Saya melihat, kebanyakan daripada kita mengikut bulat-bulat apa yang orang lain buat. Style dan corak di dalam idea perniagaan Internet seringkali ditiru bulat-bulat seolah-olah itulah standard atau syaratnya.
Di dalam dunia Resell Rights, saya dapati ada satu kesilapan besar yang dilakukan oleh semua orang, bahkan termasuk saya sendiri (sebelum ini).
Sebelum saya menulis lebih panjang, ingin saya nyatakan bahawa tulisan ini lebih mengaitkan produk yang berkualiti tinggi yang tidak sesuai diberi secara percuma atau dijadikan sebagai bonus kepada produk lain.
Kita sering melihat, begitu banyak produk yang bagus-bagus dijadikan bonus kepada produk lain, digabungkan dalam satu pakej, dijual dengan harga yang teramat rendah, bahkan yang lebih teruk diberikan secara percuma.
Kejadian-kejadian seperti ini sering melanda produk-produk versi Resell Rights (RR, MRR, PLR). Sehingga pada satu masa, saya kembali berfikir, apakah semua yang telah berlaku ini?
Akhirnya saya sedar dan dapati, kita telah terpengaruh dengan style dan kaedah perniagaan sedia-ada. Ia bukan tidak bagus, tapi lama-kelamaan akan memberikan kerugian yang besar. Persaingan sengit dan kotor, penyalahgunaan, reseller tidak mengikut syarat dan sebagainya.
Antara masalah dan kekurangan yang saya perhatikan ialah:
1. Perubahan Ecover, Sales Letter dan Design Website yang menyebabkan kekeliruan para pembeli. Malah akan merosakkan kualiti produk. Bayangkan daripada design yang bagus, kemudian ditukar oleh reseller menjadi design yang buruk.
2. Perletakan harga yang tidak selaras. Kesannya akan berlaku persaingan yang tidak sihat walaupun ia memberikan motivasi untuk bersaing.
3. Pengedaran produk yang berleluasa. Hal ini terjadi apabila produk resell rights itu diberi hak edaran percuma. Padahal dalam masa yang sama, ia boleh dijual. Pelik bukan?
4. Tiada kawalan daripada pihak pengeluar produk. Mereka ini biasanya goyang kaki dan tidak banyak membantu para reseller. Akibatnya, berlakulah pelbagai masalah yang tak terjangka.
Idea “Era Baru”
InsyaAllah, selepas ini (untuk produk yang akan datang) saya akan melaksanakan ‘sistem’ atau teknik lain daripada cara biasa untuk apa-apa produk resell rights saya. Antaranya:
1. Harga perlu sama untuk semua reseller. Tidak boleh kurang atau lebih.
2. Tidak boleh ubah Ecover, design website dan sales letter. Namun boleh tambah bonus. Saya sama sekali tidak akan membenarkan reseller saya mengubah design produk dan laman web untuk produk saya. Segala aspek sebegini akan dilakukan oleh pihak saya atau perlu berbincang dengan saya dahulu.
3. Saya (pihak pemilik produk) juga perlu bertanggungjawab membantu reseller untuk apa-apa perkara yang perlu.
4. Tidak akan meletakkan kebolehan produk untuk diberi sebagai bonus. Saya melihat ini satu cara yang tidak adil kepada reseller lain yang menjualnya secara berasingan, padahal orang lain menjadikannya ia bonus. Pemberian kebenaran sebagai bonus ini bagi saya seperti “menikam diri sendiri”.
5. Tidak akan meletak kebenaran hak pengedaran percuma. Tak guna menjual produk yang mana ia boleh diberikan secara percuma. Ia satu keadaan yang begitu dan jelas kontra (bertentangan) dengan prinsip perniagaan.
Untuk memahami idea-idea ini, anda ambil contoh seperti syarikat TMNet atau company MLM. Ahli berdaftar dengan mereka tidak boleh menaikkan atau menurunkan harga sewenang-wenangnya. Malah, warna, bentuk atau design produk adalah 100% sama untuk semua agen atau reseller.
Kemudian, para pembeli produk tadi semuanya akan direkodkan di sistem syarikat selain direkod oleh agen atau reseller sendiri. Apa yang ingin saya katakan, sebahagian besar aspek penting tadi adalah secara berpusat.
Jika ada yang mengatakan kalau idea sebegini tidak sesuai dipraktikkan untuk dunia perniagaan Internet akan, saya nafikan tanggapan tersebut. Ini kerana pasaran Internet teramat luas dan setiap masa pasti ada orang baru di dalam pasaran.
Kesilapan dalam Pemahaman
Kebanyakan orang melihat bahawa apabila mereka membeli produk Resell Rights, maka itu adalah produk mereka. Padahal yang mereka beli adalah lesen atau hak menjual. Produk itu bukan milik mereka. Jadi di sini, mengapa perlu diubah design produk dan sebagainya?
Seperti yang saya katakan sebelum ini, tidak semua produk kita perlu melakukan cara baru yang saya cadangkan. Lihat dan bergantung kepada ‘skala’ atau ‘saiz’ produk tersebut. Kalau ia sesuai dibenarkan untuk dijadikan bonus, maka silakan. Jika ia sesuai untuk diubah designnya, maka lakukan.
Pakej Kit Blogger adalah satu-satunya produk saya yang amat komprehensif dan bernilai. Saya amat menjaga mutu produk ini sepanjang masa. Ia tidak boleh digabungkan dengan apa-apa produk atau servis dan tidak boleh dijadikan sebagai bonus untuk mana-mana produk. Apatah lagi diedar secara percuma.
Saya memang tegas dalam polisi bisnes saya. Telah ada beberapa reseller yang melanggar syarat telah ditegur oleh saya. Saya tidak memilih atau menganak-tirikan sesiapa apabila ia berkaitan dengan bisnes. Saya akan berterus-terang apa yang patut dan perlu.
Jika anda mempunyai produk yang teramat bagus, jagalah dan lindungilah baik-baik. Ia adalah aset anda.
Wassalam.
Incoming search terms:
- affialiate jual ebook malaysia
- blog jual e-book
- jual beli pasif dan batil
- penyalahgunaan internet dalam bidang perniagaan


Jika anda salah seorang usahawan yang mahu hentikan bisnes servis anda, tunggu dulu. Pesan saya, jangan terburu-buru mengikut hati dan perasaan. Cuba anda lihat perkiraan berikut:
Strategi 1: Hanya terima pelanggan yang serius sahaja
Kemudian, anda pun mengeluarkan pelbagai produk yang berkaitan atau tidak berkaitan dan anda tawarkan kepada bekas pelanggan anda tadi. Mereka beli atau tidak? Ya atau tidak, itu lain cerita. Tapi hakikatnya mereka telah mengenali dan meyakini diri anda. Mengapa? Kerana kepakaran web design anda itulah yang telah “mencangkuk” mereka agar kekal dan mengenali anda.











Komen Terkini