7 Rahsia Usahawan Internet Berjaya

Erti kejayaan adalah meluas. Ia boleh dari segi hasil dalam bentuk wang, keuntungan, jenama yang berkembang, jumlah jualan dan juga populariti. Berikut adalah tujuh ‘rahsia’ yang biasanya dimiliki oleh kebanyakan usahawan Internet berjaya:

1. Jual produk yang ada potensi

Usahawan-usahawan Internet yang berjaya biasanya menjual produk ataupun servis yang mempunyai permintaan, atau kita juga panggil ia sebagai “ada pasaran”. Bukan setakat itu sahaja, usahawan Internet berjaya juga melihat saiz pasaran itu sama ada besar ataupun kecil. Jika besar, biasanya potensi hasil juga lebih besar.

2. Berdisiplin

Apabila sebut perkataan disiplin, kita membayangkan hidup yang serius dan patuh sepenuhnya. Sebenarnya, ia tidak begitu. Ia lebih mudah dan senang daripada apa yang kita sering bayangkan.

Disiplin hanya memerlukan sedikit usaha sahaja. Apabila kita ikut perancangan yang dibuat, patuh pada masa dan tidak membuang masa, kejayaan biasanya akan jadi milik kita.

Usahawan-usahawan Internet berjaya biasanya mempunyai disiplin yang baik dalam mengurus dan melaksanakan aktiviti bisnes mereka.

3. Jelas dengan matlamat dan perancangan

Mereka tahu sebab mereka berniaga (matlamat) dan mereka juga mengikut perancangan yang telah dibuat dari awal. Mereka fokus pada matlamat dan perancangan itu.

4. Teknik pemasaran yang efektif

Tidak cukup mempunyai produk yang baik, usahawan Internet yang berjaya biasanya menggunakan kaedah pemasaran yang super efektif, sama ada mereka lakukan sendiri ataupun menggunakan perkhidmatan oleh pihak lain.

Konsep pemasaran efektif amat mudah, iaitu Mesej yang betul, produk yang betul, masa yang betul, platform (tempat) yang betul dan sasaran yang betul.

5. Tidak tahu banyak, tetapi ada kemahiran

Tidak ramai yang tahu, usahawan-usahawan Internet yang berjaya tidaklah tahu banyak dalam satu-satu perkara. Sebaliknya, mereka lebih fokus tindakan, iaitu melaksanakan ilmu dan teknik yang efektif dengan segera.

Untuk berjaya, “tahu banyak” bukan faktor utama, tetapi kemahiran yang betul dan efektif lebih memainkan peranan. Kemahiran ini bukan setakat pada pemasaran, tetapi ia juga kemahiran mengurus diri dan perniagaan.

6. Margin keuntungan tinggi dan/atau jumlah pembeli ramai

Usahawan Internet yang berjaya biasanya menjual produk yang mempunyai salah satu ataupun kedua-dua ciri ini, iaitu ia mempunyai margin keuntungan yang besar, ataupun ia akan dibeli oleh ramai pelanggan (jumlah pelanggan dan kadar pembelian).

Tip: Jika pasaran kecil, jual dengan harga yang margin untungnya besar. Jika pasaran besar, jual dengan harga lebih rendah. Namun, boleh juga tetapkan margin keuntungan besar untuk pasaran yang besar.

7. Fokus pada menjual

Usahawan Internet yang berjaya juga biasanya lebih memfokus pada aktiviti menjual. Lebih kurang 80% masa mereka adalah lebih pada menjual dan mendapatkan pelanggan. Manakala 20% lagi diluangkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman, pengurusan bisnes, R&D, belajar dan hal-hal teknikal.

Fokus pada usaha menjual adalah sangat penting. Jika kita hanya asyik berkongsi ilmu, menulis dan seumpamanya, jualan tetap ada, tetapi ia sangat perlahan.

Apakah aktiviti menjual dalam perniagaan Internet? Ia adalah memperbaiki surat jualan, mengemaskan lagi ayat iklan dan emel promosi (agar lebih power), mendapatkan lebih banyak trafik ke laman jualan (promosi dan marketing), menyediakan tawaran ‘back end’ dan menghubungi semula prospek atau pelanggan sedia ada (follow up).

Penutup

Tiada rahsia lagi untuk berjaya. ๐Ÿ™‚

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

6 thoughts on “7 Rahsia Usahawan Internet Berjaya

  1. Saya setuju dengan poin ‘Tidak tahu banyak, tetapi ada kemahiran’ tuan. Saya juga akui, fokus pada satu-satu kemahiran itu jauh lebih baik daripada tahu semua perkara. Ini berkait rapat dengan pengurusan masa seseorang Usahawan Internet itu juga.

    Tuan boleh link kan poin ini kepada post ‘delegasi tugas’ yang lepas. Usahawan Internet yang berjaya tidak tahu semua perkara. Tetapi, mereka ‘outsource’ kemahiran yang mereka tidak tahu. ๐Ÿ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *