Bagaimana mengautomasikan perniagaan internet?

Sebagai usahawan, kita digalakkan melakukan pelbagai bentuk usaha perniagaan, tetapi dalam bidang (kategori) yang sama. Contohnya, bidang saya adalah perniagaan internet.

Di antara kerja-kerja yang saya lakukan adalah seperti:

  • Menulis ebook atau panduan dalam format lain (audio, video..).
  • Membuat surat jualan untuk produk sendiri.
  • Membina blog untuk sendiri atau untuk pelanggan.
  • Memasang sistem affiliate.
  • Membeli domain.
  • dan banyak lagi…

Kesemua tugas-tugas di atas, walaupun kita boleh lakukan sendiri, sampai satu masa kita mula merasakan:

  • Bosan melakukan perkara yang sama.
  • Usaha pemasaran banyak terabai kerana banyak masa diluangkan pada bahagian teknikal.
  • Masa untuk diri sendiri dan keluarga begitu terhad.
  • Sentiasa sibuk.

Atas dasar itu, pentingnya kita mula menyediakan sistem dokumentasi (aliran proses) untuk dirujuk oleh pekerja yang akan kita lantik, sama ada mereka sepenuh masa, sambilan ataupun freelancer.

Aliran proses itu akan digunakan oleh mereka bagi melakukan sesuatu tugas terutama perkara teknikal. Sebagai contohnya, katakan proses membina sebuah blog menggunakan sistem WordPress:

  1. Beli domain.
  2. Set Name Server.
  3. Add on domain di Cpanel.
  4. Setup blog guna Fantastico/Softaculous.
  5. Setting asas.
  6. Pasang & Setting plugin:
    • Contact Form
    • SPAM
    • Social (FB Like, Twitter)
    • Stats
    • Google XML
  7. Tukar Theme.
  8. Tukar header (jika perlu).
  9. Customize Sidebar (guna Widget).
  10. Create Kategori baru (Category) & setkan kepada Default.
  11. SELESAI.
  12. Ubahsuai mengikut maklum balas.

*Senarai di atas hanya contoh sahaja.

Apabila kita mempunyai dokumentasi aliran proses sesuatu perkara/kerja, kita akan mudah untuk mengupah sesiapa sahaja yang sesuai. Mereka akan lakukan kerja mengikut apa yang kita mahukan.

Dokumentasi ini juga sering dipanggil sebagai Standard Operation Procedure (SOP).

Membimbing dan membantu: Tidak perlu buat semua perkara

Apabila kita ingin membantu orang lain, tidak semestinya kita perlu melakukan apa yang mereka buat.

Sebagai contoh…

Apabila kita ingin berikan servis SEO kepada penjual pakaian, tidak semestinya kita perlu menjual pakaian.

Apabila kita ingin membimbing orang lain memulakan bisnes Internet mereka sendiri dengan idea A, tidak semestinya kita perlu buat idea A itu terlebih dahulu.

Apabila kita ingin membantu sesebuah perniagaan mendapat lebih banyak prospek, tidak semestinya kita perlu lakukan perniagaan yang mereka lakukan.

Jika kita ingin membantu sesebuah perniagaan meningkatkan kadar aijualan produk mereka, berikan konsultasi formula berkaitan tanpa perlu kita lakukan perniagaan yang sama seperti mereka.

Jadi, jika anda mempunyai kepakaran tertentu, fokus padanya sahaja tanpa perlu melakukan sendiri bentuk bisnes yang orang lain lakukan.

Kepakaran saya adalah menulis. Saya akan menulis apa sahaja panduan yang dapat memudahkan orang lain melakukan sesuatu atau mencapai apa yang mereka mahukan.

Saya menyatakan hal ini kerana melihat ada satu pemahaman bahawa, jika kita ingin membantu orang lain, kita juga mesti melakukan apa yang mereka lakukan. Prinsip ini betul, tetapi tidak tepat untuk semua perkara dan situasi.

Bagaimana menjadi usahawan internet berjaya?

1. Mempunyai model bisnes yang jelas dan menguntungkan.

2. Fokus pada model bisnes itu sepenuhnya.

3. Menetapkan KPI (Key Performance Indicator), iaitu hasil pencapaian yang dimahukan dalam satu-satu masa seperti dalam satu bulan.

4. Promosi dan pemasaran yang ‘agresif’ dan konsisten.

5. Menjadikan keyakinan diri sebagai ‘pakaian’ utama.

6. Jika kita ada kumpulan bisnes, perlu setia dan saling sokong menyokong di antara satu sama lain.

7. Tidak perlu ambil peduli kehebatan pesaing iaitu membandingkan dengan bisnes kita. Sebaliknya sentiasa memperhebatkan bisnes kita.

8. Lebarkan dan besarkan ‘network’, iaitu kenalan-kenalan dalam bidang perniagaan. Satu pepatah berbunyi, “Yang penting bukan apa yang kamu tahu, tetapi siapa yang kamu kenal.”

9. Terus menerus belajar. Cara mudah untuk belajar adalah dengan bertanya.

10. Miliki hati yang berlapang dada dan sentiasa bersyukur.

11. Buat apa yang kita mahu buat. Orang boleh memberikan pendapat, tapi yang menentukan ia berlaku ataupun tidak hanyalah kita.

Tidak perlu paksa diri

Terkadang, kita mahu lakukan sesuatu yang hati kita keras mahu melakukannya.

Namun di satu saat, kita jatuh terduduk, kemudian kita bangun lagi.

Begitulah selang seli, jatuh, bangun, jatuh dan bangun.

Tidak salah jika saya katakan, kebanyakan kita terlalu terpengaruh dengan sebahagian buku-buku yang ‘memaksa’ kita berkata “BOLEH”, walhal hakikatnya kita tidak boleh. Buku-buku itu memberikan janji-janji palsu dengan katanya, “kamu boleh, kamu boleh!”. Tetapi mengapa kita tetap jatuh terduduk?

Akui sahaja, kita memang tidak mampu kerana kita tidak sesuai melakukan perkara itu. Bersabar dan terima sahaja dengan hati yang redha, kemudian kenalpasti apakah yang serasi dengan diri?

Setiap orang mempunyai potensi diri yang terpendam

Apakah potensi diri kita? Potensi diri juga dipanggil sebagai bakat, kebolehan, kekuatan ataupun fitrah diri. Sekuat mana kita melawan ‘fitrah diri’, kita pasti akan jatuh terduduk. Sampai satu saat, kita keliru dan termenung, mengapa ini terjadi?

Continue reading