42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

Adakah anda ingin menjadi seorang pakar dalam bidang tertentu?

Pakar bidang adalah seorang yang memberikan maklumat, nasihat dan bimbingan kepada mereka yang memerlukan, seperti melalui konsultasi, coaching, ceramah, seminar, ebook berbayar, kursus (workshop) dan sebagainya.

Menjadi pakar terutama pada satu subjek/topik akan memudahkan orang mengenali dan mengingati kita dengan lebih mudah, berbanding mengetahui kesemua perkara tanpa ada satu pengkhususan. Selain itu, kita juga lebih mudah untuk membuat pembacaan dan kajian kerana hanya perlu memfokus pada satu topik sahaja.

.

Soalnya, bagaimana kita boleh menjadi seorang yang pakar? Berikut adalah sebahagian caranya:

  1. Pilih satu bidang yang mengkhusus. Ini adalah penting dan fokus padanya pada setiap masa.
  2. Jelas terhadap pilihan anda itu.
  3. Seeloknya bidang atau topik itu adalah minat dan ‘passion’ anda.
  4. Baca sekurang-kurangnya 50 buah buku (termasuk ebook) mengenai topik tersebut.
  5. Baca sekurang-kurangnya 5 artikel sehari mengenai topik tersebut.
  6. Tonton video mengenai topik itu.
  7. Dengar audio mengenai topik tersebut.
  8. Subscribe newsletter pakar bidang/topik tersebut untuk menerima tip dan informasi terus melalui emel.
  9. Subscribe RSS dan baca blog pakar topik pilihan anda itu.
  10. Berkenalan dan berkawan dengan usahawan yang melakukan bidang yang sama.
  11. Mengetahui statistik, penemuan dan kajian berkaitan topik tersebut.
  12. Tulis ebook percuma mengenai topik tersebut.
  13. Tulis buku dan terbitkan ia sama ada terbitkan sendiri ataupun melalui mana-mana penerbit. Jika boleh, tulis empat buah buku berkaitan topik/bidang yang sama.
  14. Buat kajian dan hasilkan penemuan / formula sendiri.
  15. Buat testingย terhadap teknik-teknik yang akan diajar kepada orang lain. Pastikan ia benar-benar berkesan.
  16. Bina senarai emel (mailing list) dan berikan tip dan informasi secara konsisten.
  17. Pasang blog dot com dan tulis secara konsisten mengenai topik itu.
  18. Sertai program seminar dan latihan yang dianjurkan oleh pakar berkaitan.
  19. Sertai program coaching yang disediakan oleh pakar sedia ada.
  20. Baca, baca dan baca. Tulis, tulis dan tulis. Cakap, cakap dan cakap,ย hanya mengenai topik itu. Lakukannya secara konsisten. Baca banyak buku dan menulis di blog, buku, ebook dan sebagainya. Manakala bercakap melalui pelbagai cara seperti ceramah, seminar, kursus dan apa jua peluang yang ada.
  21. Anda wajib mempunyai blog dot com anda sendiri sama ada atas nama sendiri atau jenama bisnes, atau menggunakan kata kunci (keyword) berkaitan topik kepakaran anda.
  22. Wujudkan modul anda sendiri untuk seminar, workhsop dan coaching yang akan anda anjurkan.
  23. Sediakan slaid ataupun teks untuk ceramah (talk). Dijemput memberikan ceramah adalah sesuatu yang amat menyeronokkan.
  24. Lakukan khidmat konsultasi.
  25. Anjurkan seminar dan kursus anda sendiri. Kumpulkan testimoni para peserta dan siarkan ia di blog dan website anda.
  26. Balas emel pertanyaan walaupun dengan jawapan yang ringkas.
  27. Bimbing dan bantu orang lain sama ada secara percuma ataupun berbayar.
  28. Sertai forum komuniti seperti di forum online dan Facebook. Kongsikan pandangan dan kepakaran anda di sana.
  29. Jika anda aktif di Facebook, 95% tulisan di sana adalah mengenai topik kepakaran anda.
  30. Berikan pandangan (komen) yang terbaik di mana-mana blog yang berkaitan dengan topik itu.
  31. Wujudkan satu laman web dot com yang simple, khas untuk profile anda. Pastikan laman web itu nampak profesional dan senaraikan khidmat kepakaran anda, berikan ebook percuma di situ, optin form (untuk pelawat daftar emel), nombor telefon anda dan contact form. Masukkan juga testimoni pelanggan.
  32. Buktikan kepakaran anda dengan sesuatu hasil dan pencapaian. Contohnya, jika anda mengatakan anda pakar jualan, maka jualan yang konsisten setiap hari (sama ada bisnes anda ataupun klien konsultasi anda), ia adalah bukti anda seorang pakar jualan.
  33. Menjadi penulis di kolum majalah berkaitan.
  34. Ambil peluang ditemuramah seperti untuk majalah, radio dan TV.
  35. Menjadi guest bloggerย (penulis tetamu) di blog-blog lain terutama blog dalam bidang / industri yang sama.
  36. Dapatkan testimoni daripada para pakar lain untuk ‘mengiktiraf’ kepakaran atau kredibiliti anda. Tidak semestinya dalam topik spesifik yang sama. Contohnya anda pakar SEO dan anda boleh dapatkan testimoni daripada pakar Internet Marketing yang umum ataupun pakar topik lain. Masukkan juga testimoni itu ke dalam website profile.
  37. Kad bisnes. Pada kad bisnes, nyatakan satu ayat yang mengkhusus kepada kepakaran anda, iatu apakah yang anda lakukan untuk pelanggan? Contoh: “Membantu usahawan melipat-gandakan kadar jualan produk mereka di Internet.”
  38. Buku pamplet profile. Ia bukan pamplet, tetapi ala-ala pamplet. Ia juga lebih kurang sama dengan katalog, tapi lebih kepada profile. Ia lebih kurang sama dengan website profile, tetapi buku profile ini dibawa ke mana-mana anda pergi dan berikan kepada prospek secara percuma. Dalam buku pamplet profile itu, letakkan maklumat kepakaran anda, produk dan perkhidmatan yang disediakan, serta sedikit perkongsian berharga seperti tip-tip ringkas.
  39. Belajar memberi ucapan / ceramah dengan baik, simple dan ‘menyeronokkan’. Walaupun anda amat pakar dalam bidang anda, tetapi menyampaikan maklumat dengan cara yang membosankan akan menyebabkan anda dilihat sebagai seorang yang tidak pakar!
  40. Jika sudah ada buku sekurang-kurangnya sebuah, adakan ‘book talk’ sama ada ia dianjurkan sendiri ataupun diuruskan oleh pihak penerbit.
  41. Hasilkan video dan upload ia ke Youtube. Video itu memadai 1 hingga 3 minit sahaja dan berikan maklumat yang berguna dan dengan cara yang ‘santai’ dan ‘ringan’.
  42. Jika bidang anda mempunyai kursus (persijilan) tertentu, amat diagalakkan anda menyertainya. Contohnya, jika bidang anda berkaitan komputer, banyak peperiksaan sijil-sijil (certificate) yang boleh diambil. Sijil bukan penentu kepakaran, tetapi ia adalah gambaran dan tiket untuk meyakinkan pelanggan.

