Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

7 Cara Promosi di Facebook

Saya pun sudah tidak ingat, sudah berapa lama saya ber-marketing di Facebook. Cuma saya lihat, pemasaran di sana mempunyai corak dan keunikan tersendiri.

Setakat ini, sebahagian trafik ke blog ini datang dari Facebook. Soalnya, bagaimana mereka boleh sampai ke sini?

stats fb smartusaha

Sebenarnya saya melakukan promosi di sana bukanlah kerana mahu mereka melawat ke blog saya. Keutamaan saya di sana adalah membina komuniti tersendiri di sana, selain komuniti melalui blog ini. Saya juga mahu membina jenama melalui FB, seperti mana saya menggunakan blog dan juga forum.

Apa yang saya dapat katakan, Facebook bukanlah tempat terbaik untuk mendapatkan pembeli sekiranya tidak kena pada caranya. Saya melihat bahawa, Facebook sama seperti web sosial yang lain di mana ia adalah tempat orang berehat, mengisi waktu yang terluang dan saling berkomunikasi satu sama lain.

Di Facebook (FB), saya tidak target jualan atau mahu menjual. Di sana, saya banyak berkongsikan informasi sama ada tip, panduan, berita semasa dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perniagaan saya (niche). Matlamat utama saya adalah mahu mempromosikan jenama perniagaan saya di sana dengan menggunakan kaedah “soft selling” yang jauh lebih bermanfaat untuk jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai akaun Facebook, bolehlah Add saya sebagai Friend:

http://facebook.com/mohdzulfadli

Berikut saya senaraikan 7 cara promosi, teknik atau kaedah yang boleh anda cuba di Facebook. Kesemuanya memerlukan masa dan ingin saya tekankan bahawa, pemasaran di laman web sosial seperti Facebook sudah semestinya mengambil masa. Maka, ruangkanlah masa sebaik mungkin agar tidak hilang fokus.

Berikut adalah 7 teknik yang boleh anda lakukan untuk marketing di FB:

1. Kumpul “friend” & berkomunikasi

Utamakan kualiti berbanding kuantiti. Keberkesanan promosi di FB hanya apabila anda dan “friend” sudah berkomunikasi dan kenal satu sama lain, atau mereka telah mengenal diri anda atau perniagaan anda.

Cara untuk berkomunikasi dengan mereka ada pelbagai cara sama ada melalui mesej Inbox dan juga menggunakan Wall mereka. Ingat, jangan spam atau promosikan apa-apa. Cukup memperkenalkan diri atau memberikan informasi yang berguna untuk mereka.

Pengenalan diri juga boleh dilakukan pada Wall kita sendiri menggunakan fungsi Status. Contoh yang saya lakukan:

promosi facebook smartzul

2. Bahagian profile diri yang jelas dan lengkap

Isi semua maklumat yang diperlukan pada bahagian profile seperti nama perniagaan anda, laman web, blog dan lain-lain lagi. Ini semua bagi memastikan “friend” dapat mengenali anda dengan mudah dan jelas.

3. Memberikan status berbentuk informasi yang berkaitan dengan produk dan perniagaan atau sebarang aktiviti yang dilakukan.

Contoh status:

promosi facebook smartusaha

4. Membuka Page atau Group sendiri

Jika anda telah Add saya di FB, anda boleh membaca tip ke-4 ini di sini:

http://www.facebook.com/notes/mohd-zulfadli/contoh-guna-fungsi-page

*Perlu jadi “friend” saya dahulu baru dapat baca nota tersebut…

5. Tulis Notes (nota) dengan menggunakan fungsi Notes. Rakan-rakan anda di FB pasti menghargainya.

Apa itu Notes? Notes lebih kurang saja dengan penulisan di blog, malah artikel di blog kita boleh dimasukkan secara automatik ke bahagian Notes di FB.

Mungkin ramai yang bertanya bagaimana cara memasukkan artikel dari blog secara automatik ke bahagian Notes tersebut. Caranya ada dalam video berikut:

Link video: http://www.facebook.com/video/video.php?v=167304069593

*Video di atas tanpa suara…

Anda boleh melihat senarai artikel yang saya tulis terus di FB dan juga berasal dari blog ini, di sini:

http://www.facebook.com/notes.php?id=817509593&style=1

6. Selain menulis, anda juga boleh berkongsikan gambar atau video yang berkaitan dengan perniagaan anda. Jadikan rakan-rakan FB anda semakin ‘dekat’ dengan anda.

