Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Adab Menuntut Ilmu

Semasa kita sedang mengikuti sesi pembelajaran seperti di seminar, bengkel, kelas dan sebagainya, maka kita adalah pelajar. Tidak kisah kita setua mana atau semuda mana, kita adalah pelajar. Maka perlulah menghormati “guru” yang sedang mengajar.

Walau sehebat mana pun kita, tinggalkan kehebatan kita tersebut buat sementara. Jika kita membawa hebat kita dan menunjuk-nunjuk atau berdebatdengan guru tersebut, maka ilmu yang disampaikan oleh beliau hanyalah sia-sia kerana ia ibarat air yang dituang ke dalam gelas yang penuh atau seperti air yang dicurahkan ke atas daun keladi.

Jadi, jika kita pergi ke seminar katakan, jadikan diri kita umpama “gelas yang kosong” atau paling lebih separuh penuh. Pelajari dengan tekun apa yang disampaikan kepada kita dan jangan sesekali ego dengan ilmu yang telah kita ketahui.

Ia adalah adab menuntut ilmu yang mana ia memberi dua kesan yang mendalam:

1. Ilmu yang dipelajari lebih berkat

2. Orang akan menghormati kita kerana kita tidak menunjuk-nunjuk. Bak kata pepatah, ikut resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk.

Bengkel Hijrah Makan Gaji Kepada Usahawan

Pada 24/1/2009 yang lepas, saya telah mengikuti satu bengkel bertajuk Hijrah Dari Makan Gaji Kepada Usahawan. Bengkel ini memberikan panduan bagaimana pada 11 bulan akan datang, para peserta boleh berhenti makan gaji.

Jika anda ingin mengikuti bengkel yang penuh santai dan berisi ini, sila ke laman web berikut:

http://www.ShamsuddinKadir.com

Bagi anda yang ingin menjadi usahawan dan berhenti kerja makan gaji secara terancang, bengkel ini adalah tempat terbaik untuk mempelajarinya.

Terima kasih kepada Tuan Shamsuddin Kadir di atas ilmu yang telah dikongsikan.

Tuntutlah ilmu sehingga ke akhir hayat.

Wassalam.

Facebook comments:

18 Responses to “Adab Menuntut Ilmu”

  1. jedi79 says:

    Menuntut ilmu banyak cara salah satunya adalah dengan hadir seminar macam yang Zul pergi tu. Mungkin Zul boleh kongsikan sikit apa yang diajar dalam seminar tu.

  2. olie says:

    Saya juga ada hasrat untuk berhenti kerja makan gaji, tapi tak tahu lagi bila. Memang betul, kena lakukannya secara terancang agar “yang dikejar tidak terlepas, yang dikendong tidak berciciran”.

    Eh..betul ke peribahasa saya tu :)

  3. mazlienadzri says:

    zul, ingat nak belanja masa tu, last2 saya belanja Sabri je air, sebab zul tak beli air..heheheh…zul makan memang tak minum air ke? :p

    • smartzul says:

      Oh, tu memang amalan saya dulu-dulu lagi (tak makan berulamkan air). Makan dulu dan kemudian baru minum. Lain kalau dah dahaga atau tengok keadaan, memang minum terus. :D

      • mazlienadzri says:

        hohohoho..yeke? takde rezeki la saya nak belanja aritu… :)

        next time la kot…hehehehe

      • (Salam) betul Zul, Saya masih ingat lagi kata ustaz saya, dalam majlis ilmu, KENA HORMATI orang yang mengajar di depan kita, tak kiralah orang itu lebih muda, malah, lebih afdhal dan dirahmati sekiranya penuntut datang lebih awal dari guru.

        p/s: Zul, ayah saya pun selalu pesan mcm tu, minum sebelum makan atau minum 1 jam lepas makan, baru tak buncit dan “tenaga dalam jadi power juga..” :-)

      • fia says:

        en,zul.. ada tak e-book yang baru..

  4. betul tu bro…kena perlu rendah diri..jgn menunjuk2…xde maknenye…:D

    Regards,

    Muzri-KamrieCorp
    http://kamrie-ceramic.blogspot.com/

  5. x perlu menunjuk2 dlm menuntut ilmu…..:D

  6. fia says:

    sy pun teringin gak nk menceburi cara serius tp setakat ni tak berkembang la, web sy http://buyclickbank.blogspot.com/ tak ke mana pun, sy cuba gak menarik pelawat. ada tak e book nak tarik pelawat ke?…

  7. fia says:

    napa komen sy tak masuk erk..

  8. jai@jaigoku says:

    Yup, itu yang sebenarnya jika kita menuntut ilmu. jangan kita berasa sudah hebat. Adakah kita tahu orang lain juga mempunyai kehebatan dan mempunyai kepakaran yang lain juga?

    http://glowglokal.com/blog

  9. azmi R says:

    askum bro..boleh komen sikit pasal seminat tu..apa isinya…berminat nak pegi ni..lagipun dah lama tak join seminar

  10. KampungBoy says:

    kalau dah dinamakn guru, berbaliklah kepada adab menuntut, walu kita bijak cmne pn…

  11. ismanjb says:

    wah seronok ya zul dapat menghadiri seminar tu,
    tak ada ke cadangan Tuan guru tu turun JBahru..
    boleh joint sekali.

  12. nuwa says:

    Betul kata Zul, perlu pendamkan seketika kehebatan diri walaupun dh tahu apa ilmu yg diberikan oleh guru, hormat dan redakan momentum diri, mana tau dpt something special boleh buat kita jadi sukses! :-)

  13. mr.hazwan says:

    Thanks Zul atas nasihat ni..sebelum ni sy dah terbaca, ni nk belek2 balik..nk jadikan sebagai panduan. Sebab sy sekarng dah pn bersedia untuk fasa pergi seminar/sesi coaching untuk memantapkan lagi ilmu IM.

    Nasihat yg amat berguna.

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)