5 Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya

Jika ingin menyenaraikan apakah sebab-sebab atau punca kegagalan perniagaan di internet, begitu banyak untuk dinyatakan. Tetapi, 5 perkara yang ingin dinyatakan di sini adalah di antara sebab utama kegagalan tesebut. Saya akan terangkan secara ringkas:

Punca 1 # Begitu banyak pilihan dan kebanjiran maklumat

Inilah hakikatnya sekarang. Begitu banyak maklumat terutama di dalam bahasa inggeris di internet. Anda hanya perlu memasukkan kata-kunci tertentu untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan di enjin carian spt Google. Jika anda newbie atau baru ingin bermula, anda akan menghadapi masalah!

Ya, saya yakin anda akan menghadapi masalah untuk menyaring maklumat-maklumat daripada ramai orang. Orang kata, begitu banyak ‘kepala’ yang perlu diikuti, sehingga kekadang maklumat tersebut bercanggah! Lantas anda pening dan akhirnya berputus-asa untuk meneruskan pembelajaran dan niat untuk membina perniagaan di internet.

Jadi, apakah formula atau cara penyelesaian bagi hal ini? Mudah sahaja, anda cari mereka yang telah berjaya. Beli buku mereka atau ikuti bengkel mereka (jika mampu). Kemudian, ikut satu-persatu teknik dan rahsia yang mereka ajarkan. Ingat, di awal penglibatan anda, hanya ikuti mereka sehingga anda telah memahami asas-asas yang penting.

Biasanya, teknik-teknik asas sudah memadai untuk digunakan bagi perniagaan internet anda. Setelah anda sudah memahami dan bersedia, anda bolehlah merujuk orang lain samada mencari maklumat di internet atau mengikuti mana-mana kursus daripada internet marketer yang lain.

Punca 2 # Tiada Sistem Langkah Demi Langkah

Sistem. Ya, apa-apa pun yang kita lakukan tetapi tiada rujukan atau panduan yang satu amat susah untuk berjaya. Sebagai contoh, sebuah organisasi yang tiada rujukan atau sistem kualiti amat sukar untuk mencapai kejayaan.

Samalah juga dengan ayam goreng KFC atau PIZZA HUT, mereka ada sistem atau rahsia ataupun panduan tersendiri untuk para pekerjanya. Sebab itulah mereka terus maju dan maju.

Untuk perniagaan internet, kita juga memerlukan sistem langkah demi langkah. Secara umum, untuk memulakan perniagaan internet, irfan khairi telah menyarankan 4 langkah penting iaitu mengenal pasti perniagaan anda, membangunkan laman web perniagaan, menerima bayaran di internet dan mebuat promosi perniagaan internet. Sila rujuk buku tulisan beliau Rahsia Jutawan2 Internet Terbongkar untuk penjelasan beliau yang lebih mendalam.

Antara contoh sistem atau langkah yg lebih detail adalah seperti berikut:

a. Menentukan produk (saya telah membincangkan cara menentukan produk sesuai..)
b. Memiliki laman web
c. Menulis ‘surat jualan’ yang berkesan di laman web itu
d. Dapatkan trafik/pengunjung ke laman web (promosi)
e. Mulakan newsletter (untuk follow-up dan mendekati pelanggan)
f. Lantik agen online (lancarkan program affiliate)

Jadi, pastikan anda ada rujukan yang satu. Anda boleh ‘meniru’ cara orang lain terutama mereka yang telah berjaya, atau anda tentukan cara anda sendiri, tapi pastikan ia berkesan. Namun cadangan saya, ikut cara orang yang telah berjaya itu lebih baik, itulah salah satu rahsia kejayaan mereka yang telah berjaya. Tidak perlu mencipta teknik atau cara yang baru.

Punca 3 # Memilih niche yang tidak sesuai

Niche, satu aspek yang amat penting untuk anda utamakan. Ia adalah langkah utama di dalam proses memulakan perniagaan internet atau ingin menentukan produk anda. Saya telah menulis mengenai hal ini di tulisan yang lepas.

Secara mudah, niche bermaksud unik dan berbeza daripada orang lain. Atau boleh juga dikatakan sebagai pasaran bertumpu dan anda sahaja yang ‘menguasai’ pasaran tersebut atau hanya sedikit sahaja pesaing anda. Niche juga adalah suatu topik atau bidang yang anda lakukan tetapi tidak ramai yang memperbincangkannya.

Dan, pastikan niche yang anda pilih adalah menjadi keperluan bagi orang ramai. Walau produk anda bagus sekalipun, tetapi jika ia tidak diperlukan oleh ramai orang, tiada gunanya.. Jadi, pilihlah niche yang unik dan diperlukan oleh ramai orang.

Punca 4 # Perkara atau Masalah Teknikal

Rata-rata daripada kita tidak begitu tahu mengenai soal-soal teknikal, bahkan untuk menggunakan emel pun tidak tahu. Begitu juga dengan pembinaan laman web, konfigurasi newsletter, pangkalan data dan pelbagai lagi perkara teknikal. Inilah yang membantutkan perjalanan perniagaan dari awal lagi.

Namun, dengan wujudnya internet, anda boleh mempelajari hal-hal sebegini dengan mudah dan percuma di internet. Begitu juga sudah berlambak buku di pasaran yang mengajar langkah demi langkah perkara-perkara teknikal. Jadi, bagi anda yang zero teknikal dalam IT, kuatkan azam dan tekad, nak seribu daya.

Punca 5 # Melakukan Sendiri-Sendiri / Berseorangan

Punca ke-5 ini bergantung kepada keadaan dan saiz perniagaan. Keadaan; jika anda seorang yang bekerja jam 9-5, amat elok jika anda ada pembantu atau rakan kongsi. Bahagikan tugas seperti anda menjaga bahagian teknikal dan kawan anda bahagian pemasaran dan pengurusan. Inilah rahsia kejayaan team saifulsham.com.

Dengan pembahagian tugas, maka ringanlah kerja anda dan anda boleh fokus dan melakukan banyak perkara lain lagi.. Inilah kelebihan melakukan secara berkumpulan. Ya, amat susah untuk menemui rakan kongsi yang rajin dan berdedikasi. Pandai-pandailah anda mencari dan memilih.

Tidak dinafikan juga, melakukan secara berseorangan juga boleh berjaya. Seperti yang saya katakan, bergantung kepada keadaan. Contoh usahawan internet yang telah berjaya adalah Iszuddin Ismail dan Mohd Fairuz (seorang guru), mereka melakukan secara bersendirian.

Terserah kepada anda untuk memilih melakukan secara berseorangan atau berkumpulan (jangan terlalu ramai). Namun cadangan saya, jika anda tidak mahir IT, carilah partner yang tahu IT dan anda hanya uruskan hal pemasaran dan pengurusan perniagaan. InsyaAllah, perniagaan anda lebih cepat berkembang. Begitulah sebaliknya jika anda kurang pakar dalam pemasaran, carilah mereka yang tahu mengenainya. Bahagikan tugas..

Kesimpulan: Itulah lima punca mengapa perniagaan internet boleh gagal atau tidak berjaya. Anda boleh membuat senarai semak untuk memastikan lima perkara di atas tiada pada anda. Walaupun kita mesti berani gagal, namun menjadi satu kewajiban kita untuk mengurangkan risiko kegagalan. πŸ˜‰

Itu sahaja daripada saya kali ini, jumpa lagi.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

9 thoughts on “5 Sebab Perniagaan Internet Tidak Berjaya

  1. Saya sedang cuba mendekati dan untuk mendapatkan lebih info bagi menceburinya , amat teruja untuk mendapatkan hasilnya . t kasih

  2. kegagalan sebagai renungan dan pedoman. kalo dah banyak kali gagal dah tentu ada sesuatu yang tidak kena. dengan 5 sebab musabab itu maka wajarlah kita mengurangkan risiko kerugian yang maksima untuk berjaya dalam perniagaan internet. bukan sekadar suka hati tengok orang lain buat perniagaan internet dan kita ikut sama nak buat niaga internet jugak….

  3. belajar dengan mereka yang pakar dan tahu apa yang hendak dibuat dengan maklumat yang berlambak di internet masa kini…

    ada ilmu di mana jua anda berada, anda boleh bangunkan apa jua perniagaan yang berdaya majua…

      1. selamat hari raya pyan,
        ada ke mereka mengaku mereka ni pakar??hehe
        orang pakar pun tak berani mengaku pakar…

        kalau di forum, kita boleh tahu mereka tu pakar ke bukan…
        nak tahu senang je…cuba teknik atau taktik yang diberi tu…
        kalau berkesan, pakar la tu…hehe…

        han

  4. kerjasama jugak penting untuk memajukan perniagaan internet. kerjasama yang kukuh serta mempunyai komitmen yang tinggi terhadap satu-satu perniagaan internet yang ingin dibangunkan…

  5. Best ada biz partner ni.. kita boleh fokus pada kerja kita dengan lebih baik berbanding buat semua kerja.. kualiti juga dapat dijaga.. πŸ˜‰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *