Sebenarnya saya sudah lama merancang untuk membuka satu ruangan soal jawab mengenai perniagaan internet, komputer dan apa saja soalan berbentuk teknikal.
Cuma yang membuatkan saya terfikir, bagaimana caranya? Perlukah guna blog yang sedang anda layari ini? Atau bina satu blog baru khas untuk soal jawab, atau buat satu forum? Yang pasti, saya tidak akan buat forum sebab ia terlalu mengambil masa dan saya akan ‘lost control’. Buat masa ni, saya lebih terarah kepada membuka satu blog yang khas..
Selama ini, saya banyak juga membalas emel daripada pengunjung blog ini. Soalan-soalan mereka ada berkaitan dengan idea bisnes, cara promosi, strategi perniagaan, motivasi, hal teknikal dan pelbagai lagi.
Dan saya rasakan, adalah amat rugi jika saya tidak kongsikan jawapan saya tersebut kepada orang lain kerana:
1. Yang tahu hanya seorang dan bukan ramai orang (yang bertanya saja tahu). Jadi bagi yang bertanya selepas ini, saya akan jawab emel secara peribadi tapi dalam masa yang sama saya kongsikan dengan orang lain di blog soal jawab.
2. Saya rugi masa. Jika 100 orang tanya soalan yang sama, saya perlu taip emel jawapan yang sama kepada mereka. Ia satu kerja yang kurang produktif padahal ada cara yang lebih menjimatkan masa. Berbeza jika saya meletak jawapan terhadap persoalan itu di blog soal jawab, maka saya hanya perlu berikan mereka link URL sahaja untuk mereka rujuk dan baca.
InsyaAllah, setelah saya buka ruangan soal jawab ini, saya akan umumkan. Tapi bermula pada hari ini, anda dah boleh hantar soalan kepada saya menggunakan contact form di atas atau guna emel ini:
soaljawab@smartusaha.com
Segala emel dan persoalan, cepat atau lambat saya jawab, ia tiada jaminan. Ya lah.. Dah nama percuma, maka saya cuba yang terbaiklah ya. Doakan saya agar ada masa dan kesempatan untuk menjawab persoalan anda.
Walaupun saya sibuk dengan pelbagai projek, tapi saya tetap akan cuba meluangkan sedikit masa untuk berkongsi ilmu dan membantu mana yang saya mampu dan sempat. InsyaAllah, ruangan soal jawab ini adalah percuma sahaja.
Niat saya adalah ikhlas dan saya anggap ia sebagai satu bentuk ‘khidmat saya kepada masyarakat’. Itu saja yang saya mampu lakukan setakat ini. Bagi saya, untuk membantu orang lain, tak semestinya dengan duit. Membantu dengan ilmu pun boleh juga, malah ia lebih berguna berbanding memberikan duit.
Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang diamalkan, disebar dan dikongsi-kongsikan dengan orang lain.
Wassalam.
ps. Lupa nak bagitahu. Ada offer terhad TAMAT malam ni:










Komen Terkini