Menjual di Facebook: Tak ada orang beli produk anda?

Pelanggan Tidak Membeli?

Facebook Page anda sudah mempunyai banyak Like (prospek), namun sukar mendapat jualan…

Malah ramai yang bertanya melalui ruangan komen dan Inbox (Message), tetapi mereka tidak juga melakukan pembelian…

Yang paling memelikkan, orang yang sama tetap bertanya soalan namun tidak membuat sebarang pembelian.

…Apakah sebabnya…?

Antara sebabnya adalah mereka ragu-ragu, risau dan takut. Ini disebabkan kerana mereka belum mengenali kita dan belum ada pengalaman berurusan dengan kita.

Menjual kepada pelanggan baru memang sukar berbanding menjual kepada pelanggan sedia ada…

Pelanggan baru mempersoalkan siapa kita, jujurkah kita, baguskah layanan kita dan cepatkah barang diposkan? Fitrah manusia mahu berurusan dengan penjual yang mereka rasa yakin, selesa, jaminan servis yang baik dan selamat.

Jadi…

Berikan mereka JAMINAN dan tunjukkan bukti yang kita sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Kongsikan testimoni positif pelanggan sedia ada.

  • Berikan jaminan penghantaran segera dan selamat.
  • Berikan jaminan pulangan wang.
  • Jaminan boleh tukar produk jika kita tersalah hantar.
  • Tunjukkan gambar tempahan-tempahan yang telah diposkan.
  • Tunjukkan perkara yang sedang dilakukan seperti gambar borang poslaju / kurier.
  • Letak pengiktirafan pihak yang ada autoriti (logo, sijil, keratan akhbar, dan lain-lain…).
  • dan banyak lagi cara lain…

Kepercayaan dan jaminan adalah faktor yang paling utama dalam menukar prospek kepada pembeli. Dengan memenuhi dua faktor itu, proses menjual akan menjadi lebih mudah.

menjual di facebook

42 Teknik Internet Marketing

*Tidak disusun mengikut kategori

1. Facebook Ads
2. Viral Marketing
3. Youtube / Video
4. SEO (Search Engine Optimization)
5. Pengiklanan banner dan text link.
6. Review
7. Advertorial
8. Ebook percuma
9. Google Adwords
10. Email marketing
11. Affiliate marketing
12. Facebook Page
13. Blog
14. Minisite
15. Forum online
16. Iklan percuma (classified)
17. Webinar
18. Email signature
19. Joint venture (JV)
20. Twitter
21. Instagram
22. Guest blogger
23. Signature di forum online
24. Blog commenting
25. Google Plus
26. Article marketing
27. Direktori website / blog
28. Popup (website/blog)
29. RSS
30. Cross-selling
31. Up-selling
32. Down-selling
33. Soft-selling
34. Hard-selling
35. Online event
36. PPL (Pay per lead)
37. Solo ads
38. Coupon marketing
39. Infografik
40. Facebook Group
41. Backlink
42. Facebook Apps

Like FB Page saya di sini: http://fb.com/MohdZulfadli.IM

Perniagaan Online Secara Mudah

Perniagaan online amat mudah:

1. Kita jual apa yang orang mahu dan cari. Ataupun kita jual barangan yang sedang terbukti ‘hot’.

2. Jual produk itu melalui saluran tertentu seperti FB Page, website ataupun blogshop.

3. Dapatkan seramai mungkin bakal pembeli ke tempat kita menjual itu.

4. Gunakan ayat-ayat jualan dan “faktor X” yang mampu menanam minat dan kemahuan mereka untuk membeli.

5. Fokus sehingga dapat hasil yang memuaskan.