Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ecover Sebegini Memberi Saya RM3000++

Semasa Pakej Kit Blogger (awalnya diberi tajuk Panduan Asas WordPress) dilancarkan dahulu (tahun 2006), inilah ecover yang saya hasilkan sendiri:

wordpress-ebook

Sekarang ni, kalau saya tengok balik ecover ni, saya tersenyum keseorangan.. :)

Manakan tidak, ecover ala kadar ini memberi hasil lebih RM3000 dalam sebulan ia dilancarkan. Walhal pada masa itu bidang perniagaan internet di Malaysia baru nak naik.

MALAH, designer di market tempatan pun susah nak jumpa. APATAH lagi JV partner yang ada list, tak ada. Susah sikit masa tu untuk market Malaysia ni.

Kemudian Nurul (LuvLee – cheapest-design.com) pun menghubungi saya melalui emel dan kami bertukar-tukar pandangan satu sama lain mengenai perniagaan internet. Semenjak itu, sudah tiga kali beliau lakukan design untuk Kit Blogger sehinggalah ke versi sekarang.

*Kalau saya nak buat design lain untuk Kit Blogger lepas ni, saya hanya gunakan khidmat Nurul sebab sejak 2006 lagi dia design untuk saya. Jadi sudah pasti dia sudah faham benar dengan Kit Blogger ni. :D

Ecover Yang “Killer”

Ada orang kata, ecover ebook perlulah cantik dan ‘mantap’, baru hasil jualan akan mantap juga.

Betul ke?

Jawapannya adalah kita kena “track” / analisa.

Ecover yang bagus pun kalau produk tak diperlukan orang (tak ada demand), ecover tu tak memberi kesan terhadap jumlah jualan.

Dan kalau ecover bagus tapi conversion sales letter tak tinggi, tak guna juga.

Kalau ecover cantik tapi trafik rendah, maka sikitlah jumlah jualan.

Apa pun, design ecover hanyalah salah satu faktor. SEBAB kita perlu ingat, banyak lagi faktor yang lain untuk menghasilkan jualan.

Buktinya, ecover “buruk” saya di atas memberi saya hasil lebih RM3000 dalam masa satu bulan. Saya juga tak guna JV partner pun pada masa tu, malah saya hanya ada kurang daripada 2000 orang subsciber sahaja (mungkin kurang lagi rasanya – bawah 1000). Di awal pelancaran pun saya tak ‘setup’ program affiliate.

Sedikit info, saya mula bina senarai emel pada September 2006. Dan saya launch ebook Kit Blogger pada November 2006. Program affiliate pula seingat saya, ia dilancarkan awal 2007.

Jadi, apa yang dapat kita simpulkan di sini? :)

PS. Ini pula ada ebook pertama seumpamanya di Malaysia di arena IM Malaysia dalam Bahasa Melayu:

Ebook percuma ini dilancarkan pada Mac 2006.

Quote for today:

“Yang manis adalah PERJALANAN, bukan HASILNYA.”

-

Bina ASET Anda Sendiri

Ramai Internet Marketer yang baru mempunyai persepsi bahawa mereka perlu dikenali, terkenal dan sudah lama berniaga di internet, maka barulah orang lain nak bekerjasama dengan mereka atau barulah mereka boleh buat duit dengan banyaknya.

Mindset sebegitu salah sama sekali.

Jika anda mahu mendapat perhatian oleh IM senior atau sesiapa sahaja, ATAU berjaya tanpa bantuan sesiapa, anda perlu membina ‘ASET’ anda sendiri. Aset yang saya maksudkan adalah:

1. Blog yang mempunyai trafik yang tinggi
2. Senarai emel (LIST) yang besar & berKUALITI
3. Rangkaian laman web / produk yang berjaya

Saya ada kenali ramai usahawan internet yang tak guna kaedah JV pun, malah mereka tak dikenali pun. TAPI mereka tetap buat duit yang amat lumayan di internet secara diam-diam. Mengapa?

Sebab mereka ada aset mereka sendiri di internet. Sebab itu mereka tidak perlu minta bantuan sesiapa.

Di dalam perniagaan, jika kita sering bergantung harap kepada orang lain, sampai bila-bila lah kita tak akan berdikari. Malah yang paling teruk, kita tidak membina aset kita sendiri.

Incoming search terms:

  • smartzul dikenali dan terkenal

Jangan Berhenti Kerja!

Walaupun menjadi usahawan sepenuh masa itu amat menyeronokkan dan juga bebas, TAPI ia tidak semudah yang disangka. Perancangan dan strategi perlu disusun sebaik mungkin dan ia biasanya perlu mengambil masa.

Jika anda ada mengikut kursus Bengkel Berhijrah dari Makan Gaji oleh Tuan Shamsuddin Kadir (penulis buku, coach, trainer), beliau menyarankan anda berhenti kerja 11 bulan dari sekarang (selepas buat perancangan). Kalau nak tahu caranya, sertailah bengkel beliau.

Sebelum anda berhenti kerja, fikirkan masak-masak. Ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dilakukan seumpama semudah memetik jari.

Banyak perkara yang perlu dianalisa dan dipersoalkan dahulu sebelum berhenti kerja (makan gaji). Antaranya:

1. Mampukah membayar hutang sedia ada dengan pendapatan dengan hasil perniagaan nanti?

2. Mampukah menyara keluarga?

3. Mampukah membayar kos-kos yang wajib seperti bil air, bil api, internet, duit rumah dan duit kereta?

4. Belanja harian makan dan minum.

5. Adakah anda mempunyai dana simpanan (rezab) untuk digunakan sewaktu kecemasan?

6. Ini yang paling penting: Sudah ada asas perniagaan? Sudah berjaya menjana pendapatan di internet? Jika tidak, maka jangan berhenti kerja lagi. Anda boleh buat bisnes internet secara part time dulu.

Bagi diri saya sendiri yang melakukan perniagaan internet sepenuh masa sejak hujung tahun 2005, sebenarnya saya terus terjun ke bidang ini tanpa sebarang persediaan rapi. Pernah poket kosong, makan tak menentu dan macam-macam cabaran lagi. Tapi sebab saya bujang dan tanggungjawab tak banyak, maka ia bukan masalah besar bagi saya.

Selain daripada memang passion saya berniaga di internet, menulis, travel, bercakap (talk, coach, training..), saya juga memang ‘rela berkorban apa saja’ untuk capai cita-cita saya. Maka lagilah saya tidak ada masalah besar dalam keusahawanan.

Saya juga jenis “keras kepala”, “degil” dan langsung tidak ambil kisah apa kritikan orang terhadap usaha perniagaan saya walaupun mereka berkali-kali mencadangkan saya kerja makan gaji. Dunia saya adalah dunia perniagaan.

Dan saya juga adalah jenis “kuat sabar” dan “tahan stress”. Dalam perniagaan banyak cabaran dan ada turun naiknya. Jadi ia memerlukan satu daya tahan yang tinggi. Soalnya, adakah anda memiliki ciri-ciri tersebut?

TAPI keadaan akan jadi berbeza jika anda tiada asas dalam berniaga, tak ada passion, tak ada keinginan untuk berkorban / tekad (determination) atau yang lebih teruk, anda tidak minat berniaga, tapi memaksa diri juga untuk berniaga sepenuh masa. Jangan “gantung diri sendiri”. :)

Last but not least, saya tertarik dengan satu formula ini:

A successful business is created before there is a business – Robert Kiyosaki.

Ia bermaksud, sebelum anda melakukan bisnes secara sepenuh masa, anda sudah tahu apa yang perlu anda buat, apa yang perlu anda jual, apa pasaran anda dan siapa pelanggan anda.

Ingat, berhenti kerja BUKAN perkara yang remeh terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Ikut hati mati, ikut nafsu lesu, ikut akal yang bijak, selamat.

Salam kejayaan!

Rujukan tambahan:

1. http://www.mohdsuhaimy.com/2009/01/06/nak-berhenti-kerja/

Incoming search terms:

  • berhenti kerja
  • persediaan berhenti kerja
  • persediaan sebelum berhenti kerja
  • berhenti makan gaji
  • sebelum berhenti kerja
  • berhenti kerja smartusaha
  • persediaan untuk berhenti kerja
  • cara membuat keputusan berhenti kerja
  • berniaga sambil bekerja
  • apa perlu buat bila nak berhenti kerja

Cerita Saya : Mengejar Impian Membina Sebuah Empayar Perniagaan (1)

Tarikh artikel ini: 9 Julai 2009

Setiap orang memiliki cerita sendiri. Dan berikut ini cerita saya.

Mungkin cerita ini sedikit panjang. Tapi saya berharap ia sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi, semangat dan motivasi. Tidak seperti orang lain, saya tidak banyak kisah kejayaan. Hatta sekarang pun, saya masih ‘bermain-main’ dengan kegagalan. Dan, cerita saya pun tidaklah sehebat cerita orang lain.

Mungkin ramai yang bertanya kisah saya atau cerita saya. Bagaimana saya bermula dan bagaimana saya boleh ‘berjaya’ seperti sekarang. Sebelum itu ingin saya nyatakan, saya belum berjaya sepenuhnya.

Bermula tahun 1996 iaitu semasa tingkatan dua, saya sudah mula minat dengan perniagaan. Tetapi pada masa itu saya 100% buta IT dan komputer. Tetapi peluang pada masa itu yang terbentang luas adalah mail order business.

Setiap iklan di akhbar yang menawarkan peluang perniagaan, semuanya saya cuba dapatkan maklumat secara percuma, malah ada juga yang saya bayar. Duit belanja sekolah saya, saya simpan sedikit dan saya amat jarang makan nasi di sekolah semata-mata mahu membeli bahan rujukan.

Hasilnya… Saya tidak dapat apa-apa. Kebanyakan peluang perniagaan adalah karut, menipu dan hanya indah pada kata-kata sahaja. Saya kecewa. Tujuan utama saya mahu mencari wang tambahan adalah kerana saya tidak mahu menyusahkan keluarga saya dan saya mahu berdikari. Saya pun tidak sangka saya boleh mempunyai fikiran sebegitu pada umur 14 tahun.

Sedikit perkongsian, saya amat sukakan hobi rekacipta sejak umur 14 tahun lagi. Subjek Kemahiran Hidup adalah salah satu subjek kegemaran saya. Malah saya masih ingat, pada darjah 4 (umur 10 tahun) selepas pulang dari sekolah, saya ‘mencipta’ satu ubat menggunakan daun kapal terbang. Saya berbuat demikian sebab cikgu saya kata saya berbakat jadi saintis.

Saya bercita-cita tinggi mahu menjadi seorang perekacipta seperti Zulkifli Haron. Beliau menjadi inspirasi saya. Satu-satunya inspirasi saya pada masa itu. Hidup saya tak lepas daripada merekacipta atau mencuba pelbagai eksperimen sehingga pernah terkena kejutan elektrik. Di sekolah, saya adalah antara orang yang membantu kawan menyelesaikan masalah elektronik.

Itu cita-cita dulu. Tapi selepas tamat sekolah, ia terkubur begitu saja. Saya akan ceritakan bagaimana ia boleh terkubur. Tapi konsep dan pemikiran rekacipta saya tu saya tetap guna sampai sekarang untuk perniagaan saya. Dalam bisnes, kreativiti amat perlu.

Berbalik kepada kisah perniagaan saya sejak sekolah, disebabkan saya akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun 1997, saya meninggalkan terus segala peluang perniagaan yang saya cuba cari tersebut. Syukur, keputusan PMR saya amat cemerlang termasuk bahasa Arab yang mana seingat saya hanya 10 orang sahaja yang dapat A daripada sekitar 40 orang.

Menyebut mengenai peperiksaan bahasa Arab, ingin saya kongsikan sedikit perjalanan usaha saya sehingga mendapat A. Rumah saya di kampung bukanlah besar sangat. Lampu luar (ruang tamu) perlu ditutup pada waktu malam (waktu tidur). Jadi tiada ruang selesa untuk saya mengulangkaji pelajaran.

Sebelah petang pula saya jarang belajar dan membuat ulang kaji kerana saya perlu membantu nenek saya. Kerja-kerja rumah sayalah yang melakukannya seperti memasak dan mengemas. Selepas Asar, saya perlu ke surau untuk belajar mengaji hatta sayalah sorang-sorangnya yang paling berusia di antara yang belajar mengaji. Solat maghrib dan isyak, saya ‘diwajibkan’ solat berjemaah di surau.

Datuk saya amat tegas dalam bab solat dan mengaji Quran. Terima kasih atas didikan Allahyarham datuk saya yang menyebabkan saya pandai dalam mengaji dan amat sensitif dengan soal Agama. Saya tidak sempat membalas jasanya. Tapi saya hanya mampu memandikan jenazahnya sahaja.

*Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek saya sejak kecil lagi. Mak dan ayah saya masih ada. Saya pun tidak tahu sebab saya ‘diambil’ oleh nenek. Mungkin sebab saya cucu sulung dia kot. ;)

Jadi, satu-satunya masa untuk saya mengulangkaji pelajaran hanya pada waktu malam. Dengan sedikit ‘tempias’ cahaya lampu dari dapur yang masuk ke bilik, saya cekalkan hati belajar dalam sedikit kegelapan. Saya tidak boleh menyalakan lampu kerana saya tidak mahu ahli keluarga saya yang sedang tidur.

Pada malam sebelum peperiksaan bahasa Arab, dengan berbekalkan cahaya pelita, saya mengulangkaji apa yang perlu. Alhamdulillah, kebanyakan yang saya ulangkaji amat-amat membantu saya. Seterusnya saya dapat A.

Kehidupan saya yang tidaklah begitu senang membuatkan hati dan jiwa saya semakin berombak-ombak untuk mencari pendapatan sendiri. Namun entah mengapa, saya tidak tergerak untuk mencari peluang perniagaan yang baru. Saya terus melupakannya sehingga saya tamat tingkatan lima (SPM – dapat 9 agregat, top 10 student SPM 1999, Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, Machang, Kelantan).

Namun saya masih ingat. Pada masa itu, saya ada menulis impian untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri yang maju pada masa nanti. Dan sehingga kini, saya masih berhempas pulas untuk merelisasikannya.

Ahli keluarga saya langsung tidak tahu apa yang saya buat. Malah tidak tahu ke mana wang belanja sekolah saya dihabiskan. Saya hanya keseorangan di dalam perjalanan mengejar impian saya yang entah tercapai atau tidak. Impian saya untuk memiliki perniagaan bukan tiga empat tahun lepas, tetapi sejak saya di sekolah lagi (13 tahun lalu : 1996-2009).

Minat Komputer

Saya amat gilakan komputer. Namun untuk menyentuhnya pun saya tidak mampu. Seingat saya semasa tingkatan dua, saya sering melihat ke arah bilik komputer di sekolah. Hendak masuk kursus komputer di sekolah tu, saya tidak berupaya dari segi kewangan. Jadi saya hanya mampu memasang impian sahaja.

Saya beli Majalah PC yang pada masa itu satu-satunya rujukan utama saya dalam ‘melayan’ impian saya. Dan saya beli juga akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Khamis yang mana ada sisipan Megabait iaitu mengenai komputer dan IT. Saya baca dan hanya memahami komputer secara teori sahaja, termasuk berimaginasi. Langsung tidak menggunakannya.

Dan saya masih ingat. Saya sering berulang-alik ke sebuah sebuah kedai buku yang berdekatan dengan sekolah. Apa yang saya buat? Saya ke sana mencuri baca sebuah buku asas komputer. Hendak beli tidak mampu. Malah saya mana ada komputer untuk mempraktikkan ilmu dalam buku tu. Jadi saya baca sahaja dan bermain dengan “khayalan”.

Di perpustakaan sekolah pula, saya mencari buku komputer. Sedih di hati, tiada buku yang berkaitan. Hanya buku mengenai programming BASIC sahaja. Tapi saya layan sahajalah cuba memahami “apakah itu programming?”

Saya juga bertanyakan ibu saudara saya mengenai pengalamannya menggunakan komputer. Saya hanya bermain dengan bayangan sahaja daripada cerita beliau. Saya hanya menyimpan hasrat pada suatu hari nanti saya akan memiliki sebuah komputer. Saya masih ingat lawak saya kepadanya, di mana saya berkata, “Tak apa tak dapat beli satu set komputer terus. Saya akan beli satu-satu bahagian. Beli mouse dulu, kemudian keyboard…”. Kami tergelak kecil bersama-sama.

