6 Sept 05 – 6 Sept 06 : 1 Tahun SmartUsaha :)

* Automatik Post jam 8.49 pagi, 6/9/06. Anda akan tahu kenapa 8.49 pagi. 🙂

Yeaa, smartusaha.com dah ‘tumbuh gigi’ dah! 😉

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Pejam celik smartusaha.com dah berusia setahun, dan dalam masa yang sama pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perniagaan internet juga turut bertambah. Setahun.. Nak sampai ke tahap ini, begitu banyak cabaran yang telah saya lalui. Jika hati tak kental, saya mungkin anda tidak kenali dan entah siapa dan di mana saya sekarang. Namun, inilah takdir, Allah yang menentukan segalanya. Saya pernah kecewa dan ‘merajuk-hati’ dengan bidang ini, hampir meninggalkannya di waktu awal dulu…

Bagaimana saya bermula? Bila? Dah berapa lama saya dalam bidang ini (soalan paling saya tak suka – tempoh bukan penentu segalanya) 🙂 ??

Sedikit rentetan saya..

Tahun 1996 – 1999:

Sudah ada sifat ingin mencari pendapatan sendiri melalui mail order dan sudah terdedah dengan affiliate program, tapi zero pengetahuan, tak tahu apa-apa pun apa itu affiliate program dan teknik yang betul. Join, tinggal.. 😉 Banyak duit belanja sekolah habis untuk membeli bahan rujukan especially mail order. Dalam panduan tu, ada disentuh mengenai peluang buat duit di internet..

Tak terkecuali, banyak tertipu dengan skim cepat kaya dan surat berantai. 😉

Kecewa, putus-asa, stop kejap.

Pertama kali masuk internet, tahun 1999. Aplikasi pertama yang digunakanka, MiRC. 😆

Tahun 2000 – 2004:

Masuk ke UTM. Saya sesat dan sesat di dunia siber. Ada juga join program klik-klik emel dan autosurf (bukan studio trafic), tapi jenis tak terkenal.

BANYAK masa habis!

Terdedah dengan banyak peluang skim cepat kaya, binari dan piramid. Di UTM masa tu ramai bebudak buat program cepat kaya macam Help2U dan derma-derma tu.. 😉

Sebagai student, kadang-kadang poket kering, maka saya terjebak dengan satu program derma tu walau hati kuat kata jangan. Bila buat sekali, Allah Maha Pengasih, saya sakit sebaik sahaja menggunakan duit hasil program tu. Saya bertaubat dan pulangkan balik duit tu. Nasib tak banyak, puluhan ringgit jer. Anda, harap ambil pengajaran. Kisah benar ni.. Saya sakit dalam seminggu.. Saya STOP dan jalan kebenaran mula terbuka…

Awal 2004:

Bertemu dengan satu laman web dalam bahasa Melayu, tulisan kidino. To kidino, thanks. 🙂 Laman web tu kengkawan.net. Sekarang rasanya dah tak ada. Artikel yang dia tulis pasal affiliate program. Dan saya rasa, masa tu Kidino baru start kot bidang ebiz ni. 😉 Dari artikel itulah, saya mula buat research sikit-sikit dan semangat kembali datang.. (Sedikit selingan, inilah keuntungan jangka panjang menulis ilmu yang kita tahu, ia membantu orang lain. Sebaliknya, kalau tulis blog kutuk-kutuk orang, musuh yang kita dapat bukan?) 😉

Sudah tahu membezakan the true business dan program penipu.

Namun masih belum mula.

2005:

Dalam awal 2005, bertemu pula dengan blog budak ‘kembar’ tu. Anak saper ekk. hehe, ya, saifulsham.com. Juga berbanyak terima kasih kepada mereka. Banyak yang telah saya pelajari dari blog mereka. Masa tu, saya dan diaorang tak kenal pun lagi. Dan ikhlas, saya mengikuti perkembangan mereka umpama melihat anak kecil tumbuh membesar. Kini, mereka semakin berjaya!

Pendek cerita, Julai 2005, saya bina blog di tblog.com dengan URL http://smartbiz.tblog.com. Hmm, di situlah saya bermula menulis blog. Melatih diri. Masa tu, sikit sangat ilmu pasal blogging dan penggunaan wordpress. Berkat kesabaran, kini dah ok sikit.

14.08.05: Menyertai seminar perniagaan internet oleh Irfan Khairi di UTM. Minda saya semakin jelas!! Dah nampak jalan yang betul.. Thanks Dr! Moga Allah merahmati anda.

Note: Hampir seratus orang yang menyertai seminar itu, tetapi, seperti kata saya, walau ilmu itu tinggi manfaatnya, jika anda tiada usaha, malas, fikir -ve, terpengaruh, maka kegagalan milik anda dan ia adalah KESALAHAN anda sendiri! Selain saya, siapa lagi yang mengambil jalan melakukan peniagaan internet? Ramai yang tidak menghormati ilmu dan tidak pandai menilai ilmu serta “meletak ilmu itu di tempat yang tinggi”. Maka, hasilnya tiada.. Jika anda mencemuh ilmu yang diberikan, maka ia terpalik kepada anda sendiri. Anda gagal. 🙂

Tepat jam 8.49 pagi 39 saat, 6 September 2005, smartusaha.com tercipta. 😉

Labur sikit duit beli hosting dan domain. Actually, setahun sebelum saya beli, saya dah survey company hosting dan belajar selok belok perkara tertentu. Setahun…. 🙂 Dalam setahun itu, saya simpan impian, catat kemahuan. Keyakinan dan kesungguhan, kini sudah terbalas walau sedikit. Namun ia tetap rezeki dan nikmat dari Yang Esa bukan? Kita wajib bersyukur.

Kenapa nama smartusaha.com? Entah, Allah Lebih Tahu, masa brainstorm idea nama domain, nama ni jer asyik keluar dan keluar. Hati kata nama ni paling sedap. Alhamdulillah, kini tip top (harap-harap tak syok sendiri lah, hehe).

Pada mulanya nak guna untuk buat online store, jual apa yang patut. Tapi, tukar kepada blog sebab melihat kurangnya penulisan mengenai perniagaan internet dalam bahasa melayu. Masa tu, blog pasal ebiz ni sikit sangat, tapi sekarang sudah beratus malah beribu.. 🙂 Pendek kata, blog saya adalah perintis blog ebiz dalam bahasa Melayu. InsyaAllah.

– – – – 6 September 2006: Genap setahun. Alhamdulillah.

Itu saya cerita rentetan bagaimana saya dan smartusaha.com bermula, tak cerita lagi cabaran pahit manisnya.. Setahun, banyak cerita… 😉

Fuuh, tahun pertama, saya hanya ‘berjalan kaki’. Ia sudah selesai.

Tahun kedua ini (fasa kedua), ingin naik taraf kepada kereta ‘proton perdana’ lak.

Tahun ketiga, tukar kepada ‘Mercedes’ ker… hehe..

Itu hanya analogi, bukan maksud nak beli kereta ke apa.. Dalam usaha, kita mesti ada perkembangan bukan hanya secara mendatar, tetapi graf juga mesti naik dari masa ke semasa. Macam saifulsham, diaorang dah tukar model flight lagi.. 😉 Betapa maju dan berjayanya mereka sekarang.

Anda? Bagaimana? Baru sehari? Tidak mengapa, masa bukan penentu utama, ini prinsip saya. Apa yang penting adalah, apa dan bagaimana kita melakukannya. Pastikan buat dengan betul dan tepat. Itu sahaja.. 🙂 Pastikan ada ilmu yang boleh dipakai dan ada perancangan yang jelas, ada matlamat jangka pendek dan panjang. Jika anda ada apa-apa persoalan, sudikanlah bertanya saya dan saya sedia menjawab setakat yang termampu.

