7 Sebab Anda Wajib Mempunyai Laman Web Perniagaan… SEKARANG.

Pada masa sekarang (terutama pada masa artikel ini ditulis), saya melihat satu fenomena yang semakin menjadi-jadi di kalangan rakyat Malaysia, iaitu berniaga dan menjual di Facebook. Ia satu perkembangan yang baik.

Namun dalam keseronokan itu, para usahawan perlu sentiasa beringat dan berwaspada agar tidak menjadikan Facebook sebagai tempat utama dan terakhir urusan perniagaan.

Salah satu kaedah jualan yang semakin dipandang sepi adalah website jualan. Apakah kelebihan website berbanding Facebook, dan mengapa anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya sebuah laman web jualan?

1. Urusan perniagaan Internet anda lebih lancar, mudah dan automatik. Jika di Facebook, anda perlu menjawab dan memberikan maklumat yang sama setiap kali ia ditanya oleh bakal pembeli.

2. Carian melalui laman carian Google. Walaupun Facebook Page anda mempunyai ratusan ribu orang, namun Google akan lebih memilih laman web ataupun blog untuk disenaraikan di muka pertama hasil carian. Dan hakikatnya, Google adalah enjin pencari no. 1 yang digunakan oleh pengguna Internet, bukan Facebook.

3. Mempunyai laman web adalah umpama mempunyai kedai sendiri yang lebih terjamin dan kekal. Ia adalah salah satu strategi jangka panjang. Kita tidak tahu risiko yang akan menimpa kita di Facebook, yang mungkin datang tanpa diduga.

4. Bebas. Kita bebas melakukan apa saja pengubahsuaian pada website jualan. Manakala Facebook pula adalah terhad dan banyak syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

5. Proses pembelian lebih mudah untuk pembeli kerana maklumat pembayaran mudah ditemui dan dibaca.

6. Pelanggan yang memasuki laman web jualan lebih fokus. Sebaliknya di Facebook, mereka mudah hilang fokus atas sebab tertentu seperti membaca komen-komen pembaca yang lain yang mungkin akan mempengaruhi niat mereka untuk membeli.

7. Proses kemas kini maklumat produk, harga, gambar produk, stok dan lain-lain lebih mudah. Salah satu kekurangan menjual melalui Facebook adalah maklumat cepat “tenggelam”, dan akhirnya kita terpaksa menulis kembali di post yang baru.

Sertai saya di Facebook: http://Facebook.com/MohdZulfadli.IM

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “7 Sebab Anda Wajib Mempunyai Laman Web Perniagaan… SEKARANG.

  1. Setuju sangat-sangat. Kebanyakan penjual-penjual di fb takde website jualan. Yang dieorg cuma tunjukkan gambar2 berkaitan produk dan kelebihan produk tu. Ade sesetengah penjual yang ghairah nak jual produk sampai maklumat tentang produk yang diberi tidak lengkap. Maklumat lebih banyak diberi di ruang komen. Tapi yang pasti, berniaga di fb sekarang mmg semakin rancak. Dari produk kecantikan sampailah produk2 dalaman.

  2. Saya setuju dengan tuan. Di laman web sendiri, pelawat lebih fokus. Jika di FB, mereka berhadapan dengan pelbagai gangguan.

    Namun, apa yang lebih penting, melalui laman web, kita boleh lihat sejauh mana keberkesanan dan prestasi pemasaran kita melalui tracking tools yang tersedia.

    Perkara ini penting bagi seorang usaha kerana data-data ini tidak ditawarkan di FB. ๐Ÿ™‚

  3. Most of the cases now a days ecommerce sites having both website and facebook page to run their promotions with facebook and website for sales.. i think for for a startup company a website not mandatory.. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *