Home » Ebook Percuma » 7 Petua Usahawan Berjaya

7 Petua Usahawan Berjaya

Nak tahu petua kejayaan kebanyakan usahawan yang telah berjaya di dalam perniagaan internet? Klik link berikut:

1. Rajin-rajinlah belajar samada membaca dan mengkaji

2. Gunakan sepenuhnya enjin carian seperti google untuk menjawab persoalan tertentu seperti masalah teknikal

3. Jangan hanya tunggu ‘disuap’. Jangan malas!

4. Survive. Anda perlu lalui masalah tanpa bantuan orang lain sepenuhnya. Buangkan sifat hendak mudah! Saya jika membantu seseorang, saya hanya tunjuk jalan, sebaliknya tidak akan bantu dia buat sepenuhnya. Please, survive! Mengapa? Orang yang membantu anda tidak akan selamanya bersama dengan anda. Maka di saat keseorangan, sifat survive yang anda miliki akan membantu diri anda. Setuju?

Fahamilah, orang lain hanya memberikan jalan, kita yang perlu berusaha.

5. Bertindak dengan dorongan diri sendiri. Jangan tunggu orang lain ‘push’ baru nak buat

6. Usahawan yang berjaya, rata-ratanya sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka. Jika mereka diajar A, mereka akan tambah lagi pengetahuan dan pemahaman mengenai perkara A itu.

7. Mereka tidak kenal jalan singkat. Yang mereka tahu adalah : KESABARAN

Sekali lagi saya ulangi, “orang lain hanya menunjukkan jalan, dan andalah yang mesti melaluinya. Sudah mesti seorang diri, tetapi bawalah kesabaran, kesedaran dan kesungguhan di dalam perjalanan itu.

InsyaAllah, anda akan sampai ke destinasi yang dituju dengan jayanya.

ketahuilah juga, nikmat sebenar adalah bukan pada hasilnya, tapi apa yang anda lalui. Kerana, semasa perjalanan itulah banyak pelajaran yang akan anda perolehi, itupun jika anda sabar dan mahu mengambil pelajaran. ;)

“Tidak mudah nak mudah, jangan mudah nak mudah, tak senang nak senang..”.

Semoga berjaya!

PS. Dah daftar newsletter smartusaha? Mereka yang telah berdaftar akan mendapat satu ‘hadiah’ daripada saya. Juga, banyak yang saya kongsi tapi saya tak tulis di sini. Nak tahu? Daftarlah. Mudah jer, masukkan nama dan emel di laman web berikut. ;)

http://smartusaha.com/news

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

commentscomments

  1. hasrul says:

    rancang, buat dan jangan tangguh²

  2. fai says:

    Ok zul.. Saya Faham..

    Saya akan buat smuanya sendiri utk diri sendiri..
    Smuanya akan bergantung kpd diri sendiri..

    Thanks Zul sbb bantu saya..

  3. Labanon says:

    Jangan di suap… ya belajarlah berdikari di dalam perniagaan. Anda akan berpuas hati walaupun mendapat seorang pelanggan jika perniagaan anda lakukan sendiri.

  4. fai says:

    Sbnarnya bkn senang nak jd senang tp mmg senang nak jadi susah..

    Kesimpulannya smuanya berpangkal kpd diri sndiri..

  5. mais says:

    Terima Kasih Zul.

    memang benar, nak berniaga memang kena berani dan yang penting ada kesabaran. Jangan tunggu disuap atau mengharap disuap.
    Berusahalah kita menjadi usahawan yang beriman…

  6. abdfatah says:

    kalo dah ada joran dah tentunya kena guna stretegi tersendiri untuk mendaratkan ikan yang telah dikail…

    kalo takleh nak kail ikan, dapatkan jala untuk mengaut keuntungan yang maksima. nak lebih lagi…? kena usahalah secukup rasa…

    • Han says:

      abdfatah ni macam minat mancing je…
      dah dua kali saya terbaca yang ada sebut pasal mancing…
      tak salah saya zul pun suka mancing juga…

      ye tu kalau nak dapat untung yang maksimum, kena usaha yang lebih…
      DR irfan sendiri kata dia usaha sampai lewat malam…duit dia tu pun sayang nak guna sebab kena usaha yang keras baru dapat…
      saya sokong apa yang DR cakap tu…

      han

  7. abdfatah says:

    jalan sudah ada, maka ikutlah rentak mereka yang telah berjaya. tidak dapat sedikit… dapat banyak. takleh banyak kaut sikit2… jangan tamak dah laaa…

  8. abdfatah says:

    kalo setakat dapat duit setiap bulan. duit akan habis gitu aje. nak simpan apatah lagi… kalo dah ada pancing yang bernama joran dapatlah untung yang semaksima yang mungkin…

  9. […] 7 Petua Usahawan Berjaya […]

  10. siti says:

    Terima kasih..Tiada jalan mudah untuk menjadi senang. Kejujuran juga penting dalam mencapai matlamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.