Saya tidak mahu anda mengambil masa bertahun seperti mana yang telah saya lalui, dan saya tidak mahu anda melalui jalan yang gelap. Satu pesan saya, kita jangan ego, kita kena belajar daripada mereka yang tahu, terutama yang telah berjaya. Juga, kita perlu mendengar dan menerima ilmu daripada sesiapa sahaja. Kita bukan dan tidak akan tahu semua benda.. Setuju?

Baiklah, saya pun tidak tahu lagi nak taip apa, cuma mengharapkan Allah memberikan kejayaan kepada kita semua terutama di dalam perniagaan yang dibina. InsyaAllah.

Wassalam.

zul smartusaha

Mohd Zulfadli (smartzul)

PS. Tunggukan satu produk pertama daripada saya dengan harga yang istimewa. 😉

** Produk pertama ini adalah mengikut modul bengkel asas perniagaan internet saya secara langkah demi langkah. Jika saya berjaya menjual dengan baik produk pertama ini, bermakna modul tulisan saya boleh digunapakai. InsyaAllah.

PPS. Inginkan panduan asas paypal? Dapatkan juga tools, software dan ebook percuma dengan mendaftar di http://smartusaha.com/news

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

20 thoughts on “6 Sept 05 – 6 Sept 06 : 1 Tahun SmartUsaha :)

  1. Tahniah Zul sebab dapat meraikan kelahiran smartusaha.com dengan jayanya.

    Akak sendiri walaupun dah tau tentang ebiz ni agak lama, tapi baru sekarang berani hendak bertindak dengan lebih serius. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diberbaiki.

    Semoga akan terus sukses!

    P/S: Hari ni jugak umur akak dah bertambah 1 tahun lagi. syukur Alhamdulillah sebab sentiasa dipelihara oleh Allah dengan kesihatan yang baik.

  2. tahniah zul. semoga zul terus berusaha dan mencapai apa yang dihajati. suka baca blog ni, sbb ada unsur2 agama dan tak putus2 menyerah diri kpd Allah. Alhamdulillah selalu ada…

  3. Wah, sudah setahun zul menceburi bidang perniagaan internet, nampaknya sudak menampakan pelbagai kemajuan.

    Tahniah zul, semoga zul lebih kerap ber-blog lagi 😀

  4. Assalamualaikum..
    Maaf ye menyelit kat CNi.
    Terpanggil untuk ucap Tahniah kpd Zul. Anda banyak memberi manfaat kepada semua. Moga usaha murni anda akan diberkati.

  5. Ni la yang membuat saya “saspek” dengan Zul ni…

    Dan ikhlas, saya mengikuti perkembangan mereka umpama melihat anak kecil tumbuh membesar

    Adakah Zul bercuti nak kawen? Atau isteri beliau cuti bersalin? haha….

    tau2 je perasaan orang yang tgk anak dia membesar ya? Zul ni byk rahsia dri kita ni… 😉

    Kalau Zul rasa mcm lihat anak kecil membesar, kami lihat SmartUsaha seperti rakan sepermainan. Diharapkan kita dapat bekerjasama dengan lebih utuh.

    Sempena evolusi kedua ini, kita harus tetapkan matlamat baru. Kalau dulu kita nak menjelaskan dan menarik minat orang, kini kita kena push industri ini supaya lebih berkualiti, lebih berwibawa dan lebih telus. Kita sebagai playernya yang akan menentukan halatuju keusahawanan internet di Malaysia.

    Sama seperti industri pelancongan di Malaysia. Dulu zaman baru2 merdeka, orang tak tahu pun pelancongan boleh buat duit. Tetapi diam-diam kita membina jenama Malaysia dan di hujung dekad lepas, bila kerajaan dah sedar, diorang push pelancongan, berbillion-billion ringgit keuntungan kepada negara.

    Kita harus slow2 seperti cara yang sama.

    Misi ke 2,

    “Ketelusan, Kualiti & Keunggulan” 😉

    Semoga SaifulSham.com & SmartUsaha.com terus bersaudara.

    Happy Birthday!

