Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Pakej Kit Blogger (versi Resell Rights)

Pakej Kit Blogger versi Resell Rights.

Melalui versi Resell Rights, anda berhak untuk menjualnya dengan apa sahaja harga yang anda mahu dengan syarat RM45.00 dan ke atas.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Saya Menyepikan Diri?

Sejak post pertama pada 1/1/2009, saya terus ‘menyepi’ diri tidak menulis di blog ini. Itulah yang menjadi persoalan kebanyakan pembaca tetap blog ini.

Soalnya, benarkah saya menyepikan diri?

Jawapannya adalah tidak.

Jadi, apakah yang sedang saya lakukan?

Saya tak dapat kongsikan apa yang sedang saya lakukan sekarang dan mengapa saya tidak menulis dengan rancak seperti sebelum ini. InsyaAllah, kelak anda akan tahu sebabnya. :D

Perkembangan Semasa…

Pada bulan ini (Januari), saya akan fokus kepada pelancaran lesen hak jualan (resell rights) Pakej Kit Blogger secara rasmi walaupun sudah ada mereka yang mendapatkannya tanpa menunggu pelancaran ini.

Kepada mereka yang berminat, saya akan lancarkan dalam masa terdekat. Jadi, pastikan anda tidak terlepas peluang terhad ini.

Kemudian, pada bulan-bulan seterusnya, saya akan keluarkan produk demi produk. InsyaAllah.

Apa yang dapat saya katakan, pada bulan Januari ini, saya tidak mahu begitu rancak. Saya ada perancangan saya sendiri.

Jadi, kepada pelawat tetap blog ini, terima kasih saya ucapkan kepada sokongan anda semua. InsyaAllah, blog ini akan dikemaskini selalu seperti dulu. Tunggu saja masanya. :)

Wassalam.

Azam Tahun Baru?

Pertama sekali, saya ucapkan selamat memasuki tahun baru 2009. Seperti biasa, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru. Semestinya ia sesuatu yang bagus. Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.

Tapi saya pada kali ini tidaklah begitu berkobar sebab pandangan saya pada kali ini sedikit berbeza. Bagi saya, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan deadline (tarikh/masa) untuk pencapaian yang dimahukan.

Hakikatnya, kita tidak perlu terlalu melihat kepada tahun baru untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya kita perlu tentukan atau rancang ‘deadline’ untuk kita capai apa yang kita mahu. Tahun baru hanya set hari yang terhimpun dalam 12 bulan untuk kita lakukan sesuatu kerana ia merupakan rujukan keseluruhan manusia.

Salah satu kekurangan jika menjadikan tahun baru sebagai garis permulaan untuk perubahan adalah tahun baru hanya tahun sahaja. Hakikatnya ia adalah tarikh dan bilangan hari yang terus bergerak ke hadapan. Semalam dan yang lepas telah pergi selamanya, yang ada adalah sekarang dan akan datang.

Tidak kisahlah tarikh yang kita mulakan, sama ada 1/1/2009, atau pertengahan Januari tahun baru ini, yang penting adalah bilakah target/deadline azam atau matlamat kita tersebut perlu dicapai.

Apabila kita menetapkan deadline, maka kita akan nampak berapa lama tempoh yang ada untuk kita berusaha. Kelebihan lain merancang deadline adalah kita akan lebih mudah merancang pengisian untuk mencapai matlamat tersebut.

Deadline tersasar?

Ia bukan satu masalah besar. Seperti mana kata Dr. Irfan Khairi di dalam bukunya, jika deadline matlamat kita tersasar, maka tambah tempoh atau tentukan semula deadline yang baru.

Tetapkan / Rancang Tindakan

Tidak guna menetapkan matlamat atau azam yang begitu bagus di atas kertas jika tiada perancangan tindakan (action planning). Tindakan perlu ditentukan dan ia perlulah tindakan yang betul dan ditetapkan pada masa yang sesuai.

Katakan deadline satu matlamat anda adalah pada 1/10/2009, maka anda perlu melakukan sesuatu dari tarikh permulaan sehingga ke tarikh akhir tersebut (deadline). Untuk memudahkan, pecahkan projek yang besar kepada tindakan-tindakan yang kecil sepanjang tempoh tersebut.

Sebab Untuk Bertindak = Momentum

Di dalam merancang matlamat, kita perlu jelas dua perkara iaitu APA (WHAT) dan juga MENGAPA (WHY). Apakah matlamat tersebut dan mengapa kita perlu capai matlamat tersebut.

Apabila kita jelas terhadap matlamat yang ditetapkan dan mengapa ia perlu dicapai, maka momentum untuk bertindak akan wujud. Sebagai contoh, anda mahu mendapatkan RM50,000.00 dalam masa 6 bulan (apa) KERANA anda ingin bebas dari hutang yang sedang ditanggung (mengapa).

Jadi, jangan saja-saja meletakkan azam dan matlamat tanpa jelas mengapa dan untuk apa matlamat tersebut. Pada contoh di atas, matlamat anda adalah mendapatkan wang sebanyak RM50,000 dalam masa 6 bulan dan sebab yang memerlukan anda mencapai matlamat tersebut adalah anda mahu hidup tenang tanpa dikuasai oleh hutang. Tanpa jelas mengapa, maka anda tidak ada sebab untuk bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Konsep Asas Tetap Sama..

Mungkin ada yang tertanya, “apa yang akan berlaku pada tahun ini dalam bidang perniagaan internet?”. Tidak dapat dinafikan, mengenalpasti trend semasa memang memberi manfaat. Tetapi hati-hati dengan cerita kosong oleh segolongan yang hanya mahu melariskan produk mereka sahaja.

Konsep di dalam perniagaan tetap sama sahaja sampai bila-bila iaitu memenuhi apa yang manusia perlukan. Proses pemasaran juga sama iaitu anda perlu dapatkan trafik dengan menggunakan strategi tertentu. Jika anda perhatikan, banyak teknik pemasaran yang diguna sejak 10 tahun lepas, masih tetap berkesan digunakan pada masa kini. Cuma perlukan pengubahsuaian sedikit agar sesuai dengan keadaan semasa.

Dan yang berubah mungkin dari segi peraturan dan undang-undang oleh pihak tertentu seperti peraturan iklan Adwords, atau polisi di Ebay. Perubahan dalam bentuk lain adalah wujudnya landasan pemasaran yang ‘baru’ seperti Facebook dan lain-lain. Walaupun wujud platform baru, namun konsep asas pemasaran padanya tetap sama.

Jadi anda jangan terlalu termakan dengan cerita-cerita kosong yang begitu banyak di internet yang kononnya berlaku perubahan besar pada setiap tahun dalam bidang Internet Marketing. Hakikatnya ceritanya lebih kurang sama sahaja.

Kesimpulan:

1. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

2. Daripada fokus kepada satu tahun penuh, lebih baik menumpu kepada deadline bagi setiap matlamat atau perkara yang ingin dicapai. Masa untuk mencapai sesuatu tidak semestinya pada tahun yang baru, malah mungkin deadlinenya adalah pada tahun seterusnya.

3. Pencapaian perlulah dimulakan dengan pencapaian yang kecil-kecil dahulu dan diikuti dengan pencapaian yang semakin besar. Ini adalah psikologi minda.

Bayangkan, anda tidak pernah mencapai RM1000 dalam masa satu bulan, tapi matlamat tahun baru mahu mendapat RM10,000 dalam masa satu bulan, maka ia adalah amat ‘mustahil’ bagi diri anda. Walaupun ia boleh dicapai, tetapi ia sedikit sukar sebab wujud halangan minda iaitu ‘keyakinan dalaman’. Sebab itu kita sering mendengar, matlamat perlulah realistik.

Di sini tidak wujud soal kebanyakan perkara tidak mustahil dicapai. Tetapi hakikatnya setiap pencapaian adalah satu proses. Untuk capai sesuatu yang besar, ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit (berperingkat).

Contohnya untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang, sudah semestinya proses pembelajaran perlu berperingkat dan ia bermula dengan tidak tahu langsung, kemudian sedikit tahu dan bertambah dari semasa ke semasa. Sebaliknya bukan terus menjadi pakar.

Sekali lagi, utamakan proses selain daripada sentiasa teruja untuk mencapai matlamat. Jika proses betul, maka matlamat akan tercapai.

4. Projek yang besar boleh dipecah-pecahkan kepada tindakan atau ‘task’ yang kecil. Ini membuatkan kita lebih bermotivasi dan tidak cepat letih/bosan sebab kita perlu lakukan sedikit demi sedikit. Sebaliknya bukan terus menerus menyiapkan keseluruhan projek dalam satu masa.

5. Tukarkan fikiran “saya perlu siapkan projek ini” kepada fikiran “bila saya perlu siapkan projek ini (deadline)?” Fikiran “perlu siapkan projek ini” akan menyebabkan anda melihat projek sebagai satu perkara yang besar yang mungkin boleh melemahkan motivasi anda. Sebaliknya fikiran menetapkan deadline akan membolehkan anda merancang sebaik mungkin (perancangan secara berperingkat).

Banyak lagi perkara atau konsep yang boleh dibincangkan mengenai cara mencapai matlamat. Jika mahu dibincangkan, memang terlalu banyak.

Namun secara mudah, anda perlu tetapkan PROSES yang perlu anda lakukan. Proses itu adalah berperingkat dari satu langkah kepada satu langkah sehinggalah kepada pencapaian yang besar dan hebat.

Semoga maju jaya!

| Panduan Buat Blog Wordpress | Panduan FTP | Sistem Survey |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)