21 Keperluan Asas Sebuah Perniagaan

Anda ingin berniaga? Ataupun sudah berniaga tetapi ingin melakukan bisnes dengan lebih ‘serius’?

Berikut adalah beberapa keperluan asas untuk apa sahaja bentuk dan jenis perniagaan.

  1. Sijil Pendaftaran Perniagaan SSM (ROB), bagi perniagaan milikan atau perkongsian. ATAU, Sijil Perbadanan Syarikat (Sdn. Bhd.), bagi pendaftaran syarikat (ROC).
  2. Kepala surat.
  3. Rubber stamp (cop perniagaan).
  4. Premis perniagaan dan alamat profesional (boleh gunakan virtual office).
  5. Kad bisnes.
  6. Profile perniagaan.
  7. Laman web ataupun blog menggunakan domain name. Laman web yang simple sudah memadai.
  8. Sistem rekod kewangan (akaun), sama ada cara manual ataupun perisian. Boleh gajikan akauntan ataupun dapatkan perkhidmatan pihak luar.
  9. Invois.
  10. Resit tunai.
  11. Akaun semasa di mana-mana bank (peribadi ataupun perniagaan).
  12. Buku cek (diperolehi melalui akaun semasa).
  13. Mendaftar sebagai pembayar cukai (LHDN). – Perniagaan (ROB) atau Syarikat (ROC)
  14. Akaun Paypal untuk menerima bayaran secara kad kredit/debit oleh pelanggan. Selain Paypal, boleh gunakan perkhidmatan dari Malaysia seperti ipay888 dan Netbuilder.
  15. Talian tetap telefon dan mesin faks. Boleh gunakan perkhidmatan virtual office.
  16. Talian telefon mudah alih (mobile). Seeloknya gunakan satu nombor khas untuk urusan bisnes sahaja. Satu nombor lain pula untuk urusan peribadi.
  17. Akaun Facebook untuk berkenalan dengan usahawan lain dan menambah bakal pelanggan (prospek).
  18. Buku catatan (diari kerja) untuk mencatat perkara-perkara penting seperti mesyuarat, pertemuan dengan pelanggan, program dan sebagainya.
  19. Ruang kerja / ruang pejabat. Boleh sediakan satu ruang kerja di rumah (SOHO), ataupun gunakan perkhidmatan Virtual Office – Serviced Office.
  20. Komputer desktop ataupun laptop. Boleh beli gajet seperti ipad, iphone dan Blackberry jika diperlukan sahaja dan berguna untuk perniagaan (bukan untuk sekadar bergaya dan ikut orang).
  21. Kad debit. Untuk pembelian online (termasuk untuk proses pengaktifan akaun Paypal).

Adakah perniagaan online juga perlukan sebahagian besar keperluan di atas?

Jawapan saya adalah, “Ya!”

Sebagai contoh, invois dan resit. Ia boleh disediakan dalam bentuk digital sama ada menggunakan perisian Microsoft Word, Excel ataupun perisian khas.

Manakala bagi lain-lain keperluan, ia adalah asas yang wajib dimiliki oleh sesebuah entiti perniagaan untuk sebarang urusan rasmi seperti membuka akaun semasa perniagaan di bank tempatan.

Cuba kita fikirkan… Perniagaan online walaupun dilakukan 100% secara online, namun ia tetap memerlukan ruang dunia fizikal seperti ruang kerja di rumah, kerusi, meja, komputer/laptop dan sebagainya. Kita tidak dapat mengelak daripada dunia fizikal, sebaliknya ia adalah sebahagian daripada keperluan dalam perniagaan.

Jadi, sama ada kita usahawan online ataupun offline, kita tetap seorang USAHAWAN! 🙂

ps. Entri seterusnya nanti, kita akan lihat senarai keperluan yang perlu ada pada sebuah komputer / laptop.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *