Kita sering mendengar, si “A” berjaya buat berpuluh-puluh ribu dalam masa 24 jam dan beberapa hari sahaja. Ia bukanlah satu rahsia atau perkara mustahil. Saya telah terangkan di sini ‘rahsia’ tersebut. Ia tidak salah. Itu adalah rezeki dan usaha mereka. Cuma apa yang ingin saya nyatakan pada kali ini adalah mengapa tidak semua orang mendapat […]

Jangan buang masa dengan: 1. Membazir berjam-jam sehari di Facebook tanpa sebarang matlamat. 2. Berlegar-legar tanpa tentu arah di forum komuniti, berdebat, mengumpat dan memfitnah di sana. Termasuklah membuka ‘thread’ perbincangan yang membuang masa tanpa sebarang objektif yang berpijak pada bumi nyata. 3. Mengkritik orang lain. Kritik dan muhasabah dahulu diri sendiri. Apabila kita betul, […]

Kebanyakan orang hanya ada satu sumber pendapatan sahaja, iaitu pendapatan dengan bekerja kuat, membanting tulang, pergi kerja balik kerja dan bersesak di jalan raya (ini paling tension). Begitulah sampai tiba hari persaraan. Ia dinamakan sebagai “active income”. Maksudnya, kalau tidak kerja, maka tidak dapat gaji/duit. Satu lagi jenis pendapatan (income) yang jika boleh wajib setiap […]

Kalau baca berita-berita di bawah, jual beberapa keping DVD cetak rompak pun pesalah akan dicari sampai ke lubang cacing. Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang terlibat dengan jenayah sebegini, termasuklah plagiat penulisan atau hasil kerja orang lain. Jangan menyesal di kemudian hari. —————– Mahasiswa USM Didenda RM8,000 Tawar Empat DVD Menerusi Internet PULAU PINANG, 17 Nov […]

Ini adalah artikel ketiga mengenai perniagaan internet dan pendaftaran perniagaan, susulan daripada berita yang ‘tergempar’ beberapa hari yang lepas. Entri ini adalah untuk menjelaskan lagi bahawa perniagaan internet atau apa jua istilah, adalah juga sama seperti perniagaan yang lain. Ia adalah PERNIAGAAN. Tidak kisah apa yang anda lakukan sama ada menjual produk informasi, pengiklanan, produk […]

Saya amat suka menulis topik ini, walaupun berkali-kali. Sejak dahulu lagi sama ada di blog atau forum, saya sering menulis begini, “Bisnes bukan sekadar menjual.” Kata-kata itu walaupun pendek, tetapi ia sengaja dipendekkan agar mereka yang membacanya berfikir seketika. Ramai yang masih keliru dengan beranggapan, perniagaan internet itu adalah satu cabang yang unik, lain dan […]