5 langkah mudah menamakan bisnes

Memilih nama perniagaan adalah satu perkara yang kritikal, kerana kita akan menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Walaupun kita terpaksa meluangkan masa dan kerahan akal untuk memikirkan nama yang terbaik, namun sudah pasti ia satu usaha yang amat berbaloi.

Berikut adalah 5 langkah mudah proses memilih nama perniagaan:

Langkah 1. Senaraikan apa jua nama yang terlintas di fikiran termasuk yang pelik dan tidak logik pada akal. Tidak perlu fikirkan bagus, betul, salah ataupun tidak. Senaraikan dahulu sebanyak mungkin.

Langkah 2. Semak setiap idea jenama atau nama bisnes itu dengan menggunakan Google.com. Sebolehnya, kita mahu membina sebuah jenama yang unik dan belum digunakan oleh mana-mana pihak, terutama dalam bidang yang sama.

Selain itu, nanti kita mahu membeli satu domain name dot com yang sama seperti nama yang digunakan nanti.

Langkah 3. Senarai pendekkan nama yang terbaik. Contohnya 5 hingga 10 nama.

Langkah 4. Semak nama yang disenarai pendekkan itu di laman web SSM sama ada nama itu sudah digunakan oleh orang lain ataupun belum. Daftar akaun di website mereka dahulu (percuma). Link: https://www.ssm-einfo.my/index.php?id=register

  • Semak juga nama domain (Availability Check) : http://whois.domaintools.com/
  • Untuk nama domain .com.my, semak di sini: http://www.domainregistry.my/en/

Langkah 5. Seeloknya, elakkan meniru nama bisnes atau jenama orang lain. Walaupun ia diperbolehkan di sisi undang-undang (melainkan ia adalah trademark), namun kita pasti akan digelar sebagai usahawan yang tidak kreatif, suka mengambil jalan mudah, malah ia boleh mengundang rasa tidak selesa pihak lain.

Tip tambahan: Jenama yang digunakan mudah diingat, ringkas dan sesuai untuk bidang ataupun produk yang diniagakan.

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

4 thoughts on “5 langkah mudah menamakan bisnes

  1. Tip-tip yang amat berguna!
    Alhamdullilah, saya ada buat kebanyakan langkah-langkah yang disenaraikan untuk register business saya. Mungkin nak ejakan nama tu susah sikit tapi memang tak ada orang lain yang menggunakannya. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *