7 Dalil Anda Perlu Memiliki Blog Sendiri Hari Ini Juga

Blog sendiri adalah blog dot com, bukan blog percuma.

Dalil 1# Jika hari ini tiada orang datang ke blog anda, percayalah, jika kena caranya, beberapa bulan atau satu tahun kemudian, orang akan mengenali anda dan juga sedar dengan kepakaran yang anda miliki melalui blog tersebut.

Dalil 2# Blog anda mudah mendapat tempat terbaik di enjin carian (ranking) kerana anda sudah banyak menulis dengan menggunakan keyword topik blog anda (perkara yang anda pakar). Blog anda sudah penuh dengan kata-kunci (keyword riches) dan artikel yang asli.

Jika tidak percaya, cuba taip perniagaan internet di google.com dan lihat, siapa No. 1? Kemudian cuba analisa dan compare dengan blog atau laman web lain. Mengapa yang No. 1 itu kekal di No. 1?

Dalil 3# Apabila mudah mendapat tempat terbaik di enjin carian, maka ramai prospek baru yang akan melawat blog anda dan mereka akan tertarik dengan penulisan anda! SEO adalah salah satu sumber trafik percuma. Bak kata pakar marketing, “SEO mengambil masa untuk kita mengecap hasilnya, tapi bila sampai masa, ia akan memberikan hasil!”. Fokuslah pada penghasilan sebuah blog yang penuh dengan tulisan yang asli dan berguna untuk orang lain. Say No to Black Hat SEO.

Kini saya sudah merasai hasilnya walaupun hanya untuk pasaran Malaysia. TAPI saya yakinkan diri sepenuhnya, saya ada peluang yang cerah di masa depan untuk membina ‘nama’ di persada Ebiz di Malaysia ini. Anda pula bagaimana?? Apakah bidang kepakaran anda?

Dalil 4# Apabila ramai prospek yang mengenali (know) anda, menyukai (like) anda dan mempercayai (trust) anda, maka tiada lagi masalah untuk menjual sesuatu produk atau perhidmatan. Percayalah… Jika anda berpegang kepada prinsip SABAR, kelak anda akan berjaya jua. Hanya mereka yang ‘tamak’ dan tiada ketahanan sahaja mudah rebah dan gagal.

Dalil 5# Blog tidak dapat disangkal kehebatannya. Bayangkan jika laman web statik, jika anda ada 1000 pages, 2000 pages laman web atau lebih daripada itu, lama-lama anda naik pening dan cerewet untuk menguruskannya.

Tidak dengan blog. Anda taip, edit dan publish!

Tak percaya? Lihatlah trend sekarang, dia tu cakap pasal blog, orang tu cakap pasal blog, Pak Menteri pun cakap juga pasal blog! 😉

Dalil 6# Ia satu kelengkapan di dewasa ini. Hebatnya blog, sampai ia dibincangkan di pihak kerajaan Malaysia kerana salah guna manusia akan teknologi ini. 🙂 Ia satu bentuk media komunikasi yang pantas! Bayangkan, jika sebuah blog memiliki puluhan ribu pembaca setia, sesuatu berita itu tak kisah yang betul atau salah akan cepat tersebar.

Begitu juga dalam perniagaan Internet. Hanya tekan butang Publish di blog, beratus atau beribu orang akan tahu mengenai produk terbaru anda! Jelas, individu yang memiliki sesuatu kepakaran dan ilmu tetapi tiada blog, beliau memiliki satu kekurangan di zaman information age ini. Rugi!

Dalil 7# Semakin anda menulis, anda semakin berilmu. Jika anda tidak menulis, pembaca akan ‘memberontak’ dan mengeluh. Maka, mahu tidak mahu, anda terpaksa terus belajar, membaca dan mengkaji agar ilmu terus bertambah.

Apabila ilmu bertambah, maka kepakaran juga akan meningkat, dan kepercayaan orang kepada anda juga akan terus bertambah! Menulis dan terus menulis akan menjadikan kita semakin hebat. Itupun jika kita sedar dan berpaksi di atas jalan yang lurus (anda wajib pegang prinsip ini).

Dalil 8# Eh, cukuplah 7 dalil jerrr… 😀

Kalau anda nak tambah, silakan…

“Akhir kata, sesuatu itu akan bertahan lama jika dilakukan dalam waktu yang ‘lama’. Yang cepat biasanya mudah terkubur begitu saja…”.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

19 thoughts on “7 Dalil Anda Perlu Memiliki Blog Sendiri Hari Ini Juga

  1. hm..blog, blog, blog
    semua orang sibuk dok bincang pasal blog…
    budak sekolah pun dah ada blog…
    cam zul kata…erk..dengan kata lain macam ngumpat la…kalau dah 3 orang tau…lepas ni 10 orang boleh tahu,,dan seterusnya.
    inikan pula blog yang banyak pelawat…sorang baca, 5 orang tau…

    paling penting…buatlah sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada kita dan orang lain…jangan hanya keuntungan sebelah pihak dan pihak yang lain mendapat bahang dan kesusahan dari penulisan blog seseorang…senang cakap..jangan tulis benda tak betul atau yang berunsur fitnah…sesungguhnya dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh…

    p/s-zul dan yang lain2 dah tau pasal kempen doa 2Julai ni?jangan lupa sertai yer…untuk kesejahteraan umat islam sedania…untuk mereka yang menderita di sana..boleh jenguk kat sini http://www.shahdila.com

  2. Asmkm Zul, apa khabar? Shueqry di sini.

    tulisan dari Zul banyak memberi semangat, thanks Zul 🙂

    Hmm, blog sebenar saya masih dalam proses pembinaan .. insya allah akan dipublish juga, setakat ini biarlah rahsia dulu..

