Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Usahawan – Kena Usaha Kuat!

Tulisan kali ini saya akan guna satu style lain sikit. Saya akan tulis satu ayat rujukan, dan saya ‘komen’..

Dalam buku “Menyingkap Rahsia Kejayaan”, tulisan Syaikh Dr. Aidh Al-Qarni, terbitan Jahabersa, beliau menulis,

1. Bekerja dan bersungguh-sungguh adalah cara yang utama menuju kemuliaan, yang memberikan kesejukan bagi jiwa dan mengubati sekalian penyakit bahkan ia dapat menguatkanmu.

Kata Hati SmartZul: Siapa yang usaha kuat dan tidak kenal putus-asa, dia berhak memiliki kejayaan.

2. Nilai seseorang bergantung kepada kebaikannya, tidak melakukan apa-apa ber-erti kosong, orang yang gagal adalah orang yang merugi, dan harga orang yang gagal amatlah rendah.

Kata Hati SmartZul: Jangan salahkan Tuhan jika kita dihina akibat usaha dan tangan kita sendiri. Perbanyakkan kebaikan, manusia dan yang di langit pasti memuliakan kita. Kalau anda gagal setelah berusaha, tak apa, tapi anda gagal sebab tiada usaha, maka ia salah anda..
3. Tumpukan perhatianmu atas satu kerjaya tertentu dan berupayalah dengan bersungguh-sungguh untuk terus melaksanakannya dan rasai kerinduan melaksanakannya terus menerus sehingga engkau dapat menjadi seseorang yang berjaya.

Kata Hati SmartZul: Dalam perniagaan (bisnes), kita perlu ada sifat fokus. Tanpa fokus atau melompat ke sana ke sini mengikut arus dan angin, tiada keteguhan dan pegangan, kita sukar berjaya. Fokuslah dan fokuslah…

4. Barangsiapa yang teguh maka dia akan berjaya, barang siapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan mendapat, barangsiapa yang menanam maka kelak dia akan menuai, barangsiapa yang bersabar maka dia akan beruntung, dan barangsiapa yang kuat kemahuannya maka dia akan mulia.

Kata Hati SmartZul: Ya, siapa sahaja yang berusaha, maka dia BERHAK memiliki dan mendapat hasil usahanya walau usahanya itu salah sekalipun. Tetapi kita seorang muslim, usaha yang baik sahaja perlu dilakukan, jauhi perkara yang haram dan diragui.

5. Malas adalah pangkal miskin, orang yang ditinggal adalah orang yang tidur, kosong adalah punca kebathilan, dan orang yang suka berangan-angan adalah orang yang merugi.

Kata Hati SmartZul: Banyak tidur melembabkan fikiran, menambah kemalasan, membazir waktu dan mengeraskan hati.. Sudah pasti, kejayaan sukar dicapai..

6. Ahmad bin Hambal pernah berjalan kaki menempuh jarak sejauh 30 mil untuk menuntut satu hadith…

Kata Hati SmartZul: Kini dunia begitu cepat dan pantas. Dengan internet dan media, kita dapat maklumat dengan begitu mudah! Namun, sudah dasar kebanyakan manusia, semakin cepat, semakin malas… Jika ingin berjaya, usahalah, jauhi sifat malas!

7. Al-Muzniy menulis ulang “Risalah al-Syafi’i” sebanyak 500 kali, dan al-Bukhari mengulangnya sebanyak 700 kali.

Kata Hati SmartZul: Orang yang berjaya dan ingin berjaya, tidak kenal erti bosan. :)

8. Tharfah bin al-Abd adalah ahli al-Mu’allaqat, beliau meninggal pada usia 26 tahun, dan Muhammad bin al-Qasim mengepalai askar pada usianya 17 tahun.

Kata Hati SmartZul: Tua atau muda, umur BUKAN syarat utama untuk berjaya dan melakukan sesuatu. Kejayaan milik siapa yang berusaha kuat dan bersungguh walaupun anda masih budak-budak!
9. Tidak akan terhina orang yang berhemat, dan tidak akan gagal orang yang bersungguh-sungguh, dan barang siapa yang rajin menuntut ilmu pada usia mudanya maka dia akan mulia pada usia tuanya.

Kata Hati SmartZul: Kepada yang masih muda, gunakanlah masa lapangmu untuk menuntut ilmu, agar di hari tua kelak, dirimu dihormati dan memiliki kesenangan.

10. Hartamu ialah saudara maramu, wangmu ialah kekuatanmu, dan harta berhargamu ialah matlamat hidupmu, jangan berlaku mubazir dan jangan pula kedekut terhadapnya..

Kata Hati SmartZul: Harta…. :) Hanya pinjaman sementara di dunia ini. Harta hakiki adalah iman, amal dan taqwa. Bukan harta ribuan, bukan jutaan menjadi syarat untuk berjaya di dalam hidup, TETAPI dalaman-mu itu. Harta berjuta, tapi jauh dariNya, umpama di dalam api tetapi merasa sejuk.. Tak guna begitu.. Maka, wahai manusia yang ingin berjaya dan telah berjaya, jadikanlah harta itu sebagai satu asbab untuk lebih dekat denganNya.

Itulah antara 10 perkara yang ditulis oleh Syaikh itu. Jika anda inginkan buku itu, dapatkan di mana-mana kedai buku atau secara online di http://www.jahabersa.com.my. Hanya RM7.90 sahaja. ;)

Info penulis buku: Dr. Aidh Al-Qarni adalah penulis buku Best Seller iaitu “La Tahzan” (Jangan Bersedih). Satu buku motivasi yang menggunakan pendekatan mengikut sukatan Islam. Dapatkan dan baca, saya yakin semangat hidup anda di atas dasar Islam akan semakin meingkat atau yang sedang lemah, anda akan dapat melihat sinar-sinar kehidupan yang hakiki…

Wassalam.

Penulis: smartzul


Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan "Wordpress Blogging". Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • makalah tentang tharfah bin abd

12 Responses to “Usahawan – Kena Usaha Kuat!”

  1. tazamfn says:

    hmm menarik satu motivasi yang bagus dari zul dan penulis. Yup jgan berhenti belajar….

  2. ijoi7007 says:

    guideline sebenar utk usahawan tp target utama ialah usahawan yg mengikut hukum syarak

  3. Hayat says:

    Motivasi sememangnya sebati dalam hadis dan al-quran. Tunggu lagi, usaha kita untuk mencari dan mengamalkannya..

    Tahniah Zul..

  4. linn_comel says:

    Wah..Zul! Akak pun selalu baca buku karangan Dr, Aidh. Terutama buku La Tahzan. Yang best setiap kali bday kawan-kawan, akak akan hadiah buku La Tahzan sorang satu. InsyaALLAH akan cari lagi koleksi buku beliau. Memang akak pun banyak belajar dari buku-buku beliau.

  5. Rizal says:

    Usaha tangga kejayan.. Ia dah tertulis dan benar apa yg dikata.
    Malas akan ketinggalan dalam segalanya2..
    Jadi kena la rajin :) n kuatkan usaha..

  6. pakdi says:

    dah pernah baca: God Wants You to Be Rich, buku oleh Paul Pilzer ?

  7. hapisol says:

    jika dikaji sikap mereka2 yg berjaya di alam fana ini, jelas terbukti yg mereka semua berusaha tanpa kenal erti kebosanan.
    walaupun memakan masa bertahun2, namun kecekalan hati mereka yg begitu tabah berjaya merantaui segala rintangan dihadapi.
    marilah kita sama2 berbuat kearah tabiat mulia ini.
    kata sham, “bukan senang nak senang”.

  8. Fai says:

    Kjayaan takkan datang tanpa usaha yg kuat..
    Usaha takkan jd kuat tnpa kecekalan dan kepercayaan..

    Renung2kanlah..

    PS: Errm.. Dood kalau nak share pendapat cukup hnya komen kat 1 post kot.. Kalau byk2 jadi SPAM tu.. Usahawan Internet yang sejati slalu lafazkan “KAMI BENCI SPAM!!!” Siapa saya utk ckap sbgini? Huhu.. Biarlah rahsia..

  9. shueqry says:

    hi smeua..ya betul tu, yang pentign ada keinginan mahu beklajar…seperti orang cina, belajar seumur hidup..kat dlm libraray pun org cina lebih ramai dan lebih ajin..no wonder apa sebab diorang lebih menguasai ekonomi

  10. abdfatah says:

    bayangkanlah kalo usahawan itu tidak bekerja dengan kuat. berusaha dengan tekun dan sabar. apakah hasilnya yang beliau akan dapat? dah tentunya takkan dapat apa-apa hasil yang menguntungkan… macam mana nak bergelar usahawan kalo tak kerja kuat??

  11. sm says:

    betul tu kena kerja kuat, rajin, dan kretif. semoga semua success :grin:

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)