Facebook Itu Tidak Berguna? Fikirkan Semula…

Facebook… Jika ia dilihat sebagai satu wadah pemasaran semata-mata, maka sempitlah kefahaman kita terhadapnya. Selain ia boleh dijadikan alat pemasaran perniagaan, ada lagi kelebihan lain Facebook (FB) seperti:

1. Berinteraksi dengan lebih rapat dengan usahawan yang lain. Semenjak saya menggunakan Facebook, kenalan saya terutama kalangan usahawan semakin bertambah. Kenalan ini bukan sahaja berinteraksi di FB, malah kami telah berjumpa beberapa kali.

2. Dapat mengetahui sesuatu informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di FB. Mungkin berkaitan kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi.

3. Boleh bertanya soalan yang tertentu. Contohnya jika kita mahu mencari sesuatu tempat yang belum pernah kita pergi, kita boleh bertanya di FB. Jika mahu cari hotel yang berdekatan di tempat tertentu, boleh tanya di FB. Ramai yang akan memberikan cadangan dan maklumat.

Contoh yang lain, saya pernah bertanya cadangan tempat untuk saya berpindah ke KL nanti. Ramai yang memberikan cadangan, termasuklah oleh agen-agen rumah sekali. 😀

4. Dorongan dan motivasi. Sebahagian besar rakan-rakan di FB akan terus menerus menulis sesuatu yang positif. Dan ini amat bagus untuk minda dan motivasi kita.

5. Mendapat perhatian pihak tertentu. Sebagai contoh, saya telah mendapat jemputan untuk memberi ceramah, sesi khidmat runding dan banyak lagi peluang yang tidak terjangka.

Continue reading

Menerbitkan Produk Informasi Yang Asas

Menerbitkan dan menjual produk informasi seperti ebook, audio dan video yang amat asas, ia tidak salah. Walau berapa pun harga yang kita letak. Saya pun tidak pasti sepenuhnya, mengapa ada sesetengah orang, produk informasi yang bagus pun mereka mengkritik teruk.

Alasan pertama, ia tidak salah di sisi Agama (selagi kandungannya ‘halal’) dan cara menjualnya mengikut syariat). Alasan kedua, ia tidak salah di sisi undang-undang. Selain ‘alasan’ tersebut, beberapa lagi alasan adalah:

  1. Tidak semua orang mempunyai masa untuk mencari, mengkaji dan mengumpul maklumat secara sendiri.
  2. Blog: Tidak semua orang tahu kewujudan blog kita. Jadi, artikel yang kita tulis atau informasi yang dikongsikan tidak diperolehi oleh mereka.
  3. Pilihan atau kuasa beli. Jika seseorang mahu membeli, maka itu adalah pilihan mereka. Itu tidak bermaksud mereka malas. Jika kita mengatakan mereka malas, maka perkara lain juga boleh dipersoalkan seperti mengapa tidak masak makanan sendiri dan mengapa beli? Mengapa beli air di luar dan mengapa tidak buat sendiri? Jawapannya adalah, pilihan.

Cuma yang menjadi kesalahan dari segi etika, undang-undang dan hukum adalah penipuan atau tipu daya. Di laman web beritahu lain, dalam produk lain pula isinya. Itu yang pembeli marahkan.

Continue reading

Betulkah Newbie Tidak Hebat?

Baru-baru ini, saya ada menulis satu artikel bertajuk “Aku Bukan Newbie” yang dikhaskan kepada mereka yang melabelkan diri sebagai newbie. Pada asasnya, tidak salah pun mahu menggunakan istilah tersebut sebagai memudahkan penerangan… Tetapi, sampai bila mahu berpangkat newbie?

Di dalam artikel itu, saya senaraikan lebih kurang 15 keburukan meletak diri sebagai newbie. Antaranya, diri akan terus menerus dipergunakan oleh ‘otai’ yang amat suka mengambil kesempatan. Ya, saya terkadang menggelengkan kepala melihat segolongan otai yang asyik mahu ‘membedal’ wang daripada para newbie, tidak kisah otai dari luar negara atau dalam negara…

Dari sudut minda atau psikologi, apabila kita meletak diri kita sebagai newbie, maka kita akan merasakan segala informasi adalah diperlukan. Segala jenis ebook atau produk dibeli kerana diri merasakan terlalu kerdil, amat tidak tahu dan segala macam perasaan. Inilah salah satu sebabnya, ramai yang mudah tertipu dan terus membeli dan terus membeli tanpa ada tindakan yang sepatutnya.

Dengan membuang jauh perlabelan newbie kepada diri, insyaAllah sedikit sebanyak diri kita akan dapat menapis dan menilai apa yang perlu dan apa yang tidak diperlukan. Malah tahap keyakinan diri akan meningkat naik kerana kita sedar, semua manusia adalah sama. Cuma yang berbeza hanyalah dari segi prestasi dan perhasilan sahaja.

Don’t be perfect. Just good enough.

