21 Tip Pemasaran Facebook Untuk Usahawan
1. Walau apa tujuan menyertai Facebook, utamakan asasnya iaitu ‘networking’. Atau dalam kata lain, berkenalan, bersosial, berkomunikasi dan ada interaksi.
2. Mesti mampu membuatkan orang jelas dengan diri kita seperti apakah produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Hal ini amat wajib dan penting. Jika tidak, kita akan ‘tenggelam’.
3. Di laman web sosial, orang lebih suka melihat apakah yang kita lakukan dari semasa ke semasa. Jadi gunakan fungsi seperti Photos dan Video sebaik-baiknya.
4. Sertai Group yang berkaitan dan Add ahli-ahli di Group itu sebagai Friend kita. Beritahu mereka bahawa kita juga adalah ahli kepada Group tersebut. Ini adalah salah satu cara untuk menambah kawan tanpa membuatkan mereka ragu siapakah kita.
5. Berikan maklumat yang bernilai. Diri kita akan menjadi bernilai di mata ahli FB jika maklumat atau informasi yang kita berikan bernilai untuk mereka. Di FB, lebihkan ‘sharing’ berbanding promosi semata-mata.
6. Salah satu cara lain untuk menambah Friend adalah dengan menyemak emel-emel pelanggan kita di FB. Jika ada, Add mereka dan beritahu mengenai anda.
7. Selepas Add seseorang, komunikasi pertama adalah amat penting. JANGAN sesekali terus melakukan promosi kepada mereka. Boleh mulakan dengan ucapan terima kasih dan salam perkenalan.
8. Kebanyakan orang terlalu takut untuk membeli melalui internet kerana alasan sukar mempercayai. Begitu juga untuk percaya kepada mana-mana individu atau pihak yang melakukan promosi di internet. Begitu juga di FB.
Oleh itu, kurangkan rasa takut ahli-ahli FB dengan konsisten muncul di FB seperti berkomunikasi dengan mereka, memuat naik foto dan video. Wujudkan kepercayaan pada diri mereka bahawa kita adalah usahawan atau perniagaan yang boleh dipercayai. Cara lain, letak testimonial daripada pelanggan sedia ada.
9. Semakin kita ‘rapat’ dengan ahli-ahli FB, maka kita akan semakin mendapat perhatian.
10. Jika mempunyai kamera atau webcam, boleh terus rekod video dengan menggunakan fungsi Video Recorder di FB.
11. Gunakan fungsi “Tagging” sebaik-baiknya, tetapi tag mereka yang berkaitan sahaja. Elakkan tag secara melulu kerana ia boleh membuatkan mereka marah dan menganggu ruang FB mereka.
12. Hari Lahir: Salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ahli-ahli FB adalah dengan mengucapkan ucapan-ucapan yang baik-baik kepada mereka bersempena ulangtahun kelahiran mereka. Status hari lahir ada di bahagian HOME FB.
13. Wujudkan Group atau Fan Page sendiri yang mana ia mempunyai beberapa kelebihan berbanding akaun peribadi (personal profile account).
14. Event: Dalam diam, sudah banyak pihak perniagaan atau individu yang berjaya mendapat peserta untuk program anjuran mereka HANYA melalui Facebook. Caranya adalah dengan menggunakan fungsi Event.
15. Jika sesuai, boleh integrasikan akaun Facebook dengan Twitter dan juga blog (RSS).
16. Chat: Tanpa perlu menggunakan aplikasi lain di luar FB, kita boleh menggunakan fungsi Chat untuk berbincang sesuatu perkara bersama pelanggan. Namun pastikan cara ini tidak membuatkan masa kita habis begitu sahaja tanpa kawalan.
17. Pelbagaikan bentuk penulisan di FB. Elakkan terlalu streotaip atau kaku dengan satu-satu cara sahaja. Masukkan unsur-unsur humor, fakta, statistik, pendapat, berita, link ke artikel yang menarik, persoalan, menggunakan imej di dalam penulisan di nota (Notes), senarai dan pelbagai lagi bentuk.
18. Saya dapati, jika kita menjadikan (memperlakukan) rakan-rakan (Friends) di FB sebagai pelanggan di dalam komunikasi iaitu ‘kita di atas dan mereka di bawah’, ia kurang berkesan di dalam menarik minat mereka. Kita perlu melihat mereka seperti seorang rakan (sama aras), dan bukan seorang pelanggan. Maka laras bahasa juga perlulah sesuai tanpa menggunakan ayat-ayat yang terlalu menjual. Orang tidak suka mereka terjual. Kurangkan ego mereka.
19. Gunakan bahasa atau cara penulisan yang boleh difahami oleh semua golongan. Bahasa SMS (shortcut) biasanya difahami oleh orang-orang muda sahaja, tetapi tidak untuk orang-orang lama. Begitu juga bahasa pasar, tidak semua bangsa boleh memahaminya. Tanda seseorang itu serius dalam bisnes adalah, mereka akan menjaga cara penulisan dan bahasa mereka sebaik mungkin.
20. Elakkan melepas geram atau menulis sesuatu yang negatif, atau melakukan sesuatu yang kurang elok. Seorang usahawan (terutama yang berjaya) biasanya akan dilihat sebagai hebat dan positif. Jika kita (usahawan) menulis sesuatu yang menunjukkan kita lemah, mudah mengeluh, tidak bersabar dan cepat melenting, maka nilai kita pada pandangan orang akan mula terhakis.
21. Jika tiada idea untuk menulis sesuatu di FB, gunakan sahaja fungsi Link dengan memasukkan link (pautan) ke mana-mana artikel di blog, lagi-lagi jika kita mempunyai sebuah blog yang telah ditulis dengan banyak artikel.
Rujukan lain: Blog Nota Pemasaran Facebook
.
Incoming search terms:
- pemasaran facebook
- tips pemasaran facebook
- pemasaran di facebook
- tip pemasaran
- tips bisnes facebook
- pemasaran dengan facebook
- facebook tip perniagaan
- pernigaan facebook
- strategi pemasaran di facebook
- tips pemasaran














Terima kasih masih banyak yang perlu di teladani,nasihat dan panduan Bro amat tepat
Salam
Kebetulan saya mencari tip-tip yang sesuai untuk meluaskan networking secara berhemah di facebook, ada pula di blog smartusaha.
Insya Allah saya akan mengaplikasikan semua tips di atas dalam berfacebook.
Terima Kasih
banyaknya sampai 21 tip. memang sangat2 berguna. dah baca semua baru perasan, banyak lagi yang saya xmahir/xhabis buat tentang pemasaran facebook. apa2 pun, thanx bro. pengkonsian yg menarik
Tip yang sangat berguna. Memandangkan sekarang ini kebanyakkan rakyat Malaysia terkena penyakit facebook. Hari2 mahu login FB. Artikel ini hadir tepat pada masanya. Harap ahli FB dapat mengamalkan tip2 yang diberikan oleh sifu zul kita ini sebaik mungkin. Jika kita perhatikan sekrang banyak ahli FB yang menyalahgunakan FB semata2 untuk membuat iklan yang tidak beretika.
tq bro utk tips ni..mmg begune ni..=)
boleh saya guna tip2 ini untuk dikongsi dgn member group saya..saya akan link ke blog bro..
Perkongsian bermanfaat… TQ..
amat bermanfaat untuk rujukan. izin share.
Tuan Zul, Nak tanya pendapat tentang "LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 " yang dok heboh dalam facebook la ni..
LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 ? tipu …tipu…..
LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100 ? tipu …tipu…..
takat login mana leh dpt..
Boleh baca di sini:http://www.shamsuriyadi.com/2010/02/13/infinity-downline-konsep-money-game-adalah-haram/
Tuan Zul, mohon share. Terima kasih
Terima kasih.
Saya pun mohon share ya… :0) Terima kasih!
tq..good info tuan!sy amik sbg rujukan ek?
Terimakasih zul atas link yg diberikan ..perbincangn sgt hangat smpi zul pn kena terpiasnya..x pa itu asam garam hidup..yg baik dibuat teladan yang tak baik dibuat sempadan..
Terima kasih Zul.
Assalamua’laikum wbt dan Salam Sejahtera,
Dengan tip-tip yang diberikan, rupanya saya telah banyak melakukan kesalahan tentang pemasaran di facebook.
Terima kasih kerana sudi berkongsi.
Cara yang tidak begitu susah dan senang dijumpai cuma terlepas pandang untuk melakukannya
tq..suka lar lau abg mohd zulfadli bg tip.amat bermanfaat sx tuk kita semua..
Tuan zul, mohon tag diri saya untuk note ini.terima kasih
Nanti saya tag-kan. Talian internet slow.
Tip yang sistematik dan praktikal. Semoga dimanfaatkan oleh newbie….
terima kasih zul.semoga info yang diberikan akan dapat memberikan manfaat kepada rakan-rakan semua.
thanks 4 d info..
terima kasih tuan. perkongsian yg bagus. akan sy share dgn rakan2 lain.
Bernas, mantap, berinformasi.
satu informasi yang bernilai dan terima kasih berkongsi maklumat
suke:-)
TQ…TQ
TQ Tuan Zul, sangat berinformasi.
Trmksh ats tip2 yg en.zul berikan..sem0ga ianya dpt m'beri panduan untk kta semua…
Terima kasih atas tip-tip tersebut. Semoga ianya dimanfaatkan oleh semua dalam berkomunikasi melalui FB.
tips yg berguna abg zul.thanx!~
tq for sharing zul
Info yang menarik yang saudara sampaikan amat berguna utk mereka yang masih samar-samar dalam mempromosikan pernagaan internet melalui facebook..TQ Saudara Zulfadli
terima kasih en.Zul….memang berbaloi….saya dah buat iklan di FB,dan respons agak banyak….traffikpun meningkat..amin
info yg bagus..
masalahnya semua rakan2 yg ade di fb saya adalah rakan baik.. x tahu nak tukar mereka ni jd pembeli sesuatu produk yg kita tawarkan..
nanti ramai plak yg pikir saya ni cuba mengambil kesempatan.. x thu apa persepsi diorng terhadap perniagaan internet..
Bagus-bagus tips yang diberikan…
Terima kasih atas maklumat yang berguna itu saya pun masih lagi kurang menggunakan facebook jadi dengan adanya info ini sedikit sebanyak memberikan gambaran baik penggunaan facebook dalam perniagaan.
Tip yang ringkas namun sungguh praktikal dalam membina hubungan baik dengan kenalan-kenalan baru.
Terima kasih Smartzul yang sungguh pemurah berkongsi tip-tip berharga.
Sy suka entry ni…ringkas dan padat…. Terima kasih diatas perkongsian ilmu ini… harap dihalalkan ilmu yg sy terima ini….
Salam Motivasi/Berkenalan
Thanks saudara smartzul kerana berkongsi tip-tip yang berguna mengenai FB. Bagi sesetengah orang menganggap FB sekadar mencari kenalan baru dan kawan2 lama pada masa yang sama merupakan tempat melakukan promosi perniagaan.
aku baru nak belajar biz IT,bila aku tak tau sesuatu aku search kat google,mesti jumpa blog ni,terima kasih zul kerana berkongsi ilmu biz IT,aku akan jadikan blog ini sebagai panduan
TQ atas perkongsian informasi..
Sebelum ni main bantai jer buat promosi kat FB..
Terima kasih kerana sudi kongsi tip-tip ini
Banyak info yang cukup bermanfaat untuk dikongsikan bersama.Adalah menjadi harapan supaya pengguna Facebook lebih berhemah dan beretika untuk mempromosikan perniagaan masing-masing.
TIPS YG SUNGGUH HEBAT
menarik! seronok membaca tips ni:)
Jazaakumullaahu khairon kathiiroo atas analisis ini. Saya juga berface book tetapi kurang menganalisa realiti yang terpampang depan mata. Izinkan saya share dgn kawan-kawan. Terima kasih.
Walau apa pun, perkongsian di atas sangat baik. Boleh jadi rujukan saya jika memerlukan motivasi ketika menggunakan FB…
perkongsian yg sgt baik. byk tips yg kita xsedar pon padahal ianya sgt berguna. terima kasih tuan zul.
Terima kasih berkongsi
Salam tuan, satu perkongsian yang padat dengan informasi. Terima kasih atas infi-info di atas
Terima kasih juga. Selamat mencuba tip-tip tersebut.
Saudara admin yang di hormati,
Tip yang saudara tulis amat berguna pada saya. Cuma saya nak tahu, kalau kita tulis notes pada FB , adakah semua member boleh nampak atau baca.
Pada notes itu, setkan kepada “everyone” agar semua orang boleh baca.