Contoh yang saya lakukan:

imej facebook

Contoh video pula adalah seperti video di atas.

Selain informasi berbentuk tulisan, imej atau video juga biasanya lebih menarik perhatian rakan-rakan anda di FB.

7. Jangan SPAM

Ya, jangan spam! Ramai orang yang melanggar pantang larang ini. Mereka ingat, FB itu milik mereka kah mahu spam sesuka hati? Jangan sampai privasi orang lain terganggu dengan teknik spam, yang bukan sahaja membuatkan mereka tidak selesa atau marah, malah ia salah di sisi peraturan pihak FB.

Kesimpulan

Pemasaran di Facebook mengambil masa, melainkan anda bijak menggunakan strategi dan juga automasi seperti menggunakan teknik Application seperti aplikasi berbentuk game atau kuiz. Teknik ini saya tidak dapat menerangkannya kerana saya belum melakukannya lagi.

Bagi diri saya sendiri, saya telah mendapat kenalan yang ramai di FB yang selama ini amat mustahil untuk saya mengenali atau merapati mereka melalui blog atau kaedah lain. Malah yang mengembirakan, banyak perkara yang saya tidak jangkakan, telah pun saya raih. Ini semua kerana saya telah membina ‘hubungan’ dengan mereka di FB yang saya lihat ia amat sukar untuk dilakukan dengan kaedah lain seperti blog atau forum.

Maka saya melihat pemasaran FB dari sudut yang berbeza, bukan sekadar untuk mempromosi produk, tapi ia melangkaui lebih daripada itu…

Pokok pangkalnya, dalam apa jua usaha promosi atau pemasaran, kita mesti ada matlamat, jelas apa yang perlu kita lakukan dan mesti dilakukan sebaik mungkin (beretika) serta dengan penuh sabar.

Selamat berjaya.

Facebook comments:

58 Responses to “7 Cara Promosi di Facebook”

  1. mazlie says:

    Salam Zul,

    Bila baca artikel ni, baru terasa nak aktif di FB, saya ada akaun tapi memang tak aktif..nampak gayanya kena aktifla kan Zul? :)

    Thanks dengan teknik ni..

    • smartzul says:

      Salam Mazlie.

      Boleh saja aktifkan balik. Cuma mula-mula, biasanya kita “blurr” sikit sebab kekok dengan benda baru. Lama-lama, kita akan biasa seperti mana guna blog. FB banyak fungsi, so kena rajin explore…

      Kat FB, ramai kawan. Saya dapati, di FB kita mudah rapat dengan kenalan kita berbanding guna forum atau blog.

    • ecards says:

      saya dah lama tunggu mazlie , tapi tak muncul-muncul…………….

  2. Syed Akmal says:

    aku memang setuju bro. facebook mmg tpt yang senang nak tarik traffic untuk jangka masa panjang. untuk orang kenal & tahu diri kita. btw thanks for the tips. jap lagi saya add bro. hehe.

    syed akmal
    blogging for fun, people & information
    wwwsyedakmalcom

  3. mykrk says:

    Terima kasih atas perkongsian ini. Saya dah buat http://www.facebook.com/pages/Johor-Bahru-Malaysia/ArabMykrkcom-Belajar-Bahasa-Arab/173241316009?ref=nf
    Cuma saya ada beberapa persoalan:
    1. Sesuaikah saya masukkan secara berjadual post2 yang sudah sedia ada dari blog saya.
    2. Sekadar nak pastikan. En. Zul dapat lihat tak bila saya publish 2 nota dari page saya ini. Maksud saya, saya mahu ianya kelihatan kepada ‘peminat’ sahaja, bimbang mengganggu orang lain, tapi setting di situ cuma ada;
    -kawan
    -kawan kepada kawan
    -kawan dan rangkaian
    (tiada ‘peminat’)

    Saya tak naklah niat saya baik tapi menyampah pulak orang yang tidak berminat menerimanya.

    Terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan. Maaf panjang pula saya komen.

    • smartzul says:

      1. Sesuai.

      2. Hanya peminat saja yang dapat lihat. Mengenai setting tu, saya kurang jelas lagi buat masa ni setting tersebut. Tapi, kalau nampak pun, sekadar sebahagian (seperti tajuknya) dan kalau mereka mahu baca sepenuhnya, perlu add diri ke Page tersebut sebagai peminat.

  4. jai@jaigoku says:

    Salam rakan-rakanku sekelian,

    Banyak aplikasi yang bagus sebagai tarikan bisnes di FB

    Beberapa tip penting yang sempat di muatkan di sini adalah,

    Untuk membuat bisnes jangan gelojoh untuk mempromosi. Gunakan pendekatan 9:1 iaitu 9 post yang berguna dan baik kemudian baru satu untuk tujuan promosi.

    Jual diri dahulu(jadikan lebih dikenali) sebelum menjual produk atau perkhidmatan.

    Buat masa ni saya mmg kurang aktif di FB kerana hendak fokus pada biz offline.. :)

    • smartzul says:

      Dulu, saya bermatlamat mahu promosi bisnes. Tapi sekarang, tujuan utama saya guna FB adalah menambah kenalan. Saya yakin, lama kelamaan, mereka pasti tahu bisnes yang saya lakukan. Promosi tu bolehlah sekali sekala seperti teknik 9:1 tu.

      Terima kasih Tuan Jai.

  5. Saya jarang kat FB.Tapi update la kadang kadang tu pape cerita. Twitter pun dah lama tak update.update la kejap.

  6. luqiem says:

    Saya ada matlamat utk join FB… Byk perkara yang sy inginkan sejak dari dulu kini berada di FB… Selain berkongsi pandangan, kita juga turut membina jaringan maklumat dalam satu sumber…

  7. norazuan says:

    Terima Kasih Zul!

    Dapatlah saya mengorak langkah lebih segak menggunkan platform FB ni!

    :)

  8. amrilmuidz says:

    Salam semua

    Good info dari saudara zul lagi sekali.

    Hum..sebelum nie kalau kat FB just chat kosong ngan memember. mungkin dengan cara-cara promosi nie dapat membantu kita memajukan perniagaan internet.

  9. : Terima kasih, Tuan Zulfadli.

  10. lanchini says:

    Salam en Zul,

    Saya ada akaun FB, tapi memang tak aktif. Bukan apa, ramai sangat yang ajak jadi member, tapi sebenarnya lebih nak promote produk/servis masing. Lama-lama jadi bosan dan terus tak aktif, huhu..
    Apa yang saya suka pasal FB ni cuma satu, dapat menjalin semula hubungan dengan member2 zaman sekolah aritu. Dapat mengembalikan nostalgia kenangan pahit manis yg pernah dilalui bersama kawan2..

  11. Penang says:

    Saya baru buka akaun fb… blur juga sebab tak tahu guna… Bila baca tip-tips yang zul bagi ini, baru lah saya nampak sikit apa nak buat. Terima-kasih bagi tip-tips yang berguna ini. Nanti saya akan praktikan…

    Pas nie boleh saya add zul nanti.

  12. Thank you En. Zul, you're the best :)

  13. Khai Wan says:

    Syukran jazilan `alal khair

  14. Cik Mal says:

    Salam Zul,

    Wah lama sangat tak tinggalkan komen di sini :)

    Pemasaran FB memang menarik. Lebih kepada memasarkan diri daripada memasarkan produk. Juga mencipta peluang sendiri. Juga untuk ke arah mendapatkan ‘appointment’ penting dengan orang-orang penting :) lebih kepada pembinaan kepercayaan.

    Melalui FB juga, saya makin jatuh cinta dengan penggunaan BMT kawan-kawan FB :) Nyaman sekali~ Haha

    Tidak penting untuk promote produk di FB. Maksud saya, bukan fokus utama. Tapi PENTING, untuk menjadi individu di gemari dan di senangi :) FB provides us with life time interaction :) Make used of it :D

    Thanks Zul. Guru seni-tulis-blog saya :) Always looking forward to meet you someday :)

    • smartzul says:

      BMT? Hehe.. Saya masih sentiasa mempelajarinya. Sukar juga mahu menguasai BMT. Tapi kadang kala, guna ‘BMR’ pun tidak salah lagi-lagi dengan kawan-kawan yang sempoi dan di saat berbicara mengenai choki-choki. :D

      Insya Allah, akan bersua jua kelak.

      • Cik Mal says:

        Haha! Choki-choki. Shh itu perihal gurau senda di FB saja ;) Haha gelak betul saya !

        Nak guna BMT penuh, perlu masa. Tapi bukan suatu yang mustahil :)

  15. Ara says:

    Salam buat semua..

    Saya pun ada gak buka akaun di facebook tak lama dulu tapi `blur’ semacam je..lebih2 lagi bila tgk fren dan komen2 yg saya add tu ilang tak dapat di kesan…heheh Mgkin saya masih kurang mahir menggunakan ruangan di fb..

    Nanti saya buka new acc di FB dan add smartzul as a fren. Amacam ok??

    • smartzul says:

      Kalau komen orang di status atau wall kita, mereka boleh delete sendiri atau kita yang delete. Jika kita komen di status orang atau di wall orang, mereka boleh delete komen kita itu.

  16. mohamad khamis says:

    FB sememangnya laman sosial yang sangat bast dan unik…suma yg kita buat orang tau kecuali chat ngan masej.dulu pernah promosi ebook,tak di sangka2 mendapat jualan melalui FB(no SPAM)..so FB ni sememangnya memberi peluang buat sesiapa sahaja samada IM ataupun bukan..

  17. Aqif says:

    Salam Zul.

    Top referrer site saya juga pun daripada Facebook. Nampaknya pemasaran melalui social networking site memang dapat memberikan impak yang besar dalam menjana traffik ke blog.

    Terima kasih atas perkongsian anda.

    Berkenaan dengan notes tersebut. Memang seronok bila dia bleh auto feed daripada blog. ;)

    Btw, saya cadangkan penggunaan wp plugin Wordbook. Dia akan auto update every blog ke akaun FB. ;)

  18. jai@jaigoku says:

    Ya betul tu Tuan Zul, kenalan yang suka pada kita akan berminat terus nak tahu pasal kita seterusnya bisnes kita juga. :)

  19. wanmyzie says:

    saya ni berminat sangat ngan bisnes internet,skrg tengah bertatih nak m’ngenali dunia internet

  20. facebook memang tempat yang sesuai untuk buat promosi..kalau selalu bagi info berguna, lama-lama orang akan tertarik, pastu beli apa yg kita promote.

  21. alan tan says:

    Janganlah sesiapa yg nak buat Spam di facebook cam tagging etc

  22. ShueQry says:

    Bagi saya, aktif di FB bermusim, sebab coverage Celcom Broadband di Semporna ni bermusim. Sekejap OK, sekejap tak OK.

    Nak masuk homepage FB saya biasanya amik masa lebih kurang 20-30 minit. Nak approve friend setiap seorang amik masa 20-30 minit, kekadang line putus tetiba terutama di musim hujan. Di tempat saya tak ada kabel telefon, buat masa ni ama terhad untuk apply streamyx. Cabaran!.

    Apa-apapun, saya lihat Zul selalu post useful message, kekadang dari mesej dari Zul saya dapat idea-idea penulisan yang sebelum ni tak terfikir langsung.

    Thanks Zul.

    -ShueQry-

  23. Anwar Yassin says:

    sekarang ni dah ada update dari celcom kan ? memang terkedepan celcom nih. tau jer nak ceriakan hati customer mrk. :)

  24. hasbul aqill says:

    facebook da naek rank kedua dalam alexa
    mungkin leh ganti google lepas nih
    :D
    lagipun,company besar contoh wimax
    dah mula beriklan dan sudah kenal
    potensi besar facebook nih
    nih giliran kita plak nk try fb sebagai cara promosi
    thanks for sharing info

  25. UstazCahaya says:

    MUI (Majelis Ulama Indonesia) pernah mengemparkan Indonesia sedikit masa dulu kerana mengeluarkan fatwa keharaman FB.

    Ramai berpendapat fatwa tersebut kurang tepat dan kurang bijak. FB dan blog itu media. Hukumnya berdasarkan kepada pengunaan bukan kpd benda tersebut.

