Lesen hak jualan VS Hakcipta

Apabila kita membeli sesebuah produk hak jualan seperti Master Resell Rights (MRR), Resell Rights (RR) dan juga Private Label Rights (PLR), ia tidak bermaksud kita telah memiliki hakciptanya. Sebaliknya, kita hanya berhak menjualnya sahaja, di samping beberapa perkara berkaitan.

Lesen hak jualan adalah berbeza dengan jual beli hakcipta. Melainkan apabila dinyatakan dalam transaksi itu bahawa ia adalah proses pertukaran hakcipta, maka barulah kita boleh menyatakan kita memiliki hakcipta ke atas produk itu.

Jadi, untuk kesemua produk jualan saya sebelum ini sama ada yang disertakan dengan RR, MRR ataupun PLR, ia hanyalah lesen hak jualan sahaja, dan bukan jual beli hakcipta. Hakcipta asal adalah tetap milik saya / smartusaha.com.

Bagi produk PLR, andaikata anda telah mengubah kandungannya sekurang-kurangnya 80% daripada kandungan asal, anda boleh ‘claim’ hakcipta produk itu di atas nama anda.

Percuma! Panduan Membina Blog Sendiri – 2012

Dapatkan ‘Panduan Membina Blog Sendiri (PMBS)‘ bernilai RM30.00 secara percuma. Berikut adalah maklumat dan syaratnya:

  • Saya buka kepada 7 orang sahaja untuk bulan ini.
  • Syaratnya, anda perlu beli pakej hosting di NetKL melalui link affiliate saya.
  • Hubungi saya melalui contact form di sini. Nyatakan anda mahu beli pakej hosting NetKL. Kemudian saya akan berikan kepada anda cara (panduan) membuat pembelian.
  • Pakej hosting yang perlu dibeli adalah pakej paling murah, iaitu pakej RM60.00.
  • Selepas anda selesai lakukan pembayaran kepada NetKL, hubungi saya untuk memaklumkannya.
  • Saya akan lakukan sedikit proses pengesahan di NetKL.com dan kemudian akan berikan kepada anda link download PMBS.
  • Hubungi saya untuk membeli melalui link ini dan dan juga akan mendapat kod kupon diskaun sebanyak 10% bagi pembelian hosting di NetKL.
  • Bonus! Panduan Mudah FTP (personal use), bernilai RM20.00. Anda dapat secara percuma.

Dapatkan ebook bernilai RM50.00 kesemuanya dengan membeli pakej hosting di NetKL.

Terhad kepada 7 orang sahaja setiap bulan!

.

Syarikat Hosting Terbaik

Selama melakukan perniagaan melalui Internet, saya telah menggunakan khidmat beberapa buah syarikat Hosting. Syarikat hosting adalah sebuah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan domain name dan hosting.

Banyak pilihan pada masa sekarang, daripada yang berharga rendah sehinggalah kepada yang berharga premium. Malah, setiap syarikat hosting membuat tawaran dalam pelbagai bentuk pakej yang boleh dipilih berdasarkan modal yang kita mampu keluarkan.

Pertama sekali, artikel ini tidak sesekali mengatakan syarikat yang tidak disebut di sini adalah tidak bagus, cuma saya ingin menyatakan sebuah syarikat berikut yang betul-betul memuaskan hati saya, iaitu HOSTGATOR.

Saya menggunakan khidmat mereka dari tahun 2007 sehinggalah sekarang. Saya hanya menyewa ruang hosting mereka sahaja, manakala domain pula saya beli melalui NetKL.com. Kiranya, saya telah point domain itu ke server Hostgator.

Setakat ini, tiada masalah teknikal yang begitu besar pernah berlaku. Down time juga amat jarang berlaku, berbanding server yang berada di Malaysia.

Dari segi servis, setakat ini mereka juga cepat membalas emel yang kita kirimkan bagi mendapatkan bantuan (sokongan). Namun bergantung juga kepada masa kita hantar emel ini kerana jika di sini siang, di sana adalah malam.