Berbalik kepada tajuk artikel pada kali ini, benarkah seseorang newbie itu tidak hebat? Jawapannya adalah mereka amat hebat. Cuma sahaja kehebatan terpendam mereka itu tidak diasuh, tidak diasah, tidak dicungkil dan tidak dididik oleh seseorang yang mampu membimbing mereka mengeluarkan kehebatan mereka itu.

Continue reading

Ruang JV Ditutup

Salam ceria untuk para pembaca blog ini dan usahawan internet semua.

Saya menerima banyak emel yang menjemput saya untuk bekerjasama (JV), mendapatkan testimonial, review produk dan pelbagai lagi permintaan. Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan kepercayaan kepada saya.

Namun, disebabkan tahun 2009 semakin hampir kepada tirai penutupnya, maka saya tidak dapat lagi menerima sebarang bentuk jemputan atau permintaan buat masa ini sehingga tahun 2010.

Di akhir tahun ini, banyak perkara yang perlu saya lakukan terutama ‘tahun kewangan’ perniagaan saya (bagi tahun 2009) sudah pun cukup setahun. Jadi saya perlu melakukan banyak perkara untuk memastikan perjalanan perniagaan saya lancar pada tempoh yang baru akan datang (2010).

Tip: Untuk lebih maju pada tahun hadapan, lakukan analisa perniagaan untuk satu tahun yang lepas (2009). Senaraikan kelemahan atau kesilapan yang perlu diperbaiki dan senaraikan kekuatan yang masih boleh ditingkatkan. Dan tambah lagi strategi agar pendapatan dapat ditingkatkan beberapa kali ganda.

Selain itu, saya sedang berhempas pulas untuk menyiapkan beberapa produk yang sedang terbengkalai, di samping ada beberapa ‘janji’ yang belum saya tunaikan kepada beberapa orang Internet Marketer seperti review produk, JV dan lain-lain lagi.

Saya seboleh mungkin mahu membantu usahawan-usahawan internet yang lain setakat yang saya mampu. Setakat ini, saya telah membantu ramai usahawan internet dan bilangannya terus bertambah. Saya meletak ia sebagai satu sumbangan ikhlas saya agar usahawan lain turut berjaya di dalam bidang ini, dan saya tidak melihat ia sebagai tujuan bisnes semata-mata. Biarlah Allah yang membalas untuk sumbangan saya itu.

Namun, saya tidak dapat memenuhi semua kehendak orang kerana saya juga perlu fokus kepada usaha saya. Apa pun, saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana telah memberikan ruang kepada saya sejak 3 tahun lepas untuk membantu ramai para usahawan internet walaupun sekadar secebis pandangan.

Akhir sekali, maafkan saya jika ada emel yang tidak berbalas kerana entri (makluman) ringkas ini telah menjawabnya. Saya menulis entri ini secara umum agar bakal penghantar emel akan memahami ‘status’ saya sekarang.

Saya mohon maaf di atas segala kesulitan ini.

Salam kejayaan kepada semua.

ps. Bagaimanalah saya boleh terlupa… SmartUsaha.com telah pun mencapai usia empat tahun pada September lepas! (September 2005 – September 2009). Ish… Macam mana boleh lupa nih. 😀

Terima Kasih

Sebagai seorang manusia, tidak cukup hanya berterima kasih kepada Allah sahaja. Kita juga perlu berterima-kasih kepada manusia.

Seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A.:

“Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak mensyukuri Allah”. (Hadith riwayat Ahmad dan At-Tirmizi. Kata Al-Albani: Sahih)

…dan barangsiapa yang melakukan kebaikan kepadamu, maka balasilah dia, jika kamu tidak dapati apa-apa untuk membalasinya, maka berdoalah untuknya hingga kamu dapati bahawa kamu telah membalasinya”. (Hadith riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i dengan sanad-sanad As-Sahihayn)

Saya tidak akan berada di tahap ini sekarang tanpa ada orang “di belakang” yang menyokong saya, membimbing, menunjuk jalan dan termasuklah yang mengkritik.

Saya ucapkan terima kasih kepada:

1. Mentor-mentor saya yang langsung atau tidak langsung.

2. Penulis-penulis buku yang banyak memberikan input positif.

3. Pemandu-pemandu bas dan kenderaan awam yang membawa saya sampai ke destinasi yang saya tuju.

4. Tukang-tukang masak yang pernah saya makan masakan mereka. Terima kasih kerana ia membuatkan saya terus bertenaga untuk berjuang..

5. Pembaca blog dan tulisan saya. Tanpa anda saya mungkin tiada semangat untuk menulis.

6. Rakan-rakan Facebook dan forum yang pelbagai prinsip. Membuatkan saya semakin matang di dalam menilai erti sebuah hidup dan menjadi diri sendiri.

7. Para pengkritik. Tanpa anda, saya tidak akan tertekan untuk terus berusaha dan memecut ke hadapan. Terima kasih.

8. Para pesaing perniagaan yang menjadikan saya tidak duduk diam untuk terus meningkatkan usaha dari masa ke semasa..

Continue reading