SemarakHosting.com – Pendaftar domain & penyedia hosting

Saya tidak pasti, sudah berapa ramai yang tahu saya sudah mempunyai perkhidmatan pendaftaran domain dan hosting sendiri sejak pertengahan tahun 2012 lagi. Jenama servis ini adalah SemarakHosting.com.

Namun projek ini belum diuar-uarkan lagi, malah sebenarnya ia lebih kepada medan eksperimen saya, selain digunakan untuk mendaftar domain dan menyediakan ruang hosting untuk pelanggan-pelanggan saya.

Pada tahun 2013 ini, saya akan mula membuka jualan perkhidmatan ini kepada umum, tetapi saya masih merancang strategi unik agar berbeza dengan syarikat penyedia hosting lain yang kini begitu banyak di pasaran tempatan.

ps. Saya juga akan membuka sesi personal coaching untuk mereka yang mahu memulakan bisnes hosting sendiri dengan modal serendah (maksimum) RM500.

>> Anda sudah boleh membuat tempahan domain dan hosting di SemarakHosting.

Azam Baru Tahun 2013?

Soalan ‘apakah azam baru anda’ mungkin terlalu umum dan subjektif. Agar perancangan lebih spesifik, tanyakan soalan-soalan berikut:

1. Apakah yang perlu saya ubah dan pertingkatkan untuk jadikan diri lebih kuat dalaman (spiritual / rohani)?

2. Apakah yang perlu saya lakukan untuk menjadi usahawan yang mendapat keuntungan yang lebih besar pada tahun 2013?

3. Apakah yang perlu saya kurangkan agar produktiviti lebih meningkat naik?

4. Apakah perkara baik dan penting yang tidak pernah saya lakukan selama in yang perlu saya lakukan pada kali ini? (contoh: zakat)

5. Apakah perkara yang saya sering abaikan selama saya mengejar kejayaan di dunia ini? (contoh: ibu bapa di kampung)

6. Apakah teknik-teknik pemasaran efektif yang boleh saya laksanakan sepanjang tahun 2013?

7. dan lain-lain soalan lagi yang bermula dengan “apakah…”.

Hidup ini sebenarnya adalah mengenai prestasi dan perkembangan kita dari semasa ke semasa. Jika semalam diri kita di kedudukan 10%, teruskan ia agar meningkat naik, ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kedudukan (tahap) itu.

Masa tidak lebih daripada sebagai ukuran dan panduan dalam bertindak. Sesekali jangan jadikan ia sebagai tempat bergantungan. Jika ia ‘patah’, segala azam hanya tinggal kenangan…

Bagaimana Berjaya Pada Tahun 2013

Setahun, hanya ada 12 bulan.

12 bulan bukanlah satu tempoh yang agak lama. Kata orang, pejam celik seperti tidak percaya, sudah akan masuk ke tahun yang baru (masihi). Ya, kita sudah hampir ke tahun 2013. Desas desus kepercayaan karut mengatakan dunia akan kiamat pada tahun ini, semuanya terbukti silap. Nampaknya dunia ini akan terus berpusing…. Dan kita selagi mana hidup, perlu terus berusaha memperbaiki diri.

Tidak ada sesiapa yang terus berjaya selamanya. Malah ada orang yang sudah berjaya juga tanpa sengaja melakukan kesilapan. Dunia perniagaan ada pasang surutnya; hari ini di atas, esok lusa di bawah. Hari ini kaya-raya, esok lusa mungkin kais pagi makan pagi.

Cara untuk berjaya pada tahun 2013

Disebabkan blog ini khusus mengenai perniagaan Internet, maka tajuk artikel ini saya tulis khas untuk anda yang melakukan perniagaan Internet. Persoalan yang selalu difikirkan ramai orang, “Macam mana cara untuk berjaya pada tahun ini? Tahun baru, azam baru!”

Continue reading