Begitu banyak cara untuk kita mencapai tahap kepakaran dan dilihat sebagai seorang pakar. Kesemua cara di atas boleh dilakukan satu demi satu.

Namun jelas… Tidak ada perkara lain yang perlu dilakukan melainkan MELAKUKAN SESUATU seperti di atas (bertindak) dan FOKUS pada topik kepakaran anda SEPENUHNYA. Sesiapa sahaja boleh BERIMPIAN, tetapi hanya mereka yang BERTINDAK sahaja akan mencapainya. Jadi, mulakan misi anda pada hari ini juga. Pahit hanya pada permulaan, lama kelamaan ia akan menjadi biasa.

Jika anda melakukan sesuatu yang orang lain takut untuk melakukannya (terutama dalam bidang pengkhususan yang anda pilih), anda akan termasuk dalam golongan 1% yang super sukses!

 

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

10 thoughts on “42 cara menjadi pakar dalam bidang pilihan anda

    1. Tuan lebih sesuai membina empayar bisnes dengan menjadi pemilik bisnes, mempunyai staf dan organisasi sendiri. Saya berkata begitu sebab saya lihat tuan memiliki bakat kepimpinan. Banyakkan update (berkongsi) ilmu dan pengalaman bisnes tuan di FB dan blog. Itu adalah salah satu cara untuk mempromosikan bisnes-bisnes tuan secara ‘halus’ (softselling). Dan usaha-usaha tuan membina rangkaian kenalan usahawan terutama secara offline juga adalah satu usaha yang bagus. Skill itu ada pada tuan. ๐Ÿ™‚

      Kesimpulan untuk soalan tuan: Teruskan bisnes yang tuan lakukan sekarang, terutama bisnes yang menguntungkan dan paling penting, ia suka dilakukan.

      Semoga berjaya.

      1. Terima kasih atas panduan yg tuan berikan.. ikutkan bisnes yg saya lakukan sekarang bukanlah bidang yg saya sangat suka.. tahun ini saya akan mansuhkn sedikit demi sedikit bisnes yg kurang untung dan mencari peluang perniagaan baru.. saya juga mahu lakukan apa yg saya benar-benar suka tahun ini.. =)

  1. Salam tuan tanah,

    Saya ingin bertanya beberapa perkara. Harap tuan tanah sudi kongsi sedikit ilmu ๐Ÿ™‚

    1. Sekiranya saya mahu anjurkan bengkel, kursus atau seminar, perniagaan yang didaftarkan perlu berdaftar sebagai perniagaan biasa (dalam kes ini perseorangan) atau perniagaan konsultansi?

    2. Adakah saya perlu mendapatkan lesen atau permit daripada mana-mana agensi/lembaga profesional?

    2. Sekiranya saya ingin memberikan sijil pada peserta bengkel, kursus atau seminar, perlukah saya mendapatkan keizinan atau pengiktirafan dari mana-mana pihak?

    TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *