Analysis Paralysis (Lumpuh Daripada Bertindak)

Salah satu punca seseorang bertangguh melakukan sesuatu adalah kerana alasan sama ada alasan itu baik ataupun tidak realistik. Contohnya:

1. Mahu belajar sampai pandai dahulu.
2. Mahu kaji sampai faham, kemudian baru bertindak.
3. Mahu cipta formula dan strategi hebat dahulu.
4. Mahu buat dan terus dapat hasil hebat.

Alasan-alasan sebegini wujud kerana beberapa punca seperti takut gagal, tidak yakin, mahu menyedapkan hati dan lain-lain lagi.

Hakikatnya, orang-orang yang berjaya melalukan sesuatu tanpa rasa takut untuk gagal. Setiap kali mereka gagal, mereka segera lakukan cara lain dan tidak akan lakukan lagi kesilapan yang sama.

Lakukan sesuatu sedikit demi sedikit. Bangunan tinggi yang mencakar langit bermula daripada bawah sehingga tertegak hebat.

Namun bertuahnya kita, kebanyakan perkara kita hanya perlu belajar daripada mentor dan mereka akan beritahu apa yang perlu dan tidak perlu buat bekal semasa kita bertindak. Ia sekurang-kurangnya dapat meminimakan risiko kegagalan. Tetapi kita perlu sedari, mahu tidak mahu sebahagian perkara kita perlu hadapi sendiri.

Jika selama ini kita telah banyak belajar, membaca dan mengkaji, sudah tiba masanya untuk kita mula bertindak.

ps. Ikuti saya di Facebook: http://facebook.com/MohdZulfadli.IM

Bayar hanya sekali, belajar pelbagai topik

Saya ingin ajukan satu pertanyaan mudah di sini:

Adakah tuan/puan suka (bersetuju) jika hanya perlu membayar sekali sahaja untuk belajar pelbagai topik Internet Marketing secara Online? Bahan pelajaran adalah dalam pelbagai bentuk seperti PDF, audio dan video.

Contoh beberapa topik:

  • Asas perniagaan dan keusahawanan.
  • Persediaan minda, motivasi, matlamat dan perancangan bisnes.
  • Pemasangan blog WordPress seperti blog Perniagaan Internet SmartUsaha ini.
  • Facebook Marketing.
  • Search Engine Optimization (SEO).
  • Copywriting.
  • Domain, Hosting dan Cpanel.
  • Pemasaran Emel.
  • Produk informasi.
  • Perniagaan dropship.
  • Panduan Paypal.
  • Buat duit dengan Affiliate.
  • Surat jualan (sales letter).
  • dan lain-lain lagi…

Jika bersetuju, klik Like di bawah ataupun berikan pendapat pada bahagian komen.

Saya sedang merancang sesuatu yang pada saya belum pernah dilakukan oleh kebanyakan Internet Marketer. Klunya, saya mahu wujudkan satu komuniti yang boleh juga kita panggil ia sebagai ‘satu keluarga’. Belajar bersama-sama, bekerjasama dan saling bantu membantu.

Continue reading

Dibongkarkan: Rahsia memukau pembaca blog

Untuk mendapat banyak pelawat ke blog, sesiapa pun boleh. Tetapi, untuk mengekalkan pembaca-pembaca itu sentiasa melawat ke blog kita, ia adalah satu cabaran yang besar. Jika ia dilakukan dengan berjaya, bermaksud kita telah mempunyai blog yang berjaya.

Untuk mewujudkan pembaca yang kekal setia mengakses blog kita, maka kita perlu sediakan SEBAB. Orang tidak akan masuk ke blog tanpa sebab dan tanpa keperluan.

1. Tulis dengan gaya sendiri

Ini adalah syarat pertama. Kita perlu menjadi diri sendiri dan tidak perlu menjadi orang lain. Dua akibat buruk apabila kita cuba meniru orang lain:

  • Kita tidak akan mempunyai motivasi yang berpanjangan kerana akan mula bosan dan terseksa.
  • Pembaca akan rasa ada sesuatu yang pelik pada tulisan kita.

2. Pengisian blog yang mempunyai unsur MB:

  • Memudahkan pembaca.
  • Benar-benar berguna.

M adalah memudahkan. Ia bermaksud, pembaca kita tidak perlu membeli banyak buah buku, majalah ataupun menyelongkar blog-blog lain untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Sebaliknya, blog kita sudah memadai untuk mereka rujuk dan baca. Jika blog kita mengenai pengurusan kewangan peribadi, maka sebahagian besar maklumat asas dan penting mengenai topik itu telah ataupun akan ditulis.

B pula adalah berguna. Bagi saya, inilah faktor utama. Jadikan blog kita umpama makanan dan minuman di mana pembaca blog kita akan menjadikan ia satu kewajipan dan keperluan dalam hidup mereka. Jika tidak baca tulisan kita, mereka serba tidak kena dan seperti tidak sempurna hari mereka.

Ini dapat dilakukan dengan menghasilkan tulisan yang benar-benar memberi nilai hidup dan pengetahuan berguna kepada mereka (pembaca). Semakin mereka baca, semakin mereka menjadi manusia yang berilmu dan mampu hidup dengan ilmu-ilmu itu.

3. Gaya penulisan menarik

Topik penulisan yang biasa-biasa tetapi diolah dengan gaya yang menarik, maka ia seolah-olah akan memukau pembaca untuk membaca lagi dan lagi tulisan-tulisan kita. Satu caranya adalah dengan belajar ilmu ‘copywriting’.

Contohnya, tajuk artikel pada blog adalah satu bahagian terpenting untuk menentukan ia dibaca ataupun tidak. Jika tajuk biasa-biasa sahaja, maka sukar menarik perhatian. Tajuk artikel ini contohnya, “Rahsia memukau pembaca blog” mungkin lebih menarik berbanding “Unsur blog yang menarik”.

Ingin tahu strategi lain? Dapatkan panduan Strategi Blog Berpengaruh di sini.

Jika anda belum mempunyai blog, panduan buat blog ini dapat membantu.