Pertama Kali Sentuh Komputer

Saya ingat-ingat lupa bila pertama kali saya menggunakan komputer. Tapi seingat saya semasa di kelas Rekacipta semasa tingkatan 5. Walaupun begitu, komputer amat jarang digunakan. Tapi saya rasa puas walaupun menggunakan komputer sedikit-sedikit.

Namun, pada masa tersebut ada satu pusat latihan komputer menawarkan kursus percuma. Saya sama sekali tidak melepaskan peluang itu. Saya belajar yang asas (modul Office). Dan kemudian untuk dapatkan sijil, saya perlu bayar RM5.00. Saya sekali lagi puas sebahagian hajat telah terlaksana.

Kemudian, kawan saya mengajak saya ke ‘Cyber Cafe’. Punyalah ‘baik’ kawan itu, perkara pertama yang dia ajar adalah chatting IRC. ;) Selepas habis masa dia, saya tambah satu jam lagi. Saya mula ketagih internet. Saya keseorangan di situ. Selepas kali pertama itu, saya sudah pandai ke situ seorang diri. Tapi dengan satu hajat utama. BUAT DUIT.

Pada masa itu, saya masih menyimpan dua keping disket mengenai cara buat duit melalui internet. Disket itu sudah berusia 3 tahun pada masa tersebut yang mana saya beli pada tahun 1996. Bayangkan, disket yang saya dapat tu, tiga tahun kemudian baru saya buka dan dapat baca sepenuhnya.

Namun hati sekali lagi kecewa. Tiada maklumat khusus bagaimana buat duit di dalam disket tersebut. Yang diberi hanya link laman web sahaja. Dia hanya menyatakan sumber, tapi tidak diajar bagaimana untuk buat.

Tapi saya melihat ia secara positif. Sekurang-kurangnya mata hati saya sudah mula terbuka dan tahu bahawa di internet ada “lombong emas” yang boleh menghasilkan duit untuk saya.

Satu-satunya perkara yang amat membekas di hati saya yang menyebabkan saya tekad untuk berubah dan mencapai kejayaan adalah “saya berkongsi makan sebiji telur goreng dengan nenek saya dan ‘berkuah’kan budu sahaja dengan nasi kosong”. Saya masih ingat keadaan itu sehingga sekarang dan saya tidak mahu ia berulang lagi.

Berita terkini: Nenek saya telah meninggal dunia pada November 2010.

Perjalanan saya begitu panjang. Hatta sekarang pun saya masih terus berusaha mengejar impian. Ramai orang menganggap saya begitu mudah mencapai tahap sekarang. Sama sekali tidak.

Banyak ranjau yang telah saya lalui. Hanya hati yang tabah sahaja mampu mengharunginya. Bukanlah bermaksud orang lain termasuk anda perlu melalui ranjau dan susah tersebut. Ia adalah cerita saya, bukan cerita anda. Hidup ini penuh warna warni. Ada manis, ada pahit.

Saya sudah banyak kali rebah, tapi saya tetap perlu bangkit walaupun hanya mampu merangkak. Masih ada impian yang belum dicapai, tetapi saya akan terus mengejarnya.

bersambung…

Incoming search terms:

  • cerita orang berjaya
  • cerita perniagaan
  • cerita perniagaan berjaya
  • cerita saya
  • cerita cerita orang berjaya dunia
  • kisah kejayaan perniagaan
  • kisah perniagaan
  • kisah perniagaan usahawan malaysia
  • kisah perniagaan internet
  • kisah perniagaan berjaya

Home Office (Ruang Pejabat di Rumah)

Kali ini tiada artikel yang panjang. Saya hanya letak beberapa imej Home Office yang saya dapatkan dari beberapa laman web untuk tatapan kita bersama.

cat_homeoffice1

Sumber: http://www.vastudc.com/furn.php?cat=4

05-home-office-storage-lg

Sumber: closettailors.com

homeofficet

Sumber: http://www.caltronoffice.ca/homeoffice_axiom.html

Kemas, teratur dan tersusun rapi bukan? Nak buat kerja pun tak berserabut. Susunan sebegitu sudah pasti memberikan hasil dan produktviti yang positif dan memberangsangkan.

Bagaimana pula ruang home office anda?

Harap-harap tidaklah sampai macam ni:

perniagaan-internet :lol:

Sumber:
http://photos1.meetupstatic.com/photos/event/8/7/8/d/highres_7414701.jpeg

ps. Zamri Nanyan telah melancarkan produknya iaitu “Four Weeks To Freedom”. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Incoming search terms:

  • ruang pejabat
  • gambar ruang pejabat
  • pejabat di rumah
  • pelan ruang pejabat
  • cat rumah terkini
  • pejabat dirumah
  • contoh pelan ruang pejabat
  • office di rumah
  • cat ruang pejabat
  • pelan bilik pejabat

Teknik Membina Senarai Emel Dengan Cepat

Terdapat banyak cara untuk membina senarai emel. Cuma yang membezakan di antara kesemua teknik itu adalah cepat atau lambat sahaja.

Bagi anda yang mahu membina senarai emel besar dalam masa yang singkat, sudah pasti ada caranya. Kelebihan membina senarai emel yang besar dalam tempoh masa yang cepat adalah anda boleh mula menghasilkan keuntungan dalam masa yang singkat.

Seorang usahawan internet iaitu saudara Suhairi dan melalui Team beliau sendiri (Team Aspirasi Cyber) telah mengeluarkan satu panduan bagaimana untuk mengumpul emel secara sah dan cepat. Saya telah pun membaca panduan ini dan saya berpuas hati dengan kandungannya.

Teknik yang beliau kongsikan adalah kaedah yang beliau gunakan sendiri sehingga memberikan beliau hasil yang begitu banyak dalam tempoh yang singkat. Salah satu pendapatan beliau yang tinggi adalah komisen untuk promosi pakej rahsia clickbank yang mana jumlah komisen yang beliau dapat sebanyak RM13,000.

Itu baru satu kejayaan dan belum lagi dengan hasil pendapatan beliau yang lain dengan hanya menggunakan promosi melalui emel sahaja.

Berita buruknya… Beliau hanya akan membuka peluang sehingga 8 Julai 2009 ini sahaja untuk anda mendapatkan panduan tersebut. Selepas itu beliau akan fokus memberikan bantuan (training) kepada mereka yang telah mendapatkan panduan itu.

Usah menunda lagi untuk mengaplikasikan teknik pemasaran emel kerana ia terbukti memberikan hasil yang besar kepada kebanyakan usahawan yang menggunakan cara ini.

Anda boleh dapatkan panduan tersebut melalui link berikut:

http://malaysiasoho.com/binalist

Dapatkan segera dan belajarlah daripada beliau yang mengetahui apa yang berkesan untuk meraih hasil yang besar.

Buat Duit Dengan Idea Mudah

Antara ‘produk mini’ saya adalah Sistem DPP dan juga Sistem EZSurvey.

===

Sistem DPP adalah satu sistem ringkas untuk melindungi page download produk digital dan Sistem EZSurvey pula adalah satu sistem survey simple untuk melakukan survey ringkas dengan satu soalan.

Kedua-dua produk ini terhasil daripada idea spontan saya dan idea-idea ini dicatat dalam satu buku idea saya sebelum ia direalisasikan:

idea-sistem-dpp

idea-ezsurvey

Sebahagian bukti hasil jualan (Sistem DPP):

sales-dpp

Harga Personal Use Sistem ini adalah RM15.00. Jika 10 jualan hasilnya RM150.00, jika 20 jualan hasilnya RM300.00. Dan begitulah seterusnya..

Lihat. Idea mudah, atas satu muka surat buku catatan kecil, memberikan hasil ratusan bahkan ribuan ringgit tanpa perlu mengeluarkan peluh.

Produk informasi adalah produk yang terbaik untuk anda cuba dan ceburi terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang kerana kosnya yang amat rendah.

Sebagai contoh produk Sistem DPP di atas, kosnya hanyalah:

1. Masa untuk develop sistem dan panduan penggunaan (dokumentasi)

2. Masa untuk menulis surat jualan (saya biasanya ambil masa paling kurang satu malam sahaja untuk satu surat jualan).

3. Bayaran untuk design imej produk (ecover). Untuk sistem DPP, kos design hanya RM50.00 sahaja sebab saya hanya tempah design ecover produk sahaja. Lain-lain imej saya gunakan imej / template yang dibeli dari internet.

Itu sahaja modalnya. Untuk hasilkan sistem tersebut, saya hanya guna perisian NotePad sahaja untuk lakukan programming PHP yang simple. PHP adalah open source dan tidak perlukan lesen. Begitu juga banyak perisian NotePad yang percuma boleh didapatkan di internet.

Domain dan hosting pula saya gunakan subdirektori sahaja dan hosting sedia ada sahaja:

http://malaysiasoho.com/sistemdpp

Jadi kos untuk projek Sistem DPP adalah kurang daripada RM100.00. :)

Pelajaran yang dapat disimpulkan daripada artikel kali ini:

1. Jangan perlekehkan idea yang kecil, mudah dan remeh. Ramai yang fikirkan projek besar dan mega, tapi hasil pun tak ada. Mulakanlah dari projek-projek kecil dan setapak demi setapak hasilkan projek yang lebih besar.

Katakan anda ada 10 ‘produk mini’ dan setiap satu memberikan hasil RM100.00 sebulan. Jumlah pendapatan daripada semua produk mini itu untuk sebulan adalah RM1000.00. Ok lah kan? Rezeki tu. Tak baik tak bersyukur. Orang lain kerja siang malam nak dapatkan RM1000, kita yang mudah dapat duit sebanyak tu pun tak reti-reti nak bersyukur. Jangan terasa nooo.. :D

2. Catat apa saja idea yang spontan. Rujuk balik idea itu di masa terluang kelak.

3. Produk informasi terbukti produk yang rendah kosnya dan besar margin keuntungannya.

4. Just do it! Saya yakin ramai yang memiliki idea dari sekecil-kecil hingga sebesar-besar idea. Namun akibat takut untuk mencuba dan lemah untuk bertindak, maka idea hanya tinggal idea. Anda tidak perlukan motivasi pun untuk bermula. Sebaliknya anda hanya perlu lakukan sahaja (ya, sudah pasti perlukan ilmu dan perancangan).

5. Guna apa saja yang ada. Lihat saja produk Sistem DPP yang menggunakan subdirektori dan domain sedia ada sahaja tetapi mampu menghasilkan jualan tanpa perlu menggunakan domain yang khas.

6. Jangan fokus pada kesempurnaan (no perfection), tetapi utamakan kepada TINDAKAN. Tak ada benda yang sempurna di muka bumi ini termasuk diri kita sendiri! Kalau kita dah tak sempurna, apatah lagi benda yang kita hasilkan / reka. Kita hanyalah makhluk biasa. Yang sempurna hanyalah ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala sahaja.

Penting: Kualiti dan Kesempurnaan adalah dua perkara yang AMAT BERBEZA. Tidak sempurna bukanlah bermaksud tidak berkualiti. Kita mesti berusaha untuk hasilkan produk yang berkualiti / yang boleh digunapakai / yang bermanfaat. Harap dapat bezakan dua perkara tersebut.

Sekarang, saya harap anda semakin yakin, bersemangat dan berminat untuk melakukan perniagaan produk digital / informasi di internet. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Jangan, jangan, jangan sesekali beralasan. Cuba fikirkan “apa yang patut aku lakukan sekarang?”.

Belajar, buat, belajar dan buat sampai berhasil. Mulakan dengan belajar dan kemudian lakukan tanpa rasa berputus-asa. Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk berjaya, namun ada jalan untuk memudahkan kejayaan dicapai. Hanya dengan ilmu yang betul dan usaha yang tidak putus-asa dapat membawa kita ke arah keberhasilan sesuatu usaha.

“Kejayaan bukan satu kebetulan!”.

ps. Saya ada puluhan idea yang saya catat di dalam buku catatan idea saya. Satu persatu akan saya realisasikan. Ingin tahu apa fungsi buku sebegini selain mencatat idea? Sila baca artikel Bagaimana Untuk Fokus di sini. Bacalah artikel itu yang mungkin akan merubah sedikit hidup anda sepertimana ia telah membantu saya di dalam perniagaan internet.

pps. Lepas tulis artikel ni, dapat pula satu idea spontan. Oh! :lol:

-

Incoming search terms:

  • siapa saharol
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)