    Terima kasih zul dgn panduan FB ni. PM kita juga baru lancarkan FB baru2 ni:-)

    • Anwar Yassin says:

      Betul kata ustaz, fb tu hanya satu tools, sama seperti internet atau tv. Analoginya, fb tu adalah seperti pisau. kalau kita gunakan dengan cara yang betul, maka natijahnya baik. Begitu juga sebaliknya.

  26. faizulnoor says:

    Salam smartzul:)
    Bagi diri saya apa yang disuarakan oleh saudara zul ada benarnya. FB adalah tempat mencari kenalan lama dan menambah kenalan.
    Di samping itu kredibiliti dan penjenamaan individu adalah penting dalam jaringan komuniti sosial untuk kebaikan bersama.

    Ikhlas,
    FaizulNoor

  27. cheq-sue says:

    Tips yang menarik. Kalau senang layarilah blog saya dan komen. Blog saya agak feminin sesuai dgn hobi & minat saya tetapi turut menjaga pendapatan internet drp google Adv selain menjadikan blog sbg medium marketing. Salam perkenalan.

  28. akaun fb dah setahun bro..hah sekarng baru nampak …ok terima kasih..

  29. bee says:

    pertama kali sy mlawat blog encik zul ni sy rasa tharu dan ahh maksud sy idea zul ni satu drpd idea yg cukup baik…mgapa tdk utk pgtahuan anda ini adlh satu drpd bjuta2 strategi mbuka pekung ddada kpd mata dunia.
    bagus idea en zul ni,memang patut diikuti
    sy sdiri mpunyai 3 akaun email bbeza…business(google),peribadi(yahoo) n social(msn)
    bagi sy semua keja sy mudah sbb tak bcampur aduk….
    akhir skali…syabas En Zul….

  30. vemboy says:

    menarik..memang amat berguna buat saya yang baru berjinak dengan perniagaan internet ni..TQ

  31. shah says:

    Assalamualaikum
    En Zul saya nak tanye macam mana kita nak wat laman web @ blog sendiri?
    Saya baru nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan mempromosi kopi tumbuk asli dari kedah….
    So saya nk tau cara untuk mendapat ramai pelanggan

  32. Taufik SM says:

    wow..bagus info ini…. salute la pada zul ni…

  33. zamri husin says:

    salam kpd en.mohd zulfadli

    sy terkejut sy x boleh nk add awk kat FB sbb awk terlalu byk friends.full abis..
    so cmne sy nk contact atau communicate ngan awk?

  34. mohd kamal says:

    terima kasih banyak2 bagi tip ini. semoga Allah membalas kebaikkan pada saudara. amim

  35. duritisya says:

    thanx saudara ats info.sy baru nak stat bis intrnet…n sy ade jugak promote produk sy di FB..tp cuma kawan2 sy rapat shj laa..tp biler bc info dt en. zul sy rs kena slow don skit sy pnye promosi…bkn aper takut org x suka…thanx again 4 de tips..

    • smartzul says:

      Sama-sama.

      Seimbangkan mesej-mesej kita di Facebook. Promosi boleh sahaja, tapi dalam masa yang sama masukkan juga informasi yang lain (bukan promosi).

  36. Hidier says:

    tips yang saya dok cari2..terjumpa kat blog encik zul…bestnye..TQ..
    saya dah add encil zul dalam FB saya.. :)

  37. awiefie says:

    masih baru di FB kenalan tak ramai lagi

  38. mhnizam says:

    saya tertarik dengan teknik yang diberikan sememangnya menarik dan praktikal…FB sekarang adalah salah satu teknik terbaik untuk menarik trafik

  39. isz qaseh says:

    thx bro….sy da nampakkkkkkkkkkkkkkkkkkk…heheee

  40. izuwan says:

    salam saudara. terima kasih kerana suid berkongsi tips2 yg hebat. saya baru mula berjinak-jinak dgn bisnes internet…jd memang saya amat2 memerlukan tips2 dr org2 yg berpengelaman dlm bidang ni..

  41. planet_emas says:

    salam semua,
    Syabas zul, teruskan berkarya mendidik anak bangsa…tQ

Trackbacks/Pingbacks

  1. Pelajari dan Ketahui Teknik Menjana Pendapatan Lumayan di eBay bersama pakar dan sifu eBay Noorizam Shah
  2. Kenali Kumpulan Pengguna Facebook | Blog Perniagaan & Keusahawanan Internet

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)