Blog Perniagaan Internet: SmartUsaha.com

Saya Akui Mereka Hebat

Sebagai seorang pelajar IT dan menjurus kepada bidang perisian, saya terasa tercabar juga dengan Team Flarebiz yang baru sahaja melancarkan produk terbaru mereka iaitu Niaga Kit.

Masakan tidak tercabar, walaupun mereka bukan pakar IT, tapi mereka berjaya mencipta satu Sistem yang teramat mengkagumkan hati saya. Malah saya yakin, sesiapa pun akan terpegun seketika.

Saya tahu, di awal pagi ini dan pada hari ini, anda akan menerima emel daripada ramai Internet Marketer yang masing-masing ‘merasuah’ anda dengan bonus-bonus yang pelbagai.

Bagi saya, walaupun tanpa bonus, Sistem Niaga Kit sudah memadai dan berbaloi untuk dimiliki dengan caj yang dikenakan. Malah bagi saya, caj itu terlampau murah! Saya yakin, pasti ada freelancer atau web developer tertentu akan naik angin dengan harga murah ini.

Dengan Niaga Kit, anda mampu untuk memulakan perniagaan internet terutama produk fizikal tanpa perlu pening kepala membina laman web sendiri. Sebaliknya:

  1. Tentukan produk yang ingin dijual
  2. Sediakan maklumat produk seperti info dan imej
  3. Sediakan maklumat diri anda
  4. Cadangkan nama domain yang ingin digunakan
  5. Team Flarebiz akan siapkan sistem shopping cart anda. Mereka janji siap dalam masa 24 jam!.

Hanya beberapa langkah mudah itu sahaja, anda mampu memulakan perniagaan internet dengan menggunakan konsep shopping cart.

Anda boleh lihat contoh shopping yang dibina dengan sistem Niaga Kit di sini:

http://demo.niagakit.com

Sebenarnya sistem sebegini berasaskan kepada WordPress. Tetapi Team Flarebiz begitu bijak dan sudah pasti meluangkan masa yang lama untuk ‘customize’ sistem agar lebih kemas, cantik dan efisyen.

Antara contoh sebuah web shopping cart yang akan anda perolehi adalah seperti KuihTradisional.com. Ia juga berasaskan kepada sistem WordPress. Tetapi ingin saya katakan, tidak semua orang tahu melakukan customization. Ia sangat teknikal. Saya orang IT ini pun mengambil masa yang lama untuk setup satu-satu sistem.

Jadi, jika sudah ada sistem yang hebat seperti Niaga Kit, buat apa membazirkan masa cuba melakukan sendiri? Bayar sahaja dan kemudian ia akan siap. Bayaran untuk Niaga Kit adalah termasuk domain name dan juga hosting. Malah design grafik lagi. Memang tak wajar harga sebegini murah. :) 1

Saya rasa inilah masanya bagi anda yang sedang mahu memulakan perniagaan internet dengan menjual beberapa buah produk pada satu laman web.

Bagi saya, inilah produk terbaik yang pernah IM Malaysia keluarkan. Salute!

Untuk dapatkan sistem ini, sila klik di sini.

BONUS: Disebabkan produk ini begitu mahal bagi sesetengah orang, maka saya rasa amat wajar memberikan Pakej Kit Blogger secara percuma bagi sesiapa yang membeli Niaga Kit melalui link affiliate saya.

Saya hanya memberikan Kit Blogger sahaja sebab ia ada kaitan dengan Niaga Kit iaitu sistem WordPress.

Jadi beli melalui link ini, maka anda akan menerima Pakej Kit Blogger secara percuma. Bagi yang sudah memiliki Pakej Kit Blogger dan mahu memiliki Niaga Kit, saya akan berikan kupon bernilai RM50.00 kepada anda untuk membeli mana-mana produk saya.

Bonus ini akan ditutup setelah 200 kuota tempahan Niaga Kit tercapai.

*Berikan saya masa untuk menghantar link doewnload bonus.

ps. Oh ya, harga RM500 hanya untuk 50 orang yang pertama sahaja. Dan servis Niaga Kit akan ditutup buat seketika apabila 150 tempahan seterusnya telah dipenuhi dengan harga RM640.

Tak perlu bina sendiri, tak perlu bazir masa, tak perlu menangguh. RM500 adalah MODAL untuk mewujudkan sebuah perniagaan internet dan seterusnya menjana pendapatan tanpa batas di Internet.

Incoming search terms:

  • sistem mereka produk baru

Awas: Kit Blogger Akan Lebih Menyengat Pasaran Malaysia!

Sudah lama saya tidak berbicara mengenai “core product” saya ini, iaitu Pakej Kit Blogger.

Untuk pengetahuan anda, saya akan lakukan dua fasa pengemaskinian Pakej Kit Blogger setelah sekian lama “terbiar” begitu sahaja.

Fasa 1: Menggunakan imej eCover yang sama dan update pada Ebook Utama.

Fasa 2: Siri Kedua! Tunggu sahaja masanya.

Untuk fasa 1, ia dijangka siap dalam masa terdekat. Dan sempena dengan itu, saya akan membuka semula lesen hak jualan produk ini. Anda perlu tahu, begitu ramai yang menghubungi saya bertanyakan produk ini masih dibuka hak jualan atau tidak.

Setelah memikirkan beberapa perkara, saya mengambil keputusan untuk membuka semula peluang ini buat kali terakhir (kemungkinan). Saya sama sekali tidak akan membuka kepada ribuan orang kerana produk ini memang sentiasa panas, laku dan diperlukan.

Tak percaya? Lihat sahajalah arena politik di Malaysia. Penangan blog telah membuatkan beberapa pihak terbuka mata terhadap blog kerana selama ini mereka melihat sebelah mata sahaja.

Lantas hal ini menyebabkan blog semakin terkenal dan menjadi satu topik yang hangat di kalangan rakyat Malaysia pada masa sekarang. Saya bukanlah minat politik, malah hakikatnya blog bukan hanya untuk politik, tapi ia amat berkesan sekali untuk perniagaan dan pemasaran.

Dipendekkan cerita, anda perlu menjadi Reseller produk ini jika anda rasa mampu memasarkannya. Saya tidak mahu usahawan internet yang saja-saja beli Pakej Hak Jualan ini dan jadikan sebagai hiasan di dalam komputer. Saya mahu anda jual.

Marilah bersama-sama saya untuk mendidik rakyat Malaysia memiliki blog sendiri terutama para usahawan dan peniaga yang masih begitu ramai tidak menggunakan blog sebagai medium pemasaran. Ya, masih ramai!

Jadi inilah peluang untuk anda menarik mereka dengan menjadikan Pakej Kit Blogger sebagai satu panduan kepada mereka bermula dari asas.

Fasa 2 Perubahan Kit Blogger

Untuk fasa dua ini, Kit Blogger “siri kedua” akan diterbitkan yang mana ia tiada kaitan dengan versi Kit Blogger sekarang. Versi sekarang lebih kepada newbie atau starter.

Lain dengan versi fasa ke-2, saya telah merancang kandungan yang lebih ‘hebat’ dan tidak hanya menumpu kepada newbie semata-mata. Dan, bagi fasa kedua ini, mungkin hanya program affiliate sahaja yang akan dibuka, tiada resell rights.

Apakah isi kandungan Kit Blogger Siri Kedua ini? Tunggu dan lihat. :) 1

Harapan

Saya amat yakin, dengan kerjasama reseller dan para agen affiliate, saya amat yakin beribu-ribu orang lagi akan berjaya memiliki blog dot com sendiri. InsyaAllah. Hanya kepadaNYA kita berserah.

Klik untuk paparan lebih besar.

Jadi jangan lepaskan peluang menjadi Reseller produk ini. Anda pasti berpuas-hati. Saya akan umumkan dalam masa terdekat tawaran ini walaupun sudah ada yang membayar awal-awal sebab takut terlepas!

Sila lihat setiap screenshot emel berikut. Klik pada setiap imej untuk paparan lebih jelas:

testimoni kit blogger

Dan banyak lagilah emel pertanyaan yang lebih kurang sama. Setakat ini jika tak salah saya, sudah dua orang membuat bayaran tempahan awal walaupun saya belum melakukan promosi lagi. Dan yang lain sudah tak sabar menunggu. :D 1

Jika anda berminat dan ingin membuat tempahan berbayar, sila hubungi saya melalui contact form di atas. Harganya adalah RM150.00. Seperti biasa, reseller akan mendapat material berkaitan. Pada tahun 2007, 100 copy lesen hak jualan sold out dengan harga RM137.00 setiap satu lesen.

Untuk menjadi reseller, ada beberapa syarat yang diutamakan:

1. Saya galakkan mereka yang serius dan tahu asas-asas Internet Marketing

2. Tahu asas perkara teknikal seperti HTML dan laman web

3. Sudah atau akan memiliki blog dot com sendiri.

Syarat-syarat di atas ditetapkan sebab pengalaman saya di dalam menjual produk resell rights, ada para reseller yang tiada langsung asas dalam IM dan juga asas teknikal. Sepatutnya untuk menjadi usahawan internet, asas-asas yang penting teramat lah perlu dimahiri.

ps. Anda juga boleh dapatkan versi Personal Use untuk tujuan belajar: Panduan Bina Blog dot Com.

pps. Ada beberapa projek yang saya sedang cuba siapkan sekarang termasuk kemaskini Pakej Kit Blogger.

Khidmat Design Laman Web

Jika anda mahu memiliki laman web perniagaan internet anda tanpa perlu membinanya sendiri, anda boleh dapatkan khidmat daripada VirtualNiaga.com.

Untuk pengetahuan anda, VirtualNiaga.com sudah memulakan perkhidmatan ini sejak 2006 lagi, tapi dihentikan buat sementara hampir 1 tahun lebih. Tapi kini perkhidmatan dibuka semula.

Jika anda mahu melihat portfolio, buat masa ini tiada lagi kerana kami mahu memulakan semula dari ‘zero’. InsyaAllah, sebagai alternatif kami akan sediakan beberapa contoh design laman web.

Sila ke http://www.virtualniaga.com untuk maklumat lanjut.

Team VirtualNiaga akan berurusan dengan anda.

Harap maklum.

-Team VirtualNiaga
Penyedia Pakej Laman Web

Incoming search terms:

  • khidmat design blog
  • design laman blog

Anda Wajib Ada Gravatar!

Sila scroll ke bawah untuk membaca artikel terkini.

Gravatar adalah satu imej yang akan terpapar pada bahagian komen apabila anda memberikan komen di mana-mana blog. Tidak kisah anda memiliki blog atau tidak (sekadar memberi komen di blog orang lain), anda perlu memiliki gravatar.

Klik di sini untuk membaca artikel ini sepenuhnya…

Incoming search terms:

  • bagaimana cara membuat logo blog sendiri
| Panduan Buat Blog Wordpress | Kuasa Pemasaran Forum | Kuasa FTP |
SmartUsaha.Com adalah rangkaian perniagaan internet milik Inspirasi Maya Enterprise (JM0472383-X)