Panduan Paypal: Harga Pengenalan Tamat

Alhamdulillah. Dalam dua hari sahaja (tidak sampai 48 jam), iaitu bermula pada 27hb (Jun) malam sehingga 29hb petang, tawaran harga pengenalan RM20.00 Panduan Asas Paypal untuk 50 orang pembeli pertama telah pun dipenuhi. Maka secara automatiknya tawaran ini ditutup, dan harga telah pun dinaikkan kepada RM30.00.

Ada mereka yang terlewat (tidak sempat) untuk melakukan bayaran dengan harga promosi, namun saya tidak membukanya lagi untuk mereka. Saya perlu berpegang pada janji.

Terima kasih saya ucapkan kepada para pembeli bagi fasa pertama pelancaran ebook ini. Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan JV dan agen affiliate kerana membantu promosikan ebook ini.

“Perjalanan” ebook ini masih terlalu muda. Baru dua hari dan akan masuk hari ketiga. Saya berharap dengan wujudnya panduan ini, ia merancakkan lagi bidang perniagaan internet di Malaysia. Malah, Paypal akan masuk ke Malaysia tidak lama lagi dan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Contohnya kelak, pengguna talian Maxis boleh membayar bil melalui Paypal.

Persoalannya, apakah perancangan saya seterusnya untuk projek ebook ini? Buat masa ini, saya mahu berehat seketika dan mahu siapkan beberapa projek lain dahulu. Biar sahaja jualan ebook ini secara autopilot buat sementara tanpa promosi besar-besaran. Selain itu, saya juga mahu fokus kepada promosi Sistem MiniNiaga.

Panduan Paypal Laris

PS. Ada yang tanya saya: “Tiada versi Resell Rights (RR) untuk ebook ini?” Jawab saya ringkas, “ADA. Tunggu makluman saya nanti.” INFO RINGKAS: Peluang RR ini dibuka kepada 28 orang sahaja dan terus terang saya katakan, harganya bukan seperti kebanyakan produk RR lain yang murah-murah. Saya amat ‘sayangkan’ ebook ini dan ia dihasilkan bukan dalam sehari dua atau secara tangkap muat.

PPS. Bagi yang belum menjadi agen untuk produk ini, boleh daftar dengan klik di sini. Komisyen untuk satu jualan adalah RM15.00.

Artikel berkaitan:

PENTING: Tidak Menerima Link Download Ebook?

Makluman kepada pembeli-pembeli ebuku (versi digital), sama ada membeli daripada saya atau mana-mana penjual. Perkara ini penting untuk difahami dan dipraktikkan bagi mengelak salah faham.

Kalau tidak menerima emel link download ebook atau apa jua produk berbentuk digital, cuba lakukan beberapa cara ini:

  1. Semak dalam folder SPAM. Kadang-kadang emel masuk ke situ. Kalau Ya, pastikan klik pada Not Spam pada bahagian atas emel itu agar di lain masa, emel daripada penjual terus masuk ke Inbox.
  2. Emel YAHOO. Elakkan guna emel Yahoo untuk urusan jual beli. Ia terkenal dengan masalah tidak menerima emel.
  3. Hubungi penjual: Emel, SMS atau Facebook (komen di status mereka, Wall atau Send Message).
  4. Jika URGENT dan perlukan “bantuan” atau saranan dengan segera, SMS penjual atau usahawan tersebut. Jangan malu dan segan untuk SMS.
  5. Komen di blog mereka (jika ada).
  6. Jika mereka tidak berjaya dihubungi, cari kenalan mereka. Beritahu masalah anda dan minta bantuan orang itu maklumkan kepada penjual (rakan mereka itu). Biasanya, mereka tahu No telefon dan juga emel peribadi rakan mereka.

Daripada pengalaman saya, ada pembeli yang menghubungi saya selepas seminggu menunggu. Kemudian memarahi saya dan menuduh saya menipu. Padahal, di laman selepas pembelian, telah dinyatakan “sila hubungi kami jika tidak menerima emel link download dalam tempoh 24-48 jam”.

Bagi saya sendiri, kalau saya Online, emel download akan dihantar paling lambat pun 24 jam. Tapi selalunya tidak sampai 3-6 jam untuk kami respon pembelian pelanggan. Pihak saya boleh dihubungi melalui emel dan juga SMS. No telefon akan diberikan selepas pembelian selesai dilakukan.

Bagi proses penghantaran link download secara manual, kadang-kadang penjual juga “terlepas pandang”. Sebab itu pembeli perlu hubungi dengan segera jika tidak menerima link download dalam masa 12-24 jam. Dan sebab itu PENTINGNYA penjual memberikan emel dan No. Tel (SMS) agar pembeli mudah untuk dihubungi. Seperti saya, saya juga boleh dihubungi melalui FB, termasuk emel dan SMS.

Customer Service

Seringkali saya melihat, ramai pembeli yang beremosi (bukan pembeli-pembeli saya), mereka menceritakan masalah mereka di forum-forum secara terbuka.

Padahal, mereka belum menghubungi pihak penjual. Ini merupakan satu tindakan yang tidak adil kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan memburukkan pihak penjual.

Setiap masalah, sama ada disebabkan oleh penjual atau pembeli, kita mesti saling meredhai jika ia berlaku bukan atas sebab disengajakan. Jalan penyelesaian terbaik sentiasa ada. Dan sebagai pembeli, anda punyai hak untuk menghubungi pihak penjual pada bila-bila masa.

Kepada usahawan, peniaga dan penjual, bisnes kita akan menjadi GAGAL jika bahagian sokongan pelanggan diabaikan. Walaupun kita kaya-raya dan untung besar, namun ia adalah kejayaan kita sahaja, bukan kejayaan pelanggan. Perniagaan yang baik adalah sentiasa berusaha untuk memperbaiki bahagian sokongan pelanggan, dari semasa ke semasa.

“Dalam perniagaan, hanya 1/10 sahaja faktor kejayaan terletak pada jualan dan lain-lain faktor. Manakala 9/10 lagi terletak pada sokongan, layanan dan khidmat pelanggan.”

Ebook Panduan Asas Paypal: Jualan Dibuka

Makluman ringkas

Jualan Ebook Panduan Asas Paypal telah pun dibuka. Untuk 50 orang pembeli pertama, harga adalah RM20.00. Selepas cukup 50 orang itu, harga akan dinaikkan kepada RM30.00.

Boleh melihat sepintas lalu isi kandungan ebook ini pada video berikut:

Ebook Panduan Asas Paypal (sepintas lalu)

*Video di atas memang sengaja dikaburkan.* 🙂

Layari laman web ebook ini di: http://www.duitdigital.com

Kepada anda yang mahu menyertai program affiliate, boleh daftarkan diri di sini:

http://www.duitdigital.com/affjv/

Seperti yang anda maklum, Sistem MiniNiaga akan dilancarkan pada pagi nanti (28/6/2010). Anda boleh memiliki ebook Panduan Asas Paypal secara PERCUMA dengan membeli sistem itu melalui link promosi saya.

Harap maklum, terima kasih.

MOHD ZULFADLI (SMARTZUL)

PS. Mengapa anda perlu akaun Paypal? Tonton video sepanjang 8 minit lebih ini:

Mengapa Perlu Akaun Paypal?

Kaya dan berjaya dengan Bisnes Affiliate

“Bisnes Affiliate? Err, bukankah Affiliate itu sebuah program dan bukan bisnes?”

Jawab saya, “Ya, memang betul. Tapi kita juga perlu tahu, bisnes yang sebenar pun boleh menjadi sebuah program jika tidak kena caranya.”

Yang bertanya tadi mula buntu dan keliru.

Saya mula menjelaskan, “Apa sahaja kaedah di dunia ini yang ada produk untuk diniagakan dan ada penjual serta pembeli, maka itulah sebahagian daripada perniagaan. Maka begitulah juga dengan program affiliate, kalau kita serius dan betul-betul merancang, ia boleh menjadi sebuah bisnes yang amat menguntungkan.”

Tiba-tiba dengan spontan beliau bertanya, “Habis, bagaimana pula dengan bisnes sebenar yang boleh menjadi program?”

Saya menjawab ringkas, “Bagaimana tidak begitu, jika empunya bisnes bermalas-malasan sehingga hasilnya amat kecil berbanding mereka yang melakukan ‘program affiliate’ yang mendapat hasil yang amat besar. Sesuatu yang pelik jika bisnes sebenar dikalahkan oleh ‘kaedah picisan’.”

Tambah saya lagi, “Dan jika bisnes sebenar dijalankan dengan kaedah skim cepat kaya, maka jadilah ia sebuah program jana duit, bukan lagi bisnes sebenar.”

Individu tadi mula menampakkan minat. Tanpa sempat beliau berkata-kata, saya menambah lagi, “Walaupun kita hanya digelar sebagai agen affiliate, tetapi jika kita serius dan berfikiran seorang usahawan, kita boleh menjalinkan kerjasama yang utuh dengan pemilik produk yang kita promosikan itu. Lantas kita sudah bergelar rakan niaga, dan bukan lagi agen biasa-biasa. Malah boleh pergi jauh daripada itu jika kita kreatif.”

“Sebenarnya apa sahaja yang kita lakukan, kita sendiri yang akan mendefinisikannya iaitu dengan bagaimana kita melakukannya. Ia boleh menjadi sebuah program atau bisnes sebenar. Jika buat secara ala kadar, maka itulah sekadar buat duit. Jika buat bersungguh-sungguh dan berimpian besar, itulah sebuah empayar perniagaan.”

Beliau terus bangkit berdiri, “Wah, jika begitu saya berminat!”

Entah mengapa beliau begitu teruja. Namun dari kotak pengalaman saya, tindakan sebegitu biasanya berlaku kerana mereka melihat sesuatu dari sudut yang berbeza, malah terlalu unik bagi mereka.

“Saya mahu bermula kembali dan menjadikan affiliate sebagai sebuah bisnes yang menguntungkan!”

Dalam hati saya, “Eh, macam ayat aku saja?”

-Cerita Tamat-

Begitulah kisah ‘ciptaan’ saya. Namun ia tidak mustahil boleh berlaku di dunia sebenar. Ya, selama ini kita mendengar di sana sini bahawa program affiliate hanyalah sekadar program affiliate semata-mata. Tidak lebih daripada itu. Ia sekadar picisan yang tidak dapat menandingi bisnes sebenar.

Continue reading

Lima Pemenang Komen “Terpilih”

Terima kasih kepada 25 orang yang telah mengambil bahagian di dalam memberikan komen “terbaik” sempena pra-pelancaran ebook Panduan Asas Paypal. Seperti tajuk di atas, saya tulis “terpilih” kerana kesemua 25 komen tersebut adalah terbaik.

Sebelum itu, saya ucapkan terima kasih juga kepada mereka yang sekadar membaca dan memberikan sokongan, sama ada rakan-rakan di Facebook dan juga subscribers. Walaupun tidak mengambil bahagian, namun sokongan yang diberikan itu, saya amat berterima kasih.

panduan paypal kad debit

Tanpa melengahkan masa, berikut adalah lima peserta yang terpilih (tanpa megikut turutan terbaik). Anda boleh klik pada nama mereka untuk memabaca komen yang telah mereka tulis.

  1. Izalin Ismail
  2. Abu Jarir
  3. Azlin Yusoff
  4. Zulhilmi Ibrahim
  5. Ijamidayu

Itulah lima peserta yang telah saya pilih berdasarkan komen yang diberikan. Sebenarnya, sukar untuk saya pilih komen yang terbaik, kerana bagi saya semuanya terbaik. Sebab itu saya buka kepada 25 orang sahaja agar saya tidak pening kepala memilih para pemenang.

Beberapa aspek yang saya gunakan di dalam pemilihan pemberi komen “terpilih” adalah keunikan komennya berbanding yang lain, keinginan, keterujaan atau keperluan untuk memiliki akaun Paypal, menerangkan dengan padat mengenai Paypal dan menceritakan kisah unik tersendiri.

Sebagai contoh, Abu Jarir menceritakan mengapa beliau ingin kembali menggunakan Paypal setelah menyesal tidak menggunakannya selama setahun. Azlin Yusoff pula selama ini hanya mendengar dan membaca sahaja mengenai Paypal, dan bertambah teruja apabila mengetahui saya akan terbitkan ebook panduan. Manakala Zulhilmi pula memberi komen yang unik terhadap pakej Panduan Asas Paypal.

Kepada lima pemenang di atas, saya akan hantarkan link download ebook Panduan Asas Paypal dalam masa terdekat. Tahniah saya ucapkan dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Semoga ebook ini memberi serba sedikit bantuan dan manfaat di dalam melebarkan perniagaan yang dilakukan.

Kepada yang tidak terpilih, jangan kecewa. Seperti yang saya nyatakan di Facebook, peserta yang tidak terpilih berhak untuk mendapat diskaun sebanyak 50% daripada harga jualan ebook ini. Jika mahu beli nanti, bayar dengan harga selepas ditolak dengan diskaun. Saya akan sedia maklum dengan merujuk nama anda.

Sekali lagi, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan aktiviti mini ini sempena pra-pelancaran ebook Panduan Asas Paypal.