Tetapi bukan mengenai servis yang ingin saya nyatakan di sini, tetapi adalah kepuasan hati saya terhadap server mereka yang jarang down. Ini adalah amat penting bagi para peniaga dan usahawan online. Bayangkan, jika server kerap down, berapa banyak kerugian akan berlaku jika ribuan pelawat tidak dapat masuk ke laman web kita sepanjang masalah itu berlaku?

Jadi, saya amat sarankan Pakej Hosting di HostGator. Saya gunakan pakej yang paling ‘Baby’, namun banyak fungsinya yang unlimited seperti add on domain dan database. Pakej ini berharga $9.95 USD (untuk bulan pertama biasanya ada diskaun). Ya, anda boleh bayar secara bulanan! Kalau dalam RM, lebih kurang RM30.00 sahaja sebulan. Ia amat berbaloi. Anda juga boleh bayar untuk setahun terus jika mahu.

Dari segi pembayaran, anda boleh gunakan kad kredit, kad debit atau melalui Paypal. Saya sarankan anda daftar satu akaun Paypal kerana anda akan merasai betapa mudahnya membuat pembelian di Internet, terutama membeli domain dan hosting. Malah, anda boleh link-kan akaun Paypal dengan kad debit.

Jika anda berminat untuk membeli akaun hosting di Hostgator dan memerlukan panduan (bimbingan), boleh hubungi saya melalui contact form di blog ini.

Diskaun untuk bulan pertama

Gunakan kod kupon ini semasa membeli mana-mana pakej hosting di Hostgator:

HOSTSMART2012

Dengan kupon tersebut, anda akan mendapat diskaun sebanyak $9.94. Bermaksud, untuk bulan pertama, anda hanya perlu bayar 1 sen USD sahaja!

Hosting Hostgator

21 tip ringkas usahawan

21 tip ringkas usahawan:

1. Perlu jelas matlamat.
2. Ada buat perancangan.
3. Berusaha dengan cekal.
4. Baca buku selalu.
5. Belajar tanpa henti.
6. Bertindak dengan cepat.
7. Tidak mudah mengalah.
8. Berani hadapi risiko.
9. Fokus pada kekuatan.
10. Sayangi diri sendiri.
11. Sentiasa perbaiki diri.
12. Gagal itu lumrah.
13. Utamakan yang utama.
14. Perlu jaga kesihatan.
15. Ambil sarapan pagi.
16. Tidur perlu cukup.
17. Bangun awal pagi.
18. Sentiasa bersangka baik.
19. Elakkan membazir masa.
20. Buat dengan betul.
21. Tunaikan solat fardhu.

(c) MotivasiUsahawan.com

 

Next Level Internet Marketer (IM)

Apa itu ‘Next Level IM’?

Apa yang saya fahami, Next Level yang dimaksudkan itu adalah perniagaan bertahap lebih tinggi daripada biasa. Jika pada hari ini kita seorang affiliate, pada satu hari nanti (mungkin tahun hadapan) kita sudah ada sebuah laman web yang sistem affiliate terbesar untuk pasaran Malaysia seperti mana Clickbank.

Andaikata sekarang kita seorang penulis ebook, pada satu masa nanti kita adalah penerbit ebook seperti mana yang dilakukan oleh ahli pasukan saya, EducatticMind. Penerbit ebook ini kelak akan mempunyai barisan-barisan penulis ebook yang hebat di mana mereka akan menghasilkan manuskrip-manuskrip (penulisan) yang akan menjana hasil yang besar.

Kelebihan menjadi penerbit adalah kita hanya perlu membantu penulis memasarkan ebook mereka dan kemudian kita akan menjana pendapatan melalui karya mereka. Penerbit ebook juga perlu mempunyai sistem tersendiri daripada proses pembelian sehinggalah kepada proses pengiraan royalti penulis, yang mungkin agak kompleks untuk dihasilkan, selain menelan kos yang besar.

Hakikatnya….

Apa yang kita baca, segala rahsia, strategi dan seumpamanya, tidaklah seindah dan semudah yang digembar-gemburkan. Untuk naik ke atas, kita perlu bermula daripada bawah. Agak sukar sebenarnya mereka yang tidak ada apa-apa pengalaman dalam bidang ini terus untuk naik ke puncak.

Continue reading