Tiga cara utama meraih pendapatan melalui Internet [Formula RM3000 sebulan]

Secara asasnya, terdapat tiga cara para usahawan Internet memperolehi pendapatan melalui Internet, iaitu:

  1. Berdasarkan projek
  2. Berdasarkan jualan harian
  3. Pendapatan pasif

Pendapatan berdasarkan Projek

Kaedah ini biasanya berdasarkan kepada pelancaran sesebuah projek baru ataupun pelancaran semula. Selama ini, saya lebih kepada kaedah ini. Salah satu sebab saya suka cara ini adalah kerana saya tidak mahu pening kepala mengejar jualan harian. Sebaliknya saya hanya perlu siapkan produk dan lakukan pelancaran.

Sebagai contoh, katakan saya menghasilkan pakej ebook PLR dan saya jual ia dengan harga RM290 kepada 10 orang pembeli. Maka hasilnya adalah sebanyak RM2900, dengan hanya sekali dua promosi sahaja. Kelebihan yang kita nampak melalui cara ini adalah, kita memperolehi hasil yang banyak dalam masa yang singkat.

Ada di kalangan usahawan internet dan Internet Marketer hanya melancarkan sekali produk sahaja, tetapi mampu ‘hidup’ untuk setahun tanpa perlu menghasilkan produk yang baru. Atau, mereka melakukan perniagaan selepas itu tanpa bekerja keras. Ini kerana mereka mendapat puluhan/ratusan ribu pada pelancaran produk yang dilakukan.

Jualan Harian

Ada mereka yang memfokus kepada mendapatkan jualan harian. Contohnya mereka target jumlah hasil bulanan sebanyak RM3000. Maka untuk mendapatkan jumlah itu, mereka perlu hasilkan sebanyak RM120 sehari (dengan mengira sebanyak 25 hari sebulan).

RM120 itu diperolehi sama ada dengan menjual satu produk sahaja, ataupun pelbagai (banyak) produk. Jumlah RM120 itu akan lebih mudah dicapai apabila semakin banyak produk yang dijual. Ini kerana, jika produk A tidak mendapat jualan, produk B ada dibeli. Esok mungkin produk C dan begitulah saling bergantian. Jika ada rezeki, kadang-kadang ada pelanggan memborong kesemua produk sekaligus.

Namun kita tetap memerlukan strategi. Contohnya jika kita hanya menjual sebuah produk berharga RM40, maka kita perlu mendapatkan 3 orang pelanggan pada setiap hari selama sebulan (25 hari).

25 hari x 3 pembeli sehari = 75 orang pembeli x RM40 = RM3000

Kelebihan cara target jualan bulanan / harian adalah kita tahu apa yang perlu dilakukan pada setiap hari dan kita akan lebih fokus. Kekurangannya pula adalah jika sasaran harian tidak dicapai, maka ia boleh memberikan tekanan. Selain itu, untuk mendapat RM3000, kita perlu menunggu selama sebulan lamanya. Namun jika kita melakukan promosi dan marketing yang betul, target 3 jualan sehari adalah sesuatu yang mudah.

Cadangan: Utamakan produk yang akan diulang beli oleh pembeli yang sama agar tidak bermati-matian mencari pelanggan baru pada setiap hari/bulan. Contoh: Makanan dan produk pakai buang.

Pendapatan Pasif

Apabila sesebuah website ataupun blog mendapat trafik yang konsisten dan conversion rate jualan telah konsisten, maka ia tidak memerlukan pemantauan daripada kita pada setiap hari. Pendapatan cara ini tidak datang dengan mudah dan dalam masa yang singkat, melainkan dilakukan usaha yang agresif.

Trafik akan terus menerus masuk dan pembelian produk di laman web tersebut akan terus berlaku tanpa perlu kita memantau menggunakan Paypal.

Yang mana satu?

Jika ditanya soalan ini, maka tiada jawapan yang tepat. Kita boleh lakukan salah satu daripada tiga cara di atas, dua daripada cara di atas, ataupun kesemuanya. 🙂

.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

One thought on “Tiga cara utama meraih pendapatan melalui Internet [Formula RM3000 sebulan]

  1. Saya perlukan bantuan. mengenai website tersebut. kalau saya ingin memilik trafic website tersendiri untuk tujuan promosi product saya. macam mana saya boleh dapat tuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *