Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

24 Sebab Mengapa Saya Suka Menulis Ebook

Senarai 24 ini ditulis oleh saudara Mohd Suhaimy atau dikenali sebagai Shuth. Beliau adalah di antara perintis terawal di dalam perniagaan ebook di pasaran Malaysia. Saya sendiri pun bermula selepas banyak belajar daripada beliau.

Senarai 24 ini adalah respon beliau terhadap senarai 24 sebab saya mahu menulis buku sebelum ini. Seperti yang saya nyatakan pada artikel sebelum ini, saya akan lakukan kedua-dua kaedah penulisan ini iaitu buku dan ebook. Masing-masing mempunyai pro dan kontra tersendiri. Cuma artikel saya semalam sebenarnya lebih kepada SAYA dan bukan menyarankan semua orang menulis buku. Ia sekadar perkongsian hala tuju saya sahaja.

Baik. Semoga 24 sebab menulis dan menjual ebook ini memberi semangat dan perspektif yang lebih luas terhadap industri ebook. Senarai ini tidak diedit dan ia adalah sepenuhnya hak milik saudara Shuth.

1. Keuntungan & Pendapatan Hasil Jualan ebook lebih banyak dari buku. Point ini sahaja, sudah boleh mengatasi 10 point kelebihan menulis buku.

2. Pasaran ebook lebih luas, bukan setakat di malaysia & indonesia, malah boleh menjangkau sehingga ke brunei, singapore dan US. Tidak perlu nak tunggu ebook jadi best seller dan ber”nasib baik” untuk terpilih dan diterjemahkan di negara luar.

3. Memiliki sebuah ebook adalah seperti memiliki sebuah mesin duit, ianya adalah pendapatan pasif, dan memberikan pendapatan setiap hari, bukannya 6 bulan sekali.

4. Kalau nak dijual secara offline, ebook boleh sahaja di masukkan ke dalam CD. Ebook Mentor Jutawan Irfan khairi yang diletakan di dalam CD lebih banyak terjual dari buku-bukunya di booth beliau.

5. Hak Cipta & hak penerbitan adalah milik saya.. so, tak kisahlah kalau pada masa akan datang, saya nak jual ebook saya sebagai buku ke, video ke atau sebagainya. Berbanding buku, penulis tidak boleh sesuka hati menukar bukunya ke dalam bentuk ebook dan menjualnya.

6. Jika ebook saya tidak laku, saya boleh menentukan sepenuhnya strategi yang terbaik untuk melariskan ebook saya, sama ada nak tukar cover ke, tukar content ke, tukar website ke? Ianya membentuk semangat kental dan pemikiran yang kreatif. Kalau buku.. tak boleh lah nak buat sesuka hati.

7.Industri ebook di malaysia masih baru, jadi masih ada banyak topik yang boleh saya tuliskan. Persaingan pun masih kurang.

8. Proses menulis sehingga menjual ebook lebih pantas kerana tidak perlu melalui karenah birokrasi sesebuah syarikat penerbitan buku. Hari ini siap tulis ebook, esok lusa dah boleh start jual dan dapat duit.

9. Selain memupuk semangat berkongsi ilmu, menulis ebook juga akan memupuk ciri-ciri keusahawanan pada diri seseorang, ini kerana, untuk menulis ebook yang laris, ia bukan sahaja memerlukan ilmu di dalam bidang penulisan, tetapi, ia juga memerlukan seseorang itu mempunyai ilmu di dalam bidang perniagaan untuk memasarkan ebook mereka.

10. Menulis & menjual ebook, diakui dan direkemankan sendiri oleh Dr. Irfan Khairi sebagai cara paling cepat untuk menjadi jutawan di alaf baru ini.

11. Ebook juga boleh dijadikan sebagai “viral marketing tools with zero cost” di mana, usahawan hanya perlu menulis sebuah ebook dan mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai menerusi email. Kalau buku? Kena tunggu buku tu tak laku dan berabuk dalam stor, baru boleh beri free kat orang ramai..

12. Ianya mudah dikemaskinikan dan pembeli sedia ada boleh mendapatkan versi upgrade secara percuma sahaja, tidak perlu membeli lagi.

13.Hubungan antara penulis dengan pembaca lebih mesra, kerana setelah menjadi pembeli, pembaca selalunya
boleh menghubungi terus penulis ebook.

14. Dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca, ini kerana penghasilan ebook selalunya berorientasikan
kepada “penyelesaian masalah”.

15. Ilmu-ilmu dalam ebook selalunya lebih up-to-date. Ini kerana ebook selalunya ditulis oleh mereka yang pakar dan sentiada up to date di dalam bidang mereka sendiri.

16. Ianya mudah dicopy ke dalam handphone, dan boleh dibaca di mana-mana… tak perlu nak bawa beg berat-berat. Saya sendiri banyak memasukkan ebook ke dalam handphone saya. Ianya lebih ringan dan boleh dibaca sewaktu sedang menunggu di restoran, di klinik, di pejabat pos, di lrt mahupun di dalam tandas.

17. Ebook juga lebih menarik kerana gambar-gambar di dalamnnya berwarna-warni.

18. Selepas membeli ebook jika saya betul2 tidak berpuas hati, saya boleh meminta refund semula wang saya.. buku? tak pernah dengar pula boleh minta refund di kedai buku..

19. Keuntungan jualan ebook boleh dikongsikan dengan orang ramai, ini kerana, penjualan ebook selalunya disertakan sekali dengan program affiliate. Ianya sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi golongan rakyat jelata.

20. Ianya menyelamatkan dunia…. tidak menggunakan kertas dan kuranglah kayu balak yang ditebang.

21. Ebook menjimatkan ruang, tak perlu nak beli rak dan rumah besar2 semata-mata nak letak buku.

22. Satu kelebihan ebook, ianya boleh dijual beserta lesen Resell Right. Selain memberikan lebih keuntungan kepada penulisnya, ia juga memudahkan pihak lain memiliki produk untuk biznes mereka sendiri dengan pantas.

23. Pada masa akan datang, orang ramai akan lebih banyak membeli ebook.. lebih-lebih lagi apabila evolusi “ebook reader” mencapai tahap matangnya. Beruntunglah bagi mereka yang telah lama bermula dan menjadi pioner.

24. Jimat minyak dan tidak perlu mencemarkan alam sekitar, boleh beli ebook dengan duduk sahaja di depan komputer. Tak perlu ke kedai dan abang posmen juga tak perlu bersusah payah mencemarkan alam sekitar semata-mata nak menghantar sebuah buku yang dibeli secara online.

Hiduplah ebook untuk memandaikan bangsa & meningkatkan ekonomi umat… serta menyelamatkan dunia juga! Save world!… Peace!

- Tamat senarai. -

Bagi yang berminat untuk mempelajari seni dan teknik menghasilkan ebook yang laku dan berjaya, bolehlah menyertai Seminar Ebook yang Shuth anjurkan. Saya amat-amat sarankan belajar agar kita dapat meminimakan kesilapan. Silap pada langkah pertama, sudah pasti menyebabkan ebook tidak menghasilkan kejayaan yang diimpikan.

Koleksi Artikel Berkaitan Ebook

Mungkin saya belum pernah menyatakan bahawa, bidang yang akan saya fokus sehingga beberapa tahun akan datang adalah PERNIAGAAN INFORMASI, dan salah satunya adalah ebook. Potensinya amat luar biasa sekali dan terus meningkat seiringan dengan penerbitan buku.

Berikut adalah beberapa artikel saya mengenai perniagaan ebook. Seperti yang saya katakan, saya akan memperjuangkan kedua-dua industri iaitu penulisan buku dan juga ebook. Bukan satu, tapi kedua-duanya. Mengapa? Kerana ia sama, iaitu PENULISAN.

1. Cetak Rompak Ebook: PERLU DIBANTERAS!!

2. Buat Duit Dengan Ebook

3. Ebook Teori vs Ebook Praktikal : Salah Anggapan

4. Cerita Kayu Api dan Ebook

5. Teknik Melipat Gandakan Keuntungan Ebook Dalam Masa Yang Singkat!

6. Lipat Gandakan Keuntungan Ebook : Teknik Ke-2

7. Mengapa Perlu Beli Ebook? Kan Banyak Yang Percuma di Internet?

8. Jual Ebook Cara Mudah!

9. Ebook Vs Buku

10. Tip Penting Penulisan Ebook: Perkataan Trademark

11. Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!

12. Produk Digital: Mengapa Ebook Lebih Diminati?

13. Tujuh Tip Mudah Bisnes Ebook Tapi Menguntungkan

14. Seminar Perniagaan Ebook

15. Penerbitan Ebook Cara Mudah

16. Saya Tak Tahu Tulis Ebook

17. Buat Duit Dengan Ebook Percuma

18. Panduan Membeli Ebook di Internet

Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Boleh disebarkan dengan syarat tidak mengubah isi kandungan dan meletak sumber asalnya (URL). Tidak dibenar menggunakan semua artilkel milik SmartUsaha.com untuk tujuan komersil tanpa keizinan terlebih dahulu. Penyalahgunaan akan diambil tindakan tegas mengikut saluran undang-undang yang diperuntukkan.

ps. Saya juga akan melancarkan sebuah produk berkaitan perniagaan ebook. Tunggu ya.

Facebook comments:

19 Responses to “24 Sebab Mengapa Saya Suka Menulis Ebook”

  1. setuju!! penuh dengan info

  2. setria says:

    Saya bersetuju sangat dengan pandangan En. Zulfadli, saya berdoa agar En. Zul sukses dalam apa jua yang diceburi, saya juga akan menulis ebook juga pada masa akan datang berdasarkan pengalaman sendiri. Selagi ada software yang boleh menukarkan format text. ke format PDF, ia tidak mustahil. Selamat berjaya sekali lagi.

  3. Saya suka tulis ebook.Tapi saya juga akan tulis buku.Saya dah plan beberapa tajuk untuk ditulis.kena dapatkan persetujuan dengan penerbit dulu la sebelum tulis.takut clash dengan penulis lain.

  4. Jmay says:

    Hehe..rancak betul perbincangan ebook vs buku…maka..it is up to the author sama ada ingin menghasilkan ebook atau pun buku..yang penting..ilmu dapat disampaikan kepada pembaca

  5. Tiada satu benda yang ada hanya positif sahaja ataupun negatif sahaja. Semuanya ada sifat yg bertentangan. Sebab itu lah ada syurga & neraka.

    Apepun yang positif sahaja hanya yg Maha Esa sahaja.

    Tp utk bermula dlm bidang penulisan, adalah lebih baik bermula dgn ebook utk membina keyakinan diri sblm kpd penulisan buku.

  6. thinkerich says:

    Hmmm…sebab itulah saya lebih banyak tulis ebook daripada buku :)

    …namun begitu, saya dalam perancangan nak tambah koleksi buku saya tahun ni..

    Tak nak kecewakan peminat/pembaca buku saya…

    Ada dah yang tertanya-tanya nih…

  7. Terbaik…!Gandingan mantap shuth dan zul

  8. Salam,,razif masih salah seorang yang rangking tertinggi dalam GDI?

  9. Sdra Zul: di Malaysia ini buat ebook boleh cari makan ke?

  10. Irwan Dahnil says:

    Moga terus berjaya Zul!

  11. hairul says:

    kedu-duanya saya sokong..good luck saudara shuth dan zul

  12. Beli buku melebihi harga RM20 orang rasa mahal.. Tapi beli ebook RM50 rasa murah jer.. :) thanks zul & shuth..

  13. setuju. memang jual ebook leh jana income dengan lebih tinggi.

  14. Home bisnes says:

    Macamana nak buat duit dgn E-book ni?

  15. faizal says:

    hye..sy x reti la nk tulis ebook ni sbb xde idea…
    tp jd reseller boleh la..hehe

Trackbacks/Pingbacks

  1. 24 Sebab Mengapa Saya Suka Menulis Ebook – Mr.Krk

Leave a Reply




Polisi Komen:

Sila baca polisi berikut sebelum memberikan pendapat (komen) anda untuk artikel di blog ini:

  • Gunakan nama sebenar atau nama panggilan anda, bukan keyword promosi
  • Tidak meletak link URL di dalam komen
  • Gunakan bahasa yang sopan dan tidak beremosi
  • Dilarang meletak URL website program buat duit yang diragui.
  • Dilarang meletak link URL yang telah disembunyikan (cloak).

Komen yang tidak mematuhi polisi akan diedit atau dipadam.

 

Why ask?

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)