Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

567

Akan Terbit..

Akan terbit dalam masa terdekat..

1. Panduan Kuasa Forum

ecover32

2. Teknik Mudah Affiliate

panduan-affiliate

Kedua-dua produk ini akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada Nurul (http://www.cheapest-design.com) untuk kedua-dua design ecover di atas.

Incoming search terms:

  • pejabat pos malaysia
  • akan terbit
  • CARA MENULIS DI SAMPUL POS EKSPRES
  • wifi adapter dari pc ke pc lain di malaysia
  • bisnes pos
  • harga sampul pos ekspres
  • pos hadiah hari jadi

Seminar Perniagaan Ebook

Bagi mereka yang sudah biasa dengan bidang perniagaan internet, tidak sah kalau tidak kenal Shuth iaitu pemilik SempoiHosting.com dan pengasas forum terbesar perniagaan internet, WangCyber.com.

Beliau mempunyai beberapa laman web perniagaan internet dan di antaranya adalah:

.

1. Ebook Maskahwin Yang Hilang

2. Ebook Perniagaan Produk Fizikal

3. Ebook Rahsia Kambing (Shuth hanya penerbit Ebook ini)

Ada lagi produk lain, tetapi sempena dengan seminar beliau yang pertama, saya hanya senaraikan produk ebooknya sahaja seperti di atas.

Setahu saya, Shuth (atau nama sebenarnya Mohd Suhaimy) adalah antara orang terawal yang mula menjual Ebook di pasaran Malaysia. Malah saya sendiri banyak terinspirasi dengan pemuda yang kacak hensem ini (oh, muda lagi ke?). :D

Bagi anda yang ingin mengikut jejak langkah beliau, bolehlah sertai seminar anjuran beliau sendiri iaitu Seminar Perniagaan Ebook. Seminar pertama ini akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Mac 2009 (Ahad)

Tempat: Hotel Quality, Kuala Lumpur.

Bayaran: RM267.00

Ambillah peluang ini untuk belajar secara bersemuka. Kalau anda join seminar ni, pastikan tanya sampai anda faham mengenai perkara yang anda kurang jelas. Nanti balik dari seminar, barulah anda nampak dan jelas apa yang perlu dilakukan.

Perniagaan Ebook Sepintas Lalu..

Ebook pertama saya adalah Pakej Kit Blogger iaitu Panduan Blog WordPress. Alhamdulillah, sejak dari dulu sampai sekarang, jualan tetap ada.

Perniagaan ebook amat menyeronokkan. Kita hanya perlu lakukan sedikit kerja sahaja di peringkat awal dan kemudian hanya fokus kepada promosi dan pemasaran sahaja. Ia adalah satu jenis pendapatan pasif.

Bagi anda yang tiada banyak masa, perniagaan ebook adalah pilihan yang amat sesuai untuk anda kerana ia boleh diautomasikan. Anda hanya perlu luangkan masa beberapa jam sahaja sehari seperti untuk menyemak pesanan dan emel support pelanggan.

Ingin saya katakan, perniagaan Ebook bukan satu cerita dongeng, penipuan atau sebagainya. Dunia sekarang adalah dunia maklumat atau lebih dikenali sebagai K-Ekonomi. Semua manusia mahukan maklumat dengan pantas dan cepat agar mereka terus dapat meningkatkan diri mereka tanpa menggunakan banyak masa.

Dari situ, anda yang tahu sesuatu perkaralah akan dapat memenuhi kehendak-kehendak mereka tersebut dengan menulis ebook dan menjualnya kepada mereka yang memerlukannya.

Tak ada orang nak beli? Ini soalan yang tak perlu ditanya kerana di luar sana begitu ramai orang mahukan maklumat! Mereka tidak kisah perlu bayar atau tidak. Tak percaya? Pergilah ke kedai buku. Begitu ramai yang beli buku, majalah dan sebagainya. Buku atau majalah itu juga adalah produk informasi (ebook juga produk informasi).

Sekali lagi saya ulangi, perniagaan produk informasi seperti ebook akan terus bertahan lama selagi mana manusia perlukan maklumat untuk meningkatkan taraf hidup mereka, memenuhi keperluan mereka dan menyelesaikan masalah mereka.

Jika anda sudah jelas secara kasar apa itu perniagaan ebook, maka tidak salah untuk anda mencubanya. Kalau tak mahu belajar sendiri, sertailah Seminar Perniagaan Ebook oleh saudara Shuth.

Incoming search terms:

  • seminar perniagaan ebook

Ebook Percuma: Perniagaan ‘Resell Rights’

Semalam dalam masa lebih kurang dua jam, saya sempat menulis satu ebook panduan ringkas mengenai perniagaan Resell Rights.

Saya tulis panduan ringkas ini sebab sering menerima pertanyaan yang sama. Ini menunjukkan masih ramai yang keliru dan tidak tahu apa itu resell rights.

Sila klik di sini untuk download panduan ringkas resell rights ini.

Secara mudah dalam panduan ini saya terangkan apa itu resell rights dan perkara yang perlu diketahui jika mahu lakukan perniagaan model berasaskan resell rights ini.

