Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Ebook Rahsia RM1.00 Akan Direalisasikan

Idea ebook Rahsia Satu Ringgit ini sebenarnya hanya idea spontan saya sahaja semasa menulis satu artikel sebelum ini. Saya ni banyak sangat idea, kadang-kadang datang secara spontan dan di mana-mana sahaja.

Saya ada satu buku idea dan ia penuh dengan macam-macam idea yang belum sempat lagi dilaksanakan. Dah ada beberapa produk yang telah berjaya direalisasikan. Produk-produk seperti EZsurvey, Panduan FTP, Sistem DPP, semua itu adalah idea-idea ‘spontan’. Kalau nak idea ebiz, saya boleh consult anda. :D

*Anda wajib ada buku idea. Ia penting untuk anda fokus dan memastikan idea anda tidak hilang begitu saja. Boleh baca artikel saya bertajuk Perniagaan Internet: Cara Untuk Fokus untuk tahu cara menguruskan idea.

Berbalik kepada tajuk di atas, setelah meluangkan sedikit masa, akhirnya saya telah menggariskan pengisian untuk ebook ini. Ebook ini berbentuk “short report” sahaja.

Tapi saya belum pasti untuk menjualnya atau memberinya secara percuma sahaja. Tengok keadaan atau mungkin ada strategi lain untuk saya terima bayaran. Mungkin buat back end. Saya juga akan rangka strategi agar anda dapat jadi agen affiliate. Komisen bukan RM1.00, tapi lebih daripada itu.

Excited punya pasal, draf ecover pun dah siap. Terima kasih kepada Mazlie (www.VirtualNiaga.com) untuk ecover yang amat cun berikut:

rahsia satu ringgit

Ebook ini akan diterbitkan mungkin pada pertengahan bulan Mei nanti setelah projek-projek perniagaan Internet sedia ada saya sekarang selesai.

Adios.

Incoming search terms:

  • maksud direalisasikan
  • perniagaan seringgit
  • rahsia duit seringgit
  • rahsia formula buat duit
  • rahsia jadi kaya
  • rahsia seringgit

Ebook dan Video PERCUMA!

Update: Produk Utama Duit Mania telah dilancarkan. Klik di sini.

Ammar Zahar telah melancarkan ebook dan juga video percuma khas kepada anda yang baru ingin memulakan perniagaan Internet atau buat duit di Internet.

freereport-done-med

Ebook percuma ini adalah rentetan kepada pelancaran produk Duit Mania beliau pada 29 April 2009 ini.

Anda boleh download ebook ini dan mendaftar untuk mendapatkan video tersebut di sini:

http://malaysiasoho.com/duit-mania

Rahsia RM1.00

Saya yakin sudah ramai yang mahu menjana pendapatan di Internet. Sekarang macam-macam panduan menembusi pasaran Internet Malaysia iaitu cara-cara buat duit di Internet.

Persoalan yang terlintas di fikiran saya adalah, mengapa perlu target pendapatan yang besar terutama para newbie? Bagi saya, tak wajar ke kalau dapat RM50 pertama, kemudian RM100, RM200, RM300 dan seterusnya sedikit demi sedikit dan semakin meningkat?

Saya tinggalkan anda dengan persoalan ini. Bagi saya, tidak perlu target yang besar-besar di kala baru bermula sama ada empat atau lima angka. Dapatkan dahulu RM1.00 yang pertama dan kemudian rancang serta usaha lagi untuk menggandakan hasil tersebut. Pastikan tidak terlalu teruja dengan mereka yang menjanjikan anda pendapatan besar dalam masa yang singkat.

Mereka yang mendapat empat angka atau lima angka telah mengambil tempoh masa tertentu sebelum mendapat hasil tersebut. Paling kurang pun dalam satu hingga tiga bulan. Itu pun jika ada kemahiran komputer dan Internet. Terus terang saya katakan, kalau anda tiada asas kemahiran sebegini, perlu ambil masa sikit.

Kesimpulan: Cuba dapatkan ‘RM1.00′ yang pertama dahulu. Rata-rata usahawan Internet bermula dengan hasil yang kecil dan kemudian meningkat sedikit demi sedikit. RM1.00 ini sebenarnya ada dua maksud iaitu nilai RM1.00 itu sendiri dan kedua ia bermaksud jumlah hasil yang masuk akal (realistik) bagi diri masing-masing. Mungkin RM10.00, mungkin RM50.00.

Pendapatan saya yang pertama bernilai RM5.00. Itu pun untung kurang lebih dalam RM2.00. Dan sikit-sikit bertambah dan bertambah. Yang penting adalah ILMU, bukan target yang besar. Ilmu itulah yang akan menentukan sejauh mana kita bertahan dan banyak mana kita dapat. Target memang perlu, tapi kalau ia tak realistik, memang ia akan menekan kita.

Jika belum ada ilmu yang diperlukan, belajarlah dulu. Ilmu yang ada di dada adalah satu aset yang amat penting. Dengan ilmu itulah kita akan buat duit berulang-ulang kali tanpa rasa susah. Berbeza dengan hanya rasa teruja di hati, tapi target lima angka hanya tinggal angan-angan.

Ukurlah baju di badan sendiri.

Sekian.

ps. Saya nak tulis satu ebook bertajuk Rahsia RM1.00. Ok tak? :D

Sertai Saya di Google Friend Connect

Jika anda perasan, saya dah letak widget Google Friend Connect di bahagian sidebar blog ini seperti berikut:

google-friend-connect

*Scroll down blog ini dan anda akan nampak bahagian Google Friend di atas.

Apa yang perlu anda lakukan adalah klik pada Join this site untuk menyertai saya di samping ber’connection’ antara satu sama lain.

Buat masa ini saya tak dapat ulas lagi mengenai aplikasi ini. InsyaAllah di lain kali. Cuma apa yang saya nampak, ia ada konsep viral. Jika anda sertai Google Friend di mana-mana blog atau website, kelebihannya adalah pada anda kerana diletakkan URL blog anda.

Mudah cerita, ia meninggalkan jejak dan bersifat win-win situation antara satu sama lain (blogger sesama blogger). Mungkin aplikasi ini lebih kurang sama dengan Mybloglog.

Bagaimana nak letak?

Buat masa ni jika blog WordPress pasang sendiri, perlu masukkan kod secara manual. Copy kod yang diberikan dan paste ke dalam bahagian widget Text blog anda. Bagi pengguna blog blogger.com, ia sudah tersiap sedia.

ps. Jangan lupa join di Google Friend saya.

Kaedah 5W + 1H

Antara kaedah untuk menentukan produk yang perlu kita jual adalah kaedah 5W dan 1H iaitu What, Who, Where, When, Why dan How.

1. What (Apa):

Apakah masalah yang wujud dan perlukan penyelesaian?

Apakah penyelesaian tersebut?

Apakah produk yang sesuai dijual?

Apakah yang betul-betul dimahukan oleh golongan sasaran?

2. Who (Siapa):

Siapa target untuk produk tersebut?

Siapakah yang akan disasarkan? Ada tahap umur atau usia? Atau golongan tertentu seperti para profesional, usahawan, pelajar dan sebagainya..?

Siapakah pesaing yang menjual produk untuk masalah ini?

3. Where (Di mana):

Di mana tempat yang sesuai untuk mempromosi?

Di manakah biasanya tumpuan golongan yang disasarkan tadi berkumpul? Forum? Blog tertentu?

4. When (Bila/Masa):

Bilakah masa yang sesuai untuk mempromosi?

Adakah masalah ini bermusim, berjangka pendek atau panjang?

5. Why (Mengapa):

Mengapa masalah tersebut wujud?

*Mengetahui punca masalah memudahkan kita mencari penyelesaian (menentukan produk) kerana tugas kita adalah menyelesaikan punca tersebut.

6. How (Bagaimana):

Bagaimana cara mempromosi yang berkesan untuk menjual produk ini kepada golongan tadi?

Bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan maklumat kepada golongan sasaran tersebut?

Saya hanya menyenaraikan beberapa soalan sahaja sebagai contoh dan pembuka idea untuk anda. Selebihnya anda cuba senaraikan sendiri.

Incoming search terms:

  • kaedah 5W 1H
  • 5w1h
  • kaedah 5w1h
  • 5w 1h
  • kaedah 5W
  • cara-cara usahawan mendapat idea
  • kaedah 5w ih
  • 5ws ;contoh
  • kajian literatur teknik soalan dan responses 5w 1h
  • siapa golongan sasaran dalam perniagaan

Mengapa Belum Berjaya?

Sempena hari jumaat, saya tulis artikel untuk kita sama-sama muhasabah diri mengapa kita belum capai kejayaan yang kita mahukan..

1. Kebanyakan manusia tidak bersyukur apa yang mereka miliki. Potensi dan kelebihan yang ada dirasakan belum cukup sehingga mereka menunda untuk berusaha. Inilah salah satu maksud tidak bersyukur sehingga akhirnya mereka menyalahkan takdir atau nasib.

Di dalam surah Ar-Rahman, Allah berulang-ulang kali bertanyakan, “Maka nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan?”. Mari kita sama-sama muhasabah diri, apakah kelebihan yang ada pada kita tetapi kita tidak menggunakannya untuk mencapai kejayaan dan menjadi insan yang disayangi oleh Allah?

Ramai orang terus menerus meminta sesuatu dengan Allah yang kononnya belum ada pada mereka. Padahal ia telah ada dalam diri mereka. Cuma sahaja mereka tidak cuba menggali dan mengenali potensi diri mereka.

Namun wujud persoalan, bagaimana untuk mengetahui potensi diri jika diri sendiri tidak dapat mengenalpasti kebolehan/potensi tersebut?

Jawapan kepada persoalan ini Allah telah menjawabnya di dalam Al-Qur’an iaitu: “Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kalian tidak mengetahui (An-Nahl:43)“. Tanya dan belajarlah dengan mereka yang boleh membantu mengenalpasti potensi, bakat atau kemampuan anda.

Jadilah orang yang bersyukur dan seterusnya asah kelebihan yang ada pada diri sendiri tersebut. Allah sudah sempurnakan kejadian kita dengan dikurniakan dengan kelebihan tersendiri. Cuma perlu belajar, mengasahnya dan berusaha dengan betul. Sebab itu kena berguru. Baru mudah untuk berjaya.

2. Potensi atau bakat atau kelebihan pada setiap insan perlu digunakan semaksima dan sebaik mungkin (sudah pasti untuk jalan yang diredhaiNya – halal dan berkat). Kita tidak boleh salahkan orang lain jika kita tidak berjaya. Allah jadikan setiap orang dengan kelebihan masing-masing. Gunakanlah ia untuk kejayaan diri sendiri termasuk untuk manfaat orang lain.

Pendek katanya, kenalpasti apakah potensi dalam diri anda dan gunakannya ke jalan yang betul untuk meraih kejayaan dan kecemerlangan hidup yang diredhaiNya.

Bersempena artikel kali ini, saya berikan contoh bagaimana dua orang berikut menggunakan potensi yang mereka ada dan juga membuat keputusan serta bertindak untuk merealisasikan impian mereka.

Sila tonton dua video di bawah.

Video 1: Paul Potts (Juara Britains Got Talent Musim Pertama). Daripada orang biasa, kini telah berjaya menjadi penyanyi opera yang amat berjaya. Ya, sudah jadi seorang jutawan.

Klik URL berikut untuk melihat video:

http://www.youtube.com/watch?v=1k08yxu57NA

Video 2: Susan Boyle (Peserta Audition Britains Got Talent 2009) – Bakal Juara?? Di’ramal’kan beliau yang akan menjadi juara pada kali ini. Oh ya, beliau berumur 47 tahun. :)

Klik URL berikut untuk melihat video:

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY

Walau mereka nampak ‘selekeh’, tapi mereka berusaha untuk menggunakan potensi dan kebolehan yang ada dalam diri mereka dan terbukti ia berjaya ‘memukau’ jutaan orang di seluruh dunia. Keinginan mereka amat tinggi dan tidak gentar untuk mencuba.

Secara ringkas, kita boleh ambil pelajaran seperti berikut:

1. Walau apa pun usia kita, tiada erti terlambat untuk memulakan sesuatu atau mencapai kejayaan yang besar. Mungkin walau hanya seminit kejayaan tersebut dicapai, ia mungkin satu titik tolak kepada perubahan besar untuk orang lain. “Berjaya walau sesaat untuk menjayakan atau memberikan perubahan baik terhadap orang lain”.

Dalam konteks Islam, mungkin kebaikan “seminit” yang anda lakukan memberikan imbalan yang tidak putus untuk anda di dalam alam kubur kelak dan memberikan manfaat kepada orang lain untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Ia satu perkara yang amat bagus berbanding tidak berbuat apa-apa.

2. Membuat keputusan. Dua insan tersebut membuat keputusan untuk mencapai apa yang mereka mahukan. Jika mereka tidak membuat keputusan, mereka pasti akan terus berada di takuk yang lama atau kebolehan mereka hanya terbiar begitu saja.

*Walau pun contoh di atas adalah bidang hiburan, namun kita ambil sudut yang positif. Saya bukan mahu mengajak anda menjadi penyanyi/artis, tapi saya ingin menyatakan unsur positif sebagai pelajaran. Sesuaikan unsur positif yang saya huraikan di sini untuk bidang yang sedang / akan anda ceburi.

Mereka berdua telah membuat keputusan untuk mencapai apa yang mereka mahukan dan bertindak untuk meraihnya dengan menggunakan kelebihan/potensi yang mereka ada. Kita pula bagaimana?

“My dream is to spend my life doing what I believe I was born to do – Paul Potts

Susan Boyle ditanya dalam satu sesi temubual: “What made you go in for this, because you’re a shy person. What made you push yourself forward for this?”

Jawap beliau: “Basically I wanted to fulfil a wish to my mother, I wanted to do something with my life. Not only that but I think I had a bit more to offer.”. – Susan Boyle

Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi seorang yang pengalah kerana Allah jadikan semua insan untuk menjadi seorang PEMENANG walau hanya sekadar berjaya untuk diri sendiri. Bangkit dan berjuanglah. Buatlah sesuatu untuk merubah hidup dan diri anda. Do something!

Ringkasan…

Setiap kali seseorang insan meminum air yang begitu nikmat, sedap dan lazat, kebanyakan mereka tidak mensyukurinya walau hanya sekadar ucapan alhamdulillah.

…Maka nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan? Banyak sekali… Gunakanlah potensi yang anda miliki untuk manfaat diri, keluarga, Agama dan negara. Allah jadikan kita bukan untuk saja-saja. Potensi dan kelebihan anda, ada dalam diri anda. Serlahkan ia, gunakan ia.

Jika anda dilanda cabaran, masalah dan ujian, anda perlu berusaha untuk menjadi pemenang. Jadi kena banyak sabarlah. Never give up, teruskan usaha. Seorang pemenang atau orang yang berjaya biasanya banyak sabar. Kalau dapat sesuatu tanpa usaha dan sabar, tak syok lah kan? ;)

Kita dilahirkan untuk MENANG. Buktinya? Di dalam Al-Qur’an tidak ada satu ayat pun Allah menyuruh kita menjadi seorang yang kalah atau gagal! Jadi? Anda tahu apa jawapannya dan anda tahu apa yang perlu anda lakukan.

Wassalam.

Untuk menang atau berjaya ada caranya, kalau kalah atau gagal ada sebabnya.”

Incoming search terms:

  • kelebihan surah ar rahman
  • fadhilat surah ar rahman
  • rahsia surah ar rahman
  • fadilat surah ar rahman
  • kebaikan surah ar-rahman
  • bagaimana usahawan menghadapi kritikan
  • kelebihan surah ar-rahman
  • faedah baca surah al-rahman
  • fadilat ar rahman
  • cabaran usahawan muslim di masa depan
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)