  6. Tahniah saya ucapkan.
    Lepas ni saya pulak nak lancarkan perniagaan internet pertama saya.Tapi pada hari jadi saya nanti. 11 September. (Orang US jangan salahkan saya).Mungkin inilah permulaan perniagaan internet bagi saya.Dah lama study tapi tak nampak jalan & harap kali ni saya tabah.Saya pun nak ikut smartzul dan yang lain-lain yang telah berjaya.

    Salam Usahawan untuk semua!! 🙂

  7. Wah..tahniah zul…Insyaallah bulan ni saya dapat capai rm10ribu pertama saya dalam internet biz…:p..Untuk capai bukan senang..sampai lemah badan ni ha..sebab kurang tido..doktor nasihatkan saya kurang berjaga waktu malam..lepas ni aktiviti malam sampai kul 1pagi paling lama. Kalo sebelum ini,pukul 4 pagi saya tdo..6.30 bangun..Kene kurang skit la aktiviti, walaupun banyak keje..

    Apa² pun semoga bertambah rezeki zul dalam Perniagaan Internet ni.Saya akan sokong zul sampai zul fasa “roket” atau lebih tinggi dalam pertumbuhan SMARTUSAHA bukan “Mercedes” je ek..:P

    Happy Birthday Smartusaha!!

  8. Tahniah Zul…hehe…lama dah tak dengar cerita secara live dari Zul. 🙂

    Dah setahun rupenyer….pejam celik pejam celik dah pun setahun….pejam celik pejam celik..tengok2 Zul dah berumahtangga lak….dan seterusnyer…hehe

    Klu bosan2 email la saye. Nk luahkan perasaan ker apa aje le…Tapi klu bz teruskan usaha…masa depan yg cerah sedang menanti mereka yg berusaha…InsyaAllah.

    Gambar yg ter-latest Zul post tu memang macho giler le. Hehe. Mesti ramai awek terpikat. hehe

  9. Tahniah..setahun tu kira bnyk pengalaman dah dapat…Pengalaman pahit maung dalam setahun ni lah yang akan memberi panduan dan laluan lebih bnyk untuk membuat ‘kebebasan kewangan internet’ yang sebenar..bak kata org tua2…nak pandai berjalan…mesti merasa jatuh bangun bertatih..bila dah pandai berjalan…terserah diri sendiri untuk berlari atau tak…Apa yang zul laluan…akan dirasai oleh yang terkemudian..Kuatkan semangat dan tekad.

  10. oo…mr Zul kita ni dah ‘settle’ dahh …kalau cam tu banyak kali tahniah lah kita ucapkan kat smartzul.. Tahniah sbb sambut anniversary smartusaha, Tahniah sebab nak sambut baby baru, nak sambut produk baru, nak teruskan mendidik we all semua ni yang lama dan yang baru… saya sendiri pun teruja dng zul dan ambil semangat nama ‘smart..’ utk web saya tu. Smartusaha dan SaifulSham jadi rujukan utama kita semua. Zul, bila dah abih pantang nanti, komen sikit web saya tu..kay..(yang lain2 pun bolh beri comment). Moga terus murah rezeki…

  11. “Selamat Hari Jadi….
    Selamat Hari Jadi…
    Selamat Hari Jadi…

    Selamat Hari Jadi
    SmartUsaha.Com
    Selamat Hari Jadi…”

    “Allah selamatkan kamu…
    Allah selamatkan kamu…
    Allah selamatkan SmartUsaha.Com
    Allah selamatkan kamu…”

  12. Alhamdulillah, genap setahun smartusaha.com 🙂 Semoga fasa kedua ni akan bertambah-tambah usaha dan rezeki zul 🙂 Kekalkan keikhlasan zul tu (nampak ke? boleh tahu…) InsyaALLAH, itulah punca keberkatan

  13. wah-wah…dah setahun ya zul? leh tahan gak nie.. so harapnya usaha memartabatkan ilmu ebiz ke bangsa melayu semakin kuat lah ya..latih r ank buah cam saya pulak..haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *