5 Model Perniagaan Internet

Selain menjual produk fizikal, banyak lagi jenis dan bentuk perniagaan lain yang boleh dilakukan secara online.

Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan usahawan Internet baru, kebanyakan mereka hanya mengarahkan pemikiran mereka terhadap produk fizikal semata-mata.

Antara model bisnes Internet selain model bisnes produk fizikal adalah seperti:

1. Jadi orang tengah

Pernah diceritakan oleh kenalan saya, seorang bukan warganegara Malaysia membina sebuah website tempahan perkhidmatan teksi ‘airport’ (Malaysia). Beliau hanya jadi orang tengah yang mendapatkan tempahan dan kemudian menghubungi mana-mana pemandu / syarikat teksi.

Dahulu (tahun 2005) saya menjadi orang tengah kepada beberapa buah syarikat domain & hosting. Saya cari pelanggan dan daftarkan domain & hosting untuk mereka. Saya dapat untung melalui harga saya. Ini adalah salah satu perniagaan terawal saya.

2. Perkhidmatan online

Begitu banyak bentuk perkhidmatan yang boleh dilakukan secara online sepenuhnya tanpa perlu bersemuka dengan pelanggan, seperti:

  • Penulisan
  • Rekabentuk grafik
  • Membina laman web *
  • Facebook Moderator
  • Virtual Assistant
  • Servis teknikal online *

Salah satu perkhidmatan yang saya lakukan sehingga sekarang adalah menyediakan servis bantuan teknikal online. Ia umpama saya menyediakan servis membaiki kereta. Pelanggan hubungi saya dengan menyatakan masalah website ataupun blog mereka, kemudian saya bantu selesaikan.

Pada tahun 2006, saya dan rakan saya memulakan perniagaan perkhidmatan membina laman web. Saya tidak pandai design dan membina website, tetapi rakan saya itu tahu. Saya lakukan pemasaran dan sokongan pelanggan, manakala beliau pula fokus pada membina laman web dan teknikal sahaja. Jadi jika anda ada idea dan tidak tahu melakukan idea itu, ajak rakan ataupun individu yang ada kepakaran tersebut untuk melakukannya bersama-sama.

perniagaan internet

Bagi perniagaan sebegini, ada dua cara untuk dapatkan pelanggan iaitu kita melakukan marketing sendiri, ataupun mendapatkan ‘job’ melalui laman web seperti http://www.freelancer.com/jobs/.

3. Konsultasi & Bimbingan Secara Online

Kebanyakan orang mempunyai ilmu dan kepakaran masing-masing. Mengapa tidak gunakan ia untuk membantu diri sendiri (dibayar) dan juga orang lain?

Sesi konsultasi hanya dilakukan secara online sahaja tanpa perlu bertemu dengan pelanggan. Gunakan kemudahan percuma sahaja yang ada di Internet sama ada melalui Yahoo Messenger, FB Chat, Emel, Skype dan sebagainya.

Seorang kenalan saya menyediakan servis mengajar Al-Qur’an hanya secara Online (Skype). Dan ada juga motivator menyediakan konsultasi kaunseling dan motivasi hanya secara online sahaja.

4. Produk Digital (downloadable)

Dalam diam-diam, sudah ramai yang menjana pendapatan melalui produk digital seperti ebook. Bahkan penerbit-penerbit buku juga sudah menjadikan buku cetakan mereka kepada format ebook.

Dengan kebanjiran pelbagai gajet, produk digital seperti ebook mempunyai pasaran yang amat besar. Sebab itu penerbit buku bercetak tidak mahu lepaskan peluang besar ini.

Produk digital boleh dihasilkan sendiri, ataupun dengan beberapa kaedah lain. Jika ada masa, saya akan kongsikan kemudian. Cuma secara ringkasnya, produk digital yang terbaik adalah sesuatu yang dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Namun ia juga boleh berbentuk informasi dan nilai tambah ilmu pengetahuan.

Produk digital seperti ebook hanya perlu didownload terus ke komputer ataupun gajet pembeli. Tiada kos penghantaran. Malah model perniagaan sebegini juga boleh diautomasikan sepenuhnya dari proses tempahan, pengesahan dan penyediaan ruangan muat turun file produk.

5. Pengiklanan

Model perniagaan ini bukan sekadar menghasilkan blog, dapatkan trafik dan kemudian dapatkan pengiklan. Jadikan bisnes ini lebih daripada sekadar buat duit. Lakukan dengan lebih serius seperti perbanyakkan lagi rangkaian website yang ‘rich content’ dan pelbagai kategori (topik).

Jika boleh, wujudkan sebuah pasukan (team) sendiri yang diurus di bawah sebuah syarikat / perniagaan yang tersusun rapi. InsyaAllah boleh pergi jauh.

Kesimpulan

Cukup saya kongsikan 5 model bisnes di atas buat masa ini. Begitu banyak model bisnes online selain menjual produk fizikal seperti yang dilakukan oleh kebanyakan peniaga dan usahawan.

Kelebihan model perniagaan online sepenuhnya adalah seperti tidak perlu menyimpan stok, boleh dilakukan di mana-mana sahaja, mudah untuk diautomasikan dan kos yang rendah.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

5 thoughts on “5 Model Perniagaan Internet

  1. Betul, saya sendiri banyak terarah pada produk fizikal. Bila terbaca entry tuan, baru sedar yang ada banyak lagi skill/servis yang saya boleh diberikan melalui online. Boleh tambah produk non-fizikal pula lepas ni. Terima kasih tuan atas sharing dan idea .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *