebut. Nah, bertambah-tambah keburukan si anak murid tadi gara-gara TIADA ADAB!

Beradablah, beradablah.. Walaupun anda membayar si guru tadi, adab tetap nombor 1. Mesti diutamakan. Inilah yang saya perhatikan mengapa yang pergi ke seminar, atau bertanya apa-apa dengan seseorang, mereka ‘tak berjaya’ kerana tiada adab di dalam menuntut ilmu. Ketahuilah, ilmu itu amat tinggi nilainya walau satu panduan dalam satu ayat. Anda tetap perlu menghormati ilmu itu dan juga mereka yang memberikan anda ilmu. Hormatilah mereka.. InsyaAllah, kejayaan akan datang menyusul.

“Oh manusia zaman sekarang, di mana budi pekerti-mu? Di manakah nilai jati-diri ketimuranmu? Di manakah dikau letak nilai kerohanian agamamu?? Ber-adablah dengan sesiapa sahaja yang memberikan ilmu kepadamu, jika kamu ingin berjaya!”.

Kesimpulannya,

BER-ADABLAH DI DALAM MENUNTUT ILMU. Sesungguhnya ilmu itu adalah milik Yang Maha Esa. Dapatkanlah ilmu dengan cara yang baik dan beradab.

Wallahu ‘alam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • adab seorang murid dalam menuntut ilmu
  • adab semasa menuntut ilmu
  • macam macam adab
  • adab menuntut ilmu
  • mengapakah kita perlu menuntut ilmu ?
  • senarai rujukan untuk adab-adab menuntut ilmu
  • adab yang betul semasa menuntut ilmu
  • macam-macam adab
  • 4 0 lima kelebihan orang yang menuntut ilmu
  • menuntut ilmu dan jati diri


16 Responses to “Adab Menuntut Ilmu”

  1. Azahari says:

    Selamat berpuasa.
    Saya perhatikan ramai antara pelajar yang benci kepada guru,tidak mendapat markah yang memuaskan dalam peperiksaan.Kalau guru tu marah pada anak murid,tengok la markah anak murid tu tadi.Ada juga sampai gagal peperiksaan padahal ulangkaji dan buat latih tubi setiap hari.Ini banyak berlaku.Kenapa jadi macam ni?sebab ilmu yang dia belajar dari guru tidak mendapat berkat.Apa guna belajar tapi tak berkat?fikir-fikirkan…

    Salam Usahawan! :)

  2. zali says:

    Selamat Berpuasa Kepada Semua,

    Kebanyakan orang apabila belajar tidak memberi tumpuan, lepas itu timbul persoalan mereka menyalahkan orang lain, tetapi tidak menyalahkan diri sendiri, mereka beranggapan ilmu itu mudah dicari dan pelajari, hasilnya guru yang disalahkan, bukan mereka sediri, sekirnya guru tidak dihormati apatah lagi ilmu yang diperolehi, sama-sama kita renungi.

  3. Abd Rahman says:

    Aqidah + Ibadah + Akhlak. Cukupkan bahagian2 penting ini di dalam diri anda…

  4. edems says:

    selamat berpuasa dan berhari raya untuk semua umat islam,

    Adab menuntut ilmu? pastinya ramai kurang arif dalam menentukan perkara tersebut.Masing-masing terlalu sibuk dengan matlamat dan tujuan yang berbeza maka adab untuk berguru dan menuntut ilmu kurang dipraktikan,
    Syukurlah kerana ada insan yang sedia untuk nasihat menasihati tentang perkara tersebut iaitu Smart Usaha.com, terimakasih diatas keikhlasan untuk menegur dan ingat mengingati tentang perkara ini.Semuga akan ada insan yang menilai tentang ilmu dan adab berilmu.

  5. BAGAK says:

    Saya setuju dengan hal ini. Hormat guru selepas itu adalah selepas hormat ibubapa. Kadangkala saya juga terlepas pandang masa belajar dulu.
    Saya juga mempunyai kepelikan yang sama macam saudara, mas di universiti selepas jer habis exam…mereka campak2 jer nota tersebut. Tulis nota penat2, kena datang kuliah bayar yuran lepas tu campak jer ilmu; tak logik sungguh.

    p/s saya masih simpan lagi buku darjah satu :)

  6. Fadzli says:

    Assalamualaikum WBT…..

    Rajin adalah penawar…malas umpama racun…
    terima kasih suatu peringatan yang baik untuk semua….terutama diri saya ..eid mubarak ya ramadhan…

  7. NayanMohd says:

    Assalamualaikum semua..

    Kita wajib menuntut ilmu selagi nyawa dikandung badan. Dalam menuntut ilmu, kita mestilah mengikut adab2nya. Kita mestilah hormat kepada guru atau orang yang mengajar ilmu kepada kita. Barulah ilmu itu melekat kuat dalam minda kita.

    Tidak kira samada kita pelajar sekolah ataupun siswa-siswi universiti, kita wajib hormat kepada guru-guru kita.

    Tapi sayangnya, hari ini ada pelajar yang tidak hormat kepada guru. Tidak sayang pada ilmu yang dituntut. Menuntut ilmu hanya untuk lulus periksa saja.

    Terima kasih Zul sebab sudi berkongsi ilmu dengan kami.

    P/S : Kita mestilah menuntut / mencari ilmu yang diredhai oleh Allah swt.

  8. titan says:

    em..betul..adab itu penting..dlu masa kecik..kene lempang masa exam sebab nk pinjam pemadam dari kawan…sedis betui..tapi berkat kene lempang tuh la..exam yg aku amik aritu dapat A..96% – matematik..

    huhu.Pn. Hamidah.dimanakah dikau..

  9. ArahMan7 says:

    Assalaamualaikum wrt.wbt.

    Den ni hanya manusia kedil, pelupa pulak tu. Dah tua2 camtu le. Alhamdulillah ada juga manusia cam Zul SmartUsaha tolong memperingatkan den.

    Walaupun umur kita jauh berbeza tapi den terima teguran dengan ikhlas. Terima kasih Zul.

    Yang bona,

    ArahMan7
    http://arahman7.blogspot.com

  10. stongkol71 says:

    assalamualaikum……

    Kenapa Nabi SAW bersabda ” menuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China”, pada pandangan saya ilmu wajib dituntut atau dipelajari walau dimana saja, tiada batas tua atau muda , ilmu Allah itu maha luas, tak habis kalau kita pelajari. Tuntutlah apa saja ilmu yang penting ianya tak bersalahan dengan agama. Jadi usahawan internet ni pun perlukan ilmu, kalau orang lain tak pelajari maka wajib kita pelajari, dah jadi fardhu ain. Kalau ada orang lIslam lain dah buat (biz internet) beban tu lepaslah kita semua.

    Terima kasih pada zul kerana mengingatkan kita semua

  11. sham says:

    Bukan hadis sahih “menuntut ilmu sampai ke negeri china” tu.malah ia bukan hadis,Ia dari Saidina Omar kalo tak silap.Yang betul hadis ialah “menuntut ilmu hingga ke liang lahad”.

    Saya masa nak balik,saya wat balik semua nota.Sampai 7 kotak semua..semua nota semua letak dalam rak.

    Selamat Berpuasa semua pembaca Blog SmartUsaha.com .

  12. aku says:

    * Masa saya belajar dulu di universiti, saya tengok selepas final exam, ramai student membuang nota-nota dan buku ke dalam tong sampah. Ya lah, exam dah habis kan. Buang je lah, buat apa nak simpan-simpan. Aduhai, malangnya nasib ilmu. Hmm, adakah itu salah satu sebab mereka terus menganggur, susah mendapat kerja?? ;) Satu balasan? Wallahu ‘alam, hanya Allah Yang Lebih Tahu.

    Aku sangat setuju dengan kenyataan ni.

  13. smartzul says:

    Sham, betul. Itu bukan hadits yang shahih.. :) Erm, samalah kita sham. Barang2 masa saya sekolah dulu still ada. Tapi, family bising, naperlah kau simpan. Buat nyemak jer.. Saya kata, oklah, yang berguna bagi kat orang lain, yang nak dibuang tu, kita bakar. At least, taklah ‘dipijak2′.. ;) Barang rujukan saya spt nota juga berkotak-kotak. Moga2 dapat keberkatannya dari usaha tu. InsyaAllah.

    Aku, memang patut setuju pun. hehe.. Dah jadi adat kebanyakan student. Hmm, kalau study setakat nak dapat A dan pointer 4.0, tapi tak ‘hormat’ ilmu, xder gunanya.. :) A hanya pada sekeping sijil jer lah, hakikatnya nilai ilmu is nothing..

    Wallahu ‘alam.

Trackbacks/Pingbacks

  1. Blog Satay D.I.Y » Blog Archive » Adab Menuntut Ilmu - Satu Ulasan
  2. Blog Satay D.I.Y » Blog Archive » Adab Menuntut Ilmu - Satu Ulasan
  3. Cikgu « CikguBiz’s Blog

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)