5 Contoh Bentuk Kerjasama (JV) Yang Boleh Anda Lakukan

Bentuk-bentuk JV (kerjasama) yang boleh dilakukan:

1. Kerjasama dengan pihak hosting. Mereka sediakan domain dan hosting, dan kita letak iklan servis mereka dalam ebook kita, atau letak di website/blog.

Contoh: Pihak KL Server Studio (Wan Abdul Aziz) menaja hosting untuk projek ebook Panduan Paypal saya. Pihak SaifulSham juga pernah menaja untuk salah satu projek saya dahulu.

*Banyak syarikat hosting sekarang. Jika tuan/puan mempunyai kredibiliti, ia adalah satu bonus untuk meyakinkan mereka.

2. Kerjasama dengan pihak designer. Mereka buatkan design percuma untuk kita, dan kita promosikan servis mereka sama ada dalam ebook ataupun di blog.

Contoh: Sejak tahun 2006, saya kerap bekerjasama cara begini dengan Nurul Luvleey. Salah satu yang saya buat adalah menemubual beliau.

3. Bertukar-tukar kepakaran secara percuma.

4. Case study. Minta individu yang ada hasil kejayaan kongsikan case study untuk produk berbayar kita. Laman web, produk ataupun nama mereka sudah pasti akan diketahui oleh pembeli-pembeli produk kita.

5. Saling melengkapi.

Contoh: Saya sediakan servis copywriting, tetapi tidak sediakan servis setup servis fan page. Maka saya bekerjasama dengan Zulhilmi Zainudin, manakala untuk servis tambah bilangan Likes, saya bekerjasama dengan Firdaus Latib. Tiada perkongsian keuntungan di sini, cuma saling memudahkan.

Kerjasama dalam perniagaan tidak sekadar mempromosikan produk baru sahaja, sebaliknya banyak bentuk kerjasama untuk jangka masa panjang.

Boleh cuba buat mana-mana cara di atas. Mereka (bakal rakan kerjasama) pasti tidak akan menolak jika kita berikan tawaran yang terbaik dan bernilai. Mereka akan fikir masak-masak sebelum membuat kata putus.

Kerjasama-kerjasama di atas biasanya berlaku melalui dua cara:

1. Kita yang minta atau cadangkan.
2. Kita dihubungi. Mereka yang tawarkan kepada kita.

Kerjasama tidak semestinya dengan “otai” sahaja. Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk syarikat-syarikat dan perniagaan berskala pertengahan (SME). Di luar sana, banyak perniagaan dan usahawan yang sedang menanti kerjasama sebegini.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *