24 Sebab Saya Mahu Menulis Buku
Ada 24 sebab (sebenarnya banyak lagi) mengapa saya mahu menulis buku, iaitu buku bercetak melalui mana-mana penerbit yang sudah berdaya saing, di mana sebab-sebab ini, atau kelebihannya, TIADA pada ebook. Di samping saya mahu menulis buku, saya juga akan terus menerbitkan produk-produk informasi digital.
24 sebab tersebut adalah:
1. Ia boleh dipegang oleh pembaca. Cetakannya berkualiti berbanding pembeli cetak sendiri (beli ebook dan cetak).
2. Saya boleh bersahabat dengan para penulis buku yang mana mereka BUKAN penulis ebook. Setakat ini saya telah mempunyai ramai rakan penulis buku. Malah, sudah mengenali tuan punya penerbit buku.
3. Pendapatan PASIF. Setiap enam bulan sekali (setahu saya), penulis buku akan mendapat bayaran royalti. Buku pada asasnya, penulisnya tidak perlu jual sendiri. Pihak penerbit akan melakukan pemasaran. Jika kena caranya, tidak mustahil dengan hanya royalti buku sahaja, mampu membina kekayaan dan kejayaan.
Contohnya, Ain Maisarah yang saya sebutkan pada artikel sebelum ini, mampu membeli sebuah kondomium HANYA daripada hasil wang royalti novel-novelnya:

Sebuah kondo tiga bilik yang pemandangan balkoninya menghadap tasik dan menara berkembar KLCC. Jaraknya pula hanya 5 minit dari Mid Valley!
Sumber: Rentetan Diari AinMaisarah Tahun 2009
Ya, ya. Pasti akan ada yang berkata, jual ebook lagi mudah dan lebih cepat kaya. Betul, tapi saya tidak bersetuju. Mengapa? Jawapannya ada di akhir artikel ini.
4. Buku boleh diletak dan disusun pada rak-rak di kedai buku. Ebook tidak boleh. Tidakkah bangga (bangga fitrah, bukan bangga riak) apabila melihat buku itu ada nama kita. Malah, tidak semua buku mampu memecah masuk kedai-kedai buku yang ternama seperti MPH dan Popular.
5. Pemikiran pada kebanyakan orang: Buku bercetak adalah tetap yang terbaik.
6. Semua orang boleh menulis ebook dan menjualnya walau berkualiti atau tidak. Tetapi jika buku, ia akan ditapis dan disaring dahulu. Bermaksud, tidak semua orang mampu ‘melepasinya’.
7. Saya boleh menandatangani (autograf) buku tersebut untuk pembeli-pembeli dan peminat-peminat saya. Ebook boleh atau tidak? Tidak boleh.
8. Saya boleh membawa balik beberapa naskhah ke kampung, dan berikan kepada ahli keluarga saya, jiran dan kawan-kawan. Mereka lebih ‘tabik hormat’ dengan buku dan tidak ambil pusing mengenai ebook. Sebelum ini saya ada menunjukkan ebook saya di komputer, tetapi riak muka mereka biasa-biasa sahaja. Kecewanya saya. Tetapi kali ini saya akan tunjuk buku pula!
9. Dapat sampaikan mesej kepada sasaran melalui buku. Tidak semua orang suka beli dan baca ebook. Mereka lebih selesa membaca buku bercetak, lagi-lagi karya fiksyen yang berjela-jela.
10. Buku saya akan disemak dan diedit oleh editor buku yang terlatih. Sebaliknya ebook yang ditulis sendiri, tiada editor yang dilantik. Yang syoknya, kita tidak perlu membayar editor di pihak penerbit buku tersebut. Jimat kos…
11. Pihak penerbit yang akan uruskan segalanya untuk saya dari soal editing, format, design kulit buku, pemilihan tajuk yang sesuai dengan permintaan pasaran, sehinggalah kepada proses penerbitan dan pengedaran. Andai saya meninggal dunia kelak, mereka akan terus mengurus harta intelek tersebut dengan baiknya.
12. Penerbit buku adalah sebuah organisasi yang besar. Sebarang masalah hak cipta dan sebagainya, mereka mempunyai pengalaman yang cukup luas dan mempunyai sokongan kuat yang tersendiri. Manakala bagi penulis ebook, biasanya amat sukar untuk berjuang bersendirian.
13. Pembaca boleh tidur dengan buku saya, memeluk buku saya, membawa buku saya ke mana-mana sahaja dan menggenggam erat buku saya. Tidakkah ini sesuatu yang begitu manis sekali bagi seorang penulis buku?
14. Kadar pembelian buku di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Ini memberi isyarat bahawa, para pembaca akan terus setia dengan buku dalam beberapa tahun yang akan mendatang.
15. Dikatakan, karier sebagai penulis buku adalah setanding dengan penyanyi. Malah, lebih untung besar berbanding penyanyi. Jualan album mereka merudum jatuh dengan teruknya. Sebaliknya, jualan buku semakin meningkat naik! Bukti? Tanyalah mana-mana penerbit.
16. Proses penjenamaan secara ‘leverage’. Saya hanya perlu menulis buku, tetapi yang lain-lain dilakukan oleh pihak penerbit. Penjenamaan diri saya secara offline akan tersebar ke seluruh Malaysia dengan mudah sekali tanpa perlu saya bersusah payah. Contohnya, bagi penerbit yang serius, mereka akan siapkan bahan promosi untuk kita yang mana kosnya ditanggung oleh mereka.
17. Ini yang paling enak. Jika buku saya meletup di Malaysia, sudah pasti ia akan ‘dieksport’ ke luar negara. Ya, diterjemah! Salah satu negara yang akan mengimport adalah Indonesia.
18. Buku saya nanti, boleh dibaca di dalam LRT oleh ramai orang seperti ini:

Program Baca@LRT

Program Baca@LRT
Sumber: Group Baca@LRT di Facebook
19. Saya tidak sabar untuk buat satu Fan Page buku saya di Facebook yang mengumpulkan pembeli dan pembaca buku saya itu dari serata Malaysia atau dunia. Mengapa tunggu buku padahal ebook pun boleh dibuat Fan Page juga? Betul. Tapi saya sudah menggunakan sistem rekod pembeli (autoresponder) untuk berhubungan dengan mereka. Buku pula lain, sebab ia ‘offline’.
20. Buku boleh dijadikan sebagai satu ‘tool’ untuk sebarang program training berkaitan. Juga semasa mengadakan talk, buku boleh dibawa sekali untuk dijual. Buku juga sesuai untuk dijadikan hadiah kahwin atau sebarang tujuan lain.
Dijadikan cerita dalam sebuah program keusahawanan, seorang penulis buku bisnes, semasa menyatakan dirinya penulis buku sekian dan sekian, selepas tamat program, stok buku yang dibawanya habis dibeli. Huhu, syok kan?
21. Sudah ada orang mengganggap saya adalah seorang penulis buku. Ada yang bertanya begini, “Ada tak buku En. Zul yang untuk para pelajar sekolah?” Soalan beliau seperti saya sudah ada buku. Jadi, saya perlu cepat-cepat tulis buku! Ini gara-gara saya terlalu aktif di Facebook yang selalu membawa ‘lagak’ seperti seorang penulis buku.
22. Realiti…. Hakikatnya, kebanyakan (tidak semua) penulis ebook tidak akan membeli ebook orang lain terutama di dalam Bahasa Melayu. Kalau ada pun, dalam setahun berapa sahaja yang mereka beli. Saya tidak pasti mengapa ini berlaku. Pada pengamatan saya, mereka lebih suka membeli buku. Sebaliknya, mereka hanya lebih suka ebook mereka dibeli. Saya sudah hampir 4 tahun dalam bidang ebook. Jadi saya tahu realitinya.
23. Selain buku saya diedarkan (dijual) oleh kedai-kedai buku, sekarang semakin banyak kedai-kedai buku Online (pengedar)! Inilah dikatakan sebagai leverage tanpa perlu kita sendiri yang menjualnya. Enak bukan?
24. Tidak perlulah hipokrit mengatakan buku tidak bagus atau untungnya sedikit. Sebab para jutawan dan anda sendiri pun banyak membeli buku. Di sini bermaksud, buku tetap akan ada orang beli! Hohoho…
Cukuplah 24 sebab ya. Kalau ikutkan hati, mahu senaraikan 100 sebab. Tapi saya kesuntukan masa. Ini pun saya tulis selepas tersedar daripada mimpi.
Banyak lagi sebenarnya kelebihan menulis buku (bercetak), tanpa melihat pada keuntungan semata-mata. Dan ramai usahawan cuba menyorok kelebihan-kelebihan ini daripada pandangan mata ramai orang. Sebenarnya, saya diberitahu daripada penerbit buku sendiri, mereka amat suka jika semakin ramai penulis buku. Mereka sentiasa menunggu dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu menerbit buku bersama mereka.
Di sini, saya sama sekali tidak mengatakan ebook tidak banyak kelebihan. Hatta, saya sendiri masih banyak lagi ebook yang belum siap dan bakal dijual. Malah sehingga saya menulis ini pun, masuk satu bayaran untuk salah satu ebook saya. Adalah tidak adil kita mengatakan hanya satu yang bagus dan yang satu lagi tidak bagus semata-mata hanya kerana satu perkataan: KEUNTUNGAN. Kita perlu adil dan realistik di sini.
Kepada penulis ebook, selain menjual di internet, di luar sana, ramai yang tiada internet dan juga komputer. Sebaliknya, hanya buku menjadi teman mereka. Gunakan bakat penulisan untuk menyampaikan ilmu ke sasaran tersebut secara offline juga. Tidak mahukah menambah saham akhirat dengan lebih menyebar luaskan lagi ilmu dengan buku, selain melalui ebook?
Maka, saya ditanya, “Mana untung: Jual buku atau ebook?”.
Jawab saya dengan ringkas, “Mana aci banding buku dengan ebook!”.
Si penanya bertanya lagi, “Mengapa?”
Saya menjawab sambil tersenyum manis, “Dua benda ini, amat berbeza sama sekali. Bagai air dengan minyak. Air untuk diminum, minyak untuk menggoreng. Malah kita sendiri sudah tahu jawapannya, margin keuntungan buku adalah rendah. Jadi buat apa untuk dibandingkan lagi? Tidakkah ia satu perbandingan yang tidak patut?”
“Oh…”.
Hiduplah buku untuk memandaikan bangsa dan umat!
Sekian.
Artikel ini ditulis oleh Mohd Zulfadli bin Suddin.
Hakcipta Terpelihara (c) SmartUsaha.com. Boleh disebarkan dengan syarat tidak mengubah isi kandungan dan meletak sumber asalnya. Tidak dibenar menggunakan semua artilkel milik SmartUsaha.com untuk tujuan komersil tanpa keizinan terlebih dahulu.









Blh kita berkongsi ilmu pengetahuan di antara kita ……
wah boleh tampal kat dinding 24 sebab utk menulis buku dan 24 sebab utk menulis ebook! BERSEMANGAT nih!
Terima kasih terutama kepada MohdSuhaimy (Shuth).Jika difahami artikel saya tersebut, sama sekali saya tidak menyatakan mana yang terbaik. Dua-dua mesti pilih. Cuma saya kurang setuju jika pandangan kita adalah berat sebelah sehingga menidakkan satu bentuk yang lain.Dan artikel di atas sebenarnya hanya mahu membawa satu point sahaja. Adalah tidak wajar membandingkan mana satu yang untung besar sebab kita sudah sedia maklum, ebook lebih besar untungnya. Jadi untuk apa dibandingkan lagi mana satu yang lebih untung…Terima kasih.
Masing-masing ada kelebihan tersendiri…
betul tu
Ya zul.. sebab itulah saya tulis "24 Sebab Mengaya Saya Suka Menulis Ebook" Tersebut.. so.. barulah nampak seimbang dan orang ramai boleh pilih kedua-duanya..
Saya percaya, pembaca-pembaca blog smartzul adalah orang yang sangat bijak untuk menentukan.. bila masa yang sesuai untuk menulis ebook dan bila pula masa yang sesuai untuk menulis buku!..
Terima kasih Shuth. Sebab itu tajuk artikel saya berbunyi SAYA dan bukan ANDA (orang lain), iaitu ia bercerita mengenai saya dan bukan pembaca saya. Sebab tidak semua orang perlu/mesti tulis buku.Nanti saya letakkan 24 sebab ebook itu di blog saya.Thanks.
Saya tidak sabar menanti buah tangan kedua-kedua otai IM Tuan Zul dan Tuan Shuth!Sekalipun saya tidak pernah membeli mana-mana ebook tulisan Tuan-tuan, tetapi jika ada buku, saya akan membelinya.Saya mesti pilih!
Tuan Afyan, mungkin boleh dapatkan BUKU saya di http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=30he he he!
Oh, bagaimanakah saya tidak tahu tentang kewujudan buku tersebut?!Saya akan dapatkan segera! Bolehkah saya beli melalui Tuan beserta autograf? Atau memang ada mekanismanya dan sekali lagi saya tidak mengetahuinya?
Maaf tuan afyan, saya sudah tidak menyimpan stok dan menjual lagi buku tersebut secara sendiri. Semuanya diuruskan oleh pihak penerbit..:)
Saya mesti dapatkannya!
saye misti pilehh
boleh follow x?
kekuatan mental sgt diperlukan untuk berjaya menulis sebuah buku… semoga berjaya
nicely done. sekarang pun buku boleh tulis dalam gaya bahasa yang santai. dulu saya fikir buku mesti serius je. tak sabar nak tunggu karya ulung en zul
Terima kasih Adlan. Saudara pun tulislah juga ya.
Tahniah, Zul kerana kamu dapat menyenaraikan 24 sebab untuk apa kamu melakukan sesuatu. Insya Allah, hidup selamat dan berkat jika kita tahu mengapa dan untuk apa melakukan sesuatu;-)
Saya suka dengan point yang mana ebook yang kita hasilkan boleh diterbitkan dalam bentuk buku pula. Sebagai contoh, buku Buat Duit Dengan Blog oleh saudara Yazid Yahaya
Salah satu kelebihan buku adalah, kita dapat membantu orang lain berjimat (mengurangkana kos) di dalam membayar cukai pendapatan mereka.
Setuju.. Saya akan mengiringi Tuan Zul.. tak tahulah buku siapa akan diterbitkan dahulu kelak..
Membaca buku fizikal ada nikmatnya yang tersendiri. Boleh dipegang. Boleh digaris-garis ayat yang benar-benar menyentuh hati dan nikmat yang menjadi ketagihan saya, ‘bau/aroma’ buku itu. Sehari tak mencium bau/aroma buku sakit kepala saya. Ketagihan ini haram ke?
Saya menyokong usaha En Zul untuk menulis dalam bentuk buku pula. Cuma harap En Zul menggunakan bahasa yang mudah dalam penulisan, lagipun nanti bila hantar kat penerbit, nanti pun dia orang akan edit lagi.. bergantung pada bahasa yang digunakan..
Terima kasih. InsyaAllah, saya cuba yang terbaik.
Syabas Tuan Zul,
Bila buku sulung tuan diterbitkan?
p/s: Buku dan ebook ada kelebihan masing-masing…sebab tu saya tulis dua-duanya sekali
InsyaAllah, beberapa bulan lagi.
Ia satu ketagihan yang amat bagus dan halal. Tapi perlu tengok keadaan juga. Perlu seimbangkan semua perkara.
Setuju!Sepanjang hayat saya, hanya sebuah sahaja ebook yang saya beli dengan harga RM 10, kira-kira 4/5 tahun lalu selepas dicadangkan oleh Tuan Zul sendiri.Namun, dalam masa sama, rasanya sudah lebih RM 1K dibelanjakan untuk memberli buku
Saya menanti buah tangan Tuan Zul yang pertama!
Terus terang saya katakan Malaysia masih memerlukan lebih ramai penulis-penulis buku terutama penulis buku non fiksyen.
Memang benar royalti dari jualan buku tidak sebanyak menjual ebook. Namun feel dia tak sama. Saya telah menulis 2 buah buku dan beberapa buah ebook namun penulisan buku walaupun tidak memberi pulangan seperti penjualan ebook ia mampu menaikkan nama saya. Pembaca buku fizikal adalah dari golongan offline dan online tetapi ebook hanyalah mereka yang bermain dengan dunia online sahaja.
Satu perasan kepuasan yang berlainan bila anda pergi ke kedai buku anda lihat di satu sudut rak buku terdapat buku hasil tulisan anda dan anda lihat beberapa orang sedang membelek-belek buku anda… hehehe terasa seperti hendak tegur orang tersebut dan mengaku diri ini penulis buku tersebut.
Satu tip yang saya belajar dari publisher … apabila telah menulis buku pertama …. teruskan menghasil buku kedua ini kerana bila buku kedua dikeluarkan buku pertama akan melonjak jualannya… memang terbukti… buku pertama saya meningkat jualannya selepas buku kedua dipasarkan.
Wallahua’lam
saya juga ingin menulis, tapi banyak betul halangannya. nak attend course dgn akademi penulis, kosnya agak diluar kemampuan saya.. cam ne tu.. please advise..
industri ebook di malaysia masih kecil, tambahan lagi judul ebook dipasaran tak sampai pun 1% jika hendak dibandingkan dengan judul buku. Jadi, tidak hairanlah jika orang membeli 1 ebook dan 100 buku setiap tahun. Sebab judul yang ingin dibeli tidak terdapat didalam bentuk ebook.
zul…. bestnyaaaaaaaa…akak dah baca., betol lah akak suka buku ,yg boleh akak bawak tido gituuuu….yg boleh kita sentuhhhh dan rasa . semoga berjaya menawan hati insan diluar sana ….hehehe…tima kasih byk2 eik…
banyak jugak la beli buku n ebook. local dan luar negara
24 Sebab Mengapa Saya Suka Menulis Ebook============================1. Keuntungan & Pendapatan Hasil Jualan ebook lebih banyak dari buku. Point ini sahaja, sudah boleh mengatasi 10 point kelebihan menulis buku.2. Pasaran ebook lebih luas, bukan setakat di malaysia & indonesia, malah boleh menjangkau sehingga ke brunei, singapore dan US. Tidak perlu nak tunggu ebook jadi best seller dan ber"nasib baik" untuk terpilih dan diterjemahkan di negara luar. 3. Memiliki sebuah ebook adalah seperti memiliki sebuah mesin duit, ianya adalah pendapatan pasif, dan memberikan pendapatan setiap hari, bukannya 6 bulan sekali.4. Kalau nak dijual secara offline, ebook boleh sahaja di masukkan ke dalam CD. Ebook Mentor Jutawan Irfan khairi yang diletakan di dalam CD lebih banyak terjual dari buku-bukunya di booth beliau.5. Hak Cipta & hak penerbitan adalah milik saya.. so, tak kisahlah kalau pada masa akan datang, saya nak jual ebook saya sebagai buku ke, video ke atau sebagainya. Berbanding buku, penulis tidak boleh sesuka hati menukar bukunya ke dalam bentuk ebook dan menjualnya.6. Jika ebook saya tidak laku, saya boleh menentukan sepenuhnya strategi yang terbaik untuk melariskan ebook saya, sama ada nak tukar cover ke, tukar content ke, tukar website ke? Ianya membentuk semangat kental dan pemikiran yang kreatif. Kalau buku.. tak boleh lah nak buat sesuka hati.7.Industri ebook di malaysia masih baru, jadi masih ada banyak topik yang boleh saya tuliskan. Persaingan pun masih kurang.8. Proses menulis sehingga menjual ebook lebih pantas kerana tidak perlu melalui karenah birokrasi sesebuah syarikat penerbitan buku. Hari ini siap tulis ebook, esok lusa dah boleh start jual dan dapat duit.9. Selain memupuk semangat berkongsi ilmu, menulis ebook juga akan memupuk ciri-ciri keusahawanan pada diri seseorang, ini kerana, untuk menulis ebook yang laris, ia bukan sahaja memerlukan ilmu di dalam bidang penulisan, tetapi, ia juga memerlukan seseorang itu mempunyai ilmu di dalam bidang perniagaan untuk memasarkan ebook mereka.10. Menulis & menjual ebook, diakui dan direkemankan sendiri oleh Dr. Irfan Khairi sebagai cara paling cepat untuk menjadi jutawan di alaf baru ini.11. Ebook juga boleh dijadikan sebagai "viral marketing tools with zero cost" di mana, usahawan hanya perlu menulis sebuah ebook dan mengedarkannya secara percuma kepada orang ramai menerusi email. Kalau buku? Kena tunggu buku tu tak laku dan berabuk dalam stor, baru boleh beri free kat orang ramai..12. Ianya mudah dikemaskinikan dan pembeli sedia ada boleh mendapatkan versi upgrade secara percuma sahaja, tidak perlu membeli lagi.13.Hubungan antara penulis dengan pembaca lebih mesra, kerana setelah menjadi pembeli, pembaca selalunya boleh menghubungi terus penulis ebook.14. Dapat membantu menyelesaikan masalah pembaca, ini kerana penghasilan ebook selalunya berorientasikan kepada "penyelesaian masalah".15. Ilmu-ilmu dalam ebook selalunya lebih up-to-date. Ini kerana ebook selalunya ditulis oleh mereka yang pakar dan sentiada up to date di dalam bidang mereka sendiri.16. Ianya mudah dicopy ke dalam handphone, dan boleh dibaca di mana-mana… tak perlu nak bawa beg berat-berat. Saya sendiri banyak memasukkan ebook ke dalam handphone saya. Ianya lebih ringan dan boleh dibaca sewaktu sedang menunggu di restoran, di klinik, di pejabat pos, di lrt mahupun di dalam tandas.17. Ebook juga lebih menarik kerana gambar-gambar di dalamnnya berwarna-warni.18. Selepas membeli ebook jika saya betul2 tidak berpuas hati, saya boleh meminta refund semula wang saya.. buku? tak pernah dengar pula boleh minta refund di kedai buku.. 19. Keuntungan jualan ebook boleh dikongsikan dengan orang ramai, ini kerana, penjualan ebook selalunya disertakan sekali dengan program affiliate. Ianya sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi golongan rakyat jelata.20. Ianya menyelamatkan dunia…. tidak menggunakan kertas dan kuranglah kayu balak yang ditebang.21. Ebook menjimatkan ruang, tak perlu nak beli rak dan rumah besar2 semata-mata nak letak buku. 22. Satu kelebihan ebook, ianya boleh dijual beserta lesen Resell Right. Selain memberikan lebih keuntungan kepada penulisnya, ia juga memudahkan pihak lain memiliki produk untuk biznes mereka sendiri dengan pantas.23. Pada masa akan datang, orang ramai akan lebih banyak membeli ebook.. lebih-lebih lagi apabila evolusi "ebook reader" mencapai tahap matangnya. Beruntunglah bagi mereka yang telah lama bermula dan menjadi pioner. 24. Jimat minyak dan tidak perlu mencemarkan alam sekitar, boleh beli ebook dengan duduk sahaja di depan komputer. Tak perlu ke kedai dan abang posmen juga tak perlu bersusah payah mencemarkan alam sekitar semata-mata nak menghantar sebuah buku yang dibeli secara online. Hiduplah ebook untuk memandaikan bangsa & meningkatkan ekonomi umat… serta menyelamatkan dunia juga! Save world!… Peace!
Wah, Tuan Shuth mula melontarkan pandangan balas.Sekarang kedudukan di antara "minyak dan air" seri 24 sama.:)
setuju bro… based on past experience, ebook ni kalau kena gayanya, boleh cover income setahun
Untuk industri e-book, saya ingin mencadangakan satu mekanisma untuk mengminimumkan manipulasi.Antara contoh manipulasi yang biasa berlaku ialah, seseorang penulis e-book membuat sales letter yang power, tetapi e-book berkenaan tidaklah power mana, terutama e-book berkenaan "buat duit".Berbanding dengan buku, pembeli boleh membelek-belek luar dan dalam buku tersebut sebelum membelinya.Mekanisma yang aya cadangakan ialah, di kalangan IM-IM otai wujudkan satu badan seumpama untuk menilai mana-mana e-book sebelum dijual. Ia umpama SIRIM atau JAKIM.Sekiranya e-book berkenaan tiada pengesahan daripada badan tersebut, maka ia diragui isinya.Sekadar cadangan….
Perkara ini pernah beberapa kali dicadangkan dalam forum Wang Cyber, tapi setakat ni macam masih belum nampak jalan untuk direalisasikan.
Ini adalah salah satu kelemahan konsep ebook, iaitu pembeli hanya dapat mengetahui kualiti penulisan dan isi kandungannya hanya setelah membeli ebook tersebut. Sebab itulah wujudnya istilah ebook sampah, ebook2 yang hanya hebat pada sales letternya sahaja, bukannya pada isi kandungannya.
Tak pernah kita jumpa istilah ‘buku sampah’, kerana jika sesuatu buku tersebut rendah kualiti penulisan dan isi kandungannya, memang ia tak akan dibeli sebab bakal pembeli boleh belek2 dulu sebelum beli.
Betul. Mungkin boleh senaraikan isi kandungan ebook pada laman web jualan dan berikan bab contoh.
Saya biasanya akan bagi download 2 bab percuma + isi kandungan ebook tersebut. Kalau okay, boleh lah buat pembelian.
Terima kasih Afyan atas cadangan tersebut.. perkara itu memerlukan kepada usaha "pihak ketiga". Jadi agak sukar sedikit. Tetapi sebagai penulis & penerbit ebook, apa yang boleh saya lakukan kini ialah, memaparkan senarai "isi kandungan" ebook tersebut di dalam saleletter.. ini sebagai tanda bahawa penulis ebook kini lebih ikhlas, jujur & transparent. Hopefully, perkara ini akan menjadi satu trend dan ikutan di masa hadapan.
Kebanyakan ebook membenarkan pembelinya ‘refund’. Ini adalah kelebihan ebook berbanding buku. Tetapi saya rasa, budaya ‘refund’ ini tak begitu popular di Malaysia. Pembeli ebook ada hak untuk refund bila tak puas hati seperti yang dijanjikan dalam kebanyakan sales letter. Tetapi sebaliknya, lebih suka berdiam diri dari meminta refund dan ‘bertaubat’ dari membeli ebook lain dari penulis tersebut. Cuma yang paling dirisaukan, golongan ini terus membuat persepsi negatif terhadap semua tajuk2 ebook lain di pasaran online sekaligus memburukkan nama industri ebook yang sedang meningkat naik.
Mudah-mudahan di masa akan datang, ada ‘pihak ketiga’ yang akan memainkan peranan mengangkat martabat ebook pada pandangan masyarakat
Saya pula kalau sesuatu ebook di baca dalam keadaan santai, saya akan mencetak ebook tersebut. Sebenarnya, masing-masing ada kelebihan tersendiri antara ebook dan buku. Berdasarkan kadar membaca yang masih rendah di negara kita, adalah bagus jika banyak lagi bahan bacaan dalam bahasa melayu yang dijual di pasaran.Mungkin ini boleh menarik minat rakyat mAlaysia untuk menanamkan budaya membaca.
yang penting…….manfaat n ilmu nye kt kite sume… ape2 jns bahan bacaan pn elok utk menggalakkan budaya membace di kalangan kite pd ms kini=)
Untung dpt membacanya dan menambahkan ilmu pengetahuan…..
saudara shuth dan zul bagi saya merupakan 2 individu yang telah mewujudkan satu fenomena luar biasa iaitu menggalakkan masyarakat membaca dan mencari ilmu.Ebook @buku kedua-duanya ilmu.Itu matlamat utama yang paling penting mewujudkan masyarakat berilmu.selamat berjaya.
kadang2 saya berkira nak beli ebook berharga rm40 ke atas berbanding buku biasa dengan rm40, kita boleh dapat material yang berkualiti. ilmu yang ada pada kedua2nya? Bergantung kpd pembaca. saya dah beli ebook tuan zul dan ia sangat membantu saya.
Assalamualaikum Zul. Apa yang saya nak tulis ni tak relevan dengan post di atas, tapi cam ne ek nak contact Zul? Saya ada proposal untuk Zul tengok.
Waalaikumussalam Abdul Rahman.
Boleh emel ke smartusaha{at}gmail.com.
Sebelum ini saya ada menerima emel daripada saudara, tapi belum kesempatan untuk membalas kerana sering terlupa.
Wokeh. Baru emel ^^
By the way, untuk soalan saya bagi kat Zul tu, Shuth kata dia dapat lebih kurang 1% untuk produk RM100 ke atas. Maybe dia refer ke Seminar Ebook dia, but I don’t know what he’s referring to.
Nanti saya check balik saya punya ya. Tapi tak tinggi sangat. Sekitar 1% juga rasanya.
semoga hasrat zul untuk menerbitkan dapat menambahkan lagi ilmu perniagaan internet kat orang malaysia khasnya…
Zul, semoga impian Zul akan tercapai. InsyaAllah, saya akan terus menyokong Zul.
p/s – Memang manis jika si pembeli memeluk buku yang ade name kite..lagi manis jike…:D