Semoga bermanfaat.

ps. Dapatkan produk-produk resell rights dalam satu harga. Sila klik di sini.

Incoming search terms:

  • ebook percuma resell right
  • ebook resell right
  • resale right percuma
  • resell right ebook malaysia

Penghantaran Pakej 101 – Batch Pertama

Hari ini saya telah hantar DVD Pakej 101 kepada mereka yang melakukan pesanan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kiranya batch pertama lah.

pos-ekpress

So far sambutan boleh tahan. Saya tak nak buka peluang ini kepada ramai orang sebab kerja-kerja penghantaran ni cerewet sikit. Kadang-kadang sesetengah pejabat pos sukar sikit nak dapat stok sampul Pos Ekspress dalam kuantiti yang banyak. Terpaksalah cari sampai dapat.

[Setahu saya ada mereka yang jadi pembekal sampul Pos Ekspress. Kalau anda ada contact, bagitahu saya ya.]

Saya suka guna Pos Ekspress ni sebab ia mudah, murah dan cepat. Tapi jika sudah tiada pilihan, Pos Laju akan menjadi alternatif.

Setakat ini jualan Pakej 101 masih lagi dibuka. Saya tahu ramai yang minat, tapi gaji belum masuk. :D Apa pun, doa-doakanlah agar anda sempat membelinya sebab ia boleh tamat pada bila-bila masa sahaja.

Jika berminat, sila ke laman jualan Pakej 101. Klik di sini.

[DVD hanyalah sebagai medium penghantaran sahaja. Pakej 101 bermaksud himpunan produk-produk resell rights dan harga jualan adalah harga hak jualan (resell rights), BUKAN harga DVD. Sebab itu tinggi harganya. Harap maklum agar tidak salah faham.]

ps. Sedang memikirkan satu lagi bonus yang tak masuk akal untuk pembeli Pakej 101. :D

Incoming search terms:

  • perniagaan penghantaran

WiFi + WiMax

WiFi – Rangkaian internet tanpa wayar. Digunakan biasanya di sesebuah organisasi, premis perniagaan, IPT atau di rumah.

WiMax – Rangkaian broadband seperti Celcom 3G.

Dipendekkan cerita, saya menggunakan Wimax sebagai talian internet saya di rumah. Dan untuk memudahkan kerja tanpa perlu memasang kabel dari alat Wimax ke komputer/laptop, saya telah setup WiFi. Ini gambarnya:

wifiwimax

Dengan adanya WiFi, saya boleh mengakses Internet sama ada dari dalam atau luar rumah sekitar jarak 200 meter jauhnya tanpa menggunakan walau seinci kabel.

*Harga router (yang warna putih tu) dalam RM95.00. Harga router bergantung kepada jenama. Wireless Router inilah nadi utama kepada WiFi.

**Untuk guna WiFi, laptop anda perlu wireless enabled atau PC anda perlu ada wireless device.

Saya tak dapat nak ulas lebih lanjut sebab saya bukanlah tahu sangat hal ini. Saya hanya tahu setup saja, tapi nak explain susah sikit. :D

Sekian. Sekadar perkongsian.

ps. Jualan Pakej 101 masih lagi dibuka. Sila klik di sini.

Incoming search terms:

  • wifi pasang 3g modem
  • kelebihan wimax
  • pemasangan wifi di rumah
  • cara membuatwifi
  • 3 dalam 1 wayar laptop
  • nak pasang wifi di rumah
  • pakej motivasi doktor azizan di jb
  • pasang wifi celcom di rumah
  • pasang wifi tanpa guna telefon
  • pasang wifi tanpa talian telefon

Jualan Promosi Terhad: Pakej 101

Pakej 101 merupakan satu projek saya di mana saya akan melakukan jualan promosi bagi kesemua produk-produk saya pada satu harga yang lebih rendah berbanding membeli satu persatu produk tersebut.

Untuk percubaan kali pertama ini, saya hanya membuka peluang kepada 50 orang sahaja. Maklumat lanjut sila ke laman web berikut:

http://smartusaha.com/pakej101

Anda akan mendapat lima buah produk resell rights berikut:

1. Pakej Kit Blogger

2. Video Panduan Upgrade Blog WordPress

3. Panduan Mudah FTP

4. Sistem DPP

5. Sistem EZSurvey

Jumlah harga versi resell rights untuk kesemua produk di atas adalah bersamaan RM310.00. Tetapi melalui jualan promosi ini, anda akan mendapat harga yang lebih rendah dalam satu harga sahaja. Rujuk laman web jualan promosi untuk mengetahui harganya.

BONUS

Saya akan berikan anda dua buah bonus yang AMAT ISTIMEWA. Nilai bonus ini melebihi harga yang anda bayar untuk membeli Pakej 101.

Untuk mengetahui apakah dua bonus tersebut, sila ke laman web promosi:

http://smartusaha.com/pakej101

Kepada mereka yang telah menjadi reseller kepada kesemua produk di atas, sila hubungi saya untuk mengetahui cara mendapatkannya tanpa perlu membayar harga Pakej 101.

- smartzul

| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)