Tip SEO – Google Penguin Update

Penguin Update adalah salah satu ‘usaha’ baru oleh pihak Google untuk ‘melawan’ website dan blog yang menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk mendapatkan ranking yang tinggi di senarai carian google.com. Ia ada pro dan kontra sendiri, tetapi ia dilakukan untuk kebaikan semua pihak.

Secara asasnya, Google Penguin Update (bermula April 2012) adalah lebih kepada off-page SEO (terutamanya backlink), manakala Google Panda Update (bermula tahun Februari 2011) adalah lebih kepada on-page SEO seperti content yang ditulis. Kesemua ini dilakukan khasnya untuk membanteras website dan blog yang menggunakan sesuatu kaedah secara keterlaluan dan menyalahi peraturan Google.

Di antara tip yang perlu kita lakukan bermula sekarang agar serasi dengan ‘penguin update’ ini adalah:

  1. Elakkan mengulang keyword yang sama dalam jumlah yang terlalu banyak. Kadar jumlah keyword yang dicadangkan dalam satu-satu post blog adalah dalam 4%.
  2. Elakkan buat link ke website dan blog yang tidak bagus seperti laman web pornografi, scam dan pirate software (perisian cetak rompak).
  3. Elakkan internal link yang berlebih-lebihan.
  4. Gunakan laman web sosial seperti Facebook, Google+ dan Twitter untuk promosikan laman web / blog. Selain mempromosikan di sana, letakkan juga elemen-elemen social media website di blog kita seperti Facebook Page box, Twitter Profile dan Google+.
  5. Elakkan buat link (link building) di footer blog orang lain (beli ruang link).
  6. Gunakan kaedah-kaedah link building seperti penulis tetamu (guest post), review, advertorial dan komen yang berkualiti di blog-blog orang lain.
  7. Tidak menggunakan ‘anchor text’ (keyword utama bisnes kita) untuk buat link di laman web atau blog lain. Gunakan cara natural sahaja seperti terus meletak URL blog / website atau ayat call to action sepertiĀ klik di sini. Pada ‘mata’ Google, semakin banyak link yang menggunakan keyword yang sama, ia seperti kita sengaja melakukannya untuk mendapatkan ranking yang tinggi. Jika dulu berkesan, sekarang / masa akan datang tidak lagi. Kaedah anchor text tidak dilarang, tetapi jangan terlampau melakukannya.
  8. Menulis (memasukkan content) dengan lebih kerap atau konsisten.

Kesimpulan:

  • Lebihkan tulisan (content) yang berkualiti untuk pembaca (manusia).
  • Bina link di laman web atau blog yang berkualiti.

SEO adalah salah satu teknik Internet Marketing, tetapi ia mempunyai permainan tersendiri yang ‘memenatkan’. Tidak semua teknik dan strategi akan terus berkesan selamanya, sebaliknya ia kerap berubah dari semasa ke semasa. Namun satu tip yang sukar untuk berubah adalah….. Hasilkan content yang berkualiti.