Home » Pemasaran Internet » 7 Rahsia BESAR Perniagaan Internet Yang Tidak Dapat Dinafikan

Rahsia 1: Menjual produk yang dikehendaki ramai

Untuk berjaya dalam perniagaan Internet, sebaik-baik produk yang dijual adalah produk yang dikehendaki oleh ramai orang. Sebaliknya, bukan produk yang semata-mata kerana kita suka dan mahu. Rujuk artikel berkaitan “Nak Jual Apa” di sini.

Rahsia 2: Mempunyai keunikan dan perbezaan

Pepatah inggeris dalam bidang perniagaan ada berbunyi, “Differentiate or die”. Ia bermaksud, pilih salah satu iaitu mahu berbeza daripada perniagaan lain ataupun gagal (jika tidak memilih untuk berbeza dan unik).

Mempunyai perbezaan adalah satu perkara wajib agar perniagaan kita tidak mempunyai saingan yang terlalu sengit oleh mereka yang melakukan perniagaan yang sama.

Anda boleh rujuk mana-mana buku ataupun artikel yang berkaitan dengan Unique Selling Proposition, positioning dan juga branding. Salah satu terbaik mengenai positioning adalah “Positioning: The Battle for Your Mind“.

.

Rahsia 3: Khidmat pelanggan yang terbaik

Proses melayan pelanggan mempunyai tiga situasi (fasa), iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum pelanggan membeli produk, mereka akan menghubungi untuk bertanya terlebih dahulu. Jika kita memberikan respon yang baik dan cepat, biasanya mereka akan membuat pembelian.

Manakala ‘semasa’ pula adalah sebaik mereka membuat pembelian, adakah kita mengurus pembelian mereka itu dengan cepat, mesra dan memuaskan. Kemudian ‘selepas’ pula adalah adakah kita menghubungi mereka untuk memberikan panduan ekstra, bertanya khabar, diskaun dan bantuan.

Rahsia 4: Teknik promosi yang terbukti berkesan

Apabila kita membaca cadangan-cadangan teknik promosi di Internet, sebenarnya kita membaca dua jenis bahan bacaan. Pertama, teori dan kedua adalah teknik yang terbukti berkesan.

Kedua-duanya perlu dan tidak salah satu. Kita perlukan teori untuk memahami asas, konsep, prosedur dan langkahnya. Manakala teknik yang terbukti berkesan adalah kaedah yang dilakukan dan kaedah itu terbukti memberikan hasil apabila digunakan beberapa kali.

Untuk cara yang terbukti memberikan hasil, ia biasanya disertakan dengan ‘case study’. Ia sukar diperolehi kerana biasanya ia menjadi “rahsia” orang yang ‘menemui’ strategi itu.

Rahsia 5: Targeted traffic

Trafik yang ‘targeted’ adalah trafik yang sesuai untuk dipromosikan bagi produk berkaitan. Jika kita menjual buku bisnes, biasanya buku itu lebih sesuai dipromosikan kepada para usahawan. Begitulah untuk mana-mana produk. Promosikan ia kepada mereka yang sesuai sahaja.

Apabila kita menjual kepada yang ‘targeted’ sahaja, potensi produk kita untuk dibeli adalah lebih tinggi.

Rahsia 6: Conversion rate

Conversion rate (kadar penukaran) bermaksud, daripada sejumlah orang yang masuk ke website jualan kita, berapa orang yang akan membuat pembelian? Contohnya daripada 100 orang, jika 2 orang yang buat pembelian, conversion rate adalah 2%.

Kadar penukaran boleh ditingkatkan dengan copywriting dan tawaran yang benar-benar tidak mampu ditolak oleh pelanggan (prospek). Copywriting adalah salah satu faktor kritikal. Ia adalah ayat yang kita tulis sama ada pada ayat iklan, ayat di Facebook, blog dan juga emel promosi. Jika ayat kita biasa-biasa, orang akan lambat membuat keputusan. Jika kita tulis ayat yang ‘power’, orang akan bertindak tanpa sedikit pun mahu bertangguh.

Dalam erti kata lain, meningkatkan kadar penukaran adalah juga bermaksud meningkatkan kadar jualan produk.

Rahsia 7: Mailing List

Mailing List adalah salah satu kaedah ‘back end’ yang digunakan oleh kebanyakan usahawan online, bahkan oleh kebanyakan blogger terkenal seperti John Chow dan Darren Rowse.

Banyak kaedah untuk membina senarai emel (mailing list) seperti Pay Per Lead, Free Offer dan kaedah “$7 Dollar Secrets” (menjual ebook berharga rendah). Kesemuanya menggunakan squeeze page ataupun sekurang-kurangnya opt-in form yang diletakkan di blog.

Dengan mempunyai mailing list, kita boleh menguhubungi pelanggan dengan hanya sekali klik, cepat dan mampu memberikan hasil yang besar dalam masa yang singkat. Ia bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali (sehingga anda mahu melakukannya).

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.
Share

7 thoughts on “7 Rahsia BESAR Perniagaan Internet Yang Tidak Dapat Dinafikan

  1. Ferdy Fauzi says:

    Memang saya tak nafikan semua rahsia ini adalah tunjang kepada semua usahawan, tak kira online atau offline.

    Yang penting bagi saya support kepada pelanggan perlu ada, sebab itu pelanggan akan setia pada usahawan sekiranya sokongan selepas jualan dititik beratkan oleh usahawan.

    1. KomenEbook says:

      Betul Ferdy, support kepada pelanggan sangat penting…rahsia ke-3 yang paling kritikal untuk dijaga..itu antara produk yang telah dilancarkan sekarang, bukan semata-mata untuk keuntungan, namun sebagai langkah untuk mendidik pengeluar agar sentiasa menjaga rahsia ke-3 ini

      1. smartzul says:

        Saya suka dengan produk panduan Sistem Support tuan. Salah satu idea saya dahulu adalah untuk hasilkan panduan sistem support. Tapi sebab tuan sudah hasilkan, maka saya boleh promosikan saja yang tuan punya. Ada program affiliate? :D

        1. KomenEbook says:

          Tuan suka? Terima kasih, satu penghargaan besar buat usahawan sambilan macam saya ni :-D .sehingga kini, saya masih lagi belum merancang untuk adakan program affiliate untuk produk sistem support kerana mahu menguruskan beberapa hal penting terlebih dahulu. Insya Allah, akan diadakan juga program affiliate untuk produk ini. Apapun, tuan boleh semak gmail tuan :-)

    2. smartzul says:

      Bahagian support yang akan menentukan nama bisnes itu baik ataupun buruk pada mata pelanggan. Ia satu bahagian yang kritikal dan memerlukan skil serta daya tahan yang tinggi.

  2. artikel yang sangat2 bermanfaat untuk newbie saperti sya.

    1. smartzul says:

      Terima kasih tuan Saifudin. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.