    Pada saya, dalil #2 dan # 3 tu yang paling ‘umpph’..

    Good, interesting, motivating info.

    Wassalam.

    – shueqry –

  3. ya, jangan bertangguh untuk memiliki blog sendiri kerana setiap saat yang anda tangguhkan itu merupakan satu kerugian yang amat besar….

    saya teramat suka dalil 4 iaitu SABAR …….. kerana berusaha dan bersabar itu akan membawa anda ke puncak kejayaan

  4. Hm 7 dalil tu dari Zul..
    Tapi memang sebenarnya Zul lah yang mencetuskan inspirasi kepada saya buat blog berbayar.. tapi dalam masa yang sama blog dari blogspot masih beroperasi… Seiring dengan blog bayar…
    Ye memang bile buat blog bayar nie rasa cam kerek sket… He he he.. Ye lah siap boleh buat emel sendiri…And nak ucap berbanyak terima kasih kepada Zul kerana menjadi orang yang kedua melakukan komen dalam posting blog berbayar saya….
    Harap2 blog ini akan menjadi trademark bagi diri saya..

  5. Memang betul dalil2 yg Zul berikan itu. Dulu, sebelum saya ada blog sendiri saya takut2 juga, ada ker org nak baca blog aku ni, apa yang aku nak tulis ni. Bila saya ikut nasihat Zul dalam ebook dia, saya terus jer beli domain.com sendiri. Orang kata main redah jer dulu sambil belajar pelan2 dengan ramai IM M’sia terutama SmartZul, SaifulSham, Shuth, Irfan Khairi dan byk lagi yg tak sempat saya nak sebut kat sini.

    Nah skrg dah 6 bulan blog saya berada di alam maya ni. Tak sedar pun PR2 dah skrg ni… 😀 Dan uniqevisitor pun mencecah 25-40 orang sehari. (Sikit sangat tu!!…kena tingkatkan lagi!)

    Bayangkan kalau 6 bulan dulu saya masih lagi menangguh dengan blog sendiri ni, dah tentu tiada orang akan kenali siapa ‘JimieRay’ ni… 😛
    Dan sekarang ni saya dalam proses untuk blog yang kedua pula. Tunggukan kemunculannya. Saya pasti blog ini lain dari yang lain.

    Terima kasih Zul atas ilmu yang anda sudi kongsikan dengan kami.

    1. saya pun bermula dengan blog percuma. agak lama jugak sebelum saya membeli domain sendiri dan kemudian terkial2 nak buat blog sendiri lantaran panduan blog belum kuar lagi dari smartzul…

      dah kuar lama dh panduan tersebut saya tertangguh lagi nak beli pulak lantaran takleh nak online secara tetap. dah dapat online terus aje beli panduan wordpress dari zul. memang berbaloi laa setakat yang saya mliki blog sendiri sejak dua menjak nih…

      anda memang patut memiliki blog sendiri bermula dari sekarang…

      1. nak belajar mula2 tu kenalah guna yang percuma dulu…
        kalau tak nanti rugi…
        saya pun guna blogger je dulu…
        sampai sekarang masih masuk lagi duit adsense…hehe..

        han

  6. Pingback: ligakampung.com » Blog Archive » Terima kasih kepada otai..
  7. mmg x boleh dinafikan ttg dalil yg zul berikan itu, dulu hanya pk … ala blog free pun apa kurangnya tp bila dh ada dot com sendiri dan semua diuruskan sendiri maka lahir rasa kepuasan yg tidak terhingga… itulah dia blog banyak yg boleh diperkatakan ttg blog… dr berniaga hinggalah ke personal info..

    kdgkala ada yg lebih advance idea mereka apabila mula membina laman utk anak2 mereka sendiri.. anda pk dan kaji apa yg boleh anda lakukan utk anak2 anda… (bg yg dh kawen 😆 ) just continuous work from his dad/mom

  8. hoho… blog sendiri lagi… tambahan kepada blog percuma vs blog dot com…

    nak try promosi jugak laaa cerita pasal blog dot com…

    idea tambahan yang cukup bagus…

    sekian terima kasih…

  9. Pingback: Aku, Internet dan Blog… -- SihatSokmo.Com
  10. 😕 Dalil #8 Jika anda menguasai ke semua 7 dalil di atas dapatkan Pakej Kit Blogger segera. Anda akan lega sebab anda tahu cara memasang blog sendiri. 💡 Dalil #9 ..tolong sambung. Ubah tajuk 7 dalil + 1 mengapa anda mesti ada blog sendiri. 😐

  11. assalamualaikum…

    dalil ke 8 ke? dalil ke 8 mudah aje… anda sememangnya perlukan blog sendiri menarik komen dari pengunjung dan juga anda perlu membuat komen ke blog2 orang lain dengan penuh komitmen dan menjadikan ruangan komen sebagai alternatif untuk menarik lebih traffik ke blog anda sendiri. anda juga perlukan komentar dari ramai orang untuk menjadikan blog anda sebagai rujukan untuk apa-apa niche yang anda miliki…

    kalo anda komen dan anda tidak ada blog mereka nak komen apa di blog anda sedangkan anda tidak miliki blog?

    sekian terima kasih… :mrgreen:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *