8 Cara Perniagaan Menghadapi Kegawatan Ekonomi

Pada zaman ekonomi gawat ini, jangan kata perniagaan kecil sahaja yang terkesan, malah syarikat-syarikat besar juga terkena. Itu belum lagi diambil kira dengan perlaksanaan GST yang dilihat begitu memeningkan para usahawan.

Walau apa pun badai yang mendatang, kita tidak boleh lekas berputus asa. Lihat ia sebagai cabaran yang akan menjadikan kita lebih hebat.

Banyak cara dan strategi yang boleh dilakukan untuk menghadapi kegawatan:

1. Wujudkan jualan dengan pelbagai paras harga. Dari yang murah, pertengahan sehinggalah premium. Kita mahu menyasarkan semua tahap pembeli.

2. Bina bisnes baharu yang mudah dilakukan, berkos rendah dan mempunyai pasaran. Manakala produk-produknya pula berharga mampu beli. Bisnes-bisnes baharu ini mungkin mampu digunakan untuk menjana wang bagi membayar kos perniagaan, termasuk gaji pekerja.

3. Lakukan pemasaran berkos rendah ataupun tanpa kos. Contohnya, promosi dengan menggunakan emel adalah lebih menjimatkan. Hanya perlu membayar kos bulanan sewaan akaun autoresponder sahaja (seperti Getresponse). Jika anda belum memulakan penggunaan kaedah ‘pemasaran database’ ini, mulakan segera. Hubungi saya jika mahu mempelajarinya.

4. Mulakan kerjasama (JV). Usahawan yang menjalinkan hubungan yang baik dengan usahawan/perniagaan lain, biasanya boleh bertahan lebih lama. Jika anda belum melakukannya, inilah masanya. Tetapi jangan pula lakukan kerana untuk kepentingan diri sendiri. Hubungan yang utuh tidak terbina dalam satu hari. Jadikan usahawan lain sebagai kawan kita. Saling bantu membantu dalam mempromosi perniagaan masing-masing.

5. Berhenti membeli sesuatu yang tidak begitu ‘urgent’. Tangguhkan terlebih dahulu.

6. Bina saluran pendapatan tambahan (bukan bisnes). Contohnya mempromosikan produk perniagaan pihak lain melalui konsep affiliate. Sekurang-kurangnya pendapatan ini dapat digunakan untuk membayar bil-bil utiliti.

7. Elak melakukan transaksi pembelian (duit keluar) dari RM ke USD kerana pasti kosnya meningkat mendadak. Semasa saya menulis artikel ini, 1 USD bersamaan dengan RM4.17. Tetapi jika perniagaan anda terpaksa melakukannya, fikir dan cari strategi bagaimana anda dapat berbelanja lebih berhemah dan dapatkan sumber pendapatan yang lain atau gandakan jualan semasa.

Saya sendiri amat merasainya. Salah satu bisnes saya adalah menjual domain name. Sebelum ini harga kos satu domain boleh di bawah RM35.00, tetapi semasa post ini ditulis, harga kos untuk saya adalah RM39.xx. Harga jualan saya pula adalah RM40. Untung tidak sampai seringgit!

Begitu juga kos-kos lain seperti kos web hosting dan server yang disewa dari luar negara. Bayaran meningkat naik! Namun inilah cabaran yang perlu dihadapi. Kita tidak boleh lari, tetapi perlu merancang.

8. Yang ketujuh ini pula, sepatutnya diletak pertama sekali. Percayalah kepada Allah. Ekonomi gawat ataupun tidak, semuanya atas izin dan kehendak-Nya. Jadi… Berdoalah kepada-Nya dan jadilah di antara manusia yang sentiasa dipayungi dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Jangan kerana ekonomi gawat, kita begitu mudah melupai-Nya. Pada masa sebeginilah kita berpeluang untuk mendekatkan diri dengan Allah dan menjadi hamba yang bersyukur dan bersabar atas segala takdir yang ditentukan-Nya.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *