2016…

2016…

Saya mengakhiri 2015 dengan ‘jatuh sakit’. Dan pada ketika saya menulis ini, saya dalam proses ‘recovering’. Alhamdulillah, Allah bagi saya masa lagi.

Bagi saya, sakit adalah detik ‘terbaik’ untuk saya berhenti seketika daripada langkah yang laju (baca: mengejar dunia bisnes). Walaupun sakit dalam erti kata realistik adalah KESAKITAN, namun bagi saya ia adalah satu situasi yang berguna untuk kita menghargai masa-masa yang ada. Kita perlu betul-betul duduk dan berehat tanpa mampu melakukan banyak perkara seperti semasa kita sihat. Kita betul-betul diberi masa untuk berfikir apa yang perlu dan tidak perlu, apa yang berharga dan apa yang tidak.

Sakit biasanya akan ada dua kesudahan:

Jika dipanjangkan umur, lakukan yang baik-baik dan yang penting sahaja selama masih hidup, yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Jika tidak dipanjangkan umur, maka dihisablah amalan-amalan baik dan amalan-amalan jahat. Jika lebih amalan baik, insyaAllah selamat. Jika sebaliknya, kita mengharapkan kasih sayang dan pengampunan Allah. Moga kita dijauhkan daripada neraka yang tidak dapat kita bayangkan.

Sebagai seorang usahawan, jadikanlah perniagaan kita sebagai salah satu sumber pahala. Namun itu tidak bermakna kita tidak perlu memperbanyakkan amalan-amalan dan tanggungjawab agama yang lain, termasuklah masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Berniaga, berniaga juga. Jangan sampai lupa siapa diri kita dan tujuan sebenar kita dihantar ke dunia ini.

Hargailah masa. Berniaga dengan baik, hidup dengan baik-baik. Elakkan maksiat dan dosa.

Penulis: Mohd Zulfadli


(SmartZul) adalah seorang penulis dan usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005, dengan memfokus kepada bidang penulisan dan penerbitan secara online. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman melalui blog dan juga komuniti Facebook. Klik menu Hubungi di atas untuk menghubungi beliau.

SERTAI NEWSLETTER SMARTUSAHA.COM
Sertai newsletter SmartUsaha.com untuk mendapatkan info dan tip-tip perniagaan dan pemasaran Internet terus ke emel anda.
Kami benci spam. Emel anda selamat bersama kami.

Komen Guna Facebook:

comments

2 thoughts on “2016…

  1. Assalamualaikum tuan,

    Lama kita tak bersua. Saya seperti tuan juga, seolah-olah berehat lama kerana sakit dan beberapa keperluan lain yangt membataskan jari jemari untuk ber-online ni.

    Allah lah yang mengatur rezeki, dapat sedikit atau banyak kita masih diberi kesempatan hidup. Saya melihat kepada hikmahnya sahaja.

    Ini pun baru nak mula menaip.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *